Vitamin2 yang di sarankan
a) Folic acid
b) Obimin Di sarankan untuk ibu2 dari saat mula2 mengandung sampailah ke postpartum nanti. Folic acid bergna untuk perkembangan sel darah merah *nanti tak lah jadi macam Mahsuri, darah putih lagi banyak...eh, darah putih membuktikan kejujuran occay
* . Kandungan folic acid yang mencukupi boleh mengurangkan risiko bayi mendapat kecacatan tiub saraf contohnya spina bifida.

Obimin ni sebenarnya multivitamin dan terdiri daripada Vitamin A, B1, B2, B6, B12, C; Calcium, Folic acid, Ferus dan Iodin *gi lah bukak balik buku sains zaman sekolah untuk check khasiat2 vitamin ni weh, takkan mak buyung nak tulis semua kat sini kot..dah jadi buku teks sains plak kang*
In short, kalau makan obimin, lengkap lah vitamin2 yang diperlukan oleh tubuh badan yang mongel sihat itu.
c) Fish oil supplement (DHA & EPA). 
Berdasarkan kajian oleh Archives of Disease in Childhood (Fetal and Neonatal Edition), diorang menyarankan fish oil supplements di berikan kepada ibu2 mengandung untuk meransang koordinasi tangan dan mata bagi bayi *nak suruh baby cepat pick-up la ni*. Tapi kena hati2 sebab ada 2 jenis fish oil supplements.
Fish oil supllement dari hati ikan *cth; cod liver oil* mengandungi kandungan retinol dari vitamin A dan harus di elakkan semasa mengandung. Manakala fish oils yang tidak berasaskan daripada hati ikan mengandungi banyak DHA (docosahexaenoic acid), iaitu asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan mata dan otak bayi. Walaubagaimanapun,tak payahlah weh korang beria2 amik tiap2 hari *semata2 nak suruh anak jadi genius*. 


(awal2 pregnant dulu rajinlah makan supplement, towards the end nih, makan folic acid jer)
## Paling penting sebenarnya amalkan pemakanan seimbang...tak perlu beria sangat amik vitamin2 ni dah. Lebihkan sayur dan buah2 *sibuk nasihat orang, sedangkan diri sendiri tak makan sayur

0 words of wisdom & comments:
Post a Comment