CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday 8 September 2010

Yang bestnya bila beraya di perantauan

Sana sini orang duk sibuk cakap pasal raya dah kan. Bagi kami di perantauan ni, biasanya kalau menghampiri hari raya memang mood syahdu mahdu sedih la kan. Menambahkan luka parah di hati ialah bila tengok status ahli keluarga dan kawan2 kat FB dan blog yang rata2 bercerita sedang dalam perjalanan pulang ke kampung sambil di iringi lagu dendangan Allahyarham Sudirman~Balik Kampung xpasti tsk (T_T).

Jadi kali ni I nak tukar sikit persepsi sedih dan syahdu itu kepada keceriaan dan kegembiraan walaupun beraya jauh beribu batu dari sanak saudara dan kampung halaman. So, I nak share perkara2 yang best bila beraya di oversea :-

• Harga makanan e.g ayam dan gula tak naik menjelang raya
- tak perlu risau masalah kena beli ikut catuan ke, barang di sorok peniaga dan sebagainya

• Tiada masalah gangguan bekalan air yang selalu terjadi di musim perayaan

• Jalanraya tak jem dan trafik berjalan lancar macam biasa

• Tidak akan mengalami kenaikan berat badan di musim raya
- sebab tak banyak mana pon open house yang boleh di hadiri dan tak banyak mana pon makanan yang nak di mentekedarah

• Dapat mencari publisiti murahan melalui salam perantau kat akhbar2
- kalau beraya kat Malaysia, tak boleh join ruangan ni kenyit lalala *refer: Separuh Ramadhan 1431H berlalu, muka kami dah keluar I tell u.

• Tak perlu risau budak2 datang rumah semata-mata nak kutip duit raya dan lansung tak nak makan; setakat minum air je penghilang dahaga eheh

• Kadar kemalangan jalan raya dan kemalangan akibat bermain mercun dan bunga api hampir/lansung tiada

• Tak perlu susah payah gaduh laki bini giliran beraya rumah siapa tahun ni ~ bagus untuk kerukunan :inlove: rumah tangga

• Tak payah lenguh2 tangan pegang remote TV dan susah payah fikir nak tengok channel mana kat TV sebab semua channel pun tayang cerita best2 kalau kat Malaysia kan ~ kalau kat sini, tak bukak TV pun kot di hari raya nanti eheh

• Tiada rasa terganggu dan sedikit sebal yang terjadi bilamana masa tengah syok nak layan rancangan TV yang best; ada tetamu datang pulak ngeeeee

• Kedai dan mall beroperasi macam biasa ~ jadi kalau tak de tempat nak pergi beraya, boleh la menjelajah shopping mall macam biasa hik3x

• Dapat menajamkan skill memasak sebab apa2 yang teringin nak di makan untuk juadah raya, kena masak sendiri hohoho

• Boleh buat outdoor photography shooting dengan pemandangan daun berguguran (autumn), salji (winter), bunga sakura(spring) dan bunga matahari (summer).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAeFQvSuGeWRD4sljsZ8_Uy6YHuz7MlDH-tYFhK2z9-nJby45yACfLVE3F7XGU2XagenHhgYaC45_kusiF9Nsssi33KH3QXPplJI3fI0-0i70Zl3XVl9_zNdoORNSEqn37rPpD_h9PI6Ik/s1600/autumn-raya.jpg


Itulah antara serba sedikit kegembiraan menyambut raya yang boleh di rasai oleh perantau2 di bumi asing. Ada lagi ke yang I tertinggal dan terlupa nak tulis ek? Maybe kawan2 lain yang beraya di perantauan boleh tambah lagi senarai perkara2 yang best bila beraya di perantauan. Mind sharing it with me?

Malam ni kami menunggu pengumuman dari MSAJ(Muslim Students Association of Japan) berkenaan tarikh beraya samada esok(Khamis) ataupun lusa(Jumaat). Kalau anak bulan kelihatan dalam linkungan masa 10 minutes before or after sunset hari ni, maka hari raya jatuh esoklah. Kalau anak bulan malu nak memunculkan dirinya, maka hari raya jatuh hari Jumaat lah kan.

