CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 8 March 2011

Saya mahu BANNED GAMBAR TAK SENONOH dari blog MUSLIMAH

Mengikut statistik yang di keluarkan oleh IWS (Internet world stats), di anggarkan sebanyak 39% rakyat Malaysia menggunakan internet sepanjang tahun 2010. Statistik terbaru ini di kemaskini kali terakhir pada 30 Jun 2010. Dari statistik itu memang jelas penggunaan internet begitu meluas di Malaysia. Oleh kerana itulah, trend blogging dan istilah blog ataupun blogger memang begitu meluas dan memberansangkan di kalangan rakyat Malaysia.




Dalam ramai2 blogger sekarang ini, kita sedia maklum yang ia turut terdiri dari kalangan muslimah. Bila saya nyatakan muslimah, secara am nya istilah itu merujuk kepada : "wanita Islam". Dengan alasan mahu memenuhi tuntutan mem-blog, setiap artikel yang di tulis biasanya turut di iringi dengan gambar2 tuan punya blog sebagai penghias suasana dan pelengkap cerita.


Malangnya, secara sedar atau tidak, KITA (*ya, saya tulis "KITA" kerana saya sendiri juga ialah tergolong dalam golongan muslimah*); gambar2 yang di muatnaik ke dalam blog kita itu kurang sopan dan kurang sesuai untuk di lihat oleh beribu2 pengguna internet yang lain.


Ada beberapa kategori GAMBAR TAK SENONOH mengikut definisi peribadi saya; iaitu :-

(1) Saya mahu BANNED GAMBAR TIDAK MENUTUP AURAT dari blog2 MUSLIMAH di Malaysia
♀ Kita sedia maklum tentang tuntutan menutup aurat sebagai wanita Muslim. Tetapi apa yang saya perhatikan sekarang ini, kerana terpesona dengan kegairahan meletakkan gambar di blog, kita terlepas pandang atau buat2 terlupa dengan tuntutan tersebut.

♀ Sedih rasa hati apabila melihat ada di kalangan rakan2 muslimah yang memakai tudung di luar rumah, tetapi tetap memuat naik gambar dalam keadaan tidak memakai tudung dengan alasan gambar itu di ambil di rumah. Memang lah kita tidak di wajibkan menutup aurat di rumah sendiri, tapi cuba bayangkan bila gambar kita tidak menutup aurat itu di muat naik ke blog, bukankah yang halal itu telah bertukar menjadi haram?

♀ Tidak kira di mana sekali pun gambar2 itu di ambil, hukumnya tetap haram bilamana aurat kita itu terlihat oleh lelaki ajnabi.

http://3.bp.blogspot.com/_P5xcoNkNv-k/TSqT_gH8gJI/AAAAAAAADgs/76UCti2ZmIA/s1600/wearitrightcampaign.jpg
+- sumber: bududanbelacan -+


(2) Saya mahu BANNED GAMBAR BEAUTY SHOT dari blog2 MUSLIMAH di Malaysia
♀ "BEAUTY SHOT" ialah terma yang di guna pakai dalam dunia modeling yang membawa maksud --> gambar headshot iaitu dari bahu ke atas, dimana fokus utama ialah pada wajah, solekan dan juga aksesori.

♀ Saya mahu banned gambar yang begitu besar dan memfokuskan kepada wajah muslimah yang turut di hiasi dengan solekan dan aksesori semata-mata. Bukan kerana saya dengki melihat kecantikan muslimah lain, sebaliknya saya tidak mahu rakan2 muslimah yang sama2 ber-blog mengundang fitnah.

♀ Memetik sumber dari iluvislam:
Wajah wanita muslim bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat. Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya. Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat. Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
♀ Jelas di situ betapa BEAUTY SHOT boleh mengundang fitnah. Kalau BEAUTY SHOT yang di muat naik di blog itu, cantik - berkemungkinan besar ada lelaki yang akan lalai tatkala memandang gambar tersebut. Sebaliknya pula, kalau BEAUTY SHOT yang di muat naik di blog itu kurang cantik - berkemungkinan besar ada mulut2 celupar yang akan mengeji dan mengutuk gambar tersebut.

