CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 3 July 2014

Survey of Acceptance and Intention Towards Urban Agriculture


Salam

Entry hari ini nak memenuhi permintaan a friend of mine yang nak minta kerjasama u oll yang cun melecun cantik jelita hensem bergaya sekalian untuk isi survey pasal  Acceptance and Intention Towards Urban Agriculture.


(1) Adakah anda tahu bahawa bahan-bahan utama untuk menyediakan semangkuk tom yam boleh didapati di sekitar rumah kita? Namun kebanyakkan dari kita lebih suka membelinya dari kedai. Bila dah beli tu tentulah dibeli dalam kuantiti yang banyak macam cili padi 50 sen, serai seikat, daun limau purut seikat. 

Dari jumlah yang dibeli adakah kita menggunakannya secara maksimum. Sudah pastinya ada antaranya ke bakul sampah jua perginya disebabkan kering di dalam peti sejuk. Tidak hairanlah apabila Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara menganggarkan 45% daripada sisa pepejal yang dibuang setiap hari adalah MAKANAN. 

JPSPN juga melaporkan bahawa sikap membazir membuang sisa makanan ketara di kawasan bandar berbanding penduduk di pedalaman/kampung. 

10402850_492647084200240_7354887969042038692_n.jpg (960×720)
+- pic source : thekl-chronicle -+



(2) Setiap tahun juga Negara terpaksa mengimport makanan dari Negara jiran bagi memenuhi keperluan makanan Negara sehingga menyebabkan imbangan dagangan (balance of trade) makanan negatif disebabkan nilai import yang melebihi nilai eksport setiap tahun. 

Senang kata kita sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada pasaran import, bayangkan sekiranya berlaku sebarang bencana atau sekatan ekonomi pastinya ianya memberi kesan kepada harga makanan seperti mana istilah ekonomi di mana apabila permintaan melebihi penawaran maka harga meningkat. 

images (266×190)

Ini disebakan oleh pengeluaran makanan di Malaysia tidak memiliki kapasiti bertahan kerana sangat sensitif kepada gejala alam dan perubahan pasaran.



(3) Dengan pertambahan bilangan penduduk, kawasan pertanian yang semakin terhad kita sebenarnya terdedah kepada ‘food shortage’. Justeru bagi menjamin keselamatan makanan Negara, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berserta institusi pendidikan kini giat mempopularkan fenomena bercucuk tanam di kalangan penduduk bandar khususnya. 

Ini kerana pertanian bandar merupakan antara solusi terbaik buat masa kini kerana pengguna dapat menggunakan hasil pertanian sendiri. Dengan cara ini juga pembaziran bahan makanan juga dapat dikurangkan malahan kita dapat menyediakan makanan yang berkhasiat untuk keluarga kerana kita menggunakan bahan-bahan makanan yang segar. Manfaat lain yang boleh diperoleh menerusi kaedah pertanian bandar ialah pengguna dapat mengurangkan kos perbelanjaan dapur selain menambah pendapatan jika produk pertanian yang dihasilkan dapat dipasarkan.  

IMG-20140427-WA0014.jpg (700×664)
+- pic source : perdana hitam-+

Apabila ramai yang mengambil pendekatan untuk menanam sayuran di kediaman mereka, secara tidak langsung harga makanan seperti sayur dapatlah distabilkan. 



Oleh itu, dengan rendah hatinya nak memohon lah kerjasama adik kakak abang sekalian untuk isi Soal selidik online tentang Pertanian Bandar bertajuk Acceptance and Intention Towards Urban Agriculture yang boleh dilayari di SINI (klik)

Thank you.


1 words of wisdom & comments:

transformed housewife said...

I've done the survey. Quite an interesting topic.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...