CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 3 June 2010

Dugaan2 kecil yang menguji ketabahan hati

Salam rindu buat semua yang sudi menjengah blog chomeyl ini walaupun dah agak lama tak berupdate. Thanks juga yang datang bertanya khabar kat kotak jerit "shoutbox" tu. Sorry sangat2 sebab tak dapat nak reply cepat2 macam dulu. Ni pun dapat update blog sebab hari ni baru dapat laptop dan internet connection kat tempatI internship ni. Tapi nak curi2 update kat opis pon susah jugak sebab workstation supervisor I betul2 kat belakang meja I eheh, jadi ada masa untuk update blog sebelah malam bila baby SN dah tidur je la.Tu pun update guna berukband kan, jadi faham2 sendiri lah betapa tinggi kesabaran yang di perlukan ngeeeeeee.


Hari ni masuk hari ke-3 I'm doing my internship at an Energy Agency somewhere at Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Biasalah mula2 start internship kan, memang takde kerja apa nak buat. Melangut je kat workstation tu. Nak2 lagi I ni research internship, jadi orang2 pun tak delah nak bagi task2 lain kat I melainkan task2 membaca sahaja huhuhuhu. Siap tersengguk2 dan hampir2 berdengkur kat opis tu gatai ekekekke.Hopefully by next week, I dah ada kerja yang boleh di buat kat ofis tu dari 8:30-5:30 ptg.


*my workstation --> satu laptop rasmi, satu laptop hiburan ekekekke*



*keadaan ofis yang lengang lepas lunch hour*


For the time being, we (baby SN, my SIL's & I) are staying at a rumah kedai. Sebenarnya rumah ni ialah rumah sewa adik bongsu hubby yang tengah study kat KPTM Bangi ni. Mula2 memang kami tak plan pun nak tinggal kat sini, tetapi memandangkan ada sedikit kesulitan yang timbul kat rumah yang sepatutnya kami duduki, terpaksa lah kami ber4 tinggal dulu kat rumah sewa adik bongsu hubby ni.


Nasib baik jugak sekarang cuti semester, so rumah ni kosong la. Tapi sebab ni rumah anak2 dara, faham2 je lah environment dalam rumah macamana. Rak kasut yang bersusun dengan berpuluh2 pasang kasut + rak buku yang di penuhi buku2 dan aksesori mekap memang cukup2 menarik minat baby SN. Hari pertama masa masuk rumah ni, I agak risau dan rasa tak selesa juga lah memandangkan rumah ini agak panas dan baby SN pulak memang tak tahan panas. Mengusutkan lagi keadaan, baby SN demam sejak hari ahad hari tu sampai la ke hari ni.


Bila I bawak baby SN gi klinik, Dr cakap baby SN demam sebab letih travel. Macamana tak letih, hari jumaat sepanjang hari travelling by flight dr Fukuoka-Seoul-KL. Lepas tu pagi2 hari Sabtu pulak amik flight KL-KB. Lepak kejap kat rumah MIL kat KB, pastu sebelah petangnya adik I datang jemput kami bawak balik ke Tumpat. Sebelah petang hari ahad pulak kami bertolak dari Tumpat-KB-Kuantan-KL dengan kereta dan perjalanan memakan masa 12jamhuhuhuhu *bayangkan* xpasti . Kami bertolak jam 6ptg dan sampai KL hampir jam 6pg hohoho. Macamana lah baby SN tak penat kan, mommy pun macam nak tercabut pinggang duk lama2 dalam kereta.


Lagi satu faktor, I rasa baby SN tak tahan dengan cuaca kat Malaysia yang sangat panas. Sepanjang di Malaysia ni, I cuma pakaikan dia dengan baju singlet yang berlubang2 tu je masa tengahari, bila malam baru I pakaikan baju t-shirt berlengan pendek..itu pun kipas kena standby di halakan ke arah dia je huhuhu. Badan dia pun dah naik bintik2 merah tanda ruam2....dah kurang darjah kehenseman baby SN.