Maka, bukankah lebih elok kalau kita selaku muslimah tidak meletakkan gambar yang terlalu besar memfokuskan pada keindahan wajah sehingga membuatkan lelaki terpesona tatkala melihat wajah itu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhp8AD0DJk_RcfN9c1bVYJcn2YLHexN6yY_EW9ZN0pdWOrIcIltLM0UsGlUPONMQ-VQjNnKandFJ0dwxn1kVK5H5y8NzQbYEDlG7Tfa2PSwSoayE07IWBGXWShw1tBSA_SbwWNiYkwl4fM/s1600/DSC_0049.JPG
+- gambar dari jauh pun tetap kelihatan menarik juga kan? -+


(3) Saya mahu BANNED GAMBAR POUT MOUTH SHOT dari blog2 MUSLIMAH di Malaysia
♀ Apa itu "pout mouth shot"?. Secara mudahnya, ia bermaksud gambar2 memuncungkan mulut dengan harapan konon2 akan terlihat mempunyai bibir seksi ala Angelina Jolie.

http://media.onsugar.com/files/2011/01/03/3/1336/13360451/7f/1.jpeghttp://f.hatena.ne.jp/images/fotolife/e/extinx0109y/20080609/20080609001530.jpg
+- antara gambar kiri dan kanan, yang mana lebih seksi di mata anda? -+
sumber: google

♀ Trend bergambar memuncungkan mulut ini saya rasakan lebih berleluasa di kalangan anak dara yang muda remaja, barangkali akan terlihat lebih comel dengan pose sebegitu . Maaf saya tidak pasti sebab musabab yang sebenar kenapa mereka memilih unuk bergambar begitu, kerana saya sudah lama meninggalkan alam muda remaja *penulis akhirnya menyedari hakikat yang diri nya sudah memasuki usia matang*.

♀ Saya mahu banned gambar2 memuncungkan mulut dari blog muslimah tidak kira yang bujang atau pun sudah bersuami; bukan kerana saya dengki kerana tidak pandai untuk pose sebegitu; sebaliknya saya merasakan gambar2 sebegitu boleh membuatkan orang yang melihat berasa menyampah.
Memang kita tak boleh nak pastikan semua orang akan suka dengan gambar kita, tapi kan lebih manis jika sekurang-kurangnya gambar kita itu tidak mengundang kebencian pada mata-mata yang melihat.


(4) Saya mahu BANNED GAMBAR MEMAKAI LEGGING dari blog2 MUSLIMAH di Malaysia
♀ Leggings ialah sejenis pakaian ketat yang menutupi kaki, yang boleh di pakai baik oleh lelaki mahupun wanita.

♀ Leggings menjadi salah satu trend berpakaian yang semakin mendapat tempat di hati wanita termasuklah di kalangan muslimah yang bertudung. Biasanya pemakaian legging di padankan dengan blouse labuh separas peha untuk tampak bergaya.

♀ Kalau di selidik mengikut hukum dengan lebih mendalam, pemakaian legging ini ibarat seperti tidak memakai apa2 untuk menutupi bahagian kaki kerana bentuk badan dan kaki kita jelas kelihatan. Situasi inilah yang di katakan; "berpakaian tetapi hakikatnya telanjang".

♀ Saya mahu banned gambar2 memakai legging dari blog muslimah tidak kira yang bujang atau pun sudah bersuami;bukan kerana saya dengki saya tidak di benarkan oleh suami untuk memakainya di khalayak ramai *rujuk entry:I am not that "Jangok" = Stylo - anymore*. Sebaliknya saya mahu banned gambar2 memakai legging dari blog muslimah kerana pada pandangan mata saya, ianya tidak sesuai dengan muslimah, dan dalam masa yang sama tidak lah begitu menarik dari segi fashion.

Pendapat peribadi saya yang juga meminati dunia fesyen ini, harem pants adalah lebih stylo berbanding legging pants maupun skinny jeans. Kalau dah teringin nak pakai jugak, sila lah pakai legging tersebut di hadapan suami anda sendiri sahaja.

http://pics.livejournal.com/pigsylove/pic/0004s8rphttp://static.letsbuyit.com/filer/images/uk/products/original/182/43/harem-pants-18243049.jpeg
+- Kiri: legging pants, kanan: harem pants. Yang mana satu pilihan anda? -+
sumber: google


Artikel ini di tulis sempena menyambut Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada hari ini. Saya mahu kita selaku muslimah mengubah sedikit sebanyak pandangan dunia terhadap kita. Janganlah wanita di nilai semata-mata pada kecantikan, liuk lintuk tubuh dan kehebatannya bergaya sahaja. Bukankah lebih manis kalau kita sebagai wanita di hargai dan di pandang tinggi kerana ketinggian peribadi, kesopanan tingkah laku, akhlak yang terpuji dan juga kejayaan kita di dalam pekerjaan mahupun pelajaran.


