CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 28 September 2009

Raya yang sempurna

Pergh, akhirnya setelah hampir sebulan bercuti di Malaysia, kami telah kembali ke bumi Jepang hoho. Mula2 sekali amik vacuum, turn on max power sebab nak sedut habuk2 kat blog yang dah lama tak ber-update nih ngeeeeee. Syiok sangat :love: beraya di Malaysia sampaikan tak sempat nak curi masa untuk jenguk blog kawan2 gak. Dah nak masuk 2 minggu beraya baru sempat nak update pasal kisah raya *kuih raya pon dah naik berkulat dah :gatau:* hehe..takper2x, raya kan sebulan.


1) 1 Syawal di Taman Teluk Baru, Kg Bayam, KB

Tahun ni giliran sembahyang raya di umah PIL pulak since tahun lepas kat kampung I *bunyi macam jauh, padahal 30minit je kampung I dengan umah PIL kui3x*. Selesai sembahyang raya, terus menjamah hidangan nasi dagang Terengganu yang di sediakan di madrasah Taman Teluk Baru, Kg Bayam, KB. Oisyiiii desu..makan sampai tak ingat mak mertua dah ihikhik hohoho.


( makan2 lepas solat sunat aidlifitri )

Sessi bermaaf-maafan, berposing raya & mengutip duit raya bermula lepas sembahyang raya. Tema baju raya hubby & I kaler peach tapi baju melayu baby SN dan sepupunya baby Zharif, di sediakan khas oleh tok umi & auntie2 nya, ikut tema family PIL tahun ni kaler pink..so, baju melayu babySN pon kaler pink lah. Lepas tu umah di serbu oleh adik beradik sebelah abah. Seronok sangat, riuh rendah rumah..nak2 lagi tok ada kat umah umi & abah...tu yang makcik pakcik datang beraya sini dulu sebelum tawaf kat umah adik beradik yang lain. Umi masak "nasi sukahati" i.e resipi ciptaan umi sendiri, I pulak nak masak kerutuk daging but turn out jadi kurma daging pulak hahahhaha...sengal sungguh adus *nampak sangat tak reti masak*.





http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/editedpics2-1.jpg


Lepas zohor, kami berangkat pulak mengunjungi umah makcik pakcik sebelah incik hubby. Menjelang senja baru lah sempat berkunjung ke umah abah dan mak tiri I di Kota sebelum singgah beraya kat umah nenek I di Wakaf Bharu. Balik umah Tumpat dah malam, terus layan game Man U VS Man City dengan adik beradik I, sepupu2 dan pakcik2. :nggaya:..hehhehe..memang hari raya yang sempurna bila dpt tonton bola beramai2 sambil jerit2 cam kat stadium; nak2 lagi bila Man U menang bergaya menari lalalalala *baby SN sampai takleh tidur terkejut dengan sorakan kui3x*.

http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/editedpics3.jpg
(layan mercun & layan bola smapai tengah malam)



2) 2 Syawal di Kg Jal Besar, Tumpat

Memandangkan tidur lewat, maka bangun pun lewat gak lah pagi raya ke2 tu. Sessi bergambar dan bermaafan dengan adik beradik I dan ayahcik termasuk sekali jugak dengan sessi mengutip duit raya untuk baby SN hehe. Nasib baik umah mak ngah I depan umah je, so kami beramai2 serbu umah mak ngah untuk beraya *padahal sarapan kat umah tak siap lagi, so serbu umah mak ngah dulu cari makanan sengihnampakgigi ngeeeee*.




Juadah raya di rumah pulak ialah mee kari special yang di sediakan oleh mak sedara baru I iaitu Cik Da wife ayah cik. Abe De pulak sponsor kek, so I dengan pantasnya order dari Jeri, 1 set cupcakes dan 1 set peach layered cake *serius sedap giler, semua orang puji :inlove: ..tahun depan nak tempah lagi hehe*.



http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/editedpics2-2.jpg


Sebelah petangnya pulak memenuhi undangan rumah terbuka kat umah mak tiri I dan jugak umah kawan I di Kuala Besar, PCB. Seronok sangat dapat jumpa my 2 BFF. Baby SN pulak bantai tidur dengan nyenyak kat umah Aning; letih mengutip duit raya agaknya jelir hehe.


