Salam
Nampak tak tajuk kat atas tu?. Ya, ngape..tak caya?.
Betul weh Abg Nuar datang Parit Raja.
Oh btw, untuk yang tak tahu Parit Raja is a small town in Batu Pahat District, Johor, Malaysia.
Hujung bulan lepas (21st Sept 2013), UT.HM menganjurkan Konsert Ulang Tahun ke-20 UT.HM dengan kerjasama National University of Singapore (NUS). Konsert yang julung-julung kalinya dianjurkan ini turut dijayakan oleh pengarah muzik tersohor tanah air Datuk Johari Salleh dan artis popular Anuar Zain serta Alyah.
Tiket di beri percuma pada staff & pelajar dengan cara 'siapa cepat dia dapat'. Being me, of course la tergedik2 nak pergi although I'm not a big fan of Anuar Zain tapi bila lagi weh dapat pergi konsert Bang Nuar ni FREE. Mula2 hubby tak nak join sebab there's no one to look after both SNs since his officemate cakap tak boleh bawak anak, tapi I check tiket tak pulak mentioned 'no kids allowed'. So I siapkan je SN berdua then buat muka seposen depan hubby eheh.
+- Both SNs pun pakai ikut dress code for the concert, hensem tak? -+
Dah siap SN berdua hensem2, mommy pulak bersiap. Elok je I siap dan jenguk kat living room, rupa2nya SN berdua dah.......................................................
TERTIDUR!
+- SN Jr siap gaya kuak lentang conquer pillow; Abg SN menempel sikit je di tepian -+
Alamakkkkk, camno ni?. Mommy dah siap jangok2 dengan dress, daddy pon dah siap pakai suit...boleh pulak budak berdua ni bantai tidur.Haiyoh, mommy tak pedulik...angkut je dua2 masuk dalam kereta, demi Bang Nuar .
Elok je sampai kat dewan, both SNs dah terjaga. Tapi muka monyok dan agak bad mood. Kalau ikut tiket, patutnya staff dapat duduk kat Area A tapi sebab kitorang bawak anak, so kena duduk kat sebelah atas dalam dewan tu dengan students. Jauh lah sikit dari Bang Nuar tapi tak kisahlah, dah nama pon tiket free kan hehe.
+- SNs buat muka tak puas hati -+
Mula2 kena dengar lagu2 simfoni orkestra dulu which is music tanpa nyanyian. Lagu2 nya ialah :-
1. Shostakovich - Gadfly Suite (Overture and Galop)
2. Beethoven - Symphony No. & Movement Two
3. Tchaikovsky - Sleeping Beauty, Valse
4. Johann Strauss - Elken a Magyar
5. Liu Tie Shan/Ma Yuen - Dance of the Yao People
Masa lagu 1st and 2nd OK lagi la budak berdua ni, tapi masa lagu ke-3 masing2 dah tak boleh duduk diam. So, terpaksa lah temankan diorang buat 'show' sendiri kat belakang tempat duduk tu.
+- duk buat apa la kat celah2 kerusi tu anak2 weh -+
Masa lagu ke-4 & ke-5 di mainkan, masing2 dah makin boring. Mari lah kita main kat tepi pulak, nasib baik la carpet dewan bersih. Temankan anak2 main dengan gembira dulu asalkan mommy dapat tengok show Anuar Zain kejap lagi.
+- mula2 diri tegak -+
+- lepas tu membongkok sikit -+
+- lepas tu siap merangkak terus -+
+- SN jr nak lari grab kamera -+
Lepas tu baru lah Alyah keluar dengan baju lip lap. Kecik je nampak dia, tapi vokal dia memang lantang dan mantap. Alyah nyanyi 2 lagu i.e. Hati Lebur Jadi Debu dan Kau Yang Terindah. Tinggi gila high heels yang dia pakai (5"-7" kot) sampaikan nak jalan ke depan pentas tu pun kena di pimpin. I pulak risau tengok takut dia tergolek kat depan pentas tu eheh.
+- lip lap lip lap baju Alyah malam tu -+
Habis je Alyah nyanyi, MC terus hangatkan suasana. Siap suruh crowd teka siapa penyanyi seterusnya. Derrrr, orang memang tunggu Anuar Zain punya performance je kot *eh ke I sorang je yang over?*. Tapi sebab konsert kat dalam uniersiti kan, crowd pun tak de lah terjerit-jerit ke apa, semua polite and proper je duduk diam2 kat seat masing. Tapi once MC announced nama Anuar Zain, tepukan bukan main kuat lagi amboi3x.
+- "Bang Nuarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr", I jerit dalam hati je sebab sedar diri laki sendiri ada kat sebelah -+
Dia nyanyi 3 of his famous songs i.e. Ajari Aku, Ketulusan Hati dan Sedetik Lebih. I was literally gasping masa mula2 dengan suara Anuar Zain live. Seriously sangat2 merdu, sebijik macam kat dalam radio.
Now I do understand kenapa rate untuk show dia mahal, coz it's really worth it bila dengar dia nyanyi live. Merdu gila, even for a KRU die hard fan like me. Terus teringat kat my sister, no wonder lah Kak Nur minat sangat dengan Bang Nuar ni hehe.
+- ♪ ♫ Ajari aku tuk bisa...mencintaimu ♪ ♫ -+
+- ♪ ♫ Apa yang ku rasakan ini, Persembahan untuk dirimu, Kau dengarkan kasihku....Oooo ♪ ♫ -+
Eh, cop bukan I sorang je yang ternganga okeh. I pusing tengok hubby I pon dia siap rekod video lagi masa Anuar Zain nyanyi. Nasib baik jugak SN berdua tu behaved masa Anuar Zain perform. *ke diorang tak behave I pun tak perasan sebab my hubby yang jaga diorang masa tu sebab I dah tak peduli apa dah..fokus 100% on Anuar Zain's performance je* ngeee.
+- ♪ ♫ Kasihku ku amat mencintai kamu, Kerana kau beri erti hidup, Ku kan terus mencinta sedetik lebih..... selepas selamanya ♪ ♫ -+
Elok je Anuar Zain habis nyanyi, Abg SN dah ajak balik. Maka kembalilah semula ke alam realiti sebagai mommy anak dua *tersedar dari alam khayalan yang terbuai2 dengan suara Anuar Zain tadi* terus dukung SN Jr dan pimpin tangan Abg SN keluar dewan sebelum diorang pulak start buat 'show' sendiri kat dalam dewan tu.
Sempat lah kami sekeluarga posing seposen dua kat luar dewan sebelum tetamu istana berangkat balik i.e. Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
+- kereta YM Raja Zarith dah siap menanti depan pintu dewan -+
+- alaa gambar ni SN jr tak tengok kamera -+
+- okeh, gambar ni cun, semua pandang kamera dan senyum *except SN Jr yang buat muka Posh sangat ececece* -+
Psssttt : sebenarnya nak request dengan hubby nak pergi backstage bergambar dengan Anuar Zain tapi niat tersebut di kuburkan sebelum kena "ceramah percuma" di tengah malam. "Dia bawak pergi tengok konsert tu pun dah cukup bagus Yatie weh, ada hati nak pergi posing dengan Bang Nuar konon", kata hati kecilku sendiri.
~ Thanks for reading this (^-*) ~