Artikel ini di tulis kerana saya yakin dan pasti bahawa wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kerana menyedari diri saya dan diri kawan2 blog sekalian istimewalah, saya mahu meneruskan hasrat untuk BANNED atau dalam bahasa melayunya, mengharamkan gambar2 seperti yang saya sebutkan di dalam artikel ini untuk di muat naik ke dalam mana-mana blog wanita yang mengakui dirinya Islam.


Artikel ini ditulis bukan kerana saya perasan bagus mahupun perasan alim sebaliknya, artikel ini mahu saya jadikan sebagai ingatan-sempadan-rujukan buat diri saya sendiri dan juga sebagai teguran untuk rakan-rakan blog saya yang sangat saya kasihi. Saya sedar saya juga masih tidak sempurna dalam hal ini, kerana itu saya banyak menggunakan kata ganti nama "KITA" seaktu menulis artikel ini, dengan tujuan untuk menujukan artikel ini kepada diri saya sendiri juga.


Artikel ini ditulis kerana saya cuma mahu berpesan-pesan ke arah kebaikan dan menggunakan medium tulisan sebagai salah satu cara berhemah untuk menegur. Saya percaya wanita Islam akan lebih di hormati sekiranya kita tidak melakukan perkara-perkara seperti yang saya sebutkan di dalam artikel ini kerana diri kita begitu berharga!.

“Artikel ini juga ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”


Oleh itu, besarlah harapan saya agar2 rakan blogger saya yang beriman dan bertaqwa ini bersikap lebih selektif dalam memilih gambar untuk di maut naik di blog. Jangan kerana terlalu taksub dengan keinginan untuk update blog, kita terlupa tentang yang mana haq dan yang mana batil.


Pssssstttt: kalau lepas ini saya juga melakukan hal yang sama di blog saya, tolong jangan terus BANNED saya; tolong ingatkan saya dulu. Lepas tu kalau saya degil juga, tolong report kat suami saya. Lepas tu kalau saya degil lagi, tolong ketuk kepala saya laju-laju...jelir hohoho.

Monday, 7 March 2011

SN's 20th and 21st months milestones

Hari ni Tuan Putera Mahkota SN dah pun masuk umur 1 tahun 9 bulan 1 minggu. Yeay, lagi 2 bulan lebih boleh sambut his 2nd birthday *mommy over excited*. Alhamdulillah, Nazhan masih di beri rezeki untuk menyusu dengan mommy masa kat rumah, cuma kalau kat nursery cikgu2 bagi minum fresh milk dah. Memang policy kat nursery2 Jepun ni cuma bagi EBM kat baby sampai umur 1 tahun je.

These are Nazhan's milestones for the the previous month and also for this month.

(1) Mental development
☺ fast learner. Bulan lepas baru tahu A-E *refer: Nazhan learns to read & count @ 20 months old* , bulan ni dah kenal A-Z
☺can count 1-10, and now learning to count 11-20
☺ can read 5 hiragana letters : あ(a)、い(i)、う(u)、え(e)、お(o)


+- masa part last2 dalam video ni (from 0:41) tak dengar sangat suara, kena kuatkan sikit volume speaker -+

☺ understand mommy's order, senang dah mommy sekarang sebab Nazhan dah boleh di suruh2 yeay!
☺ dah pandai tadah tangan dan amin setiap kali baca doa. kadang2 tu baru bismillah, dah aminnnnnn.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlOMcAcijEQnukqEpLFJ9oZK9z9W5oUIbFv0da7K1B8Y7ylOzlBw6ypwF7CSU5tdHzk8y7DhNw4nSU_Lbu4LrpRrS7Eoy5-jn8fOP0YouZrNOPHQBkH1LV_zUby9UTwn-K_do2WQO1VbBA/s1600/blog2-4.jpg
+- Ustaz SN -+


(2) Physical development
☺ sekarang memang completely makan sendiri, mommy/daddy tak payah suapkan dah


+- bersemangat tabur #furikake atas nasi -+

☺ aktiviti kejar mengejar ialah aktiviti wajib sebelum tidur, Nazhan nak main lari2 atas futon sambil gelak terkekek2 puas2 baru boleh tidur
☺ Bila tengok video Pororo nyanyi lagu Ribbit *refer entry: No TV for children below 2 years old?*, siap ambik guitar & piano untuk main jugak.


