Hari ni Tuan Putera Mahkota SN dah pun masuk umur 1 tahun 9 bulan 1 minggu. Yeay, lagi 2 bulan lebih boleh sambut his 2nd birthday *mommy over excited*. Alhamdulillah, Nazhan masih di beri rezeki untuk menyusu dengan mommy masa kat rumah, cuma kalau kat nursery cikgu2 bagi minum fresh milk dah. Memang policy kat nursery2 Jepun ni cuma bagi EBM kat baby sampai umur 1 tahun je.
These are Nazhan's milestones for the the previous month and also for this month.
(1) Mental development
☺ fast learner. Bulan lepas baru tahu A-E *refer: Nazhan learns to read & count @ 20 months old* , bulan ni dah kenal A-Z
☺can count 1-10, and now learning to count 11-20
☺ can read 5 hiragana letters : あ(a)、い(i)、う(u)、え(e)、お(o)
+- masa part last2 dalam video ni (from 0:41) tak dengar sangat suara, kena kuatkan sikit volume speaker -+
☺ understand mommy's order, senang dah mommy sekarang sebab Nazhan dah boleh di suruh2 yeay!
☺ dah pandai tadah tangan dan amin setiap kali baca doa. kadang2 tu baru bismillah, dah aminnnnnn.
(2) Physical development
☺ sekarang memang completely makan sendiri, mommy/daddy tak payah suapkan dah
☺ aktiviti kejar mengejar ialah aktiviti wajib sebelum tidur, Nazhan nak main lari2 atas futon sambil gelak terkekek2 puas2 baru boleh tidur
☺ Bila tengok video Pororo nyanyi lagu Ribbit *refer entry: No TV for children below 2 years old?*, siap ambik guitar & piano untuk main jugak.
+- multi-tasking: sambil main kereta sambil pasang lagu Pororo kat laptop dan dah siap standby guitar & piano -+
(3) Verbal & communication skills
☺cakap banyak, mulut pot pet bebel sorang2 kalau kat rumah. tapi kalau kat depan orang lain, senyap je.
☺ kalau mommy/daddy tak faham apa dia cakap, dia akan ulang2 sampai mommy & daddy faham. contohnya semalam dia sibuk cakap "wam-wam-wam", jenuh mommy tanya dan cuba teka apa yg dia nak cakap tapi tetap salah. Last2 daddy berjaya faham rupa2nya dia nak cakap "JUMP".
☺campur2 3 bahasa: english, japanese, & malay...errr bahasa Qelate dan bahasa baby tak termasuk dalam list ni la kot eheh.
(4) Social development
☺ manja dan clingy lagi kat tempat orang ramai
☺ rajin belajar, dia sendiri yg suruh bacakan buku ataupun ambik flashcards untuk di baca
☺ sangat kedekut dengan barang2 kepunyaan dia, dgn mommy je OK. Kalau dengan orang lain jangan haraplah boleh pegang. Daddy pun takleh pegang bantal busuk dia tu. Yang paling tak tahan, siap Nazhan cipta lagu untuk diri sendiri; selalu dia nyanyi lagu tu yang berbunyi ♪ "kede....kede....kede" ♫ ekekeke.
☺ imitating our actions and the words coming out from our mouth excellently.
☺ peminat setia barang2 dari kartun Anpanman. Makan nasi pun nak makan dengan furikake Anpanman; kalau tak letak furikake Anpanman tak nak makan nasi.
☺ Pagi2 kalau nak bangunkan Nazhan dari tidur, bukak je TV sebab ada rancangan kanak2 yg nyanyi2 dan joget2. Bila mommy/daddy sebut "Wan-Wan" (nama watak anjing dalam rancangan TV tu), confirm dia celik mata, gerak ke TV dan immediately ON suis TV
☺ setiap kali nak mintak mommy/daddy buat something untuk dia, Nazhan akan kiss pipi kanan dan kiri sebagai upah untuk kami...so sweeeeeeet
Alhamdulillah, mommy bersyukur sebab Nazhan membesar sihat dan semakin bijak setiap hari. Nazhan ialah anugerah dan amanah Allah yang sangat tinggi nilainya buat mommy & daddy. Walaupun Nazhan agak manja dan clingy tapi mommy tak kisah sebab mommy pun macam tu jugak dari kecil sampailah sekarang ngeeee.
