CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 6 February 2009

Amalan Pemakanan Berkhasiat untuk Ibu Hamil

1) Amalan Pemakanan berkhasiat

Ibu2 mengandung sedia maklum kandungan gizi pemakanan seimbang yang harus di ambil setiap hari mestilah terdiri daripada :

a) Protein
- membina, membaiki dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.

b)Karbohidrat
- memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.

c) Lemak
- memanaskan badan dan menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan seperti hati. Terdapat di dalam minyak haiwan, kuning telur, ikan dan sebagainya.

d) Vitamin
- menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam buah-buahan, sayuran.

e) Garam Galian
Di perlukan dalam jumlah yang sedikit oleh badan. Terdapat dalam sayuran hijau, kekacang dan makanan laut. *mak buyung tak suka makan sayuran hijau, jadi ganti dengan buah strawberi & brocolli yang lazat* kenyit


http://ccm.um.edu.my/umweb/fpp/GSB%20Website/website/ipik/images/macam/piramid%20makan.gif
(picture credit to this web)


Selain daripada itu, ibu2 yang boyot di sarankan memakan kek secret recipe, donut big apple, aiskrim Baskin Robbin, almont donut choco stick, udon, sushi eh sudah2...jangan tipu ibu2 mengandung yang lain tak baik ekekkekek takbole Sebenarnya, ibu2 mengandung di saran untuk makan buah kurma ketika mengandung dan bersalin.


Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.- sumber dari sini-


http://mtamim.files.wordpress.com/2007/09/kurma.jpg


Kurma membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam a.s yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa a.s.






0 words of wisdom & comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...