CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Sunday, 8 February 2009

Surah2 Bacaan Ketika Mengandung

Surah Bacaan ketika Mengandung

  • Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati dan kuat ingatan
  • Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
  • Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
  • Surah Hujarat - Untuk memperbanyakan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepad maksiat
  • Surah At Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  • Surah An Nahl - Untuk melahir anak yang berdisiplin
http://i138.photobucket.com/albums/q248/zedkhalilah/al-quran.png
(picture credit to this site)

Saturday, 7 February 2009

Vitamin2 untuk Ibu Hamil

Vitamin2 yang di sarankan

a) Folic acid
Di sarankan untuk ibu2 dari saat mula2 mengandung sampailah ke postpartum nanti. Folic acid bergna untuk perkembangan sel darah merah *nanti tak lah jadi macam Mahsuri, darah putih lagi banyak...eh, darah putih membuktikan kejujuran occay peace* . Kandungan folic acid yang mencukupi boleh mengurangkan risiko bayi mendapat kecacatan tiub saraf contohnya spina bifida.

b) Obimin
Obimin ni sebenarnya multivitamin dan terdiri daripada Vitamin A, B1, B2, B6, B12, C; Calcium, Folic acid, Ferus dan Iodin *gi lah bukak balik buku sains zaman sekolah untuk check khasiat2 vitamin ni weh, takkan mak buyung nak tulis semua kat sini kot..dah jadi buku teks sains plak kang* gataiIn short, kalau makan obimin, lengkap lah vitamin2 yang diperlukan oleh tubuh badan yang mongel sihat itu.

c) Fish oil supplement (DHA & EPA).
Berdasarkan kajian oleh Archives of Disease in Childhood (Fetal and Neonatal Edition), diorang menyarankan fish oil supplements di berikan kepada ibu2 mengandung untuk meransang koordinasi tangan dan mata bagi bayi *nak suruh baby cepat pick-up la ni*. Tapi kena hati2 sebab ada 2 jenis fish oil supplements.

Fish oil supllement dari hati ikan *cth; cod liver oil* mengandungi kandungan retinol dari vitamin A dan harus di elakkan semasa mengandung. Manakala fish oils yang tidak berasaskan daripada hati ikan mengandungi banyak DHA (docosahexaenoic acid), iaitu asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan mata dan otak bayi. Walaubagaimanapun,tak payahlah weh korang beria2 amik tiap2 hari *semata2 nak suruh anak jadi genius*. nerd


http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/miscellanous.jpg
(awal2 pregnant dulu rajinlah makan supplement, towards the end nih, makan folic acid jer)


## Paling penting sebenarnya amalkan pemakanan seimbang...tak perlu beria sangat amik vitamin2 ni dah. Lebihkan sayur dan buah2 *sibuk nasihat orang, sedangkan diri sendiri tak makan sayur jelir *##




Friday, 6 February 2009

Amalan Pemakanan Berkhasiat untuk Ibu Hamil

1) Amalan Pemakanan berkhasiat

Ibu2 mengandung sedia maklum kandungan gizi pemakanan seimbang yang harus di ambil setiap hari mestilah terdiri daripada :

a) Protein
- membina, membaiki dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.

b)Karbohidrat
- memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.

c) Lemak
- memanaskan badan dan menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan seperti hati. Terdapat di dalam minyak haiwan, kuning telur, ikan dan sebagainya.

d) Vitamin
- menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam buah-buahan, sayuran.

e) Garam Galian
Di perlukan dalam jumlah yang sedikit oleh badan. Terdapat dalam sayuran hijau, kekacang dan makanan laut. *mak buyung tak suka makan sayuran hijau, jadi ganti dengan buah strawberi & brocolli yang lazat* kenyit


http://ccm.um.edu.my/umweb/fpp/GSB%20Website/website/ipik/images/macam/piramid%20makan.gif
(picture credit to this web)


Selain daripada itu, ibu2 yang boyot di sarankan memakan kek secret recipe, donut big apple, aiskrim Baskin Robbin, almont donut choco stick, udon, sushi eh sudah2...jangan tipu ibu2 mengandung yang lain tak baik ekekkekek takbole Sebenarnya, ibu2 mengandung di saran untuk makan buah kurma ketika mengandung dan bersalin.


Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” - sumber dari sini-


http://mtamim.files.wordpress.com/2007/09/kurma.jpg


Kurma membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam a.s yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa a.s.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...