Psssssttt : bila anak dah besar dan tak nak manja2 lagi, mesti kita akan rindu saat2 masa dia manja dengan kita ni kan?
#Furikake is a dry Japanese condiment meant to be sprinkled on top of rice. It typically consists of a mixture of dried and ground fish, sesame seeds, chopped seaweed, sugar, and salt.#
20 words of wisdom & comments:
comel rambut nazhan ikat ala2 samurai :) moga membesar menjadi anak yg baik yer :)
Alhamdulillah
what a brilliant kid he is..insyaAllah he will grow up and become a great son to his mom and daddy..
bijak la anak demo ni.geram nak kekoh pipi :)
baru nak tanyo gapo furikake tu.hehehe.ada dos explain kat bawah.serunding ore jepun lah kironya yer :p
booking buat menantu I bole?
but I do agree.. bile makin besar kureng sikit la nak manja2. but alhamdulillah my eldest, at the age of 6 she still a bit clingy which I like it very much. Because I felt very close.
anyway, happy to see Nazhan's good progress, moga jadi anak yg baik dan soleh. :))
paling comel gambar tocang shintaro tu..hihihi.
u x join ke?
ari chan pon suka anpanman, dai suki!
pg2 mmg aktiviti wajib tgk bangumi bdk2 yg ader wan2, pitagora suichi tuh...x berkelip bijik mata masing2:)
seronok tgk rambut nazhan dgn daddynya...like father like son...
owh tu lagu, 'minna, minna.. la la la.. tomodachi' kan? ahahahaha.. terngiang2 kat telinga kak mas..
eh, furikake anpanman tu sedap ke? leh beli gak le.. senang kerja mak dia tak payah buat banyak lauk..
Nazhan mmg fast learner..kejap je dah boleh hafal ABC. Cayalah..good boy
bertuah Nazhan buleh jadik warga Jepon;)
Yatie, nanti emailkan address ko zaila di zailamohamad@yahoo.com, nak pos voucher BumbleBee tu, xdok orang join pon, yatie sorang jah join..eh nak kena pos ke Japang jugak ke?? alamat Malaysia xdop??hehehe
hebat nazhan nie kuasai bnyk bahasa...mainan punya la banyak..nak blk msia nie kargo mesti penuh ngan brg mainan die je nie...hehehehe
bilallah leh jumpa nazhan secara live ni,.geram nak cubit...of courela la harus excited nak sambut bday anak..
nazhan budak cerdik..syabas mera beta..hehe
Huda >> dia tgk daddy buat, tu yg nak ikat jugak kui3x
atiqah >> insya Allah, amin
eliss >> aah, mace serunding ikan gitulah
the juggling queen >> buleh2, takde hal ekekeke
isabelle >> i pun join jugak, tp x ambik la gmbr sekali hehe
idayu >> aah, kusyuk bukan main kan? ;)
zara zaman >> aah, anak bapak gitu
k/mas >> btol3x, mommy pun terpaksa hapal sekali lagu2 tu
mieda >> alhamdulillah, cpt jugak dia belajar :)
zaila >> ok, nti ore emel deh :)
ddini >> aku sero pong gitu jugop ngeeeee
hanis >> nti bday nazhan, mari la sini..leh celebrate samo2 :)
cuppycakemommy >> syukriya mama mia :)
terkezut tgk rambut samurai dua beranak itu...hikss...ape kate 3 beranak tocang mcm tu ? mesti kawaiiiii ... :)
bestnye toys nazhan...envy2 ;p
Ummi Hanie >> sbb toys kat sini jual kat 2nd hand mura2, tu yg mommy gedix beli byk2 hehe
Post a Comment