I pun tak bagitahu lagi kat my SV yang I nak mintak off-day on this Friday; tengah fiki nak susun ayat baeeeeekkkkk punyer, wish me luck eh. Pastu pulak baby SN pun kena pergi klinik untuk his vaccination for Measles-Rubella (MR) petang hari Jumaat ni. Nampak gaya, kami pergi klinik pakai baju raya la kot eheh.

Psssstt : yeay, sampai hari ni I masih puasa penuh....best2x

17 words of wisdom & comments:

Eliss said...

siapa lagi nak menyedapkan hati sendiri kalo bukan diri sendiri kan..sedihnya beraya tanpa keluarga disisi seb baik ada family kecik disana.

apapun, selamat hari raya ! maaf zahir batin.jange menangis deh diaidilfitri ingat ko tupat leme melesia :)

Drama Mama said...

selamat hari raya to u and family. have a good one ok walaupun di perantaun. :-)

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Hanz Jamaludin said...

cheerful spirit that I loiikesss.. *clap**clap*...alaaaa..x sumer orang kat mesia akan beraya vadevas-da-bom punyer..like use..biasa jer sebab beraya kat bandar among adik-beradik jer...

nanti amik gambar SN pakai baju melayu gi klinik tau.. :)

Unknown said...

Salam..lama x jengah.. faham2 le..huhuhu

K.iela amik kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya pada Yatie, Toddler SN..heheheh...len sungguh bunyinya..n hubby di perantauan..moga ceria di Aidilfitri...

Maaf kalau ada yang menyinggung perasaan selama perkenalan kita di alam maya...

Ummi Hanie said...

bagusss..think positive ye takk...

santekk la pic itu...huu..bilelaa nk merasa...

salam aidilfitri maaf zahir batin ye k.yatie

Nani~~{@ said...

selamat hari raya maaf zahir batin buat yatiechomel sekeluarga:) i pulak bole posin2 kat gurun sahara *wink*

Hamizah said...

xpyh nak kejar sale raya..sbb sale bila krismas jek..

Ummu Ammar said...

Salam Idulfitri buat Yatie sekeluarga..Semoga tabah menyambut lebaran di rantauan..percayalah..kebiasaannya org yg jauh di rantauan lebih dikenang dari yg dekat di depan mata..hehehehe..

transformed housewife said...

knur tok terpikir sgt point2 hok Tie tulih tu maso dok berayo di NZ 3 1/2 thn dulu. Maybe hok Knur sokmo raso dulu, ikatan ukkhuwah antara Malaysians lg kuat la esp. maso rayo sbb mesto doh nok berayo dan buat open house secara pot luck.

p/s: knur balik ptg rayo pertamo sbb sie ko Parents Abe Ariff nok rayo jugok dgn cucu2 dio. Doh la Abe Ariff tak dok.

Ina said...

selamat hari raya yatie. bestnya puasa penuh! :D

♥MAMASYAZA♥ said...

salam aidilfitri dari akak sekeluarga.
singgah umah akak amik kad raya ok

Nadiah Sidek said...

dpt publisiti murahan yg paling best tu..ahaha..

Ummi Salsabila said...

bagus3x! xyah sedih2 kan xberaya kat msia.:)
slmt hari raya.maaf zhr batin :)

yatie chomeyl said...

eliss >> insya Allah menangis tu memang tradisi tiap2 tahun hahaha

drama mama >> u too..enjoy ur raya

Hanz >> ill sure do, bukan senang nk tgk baby SN pakai bj melayu gi klinik

yatie chomeyl said...

k.miela >> sama2 lah kita pon mntk maaf gak eh

Ummi Hanie >> meh la dtg sini, leh la merasa bergambar santek2 gini hehe

nani << aah la, u bleh gmbr dgn sahara gitu..kelassss hehe

yatie chomeyl said...

k. hamizah >> btol3x..hehe

Ummu AMmar >> hrap2 gitu lah, keluarga ingatlah kat yatie harap2nya

k.nur >> ye..ok..as long as smpt blk rayo dgn adik2 OK la

yatie chomeyl said...

ina >> mmg best ;)

mama syaza >> nanti amik kad yatie sekali ye

nadiah >> aah ..kat MSia xdpt publisiti gini hehe

US >> slmt hr raya 2 u jugak ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...