+- multi-tasking: sambil main kereta sambil pasang lagu Pororo kat laptop dan dah siap standby guitar & piano -+


(3) Verbal & communication skills
☺cakap banyak, mulut pot pet bebel sorang2 kalau kat rumah. tapi kalau kat depan orang lain, senyap je.
☺ kalau mommy/daddy tak faham apa dia cakap, dia akan ulang2 sampai mommy & daddy faham. contohnya semalam dia sibuk cakap "wam-wam-wam", jenuh mommy tanya dan cuba teka apa yg dia nak cakap tapi tetap salah. Last2 daddy berjaya faham rupa2nya dia nak cakap "JUMP".
☺campur2 3 bahasa: english, japanese, & malay...errr bahasa Qelate dan bahasa baby tak termasuk dalam list ni la kot gatai eheh.


(4) Social development
☺ manja dan clingy lagi kat tempat orang ramai
☺ rajin belajar, dia sendiri yg suruh bacakan buku ataupun ambik flashcards untuk di baca


+- baca ABC kat pintu bilik tidur -+

☺ sangat kedekut dengan barang2 kepunyaan dia, dgn mommy je OK. Kalau dengan orang lain jangan haraplah boleh pegang. Daddy pun takleh pegang bantal busuk dia tu. Yang paling tak tahan, siap Nazhan cipta lagu untuk diri sendiri; selalu dia nyanyi lagu tu yang berbunyi ♪ "kede....kede....kede" ♫ gatai ekekeke.
☺ imitating our actions and the words coming out from our mouth excellently.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvbAWTdQWh-720_j6B6SwS3AQCEFcH1IZ9q0iL8__yqTBed4SRCr-9qJ1aaKt4ks7qY6r0nxYA9GiYWH5_2dzmmWp9HB-5ARGg4WIp5-09I64ULb4u5_iVgCIuV181eJpNAm-p1e_UmlvI/s1600/blog2-1.jpg
+- daddy ikat tocang samurai, Nazhan pun nak jugak -+

☺ peminat setia barang2 dari kartun Anpanman. Makan nasi pun nak makan dengan furikake Anpanman; kalau tak letak furikake Anpanman tak nak makan nasi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjV_Ndi2uR6SBDWG39avynmOdHjxx1jNb6i0LdAaI1irx-PpHYH0X_eGwZlz6YEP685JlirveRthlTfa6hz3A6swBDM_Ey-M1gIxiZdgui3Oz_x86anNqN7X_C9TMxdc0F3vezauoWOlp_X/s1600/blog2-2.jpg
+- Nazhan's Anpanman collections -+

☺ Pagi2 kalau nak bangunkan Nazhan dari tidur, bukak je TV sebab ada rancangan kanak2 yg nyanyi2 dan joget2. Bila mommy/daddy sebut "Wan-Wan" (nama watak anjing dalam rancangan TV tu), confirm dia celik mata, gerak ke TV dan immediately ON suis TV

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvK_tdRAlUKMWaKVZWOvCz6cr1D1ygnx4HkHlslNGGuTLDc54e3lobZpNGT0bwSXPT49YLoaw0wbZti77JmyR8wpioYXER01fw7GwkvKxjFgWBcUDohSEO4ibJHPQlmmP5-xXaouBuJDKr/s1600/blog2-3.jpg
+- kusyuk tengok TV -+

☺ setiap kali nak mintak mommy/daddy buat something untuk dia, Nazhan akan kiss pipi kanan dan kiri sebagai upah untuk kami...so sweeeeeeet senyumkenyit


Alhamdulillah, mommy bersyukur sebab Nazhan membesar sihat dan semakin bijak setiap hari. Nazhan ialah anugerah dan amanah Allah yang sangat tinggi nilainya buat mommy & daddy. Walaupun Nazhan agak manja dan clingy tapi mommy tak kisah sebab mommy pun macam tu jugak dari kecil sampailah sekarang jelir ngeeee.

Psssssttt : bila anak dah besar dan tak nak manja2 lagi, mesti kita akan rindu saat2 masa dia manja dengan kita ni kan?

