Salam,
Konon2 nak update blog regularly tapi entry birthday Abg SN ni pun dah peram sebulan muahahha. Okeh takpe, better late than never.
Sempena birthday Abg SN yang ke-5 tahun on 26th May 2014, maka sambutan pon kena lah buat sebanyak 5x...amboiiii kellas kau nak, mengalahkan anak Dato'..hohoho.
(1) Sambutan keluarga kecil SN
Sambut kat rumah ber-4 dengan daddy, mommy dan SN Jr. Tema minion memang Abg SN yang request. Dengan gigihnya mommy print banner birthday sendiri kat printer ofis mommy, pastu huk aloh habis ink pulok. Maka terimalah seadanya warna biru dah jadi pink ngeee. Mujur jugak Minion birthday theme dah banyak orang share printable kat website, maka download je lah. Kalau harap mommy design sendiri lagi hazab la jawabnya nak.
+- nampak banner kat belakang tu tak cukup color -+
+- dah besar tapi still manja kededek dengan mommy -+
T-shirt sedondon 4 beranak order kat instagram @kidsnowadaysclothing. Good service, efficient, cepat dan cantik. Harga pun reasonable, highly recommended kalau jenis tak nyabor macam I eheh.
+- gedik nak sedondon walaupun celebrate kat rumah je -+
-+ t-shirt Abg SN special sikit ada no 5 kat belakang -+
Sambutan takde makan kek tapi posing dengan kek semata-mata. Mommy sikit punya terliur nak rasa kek tapi Abg SN tak bagi potong sebab dia nak bawak pergi kindy. Siap cakap; "kawan2 abg tu mama papa dia hantar kek pergi sekolah tak potong pon".... Baik lah nak, mommy redha.
+- muka mommy yang senyum tak ikhlas sebab tak dapat makan kek -+
Memandangkan Abg SN dah 5 tahun, hadiah birthday pun dah pandai request ikut kehendak sendiri. Dengan Daddy, dia mintak set Hot Wheels. Dengan Mommy, dia mintak supermarket playset. Mujur Abg SN tak buat muka tak malu mintak hadiah dengan aunties, uncles dan tok umi tok abah dia sekali ngeeeeeee.
+- birthday gift from daddy -+
+- your happiness is what matters the most to me -+
+- abg jadi tokey kedai, adik jadi pelanggan -+
(2) Sambutan di Tadika
Kek besar seberat 1.5kg tu memang order semata-mata sebab Abg SN nak bawa pergi kindy. Design kek memang abg SN yang request nak Minion mandi ocean, order dengan officemate mommy. Masa order siap Abg SN cakap sendiri yang dia nak kek strawberry design Minion mandi ocean.
Demand nya ko nak, tapi bila ingat how happy I am setiap kali Arwah Ma celebrated my birthday ...so I promised myself that I would do the same for my children.
+- strawberry Minion themed cake -+
Persiapan goodie bag pun abg SN buat sendiri. Letak stationary Minion dan mini pretzel Minion yang mommy dan Abg SN buat sama2 over the weekend.
+- Minion-mini pretzel and Minion's stationary set in goodie bag -+
Sebelum tidur, bukan main bersemangat Abg SN cakap nak bangun pagi2 nak bawak kek nak makan dengan kawan2 kat sekolah. Alih2 bangun pagi tu dia bad mood pulak sebab malam tidur lambat. Jadi nya, I pun tak pasti cikgu ada ambik gambar ke tak abg SN's birthday celebration kat tadika memandangkan dia dah moody pagi2 tu. Tapi bila I fetch him up from school, teacher kata elok je makan kek ramai2.
(3) Sambut dengan Tok Umi
SN's gradma a.k.a Tok Umi's birthday is 3 days after abg SN's birthday. Kebetulan masa birthday Tok Umi tu both SNs and I balik Qelate for my cousin's wedding. So sambutan kali ke-3 birthday abg SN yang ke-5 tahun dibuat sama2 dengan sambutan birthday Tok Umi kat Pizza Hut KB Mall. Kali ni kek tumpang share dgn kek tok umi sponsored by Cik Ain pulak..thank you cik Ain.
+- kek coklat moist yang sedap, sedia untuk di ngap -+
(4) Sambut dengan mommy's extended family.
Alang2 dah balik kampung, sambutlah jugak birthday Abg SN dengan mommy's extended family. Yang ni mommy tapau kek kat Secret Recipe je. Goodie bag yang lebih bawak balik ngam2 je untuk bagi kat mommy's lil cousins as well as SN's cousins.
+- abg dah 5 years old! -+
+- tembakkkkkkk -+
+- mommy selebet je, ye lah kan kat rumah ni takkan nak pakai bulu mata pelesu pulak semata-mata nak ambik gambar -+
(5) Sambut dengan daddy's extended family.
Penutup kepada birthday Abg SN yag ke-5 tahun ialah sambutan kali ke-5 dengan daddy's extended family nun jauh di Sabah negeri di bawah bayu. Sekali harung dengan sambut birthday family members yang lain jugak masa trip to Sabah sempena Zain's family day 2014 (yang ni pun tak tau lah bila nak up entry kat blog huhu). Thank you kat Cik Amah-Ayoh Jim & Cik Iti-Ayoh Mat for the birthday gift.
+-SN Jr geram tengok kek, tunggu masa je nak cuit icing -+
+- Daddy terpaksa campur tangan bila keadaan makin bahaya untuk kek tu eheh -+
Maka begitu lah berakhirnya sambutan birthday Abg SN yang ke-5 tahun. Doa mommy & daddy semoga Abg SN membesar sihat, jadi anak soleh dan abg yang bertanggungjawab kat adik2, berjaya dunia akhirat dan bahagia sampai syurga...Ameen.
Pssssttt : Gamaknya birthday Abg SN tahun depan macam mana lah mommy nak cukupkan sampai 6x sambutan pulak? *pecah kepala*.
~ Thanks for reading this (^-*) ~