CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 16 July 2013

Ke Sanrio Hello Kitty Town di Puteri Harbour Family Theme Park di bulan puasa


Salam

Bulan2 posa, cuti weekend sangap tak tahu nak buat apa *nak makan takleh eheh* maka tiba2 tercetus idea gila kat kepala otak I. Idea gila nya ialah bawak anak2 ke Puteri Harbor Family Theme Park kat Nusajaya; which is about 80km away from Batu Pahat. Tak sampai separuh jalan, both SNs selamat berdengkur2 dalam car seat masing2.

+- Abg SN tak sempat nak pakai seat belt pun lagi -+


There are 3 attractions at the Puteri Harbour Family Theme Park which are Lat's Place (restaurant), Sanrio Hello Kitty Town and The Little Big Club. I've plans to visit the park before this tapi asyik tangguh sebab tengok tiket macam mahal. Normal ticket price admission for each park is RM55, and for both parks is RM85 *lap peluh menitik2 kat dahi*. 




Dah sah2 nanti hubby mesti nak pergi The Little Big Club park je tapi being me, mestilah mak incik nak pergi Hello Kitty Town tu jugak *walaupun dah pernah pergi Hello Kitty Harmonyland masa kat jepun dulu2*. Masa tu Abg SN baby lagi, baru 3 bulan kot. So kali ni abg SN dah besar; dah pandai posing, dah kenal characters kartun tu semua. Bila mommy bagitahu abg SN yang dia dah pernah pergi yang kat Nihon, laju je dia jawab "abg tak nak gi masa baby, abg nak gi masa dah besar, abg tak ingat masa baby" wakakakaka.


I found out from Nieda's blog that there'll be special discount for both parks from 10th July - 5th August; ticket price to enter both parks for only RM55!. Maka mommy tak pedulik, puasa pun puasa lah..janji dapat tiket discount *dasar mommy yg cheapskate*. Dengan gigihnya pujuk rayu daddy untuk bawak kami anak beranak ke sana. Alah, apa ada hal; park ni indoor. Bukan kena berpanas hujan pun; pusing2 kat dalam building yang lengkap ada aircond je pon *flip tudung*. Kebetulan Cik Lin *my youngest sister* ada sekali weekend tu so angkutlah bawak sekali untuk jadi babysitter eheh. 



Mula2 sampai kat entrance door tu, we will be greeted with The Red Bow Cafe. No outside foods are allowed so kalau lapar boleh lah beli kat situ, tapi harga memang agak tercekik tekak gak ah untuk orang yang cheapskate macam I ni, tu yang untung kalau gi bulan posa..jimat tak payah makan eheh. Masa on the way kat atas kereta, mommy bagi anak2 makan kenyang2 dulu jadi nya tak payah beli sebiji donut rega RM8 kat dalam tu ohohoiiii.




(1) Sanrio Hello Kitty Town



It is located on the 1st floor. There are 11 attractions at the Hello Kitty Town :-



Mula2 sampai tengok Mini Show "Hello Kitty Heartful Journey" kat area Purfect Stage. Layan lah jugak Kitty duk berjoget2 dengan Daniel kat atas pentas tu. 


Lepas tu gerak ke Kitty's House. Terus mommy & Cik Lin berangan nak rumah macam ni jugak. Hero ber3 tu bo-layan je benda2 cute dalam Kitty's House ni. Daddy lansung tak nak posing kat dalam ni while Abg SN pulak siap lari keluar gi toilet tak masuk2 dah lepas tu ehehe. 


+- Kitty's living room -+


+- Kitty's kitchen -+

+- Kitty's dining table -+

+- Kitty's dressing mirror & wardrobe -+
    
+- Kitty & Daniel's picture frames -+

+- Kitty's bath tub -+

+- Kitty's bed -+

+- Kitty's luggage...ohmaiiii so cute -+



Seterusnya gerak ke Friendship Land pulak. Sementara Abg SN main tembak2 bola kat dalam tu, mommy sempat susu kan SN Jr. Tapi dia pun excited jugak nak join Abg SN kat playland tu; so kejap je lah nyusu sebab SN jr sibuk nak 'makan' bola2 kat situ.


+- SN Jr beria makan bola -+


Masa nak masuk kat Black Wonder, Abg SN mula2 refused sebab dia kan penakut tempat gelap ni; tapi lepas pujuk2 dan 'marah2', baru dia nak masuk ahaha. Kat dalam ni, di beri lantern dan task untuk cari 5 letters yang dapat selamatkan Kitty & Daniel yang kena prisoned. Best gak ah, cari2 5 letters tu dengan jayanya so in the end dapat certificate. Best kan?. 



+- budak ber2 tu tengah duk sibuk tengok lantern haisy -+

+- mencari 1st letter untuk selamatkan Kitty & Daniel -+


+- pencarian 2nd & 3rd letters untuk selamatkan Kitty & Daniel -+

+- pencarian 4th & 5th letters  untuk selamatkan Kitty & Daniel -+

+- eceh, ye ye je baca macam kan faham -+

+- nampak tu Kitty & Daniel kena penjara, sian diorang sob sob -+

+- yeayyy, dapat sijil sebab berjaya kumpul 5 letters and create a word out of 5 letters to save Kitty & Daniel -+



Kat Hello Kitty Town ni cuma ada 1 ride je i.e Tea Cups Ride. Tak mencabar lansung *padahal mommy pening kalau naik ngeee*, so mommy suruh Cik Lin je temankan Abg SN naik. Mommy duduk melepak dengan Daddy kat Dream Photo Garden sambil suap SN Jr makan.

