CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday, 15 September 2010

Warna Warni Ramadhan 1431H di Fukuoka

Sana sini blog lain duk pung pang prung prang cerita pasal raya, I baru terhegeh2 nak cerita pasal Ramadhan .. apa kes?. Sengaja I nak mengenang kemeriahan berpuasa di Fukuoka untuk tahun 1431H ini, manalah tahu kalau2 I dah tak berkesempatan untuk menyambutnya lagi di tahun hadapan kan.

Puasa 1431H di Jepun kali ini jatuh pada musim panas yang memang mencabar sebab bahangnya lebih terik dari Malaysia. Basically, waktu sahur ialah around 3:30pg sebab waktu subuh masuk around 4:00 pg. Manakala waktu Magrib pulak masuk around kul 7 mlm, dan dah dekat hujung2 puasa..around pukul 6:40ptg. Biasanya hidangan sahur kami sekeluarga ialah dari lebihan lauk waktu berbuka. Memang I sengaja masak lebih untuk berbuka buat standby untuk sahur sekali sebab malas nak bangun awal untuk masak sahur. Bila bangun pagi, panaskan je dalam microwave lauk2 tu hehe.

Seboleh2nya I akan cuba sediakan sejenis dessert untuk juadah berbuka dan lauk pun biasanya sejenis je. Bukan I malas nak masak banyak2 juadah macam kat Malaysia tapi memang tak sempat.


=- fruit tart chomeyl -=


=- puding trifle chomeyl -=


Rutin harian kami ialah hubby akan jemput baby SN pukul 5:40ptg, lepas tu menuju ke train station untuk jemput I pukul 6:05ptg. Tu belum campur tolak masa untuk panjat tangga untuk sampai ke rumah kami di tingkat 5..jadinya I cuma ada masa lebih kurang 30-40 minit untuk sediakan juadah berbuka setiap hari...huhuuhu.

Waktu hujung minggu ialah waktu yang paling di tunggu-tunggu sebab hari cuti kan, konon2nya ada banyak masa untuk memasak. Mula lah kepala otak I merangka nak masak macam2 tapi biasanya kesudahannya I tidur melepek sebab letih menyusukan baby SN di siang hari hahaha. End up, akan jadi sama macam hari biasa di mana I 'bersilat' kat dapur, masak kalut2 untuk hidangan berbuka huhu.

Biasanya jugak, kami sekeluarga akan berbuka puasa di Masjid Fukuoka kalau hari minggu. Memang ada giliran mengikut negara untuk sediakan juadah Grand Iftar di masjid. Cuma yang tak bestnya ialah kena berebut sikit untuk dapatkan juadah sebab memang ada segelintir orang suka ambik lebih. Padahal juadah tu cukup je untuk semua orang, tapi sebab ada yang sengaja sorok dalam handbag untuk tapau bawak balik ke rumah...tu yang jadi berlakunya adegan berebut tu huhu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjG0pjQkjmfDYbW3npBThYE76ZrE7XtZI1XCOlRym_XZp6GZIaEGRpxpXqMx06XOLIB64NscIjcSJgtIzfuww5iiPw1Cgw1VdUvlulz87rRgoWXG0hvQW0uWmIT6DJm-vSU_9mFTQ0kSiOK/s1600/IMG_0724.jpg
=- upacara berebut juadah berbuka sedang berlansung hohoho -=

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWG2HwJvhNlJvSlsGMluHILmLvzQRqmXdlLL9IAx2kcnrGRrRx_Q0Gx_3JeQkJeySMlCRQ3XQ9QmjKE-75UfywmUrEwkA4yM2FQuq770JPvRtJ0KlOwooodonTpuh7By6qJK3eWl3jMwoQ/s1600/IMG_0723.jpg
=- sebahagian muslimat di Fukuoka -=