(my abah & my step mom)


(my BFF - aning & bay)


3) Raya ke 7 di Tanjung Besar, Kuala Lipis

Hari jumaat kami bergegas ke kampung umi di Kuala Lipis memandangkan makcik pakcik sebelah hubby dah wat persiapan untuk kenduri kesyukuran sempena kelahiran Shafiq Nazhan dan Zharif Ikhwan. Kedua-dua cucu umi & abah di sambut dengan meriah oleh orang2 kampung .. siap ada yang cakap Jepun dengan baby SN ekekke *chomeyl sangat tengok diorang beria berpeluh2 :sweaty:cakap Jepun dengan my baby*. We enjoy our time at kampung before heading to KL in the Saturday afternoon. Paling I suka ialah suasana kampung dengan air sungai yang jernih + buah langsat yang tengah berbuah dengan lebatnya....yeay!. :woooh: Tertunai gak impian nak makan buah durian & langsat masa balik Malaysia kali ni senyumkenyit ...syukur Alhamdulillah.

http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/editedpics3-1.jpg
(sembahyang hajat & bacaan Yassin)


http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/editedpics2-3.jpg
(makan2 dan mengemas)


http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/editedpics2-4.jpg
(suasana kampung yang damai)


Itulah serba sedikit sebanyak cerita ceriti Aidilfitri 1430H yang di sambut oleh my family & I. Alhamdulillah, syukur sangat2 di beri peluang untuk menyambutnya tahun ini dengan family tercinta. Raya yang sempurna bagi I sebab sekurang-kurangnya I tengok adik2 dah tak bersedih lagi. Truthfully, tertumpah juga air mata
sedih I pada malam raya terkenangkan arwah ma tapi cepat2 hubby pujuk dan kuatkan semangat I. Alhamdulillah, adik2 tak perasan pun I menangis teringatkan ma...diorang pun semua sibuk melayan kerenah baby SN, seronok dapat anak sedara baru. Baby SN pon seronok raya sebab dapat duit raya mencecah RM 1000 peace ngehehheheh *tak sia2 baby SN behave dan wat muka chomeyl depan orang ngeeee*.

http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/editedpics2-6.jpg
(family potrait)


Psssstttt : rasa sunyi sangat bila dah balik ke Fukuoka sebab dah hampir sebulan di kelilingi ramai orang, tiba2 kami ber3 semula dalam rumah kecik ni..sigh, xpasti wahai hati.... tenanglah dikau.

Thursday, 17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

Alhamdulillah, tahun ni puasa penuh lagi. Kalau tahun lepas I puasa penuh kerana mengandungkan baby SN, tahun ni pulak puasa penuh kerana menyusukan baby SN. Syukur juga sebab tahun ni I merasa pengalaman di manjakan waktu bersahur dan berbuka. "Di manjakan" kerana cuma seminggu sahaja kena bertungkus lumus memasak sendiri juadah bersahur dan berbuka *termasuk gak kunci 3 jam loceng untuk pastikan bangun sahur dgn incik hubby masa kat Jepun hari tu sengihnampakgigi hohoho*.

3 minggu selebihnya, I dikejutkan oleh umi di rumah KB ataupun oleh ayahcik di rumah Tumpat dan voila...segala juadah bersahur dah siap di sediakan. :inlove: Tinggal basuh tangan pastu suap je dalam mulut. Kalau tahun lepas, ayahcik masih bujang, I kena bangun awal2 pagi ber'perang' dengan tikus untuk sediakan sahur, tapi tahun ni ayahcik dah pon berkahwin, jadi sekurang-kurangnya makan pakai kami adik beradik di rumah Tumpat ada yang tolong tengok2kan.