+- tak mencabar lansung *eceh berlagak,klu mommy naik ntah2 throw up dlm cwn tu* wakakak -+


Kalau yang pergi bawak anak pompuan eloklah spend masa lama sikit kat area Wishful Studio ni sebab ada macam2 activity such as Nail Saloon, Jewellery Making, Cookies Studio and Costume Dress Up. Macam I, masuk kat section Costume Dress Up je dengan Abg SN dan Cik Lin. Daddy & SN Jr lepak kat luar je, nampak sangat Daddy boring terpaksa datang kat situ ehehe.


+- tomey tomey Abg SN pakai costume Badtzmaru, Mommy pakai costume MyMelody, Cik Lin pakai costume Kitty. -+


Kesimpulannya, kalau ada anak perempuan pre-school memang sesuai lah bawak datang sini. Kalau untuk girls yang dah sekolah pun sesuai jugak, lagi kan I yang dah 3 series pun syok posing kat Hello Kitty Town ni, apa tah lagi kanak2 tu ye dak?.


Psssttt : Untuk yang jalan2 pusing2 kat The Little Big Club esok lah I update eh, ni dah panjang berjela..karang korang lenguh jari pulak nak scroll banyak2 *padahal update sekali harung je ni, cuma publish lain2 hari nak bagi ada banyak entry kat blog ngeeee*.

~ Thanks for reading this (^-*) ~

Wednesday, 10 July 2013

Cerita permulaan puasa 2013 eh eh eh..ke cerita raya ni?

Salam *lambai2 tangan sambil lari setempat*...

Hamboiiii aktif nampaknya, tak posa ke?. 

Tolong sikit eh, mak incik posa tapi ni tengah bersenang lenang kat rumah...bersantai di rumah sebab Johor kan cuti sempena 1 Ramadhan, jangan jeles eh.


Alhamdulillah tahun ni dapat berpuasa di Malaysia selepas hampir 5x puasa di perantauan sebelum ni (dari buat master sampai lah dah habis PhD). Sejak2 kahwin memang puasa penuh sebab pregnant masa puasa lepas tu fully breastfeed, jadi nya harap2 tahun ni pun dapat puasa penuh lagi sebab tengah fully breastfeed SN jr.


Tahun ni excited terlebih untuk preparation raya *eh bukan ke memang tiap2 tahun ni excited terlebih utk persiapan raya?*..ngeee. OK, correction sikit, tahun ni lebih excited persiapan raya compared to tahun lepas sebab dah ada 2 hero untuk di 'style' kan *perosak bahasa*. Kalau sebelum ni cuma sedondon ber3 je, baju raya pun sepasang je yg baru; ye lah dah nama pun beraya di perantauan..tak lah over sangat.

 -+ tak raya pon mommy & anak2 dah over excited pakai baju sedondon. Set mom & baby  ni beli kat Dnabydynas -+


Tahun ni pulak, belum start puasa tapi kitorang dah siap dah preparation baju raya dengan niat konon2nya bulan puasa dah tak payah susah2 letih2 cari baju raya. Baju melayu daddy dan 2 hero tu dah beli kat Nilai 3, memang ada jual set baju melayu ayah + anak2..mak punya pun ada sekali tapi mommy eksyen, beli baju raya kat Tesco okeh *eceh, koya sangat mommy ni..beli kat Tesco je pun wakakakaka*.


Tahun ni memang daddy peratiiii je 'kegilaan' mommy prepare baju raya untuk diri sendiri. Nampak sangat macam balas dendam, beraya di perantauan bertahun-tahun.. Baju yang hantar kat tailor 3 pasang, tapi takut diorang tak siapkan untuk raya; maka gigih jugak beli online dengan cara pre-order Orked by JM dan MINAZ EID; turut tidak di lupakan sempat merembat Hatta Dolmat rtw kat First Lady. 

"Gila" tu bukan saja dari segi bilangan baju tapi jugak "gila" sebab sanggup ke Tesco Tebrau City dari Batu Pahat ni semata-mata untuk pick-up baju dari Orked by JM tu. Lepas tu weekend lepas, sanggup memujuk rayu mendayu-dayu dengan hubby suruh singgah kat First Lady kat Tesco bandar Melaka semata-mata nak beli baju Hatta tu. Nasib baik lah memang weekend lepas hubby ada event kat A-Famosa, so di turutkan je lah permintaan isteri yang sengal ini eheh.

+- ecehh, nampak itu 2 paper bag besar? aaaa tu baju raya mommy ler tu -+


So hari ni, bermula nya 1 Ramadhan 1434H maka persiapan baju raya dah siap..jadi tak ada alasan untuk ponteng terawih di penghujung Ramadhan nanti dengan alasan nak beli baju raya. Terawih malam tadi mommy dan anak2 buat kat rumah je, daddy sorang2 pergi demi mengenangkan SN jr yang masih kecil dan jugak kuat nangis ni huhu. 


Preparation untuk biskut raya tahun ni memang nampak potensi besar cuma order je dari colleague yang dah banyak bagi sample dari bulan lepas lagi. Jadi nya, memang tak ada alasan untuk betul2 fokus meningkatkan ibadat2 sunat di bulan yang pahala nya berlipat kali ganda ni. OK lah, nak pergi tambah pahala ni..nak masak untuk berbuka. Hari ni plan nya nak masak bubur cha-cha dan ayam percik.


Psssstt : pung pang pung pang persiapan raya tapi nya persiapan rohani untuk ramadhan apa ko dah buat Yatie Chomeyl weh *lepuk kepala sendiri yang sengal*.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...