#Furikake is a dry Japanese condiment meant to be sprinkled on top of rice. It typically consists of a mixture of dried and ground fish, sesame seeds, chopped seaweed, sugar, and salt.#

Friday, 4 March 2011

Saya mahu BERKONGSI LEBIH BANYAK INFO TENTANG NURSERY dari blog Yatie Chomeyl

Setiap kali saya berkongsi cerita2 tentang pusat penjagaan kanak-kanak(nursery) di Jepun ini, saya pasti menerima komen2 yang menyatakan harapan dan impian menggunung ibubapa yang mahukan nursery di Malaysia dapat mencapai taraf seperti nursery2 di Jepun.


Pengunjung2 setia blog Yatie Chomeyl pastinya dah sedia maklum yang saya dan suami sekarang ini sedang melanjutkan pengajian kami di Kyushu, Jepun. Oleh sebab itu, anak lelaki kami yang sekarang ini berusia 1 tahun 9 bulan terpaksa di hantar ke nursery sejak usia nya 4 bulan lagi. Dan sejak itu lah, hati saya menjadi sangat tertarik dengan sistem pendidikan yang di terapkan dan juga sistem penjagaan yang begitu sistematik yang di terapkan di nursery2 di Jepun ini.


Pada mulanya, saya cuma menulis artikel tentang nursery hanyalah semata-mata untuk berkongsi cerita dan semata-mata
for the sake of updating my blog sahaja. Walaubagaimanapun, setelah mendapat feedback positive dari yang membaca entry2 tersebut, perspektif saya telah berubah.


Saya berasa sedih setiap kali membaca luahan hati dari teman2 tentang kekurangan2 ketara pusat penjagaan anak2 di Malaysia.


Saya berasa terkilan dengan early childhood education system di Malaysia yang sekarang ini semakin merudum kualitinya.


Saya berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan kanak2 di Malaysia walaupun berita2 akhbar mainstream gigih mencanang berita tentang Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri Malaysia dikatakan sering memenuhi jadual hariannya memperjuangkan nasib kanak-kanak dan membangkitkan isu-isu ini di persidangan antarabangsa. Terbaru sekali beliau di jemput ke Oman untuk memberi ucaptama mengenai pengurusan
kualiti menyeluruh dalam pendidikan.

“Saya dimaklumkan di Riyadh bahawa saya dijemput bukan hanya kerana saya isteri seorang Perdana Menteri. Saya sangat gembira malah di Arab Saudi, mereka mengiktiraf kenyataan tentang kepentingan memberi perhatian kepada pendidikan awal, jagaan ke atas kanak-kanak dan juga kanak-kanak berbakat,” - Rosmah Mansor -- Sumber : Utusan Malaysia, 21/01/2011


Jangan ada yang salah faham pula. Saya menulis ini bukan untuk menghentam lawatan beliau ke sana, jauh sekali untuk mencemburui aktiviti2 yang di jalankan. Cuma persoalan ini saya utarakan kerana pada pandangan mata saya, kualiti menyeluruh yang di canangkan itu begitu kabur dan sayup2 kelihatan.


Saya mahu BERKONGSI LEBIH BANYAK INFO TENTANG NURSERY di blog Yatie Chomeyl tentang kehebatan nursery2 di Jepun ini dengan harapan keadaan nursery di Malaysia boleh di pertingkatkan di masa hadapan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj23cuTY4ic9EvV5kX1QK0V5-TvyTB2wzdH26knyfVkD0s4nKyHCDLOGjZXWNx_qmyZz06nBYEYYFOb3whfAeF0V_7VkaYs1IAiPg894KkjHcxkfaBmv0keP5W18yH7s5fIPFo_orgluKCe/s1600/Fullscreen+capture+332011+71653+PM.bmp.jpg


Saya mahu BERKONGSI LEBIH BANYAK INFO TENTANG NURSERY di blog Yatie Chomeyl supaya pengusaha2 nursery di Malaysia boleh mengambil pengajaran dan idea untuk meningkatkan lagi taraf penjagaan dan kualiti pendidikan yang di tawarkan di nursery2 di Malaysia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyQcJyBBPY4iFFrw-RmerNvdCtQLgm7Pd3VS4ZPuYFAhj9H4_7vP5qvRncFEMtRzixVWu9FD1NBTJcp34-vS9IAeK50cikZqqHQfMJy2Ix46M85pmftL4zQriC6vzFEagHuXTeVUuIEcfF/s1600/Fullscreen+capture+332011+71500+PM.bmp.jpg


