Ini I nak share satu berita baik buat semua rakyat jelata samaada di negeri Kelantan, Malaysia @ di mana sahaja.
Tahu tak yang AL-SULTAN KELANTAN, SULTAN MUHAMMAD V telah mengampuni perkenan MEMBUKA
PINTU ISTANA NEGERI, Kubang Kerian kepada seluruh rakyat jelata selama
35 HARI bermula hari ini 01 Nov hingga 06 Dis 2012 bagi memeriahkan
Ekspo MAIK sempena ulangtahun ke 100 penubuhannya.
Ekspo bertemakan 'Seabad Mendaulatkan Islam' mensasarkan 100,000 pengunjung. Sebenarnya Pihak MAIK sebenarnya mencadangkan lokasi lain utk ekspo ini tapi Tuanku Sultan menitahkan agar ekspo ini diadakan di Istana Negeri.
Memang ianya bakal menjadi satu SEJARAH kerana rakyat jelata semua DIJEMPUT ke Istana bermula jam 9 pg hingga 6 ptg setiap hari. Tarikan utama ekspo adalah Pameran Kegemilangan Islam Kelantan bertempat di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri yang mempamerkan ratusan artifak menarik seperti replika rumah dan pedang Rasulullah SAW serta mimbar masjid berusia lebih 100 tahun.
HOS PENYIAR majlis ini ialah TV ALHIJRAH dan pelbagai program
utk pengunjung bersama pihak TV ALHIJRAH juga diadakan. Di antara sebahagian pengisian program dari TV Al-Hijrah ialah :
- Zon Aulad:Pertandingan mewarna
- Sesi bersama Personaliti TV Al Hijrah
- Pertandingan Tulisan Khat
- Sesi bersama artis jemputan TVAH ~ PENAMPILAN ISTIMEWA : IRMA HASMIE
- Kuiz TVAH
- Konsert Mahabbah
- Pelancaran program Ikhwan Maik
- Ceramah motivasi remaja
- Program bual bicara bersama tokoh agama
- Demonstrasi masakan oleh chef terkenal negara
Manakala sebagai tanda cakno (ambil berat)
utk golongan 'saudara baru',org asli & golongan kurang mampu pula,
sebanyak 40 gerai jualan turut disediakan di halaman istana termasuk
gerai pameran/jualan dr agensi kerajaan & swasta.
Tiada tiket masuk dikenakan tetapi setiap pengunjung
akan diberikan "penanda buku" percuma yang mempunyai nombor bersiri bagi
mendapatkan hadiah cabutan bertuah berupa hamper dan barangan elektrik
yang disediakan setiap hari.
Pengunjung yang masuk ke ruang pameran di Dewan Jubli Perak akan diberikan beg plastik khas bagi mengisi kasut mereka sebelum memasuki dewan. Penganjuran ekspo tersebut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Islam Kelantan, Muzium Negeri Kelantan, Arkib Negara, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC), Muzium Kesenian Islam Malaysia dan agensi-agensi di bawah Maik.
Pengunjung yang masuk ke ruang pameran di Dewan Jubli Perak akan diberikan beg plastik khas bagi mengisi kasut mereka sebelum memasuki dewan. Penganjuran ekspo tersebut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Islam Kelantan, Muzium Negeri Kelantan, Arkib Negara, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC), Muzium Kesenian Islam Malaysia dan agensi-agensi di bawah Maik.
+- TUANKU SULTAN MUHAMMAD
V telah merasmikan pameran ini pd jam 10 pagi hari Khamis 1 Nov 2012 -+
Jadi, apa tunggu
lagi?. Yang ada di Kelantan dan negeri2 berhampiran Kelantan bolehlah sama-sama menjayakan sasaran 100,000
pengunjung ini di samping itu secara tak langsung MENGHARGAI budi ikhlas Tuanku Sultan yg dikasihi yg berkenan membuka
pintu Istana Negeri, Kubang Kerian utk rakyat semua...JUNJUNG KASIH
TUANKU..!!
# Untuk Info lanjut, sila LIKE FB Ekspo MAIK 2012.
Pssssttt : rumah yang I duduk masa kecil2 dulu memang 2 minit je dari Istana Negeri ni tapi o course la I tak pernah dapat masuk pun istana ni. Kalau I dapat pergi ekspo ni, bestnyaaaaaaaaaa.
~ Thanks for reading this (^-*) ~
10 words of wisdom & comments:
wah best tu.. dulu penah gak masuk istana tu masa Majlis Taman ( sekolah rendah) n masa perarakan burung gergasi tu, siap ada Siti Nurhaliza lagi.. meme happening la..
alhamdulillah..bagusnya sultan kelantan..
semoga sultan sultan lain pun ikut jejak langkah dia..
knur pernah masuk kat bahagian blkg bila ado acaro sekoloh2 dulu. tapi tu kat padang istano jah. Rugila Tie tok gi gak. Kalu knur dok Kelate, nok gi tgk.
Allahu Akbar! (menggantikan Daulat Tuanku)
Meme Sultan yang berjiwa rakyat sungguh! Semoga Kelantan terus maju di bawah pimpinan Ku Yeh:)
Allahu Akbar!
Moga Klate terus makmur di bwh naungan Tuanku!
terasa mcm nk jadi rakyat kelantan
wow i likeee tapi dokleh nok g huhu eh dekatnyola rumoh yatiey dgn istana... dulu masa kecik2 gak darat la lalu depey istana mesti sorok excited hik2...
Chomey demo nih... ado rajo yg meRAJAkan rakyat jelato sokmo...lebih chomey lgi Yatie Chomeyl share blog dgn isu-isu hok bagi celik minda mllui pengalame Mek selaku pesakit PhD aka "Permenant Head Damage"... (y)
...teruskan penulisan pencerahan minda lagu Mek...! (y)
yeay..kite dapat pegi jugak..:-)
salam perkenalan..
Post a Comment