*demam2 pon nak jugak jalan2 & main2 with his aunties, uncle & cousin*


Lagi satu faktor yang menyebabkan demam ni, I rasa jugak baby SN rindukan daddy. Memang bila berpisah lama2 sikit dengan daddy, baby SN akan start demam...haih. Dr ada jugak cakap kalau baby SN still demam lagi esok, I kena cepat2 bawak dia untuk test darah sebab ada kemungkinan jugak demam tu menjurus kepada demam denggi. Hopefully, baby SN sembuh sepenuhnya hari ini dan di jauhkan dari penyakit2 yang tak di ingini
xpasti ...amin.


*daddy's boy ~ beberapa minit sebelum masuk ke departure hall Fukuoka Intl Airport*


Mula2 I rasa macam tak tahan pulak nak hadapi semua dugaan2 ini (rumah yang kurang sesuai utk baby + cuaca panas + baby demam + etc); tapi bila I tengok kesusahan yang lebih dasyat yang sedang di hadapi oleh orang2 Islam di palestin, I cepat2 berusaha untuk muhasabah diri sendiri. Dugaan2 yang I harungi ni terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan penderitaan tiga dekad mereka. Hopefully, bila hubby dah balik Malaysia minggu depan...kuranglah sikit kesusahan2 yang kena I tanggung sendiri ini.



Nasib baik jugak 2 orang adik lelaki I dan 2 orang adik perempuan hubby stay kat area Bangi ni, so kalau apa2 hal I mintak tolong diorang je. Sekarang ni pun, memang adik I akan jemput dan hantar ke tempat internship since I tak berapa cekap lagi jalan2 kat area sini..insya Allah minggu depan I dah boleh drive sendiri lah kot...minggu ni nak hafal jalan dulu hohoho.


Pssssttt : tak sabar nak jumpa kawan2 semua (yang sudi nak jumpa I lah) tp nak kena tunggu hubby balik dulu, baru senang I nak meronggeng gatai hehehe.

Friday, 28 May 2010

Leaving on a jet plane

By the time you are reading this entry, baby SN and I are probably up in the skies flying with Korean Air from Fukuoka-Seoul-Kuala Lumpur.

http://www.aikensairplanes.com/images/DRW55638_KoreanAirA3802.jpg
*pic credit: aikens airplane*

I'm pretty sure that my journey wont be easy as I'm traveling with one big luggage ; one big box that contains baby SN's car seat ; one stroller; one baby bag; one laptop bag-pack bag on my shoulder; one handbag ; and the most important is one little baby huhuhuhu. *Imagine that*


Therefore, I really need you doa and prayer for me and baby SN so that Allah will helps us in our journey. Hopefully I wont be having air sickness that will caused severe headache which then lead to a condition where I'm not being able to take care of baby SN.


This is going to be the first time for me to travel alone with baby SN. II'm hoping that everything run smoothly and that we'll arrive to KL safe and sound. Insya Allah.

Thursday, 27 May 2010

Cheese Cake & Tiramisu Cake for baby SN's birthday

First of all I nak ucapkan teima kasih banyak2 kat semua yang wish Happy Birthday & doakan yang baik2 untuk baby SN. Dari komen2 yang I dapat kat entry Happy 1st Birthday to my dearest baby SN; ada yang cakap muka baby SN macam hubby dan ada jugak yang cakap muka baby SN macam I. *okeh, yg cakap muka baby SN macam muka I...I sayanggggggggggg lebih sikit* gatai ekekekkekek.


To verify those opinion, I decided to do the look-alike-meter-test here; and the result is as shown in the below picture.



Yeayyyy, I agak puas hati sebab result dari test itu menunjukkan 50-50 heh. Tapi sebenarnya I tak kisah lah muka baby SN ikut his daddy or mommy, as long as baby SN terus membesar jadi anak yang sihat, soleh, cerdik, cerdas, cergas dan selalu membahagiakan ibu bapanya sudahlah. Setakat ni memang ramai yang cakap muka baby SN ikut daddy dia, tapi perangai memang banyak ikut mommy. Each time baby SN merajuk atau tunjuk perasan; daddy mesti cakap "ikut perangai sapo lah manjo kededek gini" gatai eheh.