Warga Malaysia di Fukuoka pun ada buat acara Iftar masa minggu pertama puasa hari tu. bertempat di Kashihama Kaikan. Macam2 lah juadah best2 yang ada, siap ada kambing panggang woooo....meleleh air liur.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimtfGohOYBklhsSULriXLFl2MhPwJfbpzjhu5tK5MvcqijiPTg5E7j-QieBq3RlF8AXsMpJOdK2md2qHW6oexLCuD3h19W-XUfJUVxPUHQTeC5zjGlS4LAfHfc-SzIbDbnEeatAIIcefXF/s1600/DSC_0031.jpg
=- cubaan ambil gambar 'Farid Kamil' tak berjaya,sebab 'Farid Kamil' (berbaju hijau) membelakangi kamera huhu -=
*refer entry: Dendang Perantau Fukuoka*


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuXIMhiCEqLgjRrzbJ2FRABrYt4J-LTOOpkLSGaEw8nD0CaaY-U1vXcCDzgpUtPqxzI_t2VFgfuFRQ5Z-PsnY0DRNxxtGDsS2OCLWx2TaH7SfTR4vLwDXcxSYylXu3ABP0DfiK_tYd1Ixc/s1600/DSC_0030.jpg
=- geng gossip -=

Kebetulan kami pindah rumah pada hari yang sama iftar itu berlansung, jadi I cuma dapat sediakan juadah ayam percik je lah untuk di bawa hari tu. Alhamdulillah, banyak juadah enak2 yang lain dan Alhamdulillah jugak, juadah ayam percik I tu mendapat sambutan hangit hangat walaupun sedikit hangit eheh.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSz-ARvcksuL7Pr8PTnwAs8N9fySK4iG91RJbySaNUfkPoeuxg1rQT4mWefUhSNMFvHDZwCOer_JYJBNGnwn19316nZcgF-6mnoq9uY7jG6fOF5mSLcoCThfMPWsp_AfoGtozGv460zQAd/s1600/DSC_0003.jpg
=- The Making of "ayam percik chomeyl" -=

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrCLYbbxY-9Kf5YeGUYKUwUUB28_oIae3OT4_4xWfWNp8Cns4WYe8cnztMA67qiiDemU2flVMVmPWfQDJwsfu2qzlay8B9ym728bLmc7ppuTGbgb_RuH3lwm2q5qP0qFmzWtIOQi5YRkfg/s1600/iftar+di+kashi.jpg
=- juadah2 yang superb enak -=


=- suasana di dalam dewan Kashiihama Kaikan -=



Masa next iftar untuk geng2 Malaysia bertempat di Imaujuku Kaikan pula, hubby & I bertungkus lumus pulak masak murtabak sebab hubby dah teringin sangat2 nak makan. Walaupun agak keras, tapi murtabak kami tetap mendapat sambutan hangat pada hari itu eheh..kalau kat Malaysia, sumpah I takkan buat sendiri; sebab sangat penat rupanya nak buat murtabak ni huhu.


=- murtabak chomeyl inti daging yang sangat banyak eheh -=


Alhamdulillah, walaupun baby SN masih kecil I takde masalah nak menunaikan solat terawih baik di rumah mahupun di masjid. Biasanya kalau masa kami solat terawih di rumah, I akan pasangkan DVD favorite dia supaya dia leka. Kalau kat masjid pulak, untuk ibu2 yang ada anak di bawah usia 3 tahun;kami di sarankan untuk solat kat bahagian basement.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhz25EiRyyIuiGXCcbnpqiy3Xt6JqORBPgGH9hZK9DS1hv2Q2CdxEblpv0xDCmbMJ_Lhyphenhyphen5YauPBEizsgj7kUDZG6tySAINoQvISzvWoQNiRNpVxSE4TSr71IMcU3vGaphpqt7weF2c7qWSv/s1600/DSC_0164.JPG