Saya mahu BERKONGSI LEBIH BANYAK INFO TENTANG NURSERY di blog Yatie Chomeyl supaya dapat membuka mata pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pimpinan YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abd Jalil dapat bekerjasama dengan Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pra-sekolah, Kementerian Pendidikan boleh duduk semeja untuk merangka sistem yang lebih menyeluruh dan pemantauan berkesan terhadap nursery2 di Malaysia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPWzOWTTg_0aEnjYTjH4whuBcC1aJOAWq6YMdMqw1WcoC0ieYe69vD2hVtntcylITG5FFY_eDCtUmDoDa-HHGCLZxZWnrdaZKwa7ZRJTw2SdAIOI_XmwtV28bwmsZbU6kf1Mck4E9t1wED/s1600/Fullscreen+capture+332011+71527+PM.bmp.jpg


Saya mahu BERKONGSI LEBIH BANYAK INFO TENTANG NURSERY di blog Yatie Chomeyl dengan harapan yang menggunung supaya pusat penjagaan kanak2 di Malaysia di pantau sepenuhnya oleh kerajaan seperti yang di lakukan di Jepun ini; dan supaya bayaran yang di kenakan berpatutan dengan taraf hidup rakyat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiK60h3RvCF9ZoQ9TGGoEgOuF5HNp9psEb8Ss_VikzF2jQK3f00z8d6XfBeIjTqZ7azhsX-0_BP0IUPYo-K92-rqpoLhqq03RX7DvEAmAJR6CFNM7V_qvjPWIaN8lDFEaiapFrnwoL4u1xo/s1600/Fullscreen+capture+332011+71639+PM.bmp.jpg


Saya mahu BERKONGSI LEBIH BANYAK INFO TENTANG NURSERY di blog Yatie Chomeyl untuk memberi peluang buat ibubapa di Malaysia agar lebih bersifat selektif dan berhati-hati dalam memilih pusat penjagaan kanak2 yang terbaik untuk anak2 mereka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2GOICms_w-mN3zeK1CAMuqHx8H4U0Qmu5fJYO0awSyPLol8MYmmKYPat0ve7DFpj1vHHkrqoYp-EDVtRcvx92CKnlZ4lN6s-fsr4OOGDR4XAF2E3beQg4S5F7e4PfAfZJtX9eIhIqm3CB/s1600/Fullscreen+capture+332011+71700+PM.bmp.jpg


Saya mahu BERKONGSI LEBIH BANYAK INFO TENTANG NURSERY di blog Yatie Chomeyl dengan harapan tinggi menggunung, suatu hari nanti anak2 yang bakal saya lahirkan dan besarkan di Malaysia nanti, dapat menerima layanan dan pendidikan terbaik seperti yang telah di lalui oleh abang sulung mereka *ecece, dah siap fikir pasal next anak2 tu...
gatai eheh*.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXYEkHOpokKCCtVlVRJRQd_7MXIV-hP9s5yJkRPSroxqoOCXzhd_4sByU5QUjpc9wboakfQ1os17Z_on8QRa4C6vroo_nSNABnfcccCKsxHgflXVpSf-Duaw7X_2kXyEsrgWpk5KSIJJFx/s1600/nursery.jpg


Memegang teguh dengan konsep "
sharing is caring", saya akan mencuba sedaya yang termampu untuk berkongsi pengalaman menghantar anak ke nursery di Jepun ini dengan menulis artikel dengan pengupasan yang lebih mendalam dan turut di hiasi dengan gambar2 menarik untuk tatapan pengunjung blog Yatie Chomeyl.


Ilmu yang bermanfaat itu kalau di kongsi akan lebih besar faedahnya buat semua,kan?.


Artikel ini di tulis bukan sebab saya perasan kandungan entry di blog saya ni hebat sangat, sebaliknya artikel ini di tulis untuk memberi semangat kepada saya untuk terus berkongsi informasi berguna dengan kawan2 blog ini.

Artikel ini di tulis bukan sebagai manifesto dan menabur janji-janji palsu untuk memastikan kemenangan saya sekiranya saya bertanding untuk mana2 jawatan di dalam pilihanraya.

Sebaliknya, artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”


Pssssstt : kalau saya bertanding dalam pilihanraya suatu masa nanti, jangan lupa untuk mengundi saya!.
kenyit *berangan okeh*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...