Hari ini SN Jr dah pun nak masuk 2 minggu. Masa SN Jr umur 7 hari hari tu, kitorang sempat lah melaksanakan tuntutan sempena hari ke-7 iaitu mencukur rambut dan memberi nama yang baik.
(1) Memberikan nama yang baik
Bapa
dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari
ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya
: "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu
dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu". Riwayat Abu Daud. ~ sumber SINI.
+- SN Jr tengah bersedia nak di beri nama oleh Daddy -+
Membaca Doa ketika memberikan nama anak.
Maksudnya
: "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini
memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah
keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan
hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah
usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh
badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin
diwaktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga
hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat,
dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan
rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih". ~ sumber SINI.
+- Assalamualaikum, nama saya.....-+
We decided to name him "SHAHMI NAZRAN" yang membawa maksud : Shahmi= Mulia, berani, bijak dan Nazran = Persembahan untuk Allah. Semoga nama ini serasi untuk SN Jr dan semoga maksud yang baik ini akan betul2 menjadikan SN Jr seorang anak yang mulia, berani dan bijak...Insya Allah...Ameen.
(2) Bercukur rambut
Adalah
menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke
tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain. Macam Abg SN dulu pun Daddy yang cukur sendiri, so kali ini pun daddy jugak lah yang cukur rambut SN Jr.
+- SN Jr buat muka cuak sebelum di botakkan -+
Antara hikmah bercukur rambut adalah :
(a) Hikmah kesihatan.
Dengan
membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua
lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan,
pernafasan dan pendengaran.
+- tengah berfikir macamana lah rupa dia lepas di botakkan nanti -+
(b) Hikmah kemasyarakatan.
Dapat
bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata:
Maksudnya
: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut
cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan
disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak". Riwayat
At-Tirmizi dan Abu Daud. ~sumber SINI.
+- genggam erat jari mommy -+
Lama jugak proses nak membotakkan kepala SN Jr.
Nasib baik dia tak meragam sangat sepanjang proses mencukur rambut tu.
Daddy guna pisau pencukur Gilette tu je. Alhamdulillah putera temenggung
mommy ni dah pun botak licin, harap2nya dah hilanglah segala kotoran2
yang melekat kat kepala dan rambut dia masa kat dalam perut mommy tu.
+- SN Jr : saya dah botak, hensem macam Abg saya tak? hehe -+
Pssssttt : rambut Abg SN pun kena potong pendek jugak, nasib baik tak di botakkan sekali by daddy.
~ Thanks for reading this (^-*) ~