Jadi, walaupun anak2 menangis atau bising..ia tidak akan menggangu jemaah lain yang sedang solat. I rasa pendekatan macam ni bagus untuk di buat di masjid2 di Malaysia jugak, baru lah ibu2 yang ada anak kecil boleh sama2 mengimarahkan masjid di bulan Ramadhan. Jadi, tiada alasan untuk ibu2 yang ada anak kecil untuk tidak sama2 ke masjid dan mengerjakan solat terawih. Sekurang-kurangnya, dapat jugak merebut pahala solat berjemaah dan dlammasa yang sama pahala iktikaf kat masjid kan?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnn2AuO0DOm8vDMbxdNxCagmFnkYzkYVrcqSBR7haAhYbdUsiwAc1-gfNfHPu4PbpicyDwss2rL1JqvT06sFPh2x-snmaWDHXJbUK0lmtGkQw35kZaVcfWl9uvSVA6xXeww9VtTGBECB-P/s1600/DSC_0161.JPG
=- main dengan kak Om & abg Ee -=

Solat terawih kat Masjid Fukuoka di buat 8 rakaat, dengan pengisian tazkirah sekali. Tapi biasanya tazkirah di sampaikan dalam bahasa arab, so I akan bukak bekal moreh dan makan masa tazkirah tu hehe.

Secara peribadi, I rasa tiada bezanya di mana pun kita menyambut Ramadhan. Yang penting ialah pengisian Ramadhan itu pada diri kita. Kan kan kan?. Tak guna pergi sambut Ramadhan di Mekah sekalipun, kalau hakikatnya bila berakhirnya Ramadhan...kita kembali kepada perangai buruk. Semoga kita akan sentiasa meneruskan amalan2 di bulan Ramadhan pada bulan2 yang lain juga secara istiqamah..insya Allah.

Psssststt : Ayat last kat perenggan atas tu sebagai peringatan kepada diri I sendiri yang dah tak baca Al-Quran bila Ramadhan berakhir isk3x.

9 words of wisdom & comments:

Hamizah said...

meriahnya puasa kat sana...sukanya kalau dpt rs jugakat Perth suasana camni..tp org Islam kat Perth ni berpuak2..masjid pon ikut puak..so xbestlah...

e.l.i.z.@ said...

hehehe entri pose pun pose la yatie wehhh ekekke

siap bersilat kt dapur tuh ekkeke

ok la tu, drp xdop go satu..ado gok hop buleh mkn hehhe

awal nyo subuh (negera matahari terbit keh)..tp bukok pose lambat huhu siang hari lagi lamo ek

reitak said...

mmm meriah jugak kat situ kan? nampak cam best gak komuniti Malaysian dan Muslim situ...

reitak said...

mmm meriah jugak kat situ kan? nampak cam best gak komuniti Malaysian dan Muslim situ...

ummuabdullahsyaakir said...

Yatie..bestnya Ramadhan kat sana...msti terkeanang2 klu balik msia nnt,kan?

Setuju sgt2 part yang lat tu..Ramadhan dimana2 pun tetap sama,yang bezanya IMAN kita.

Dear,Selamat Hari Raya...maaf zahir dan batin

Jiey^Mien said...

*tgg gamba rayo bb SN*

♥MAMASYAZA♥ said...

bestkan,meriah kat sana, si baby SN pun happy ja

yatie chomeyl said...

k. Hamizah >> klu masjid pon nk iku tpuak mmg xbest la. lgpon kita semua kan Islam, apa de hal ye x?

eliza >> mem subuh awal..buko pulp lmbt time summer ni, klu posa time winter sedak sikit...buko awal

reitak >> mmg agak best sbb selalu wat makan2..i loikeeee hehe

yatie chomeyl said...

Ummu AS >> tu la, seronok dan meriah mcm Msia jugak sbnrnya wpon kat negara bukan Islam

jiey >> tunggu jange x tunggu

mama syaza >> baby SN happy la sbb dpt makan banyak hik3x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...