Pergh, akhirnya setelah hampir sebulan bercuti di Malaysia, kami telah kembali ke bumi Jepang hoho. Mula2 sekali amik vacuum, turn on max power sebab nak sedut habuk2 kat blog yang dah lama tak ber-update nih ngeeeeee. Syiok sangat beraya di Malaysia sampaikan tak sempat nak curi masa untuk jenguk blog kawan2 gak. Dah nak masuk 2 minggu beraya baru sempat nak update pasal kisah raya *kuih raya pon dah naik berkulat dah * hehe..takper2x, raya kan sebulan.
1) 1 Syawal di Taman Teluk Baru, Kg Bayam, KB
Tahun ni giliran sembahyang raya di umah PIL pulak since tahun lepas kat kampung I *bunyi macam jauh, padahal 30minit je kampung I dengan umah PIL kui3x*. Selesai sembahyang raya, terus menjamah hidangan nasi dagang Terengganu yang di sediakan di madrasah Taman Teluk Baru, Kg Bayam, KB. Oisyiiii desu..makan sampai tak ingat mak mertua dah hohoho.
1) 1 Syawal di Taman Teluk Baru, Kg Bayam, KB
Tahun ni giliran sembahyang raya di umah PIL pulak since tahun lepas kat kampung I *bunyi macam jauh, padahal 30minit je kampung I dengan umah PIL kui3x*. Selesai sembahyang raya, terus menjamah hidangan nasi dagang Terengganu yang di sediakan di madrasah Taman Teluk Baru, Kg Bayam, KB. Oisyiiii desu..makan sampai tak ingat mak mertua dah hohoho.
Sessi bermaaf-maafan, berposing raya & mengutip duit raya bermula lepas sembahyang raya. Tema baju raya hubby & I kaler peach tapi baju melayu baby SN dan sepupunya baby Zharif, di sediakan khas oleh tok umi & auntie2 nya, ikut tema family PIL tahun ni kaler pink..so, baju melayu babySN pon kaler pink lah. Lepas tu umah di serbu oleh adik beradik sebelah abah. Seronok sangat, riuh rendah rumah..nak2 lagi tok ada kat umah umi & abah...tu yang makcik pakcik datang beraya sini dulu sebelum tawaf kat umah adik beradik yang lain. Umi masak "nasi sukahati" i.e resipi ciptaan umi sendiri, I pulak nak masak kerutuk daging but turn out jadi kurma daging pulak hahahhaha...sengal sungguh *nampak sangat tak reti masak*.
Lepas zohor, kami berangkat pulak mengunjungi umah makcik pakcik sebelah incik hubby. Menjelang senja baru lah sempat berkunjung ke umah abah dan mak tiri I di Kota sebelum singgah beraya kat umah nenek I di Wakaf Bharu. Balik umah Tumpat dah malam, terus layan game Man U VS Man City dengan adik beradik I, sepupu2 dan pakcik2. ..hehhehe..memang hari raya yang sempurna bila dpt tonton bola beramai2 sambil jerit2 cam kat stadium; nak2 lagi bila Man U menang bergaya lalalalala *baby SN sampai takleh tidur terkejut dengan sorakan kui3x*.
(layan mercun & layan bola smapai tengah malam)
2) 2 Syawal di Kg Jal Besar, Tumpat
Memandangkan tidur lewat, maka bangun pun lewat gak lah pagi raya ke2 tu. Sessi bergambar dan bermaafan dengan adik beradik I dan ayahcik termasuk sekali jugak dengan sessi mengutip duit raya untuk baby SN hehe. Nasib baik umah mak ngah I depan umah je, so kami beramai2 serbu umah mak ngah untuk beraya *padahal sarapan kat umah tak siap lagi, so serbu umah mak ngah dulu cari makanan ngeeeee*.
Juadah raya di rumah pulak ialah mee kari special yang di sediakan oleh mak sedara baru I iaitu Cik Da wife ayah cik. Abe De pulak sponsor kek, so I dengan pantasnya order dari Jeri, 1 set cupcakes dan 1 set peach layered cake *serius sedap giler, semua orang puji ..tahun depan nak tempah lagi hehe*.
