Salam,
Last week SN Jr yang demam + selsema + batuk, this week Abg SN pulak down with fever + batuk. Dah agak lama jugak Abg SN tak demam, selalunya adik je yang demam + selsema + batuk. Kali ini bila Abg SN pulak demam; adik macam mati kutu..tak ada geng nak ajak main peek-a-boo.
+- adik kebosanan tak ada geng nak ajak main -+
Dah dua malam berturut-turut suhu badan mencecah 40°C, tidur malam pun meracau-racau. Paling tak boleh blah, dalam duk meracau-racau tu terkeluar jugak ayat berbunyi "abg demam, abg nak cuti, tak nak go to school" ekekeke.
+- ini bukannya bersantai kat rumah, tapi tengah tungu turn nak jumpa Doctor -+
Luruh jantung mommy bila tengok anak2 tak sihat. Nasib baik lah tak demam kedua-duanya serentak, kira nya macam SN jr pass baton kat Abg SN pulak. Kalau dua2 berpakat demam serentak, jawabnya makin kurang lah lemak2 kat badan mommy eheh.
Bukan setakat Abg SN yang demam, tapi aunties dia macam Cik Amah dan Cik Ain and also tok umi & tok abah pun dah kena serang dengan virus demam selsema. Daddy & Mommy pun macam dah terjangkit dengan virus 'jahat' ni. Mommy cuma berharap mommy di kurniakan ketabahan dan kekuatan untuk jaga Abg SN dan jugak jaga diri mommy sendiri as well as jaga Daddy jugak.
Pssssttt : ujian sakit penghapus dosa, mommy redha..Insya Allah.
~ Thanks for reading this (^-*) ~
2 words of wisdom & comments:
keno bui makey supplement ko budok2 mace Scotts Imultion.
Alahai kesian adik xde geng nak main...hehe
Post a Comment