Situasi di manjakan ni mengingatkan I pada arwah ma. Sedari dulu I memang susah nak bangun awal pagi ngantuk untuk masak jadi I amik turn untuk kemas2 lepas sahur tu. Memasuki fasa terakhir ramadhan 1430H, hati tiba2 di pagut rasa pilu. Kalau dulu, I bersemangat sediakan persiapan raya dengan ma; buat biskut raya dengan ma, menjelajah shopping mall mencari baju, kasut & tudung raya dengan ma, tapi tahun ini semangat ni macam down sikit. Baju raya pon I tak beli, pakai je baju kahwin yang buat tahun lepas ada lagi 2-3pasang yang tak sempat pakai *sebab lepas raya , hubby dah fly ke Jepun dah*. Petang sehari sebelum raya pulak arwah ma akan sibuk di dapur sediakan juadah untuk beraya dan I pulak akan amik tugas bakar 2-3biji kek untuk hidangan tetamu dan jugak untuk di hantar ke rumah nenek. Kalau di kenangkan kenangan pagi raya dengan suara ma memecah hening subuh, mengerahkan kami adik beradik bersiap, lepas sembahyang raya pulak beratur ikut susunan umur untuk salam dengan arwah ma & abah...sigh, semua tu memang manis senyum sangat. Tapi hidup mesti terus, I tak boleh terus hidup dalam kenangan dan mengabaikan momen2 manis love lain yang bakal hadir dalam hidup I, aite?.


Tahun ni persiapan raya banyak di fokuskan pada si kecik Shafiq Nazhan. Setiap kali keluar ke mall, ada je baju yang di beli untuk dia. Agaknya semua ibu2 lain pon macam I, lebihkan anak2 dalam persiapan raya berbanding time bujang dulu ... tak habis2 shopping untuk diri sendiri je yer dak?. Sekurang-kurangnya kehadiran Shafiq Nazhan boleh mendatangkan sinar dan keceriaan baru dalam kehidupan keluarga I. Cuma yang I tak boleh tahan ialah di kalangan sanak saudara yang jumpa dengan baby SN nanti akan cakap; "kesiannya dia, tak sempat jumpa tuk ma". sedih Sigh...walaupun I tahu diorang takder niat apa2 masa cakap macam tu tapi sedikit sebanyak kata2 tu buat I rasa rindu sangat dengan arwah ma...rindu yang teramat sangat sampai menitis air mata. nangih Tak perlu di kesiankan baby SN sebab baby SN dapat cukup kasih sayang seorang nenek dari Tok Umi cuma kesian lah dengan I sebab setiap kali mereka cakap macam tu, I kena pura2 senyum sedangkan jauh di sudut hati kecil I memang berharap ma masih ada untuk jadi saksi kedewasaan puterinya yang manja ini.


Seboleh mungkin I akan tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk tak tunjukkan perasaan sedih dan rindukan arwah ma ni depan adik2. I taknak diorang bersedih lagi tambahan pula tahun ni tahun ke-2 kami beraya tanpa arwah ma. I sedaya upaya bahagikan masa dan tenaga untuk sediakan juadah beraya di rumah Tumpat dulu sebelum ke rumah KB pada malam raya sebab pagi raya pertama kat rumah KB dulu, then raya kedua baru balik rumah Tumpat. Bukan apa, time cuti raya ni jarak 30minit dari umah Tumpat ke KB boleh jadi 2jam penangan traffic jam gigil kat atas jambatan tu huhuhuhu. Raya tahun lepas iaitu raya pertama tanpa arwah ma memang agak menyedihkan jadi I tak nak raya tahun ni adik2 bersedih lagi. Memandangkan kakak sulung I beraya di NZ, xpasti I kena ambil alih tugas selaku ibu rumah dan pastikan adik2 dapat beraya dalam suasana yang meriah dan gembira seperti dulu...hopefully.




Di kesempatan yang masih bersisa ni, I nak minta maaf kalau2 I ada mengguris hati dan perasaan kawan2 semua melalui penulisan I di blog ni atau pun mungkin selama kita berhubung di alam maya ini. Semoga kita semua di pertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Jangan malu2 malu untuk ambil e-kad raya dari blog I ni dan terima kasih di atas kiriman e-kad raya kalian juga. peace ~ Minal Aidil Wal Faizin ~


1) e-kad dari Kak Yong





3) e-kad dari
Cik Min


4) e-kad dari Mama Danish

5) e-kad dari MyLuvlyKitchen


6) e-kad dari Ummi Hanie

kad raya mayaku


7) e-card dari Mama Tisya

8) e-kad dari Nadiah



7)
e-kad raya dari Miela



8) e-kad raya dari Mama Qaseh



9) e-card raya dari Huda



10) e-card raya dari Mama Kyra


11) e-kad raya dari PadNani



Psssttt:
kalau ada lagi kawan2 yang bagi e-card kat blog and I tak kutip lagi, do let me know..nanti I update lagi
:eheh: okie dokie folks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...