Sebelah petangnya pulak memenuhi undangan rumah terbuka kat umah mak tiri I dan jugak umah kawan I di Kuala Besar, PCB. Seronok sangat dapat jumpa my 2 BFF. Baby SN pulak bantai tidur dengan nyenyak kat umah Aning; letih mengutip duit raya agaknya hehe.
(my abah & my step mom)
(my BFF - aning & bay)
3) Raya ke 7 di Tanjung Besar, Kuala Lipis
Hari jumaat kami bergegas ke kampung umi di Kuala Lipis memandangkan makcik pakcik sebelah hubby dah wat persiapan untuk kenduri kesyukuran sempena kelahiran Shafiq Nazhan dan Zharif Ikhwan. Kedua-dua cucu umi & abah di sambut dengan meriah oleh orang2 kampung .. siap ada yang cakap Jepun dengan baby SN ekekke *chomeyl sangat tengok diorang beria berpeluh2 cakap Jepun dengan my baby*. We enjoy our time at kampung before heading to KL in the Saturday afternoon. Paling I suka ialah suasana kampung dengan air sungai yang jernih + buah langsat yang tengah berbuah dengan lebatnya....yeay!. Tertunai gak impian nak makan buah durian & langsat masa balik Malaysia kali ni ...syukur Alhamdulillah.
(sembahyang hajat & bacaan Yassin)
(makan2 dan mengemas)
(suasana kampung yang damai)
Itulah serba
(family potrait)
Psssstttt : rasa sunyi sangat bila dah balik ke Fukuoka sebab dah hampir sebulan di kelilingi ramai orang, tiba2 kami ber3 semula dalam rumah kecik ni..sigh, wahai hati.... tenanglah dikau.
13 words of wisdom & comments:
Sabarla yatie, daku pun sedey bila melawat kubur arwah abahku yang semak tak dikunjungi..rasa cam nak pindah kl je..leh g jengok setiap minggu cam dulu..huhuhu.. mesti baby SN gembira.. wah banyak gak collection.. tapi baby SN mmg maintain comeyl secomel ibunya..hahaha
salam yatie.. selamat hari raya.. wah nampak happening giler .. best tul dapat penuhkan masa di msia dgn beraya yg penuh makna kan..
Selamat Hari Raya Yatie... Happy dpt jumpa Yatie aritu... Ingat nk dokong baby SN lama skit, tp dia dh nangis dah. Baby SN memang cutelah.. Tak sabar nak jumpa thn depan plak, time tu mesti Baby SN dah leh jln... hehehe
selamat hari raya. meriah ya raya jalan sana sini, and suka tengok gambar family in pink tu.cute
bestnye baby SN pergi raya sakan :)
sabarla kak yatie, yg pergi akan sentiasa dikenang L:)
salam aidilfitri untuk yatie and family. wah dah balik jepun smla dah!
alhamdulillah.... dapat berhari raya bersama sanak saudara dgn penuh meriah dan bermakna.
oh..dh kembali ke jepun ye? seronoknya dpr beraya kat m'sia..huhu..
Perrggghh...sungguh banyak gambar raya...memang happening
meriahkan suasana hari raya jika dikelilingi..keluarga n saudara mara tercinta
huissssh..happening nye raya dia..jealous la gini..
miela >> mmg byk gak collection duit raya baby SN, alkamklumlah 1st time blk msia
@eda >> tu la, seronok sgt dpt spent masa beraya kat Msia
jeri >> insya ALlah, klu thn depan blk ray alg..leh la tempah kek lagi hehe
drama mama >> tema umah PIL kaler pink thn ni, tu yg meriah semacam tu hehe
huda >> baby SN ikut je mana mommy bwk, janji dpt kutip duit raya hehe
myhasla >> tu la, dh blk jepun smula..sunyi balik huhu
nadiah >> seronok sgt2x, rasa cam xmo blk jepun dah hehe
Aleyn >> bab bergambar memang beria la..hehe
mama Syaza >> btul2x, bukan sellau leh kumpul ramai2 cenggitu
mama Miya >> ala, jgn lah jeles dear..u pon meriah gak raya kan?
Post a Comment