CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Tuesday, 25 May 2010

Larut dalam "Bumi Cinta"

Dah lama I tunggu "bumi cinta" hadir ke pangkuan I.


Petang semalam, bila di beritahu oleh hubby yang "bumi cinta" sudah ada dengannya, hati I dah jadi sangat teruja dan tak sabar menunggu kepulangan suami kesayangan bersama "bumi cinta" yang I dah lama nanti2 kan kehadirannya.


Hari ini; perjalanan ke kampus selama 1 jam di dalam keretapi dirasakan berlalu dengan sangat pantas. Kalau selalunya, iPhone menjadi peneman untuk menghilangkan kebosanan dengan bermain bermacam2 jenis game; hari ini ada atau tiada iPhone di sisi bukan lagi satu perkara penting.



Kehadiran "bumi cinta" membuat I larut dalam dunia yang tersendiri. Fikiran ibarat di pukau masuk ke dunia yang di bawa dalam olahan "bumi cinta". Larut, hanyut dan terkesima dengan jalinan adegan yang di bawa oleh "bumi cinta" sampai I hampir2 terlepas untuk turun di stesen universiti
ihikhik eheh.


"Bumi Cinta" yang I maksudkan ialah novel terbaru karya Habiburahman El-Shirazy yang I beli dengan harga 1200yen = RM45. *refer entry: bertemu novelis pujaan hatiku --> Habiburrahman El-Shirazy*. Menambah lagi rasa kasih I pada "bumi cinta" ini ialah kerana ia di bahagian badannya terukir indah tandatangan Kang Abik ; khas untuk pembeli novel ini di Jepun.

SINOPSIS BUMI CINTA :
Apa Jadinya jika seorang santri salaf, bernama Muhammad Ayyas, hidup di negeri paling menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Rusia? Akankah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi wanita2 muda Moscow, yang kecantikannya tiada tara?
*Novel Bumi Cinta hadir menjadikan Rusia sebagai setting utama*

*bangunan di kota Moscow di abadikan sebagai hiasan pada muka depan novel*


Tak sabar rasa tunggu perjalanan pulang dari kampus hari ini. Sejujurnya sejak bergelar ibu, isteri dan pelajar, memang agak sukar mencari masa untuk melarutkan diri dalam dunia tersendiri untuk membaca novel kegemaran. Sebab itu, I manfaatkan sepenuhnya masa di dalam perjalanan pergi dan balik kampus sewaktu di dalam tren untuk membaca novel.Yosh! budaya membaca amalan mulia! *tiba2* ekekekeke.


Psssstt : mula2 dapat novel ni malam tadi, beria2 nak balut dengan plastik sebab tak nak kulit novel berkedut dan renyuk; tapi kat mana pulak nak cari plastik balut buku tengah2 malam buta ihikhik eheh. Last2 lilit dengan sellotape je kat penjuru kulit novel kesayangan yang terbaru ni.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...