For his 1st birthday, we bought him a ABC-can flash cloth as a present. Malam tadi mommy bersemangat panjat kerusi untuk gantung kat dinding livingroom. ABC flash cloth ni bagus sebab warna nya striking so boleh menarik minat baby SN untuk selalu tengok. Plus, for each alphabet ada gambar objek di belakang for the initials of each alphabet..contohnya untuk huruf A: gambar apple. Furthermore, these ABC flash cloth come in a cloth can yang sungguh chomeyl. Jadi cloth can tu boleh di gunakan untuk simpan toys baby SN yang kecik2. Best kan? kenyit


*ABC flags as his birthday present*

I baked cheese cake and tiramisu cake for his birthday celebration. Mula2 I plan to organize a more merrier birthday bash for baby SN's 1st birthday. But then, it happen that his birthday is on Wednesday *hari sekolah kan, siapa lah nak datang kalau kami buat majlis besar-besaran*. That's why kami celebrate ber3 sahaja lah dulu.


*birthday boy tak sabar2 nak potong kek padahal pegang pisau pun terbalik ekekekek*

Lagipun, baby SN & I are going back to Malaysia tomorrow..so I guess his birthday will best be celebrate with his tok umi as my MIL's birthday will be on this coming Saturday. Mesti tok umi happy dapat hadiah yang best on her 54th birthday iaitu kepulangan baby SN ke dalam pelukannya senyum...kan kan kan?


*tiramisu cake*


*cheese cake*

Occay, I tahu la rupa cheese cake & tiramisu cake yang I buat ni tak menggiurkan lansung tapi just in case kalau ada yang nak resipi nya, sila lah scroll kat dalam box di bawah ni ye. Kali ni I guna resipi yang agak mudah hasil cadangan dari kawan2 I yang kat sini. Memang senang dan cepat untuk di buat, rasanya pun memang gerenti sedap.



1) RESEPI CHEESE CAKE:



Bahan2:
200ml whipped cream
250g cream cheese (Philadelphia)
85g gula pasir 
35g tepung gandum
3 biji telur ayam
air lemon dari 1/2 butir lemon
1/4 tsp garam (secukupnya)


Loyang ukuran 880 ml (disapu dengan margarin/mentega)

Cara2:
- Masukkan semua bahan ke dalam blender/mixer
- Blender selama 2 minit.
- Sambil ditapis, masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan mentega/margarin.
- Masukkan dalam oven dan bakar selama 40-50 minit dengan suhu 160 darjah Celsius.
- Setelah sejuk, boleh di tuang di atasnya dengan blueberry jam ataupun chocolate syrup

*kalau nak lagi best, boleh juga letak biskut hancur sebagai base cheese cake. biskut hancur tu di gaul dengan marjerin yang dah di cairkan; lepas tu tekan padat2 pada loyang..then, masukkan ke dalam freezer sekejap. lepas tu baru tuangkan adunan di atas base biskut itu*


2) RESEPI TIRAMISU CAKE



Bahan2 :
• sebiji kek span (di belah 2)
• 200ml whipped cream
• 250g cream cheese
• 100g gula (kalau nak manis, letak lebih sikit)
• air nescafe/kopi

Cara2:
• tuangkan 1/2 cawan air nescafe ke atas kek span - masukkan kek ke dalam peti sejuk *jgn tuang air panas nanti kek hancur pulak, kalau kek kecik tuang sikit je air nescafe/kopi tu*
• campurkan whipped cream + cream cheese + gula dalam mixer, pukul sebati lebih kurang 5 minit
• adunan krim di sapu di tengah2 kek dan di lapisan atas kek
• lebih sedap untuk di ngap jika di biarkan kek seketika di dalam peti sejuk


Resipi yang I share ni sesuai untuk orang2 yang memiliki sifat Malas yang agak tinggi macam I hehehe. Resipi ni juga I rasa sesuai untuk yang baru pertama kali nak cuba buat sendiri cheese cake dan tiramisu cake; insya Allah anda tidak akan berdepan dengan masalah besar memandangkan resipi ni simple sahaja. Selamat mencuba dan selamat menghuruharakan dapur u all! ihikhik ekekekeke.


Pssssttt : untuk warga Fukuoka, jemputlah datang rumah kalau nak makan kek ni tp jangan lupa bwk bday gift utk baby SN ye..sengihnampakgigi ngeeeeeeeeeeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...