CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 18 November 2011

Adab Isteri di rumah


Perasan tak sejak dari dulu lagi di dalam drama Melayu kan, selalu di tunjukkan situasi di mana isteri itu macam suka sangat  melawan cakap suaminya. Kita membesar dalam budaya yang menunjukkan bahawa seorang isteri itu lebih 'berkuasa' dalam berkata-kata berbanding suami yang lebih banyak diam. Sedar atau tidak, budaya 'isteri menjawab cakap suami' ini di anggap perkara biasa di dalam mana-mana rumahtangga. 


Bila terbaca artikel Adab Isteri Melayan Suami ini, terus rasa bersalah membuak-buak dalam diri bila merenung kembali perilaku diri ini terhadap incik suami. I feels like sharing this article in my blog to remind me of the right way to treat my hubby.


23 panduan dan tatatertib bagaimana seorang isteri harus berkelakuan ketika bersama dengan suami dirumah :
  1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.
  2. Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.
  3. Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.
  4. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.
  5. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.
  6. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking
  7. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.
  8. Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.
  9. Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T
  10. Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.
  11. Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.
  12. Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.
  13. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu Kemudian”
  14. Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang kerumah.
  15. Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.
  16. Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja
  17. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.
  18. Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.
  19. Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.
  20. Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.
  21. Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??
  22. Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan
  23. Jangan biarkan suami tidur sendirian.


Please jangan ada yang komen cakap, "takkan isteri je nak kena layan suami baik2?". Well, the fact is memang macam tu pun!. Walaupun ada yang cakap kadang-kadang kalau isteri baik pun, suami tak hargai jugak. It doesn't matter because at the end of the day, redha suami ialah redha Allah. 


sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam);
“Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.”[sumber]


 +- gambar kenangan 2008 dan 2009 -+


Pssssttt : kena selalu cermin diri sendiri, tambah2 lagi bila suami jauh di mata ni...tergambar semua salah silap dengan incik hubby..sob sob..sob..."ampunkan salah silap dinda..lap yu so strong".

~ Thanks for reading this  ~

23 words of wisdom & comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

pewitttt hamboi model dalam ni....romantika de amor suda ngeee....

Cho Zila said...

ala cam banyak salahjerni..kena minta ampun banyak2 kalau gini...

Diana @ bilakukatacinta said...

hehe......kalau ikut list mcm ade jek salah dan silap kite di pihak isteri...tp sy rasa berbalik kpd keredhaan si suami...

cth :Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja

kalau suami D..kite akan tanya dulu baru akan hidang, sbb dia punya request lain2..

yg no 23 tu..memang biasa D akan tido lambat, sbb buat keje..so, hubby yg akan mintak izin nk tido dulu, sbb tak dpt temankan D kat luar...

MyKhalish said...

adoiii cam byk yg nyimpang dr senarai di atas. hehehe.. xpe2, mari kita perbaiki..

Asmara said...

good article! InsyaAllah sama2 kita perbaiki diri. :D

Rai said...

shantek model tu..eh u ke tu..hihikkss.

semoga shujin redha dengan saya..

sebab saya rasa banyak perkara dlm list tu kurang mampu saya buat seperti sediakan air dan sebagainya..

kalau dulu saya selalu jugak suka menjawab..tapi dah ada anak ni belajar2 berdiam diri..ada masalah ke tak puas ati ke diam je..senyum je...bila dah reda baru luahkan.. saya rasa macam tu lebih baik..

sesekali kitorg akan ada sesi meluahkan perasaan..tapi waktu anak2 dah tdo la..so takde lah diorg nampak drama swasta mak bapak dia.. haha..

Kamalia said...

tq for sharing..iA,semoga kita sama2 dapat mempraktikkanya.

atoyis said...

mlm td I mimpi gi japang..kuar shopping dgn you dan makcik2 mana tah..tp lastly kita end up dkt umah urut...hahaha cm ne la pulak blh termimpikan cik yatie ni ye

Aleyn said...

Setuju sangat2...hehehe..lagipun kan syurga itu di bawah tapak kaki suami....

transformed housewife said...

bab ngaju tu rasonyo knur lamo doh tok wat sbb malah nok ngaju doh tuo2 ni. hehe

Umie said...

"at the end of the day, redha suami ialah redha Allah."

sangat setuju...sama2x kite perbaiki diri kite kan...;-)

Sidratul Muntaha said...

hu
aku amalkan konsep
ko terima aku dan redho seadanya..
aku pun bgitu..
dah kate kawin dgn bini ala2 bonzerkan?!
ap[e ade hal?
janji boleh bernak..
jaga ank tgh malam..
rajin masak
rajin 23cm...
tak ungkit sana sini
cukuplah...
jgn on the surface nmpk cantik,tpi time solat..sume diungkit..
nauzubillah...
*
tu sbb time bercinta kena ikhlas dan jgn menipu..
klu dah mmg selekeh sebelum kwin,haruslah suami tu terima.
nak ubah boleh..
one step at time la dear..
give and take jugak..
jgn la bini dok perfecto,laki?!
time kuar jer harum semebak mcm sundal malam
time nak 23cm?
kain pelekat jer?!
cis!!

Ida,Japan said...

ni kes rindu la ni...alahai kesian kt dier..jgn nangis tau, 23 panduan tu kekadang ada yg tak terbuat jugakkk...huhuu

yatie chomeyl said...

lady ayu : tu model perasan nama dia hahaha

cho zila : tu la, I pun sama huhuuh

diana : aah, ikut suami juga lah kan.so basically, as long as suami redha..kita pun OK je lah kan :)

yatie chomeyl said...

mykhalish : me too, sbb tu I tepek kat blog..utk ingatkan diri sendiri

Kak As : insya Allah..ameen

Rai : tu la, I pun suka sngt menjawab..skrg ni i belajar utk control mulut wpon susah sgt huhuhuh

yatie chomeyl said...

Kamalia : my pleasure :)

atoyis : wahhh gitu, rindu I ke smp termimpi2 eheh

aleyn : yup, cuma kdg2 kita ni terlupa pasal tu ye dak? :)

yatie chomeyl said...

kak nur : tie pon tuo doh, x ngaju doh la hahaha

Umie : insya ALlah...jom2x

ayu : wakkaka tergelak2 baca komen ko ni ayu.asalkan sam redha dgn ayu, OK lah tu kan..ape ada hal

kak ida : tu la, panduan hok kdg2 terlupo daaaa

zailamohamad said...

owh aku suka artikel ni, thanks for sharing..bila baca & cakap dalam hati "semua benda ni banyak yang aku tak buat" huhuhu

insya allah akan cuba perbaiki kesilapan diri

e.l.i.z.@ said...

yup btul tu...haitu ado doh eli post kt status psl sore tino ni mcm xtau hukum "syurga isteri bwh tapak kaki suami"..doh la ore klate pulok tu.wat malu kaum jah

yatie chomeyl said...

zaila : samo la aku pung, takpo kito samo2 usoho ko lebih baik

eliza : kokk palo laju2 semula2 hehe

kakyong said...

no.21.. sebelum kahwin x pernah pun ckp i lap u seme.. semuanya lepas kahwin.. hihii...

Nur-nba said...

Bagus nasihat Yatie ni.. Tentu besar dugaan kala berjauhan dengan suami. Sabar ye..
(Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..) Tentu rindu yang amat kan.. Sabar ye.

YB_Akob said...

Sabda Nabi SAW: org yg terbaik diantara kamu ialah yg baik dgn ahli keluarganya dan aku adalah yg terbaik antara kamu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...