CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday 16 March 2011

Kadang2 dalam sesetengah perkara, DIAM adalah pintar.

Kata orang tua-tua, kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang.

Dan kata orang tua-tua juga, diam adalah pintar.


Jadi, kali ni saya mahu berkongsi video dan juga berkongsi fakta sahih untuk renungan bersama.




"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara2 lain untuk apa2 pun mereka nak buat ataupun sebarang pembangunan yang mereka ingin lakukan seharusnya mengkaji dulu keadaan sekeliling dan mengaitkan dengan climate change dan green technology termasuk juga negara kita" - Rosmah Mansor


RUANGAN FAKTA :-
(1) Geografi Jepun :
Jepun terletak di dalam zon
gunung berapi iaitu di atas Pacific Ring of Fire. Ini menyebabkan Jepun kerap mengalami gegaran bumi dan kadang-kala merasai letusan gunung berapi. Gempa bumi yang membinasakan juga dirasai beberapa kali dalam satu abad dan gempa bumi ini sering menyebabkan terbentuknya tsunami. ~sumber: SINI


(2) Tsunami :-
Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi
seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit. Bukti menunjukkan berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut. ~ sumber: SINI



(3) Climate Change :-

Climate Change adalah perubahan jangka panjang iklim dalam tempoh masa dari berdekad ke berjuta tahun. Ia merujuk kepada perubahan bermusim jangka panjang dalam corak suhu, pemendakan, kelembapan, angin dan musim. ~ sumber: SINI



(4) Green Technology :-

Green Technology
adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Ia adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. ~ sumber: SINI


KESIMPULAN : Tsunami berlaku selepas gegaran gempa bumi. Climate change bukanlah punca kepada berlakunya gempa bumi.


Mengikut pemahaman saya yang kurang arif ini, secara saintifiknya gempa bumi berlaku di Jepun kerana kedudukan geografinya.


Mengikut pemahaman saya yang kurang arif ini, climate change itu merujuk kepada perubahan iklim sedangkan gempa bumi bukan terhasil akibat perubahan iklim.


Jadi, kalau ada sesiapa ahli cerdik pandai yang boleh memberi jawapan kepada apakah perkaitannya di antara gempa bumi & tsunami dengan green technology dan climate change, sila lah berbuat demikian dengan meninggalkan komen di dalam entry ini. Ucapan setinggi2 terima kasih saya dahulukan.



Saya cuba berfikir positif dengan jawapan yang beliau berikan itu kerana video yang di siarkan itu tidak menunjukkan apakah soalan yang di tanyakan kepada beliau, jadi saya tidak boleh lah nak beranggapan buruk sangat terhadap jawapan yang beliau berikan itu. Mungkin saya ini kurang arif dan masih naif untuk menilai apa yang tersirat di sebalik jawapan yang beliau berikan itu.
Mungkin juga ada agenda tersembunyi oleh pihak yang memuat naik video ini untuk menjatuhkan Rosmah.


Atau mungkin juga penyebaran video ini di buat dengan niat untuk 'menegur' dengan berhikmah terhadap kesalahan yang telah di lakukan tanpa sengaja itu. Selagi manusia ini bergelar insan, memang fitrah sifatnya pelupa, sebab itu harus sentiasa di beri teguran untuk membetulkan kembali diri yang terpesong. Harap Rosmah terima lah 'teguran' ikhlas yang cuba di sampaikan oleh rakyat Malaysia ini dengan hati terbuka.


Wallahua'lam; hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu yang ada di dalam hati setiap hambaNya.


Besarlah harapan di hati saya yang rakyat Jepun akan menerima komen dari video ini dengan hati terbuka kerana dengan jelas pada awal video ini, beliau berkata "
Ini pada saya"; maka sudah terang lagi bersuluh di situ bahawa komen yang Rosmah berikan itu adalah semata-mata merujuk kepada pandangan peribadinya sahaja atau her own P.O.V (point of view) dan komen itu lansung tidak mewakili pandangan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.


Sebagai penutup kepada artikel ini, saya yang kurang bijak dan belum cukup menimba ilmu pengetahuan ini ingin berkongsi sedikit fakta berkenaan berita-berita yang pernah di siarkan tentang GREEN TECHNOLOGY EFFORT oleh negara JEPUN :-

(1) Japan to Champion World’s Green Technology, SPARX Manager Says
- By Lee Barney,
Money Management Executive April 20, 2010
- Japan is the most energy-efficient country in the world, using nearly half the energy consumption per GDP of the United States and nearly one-eighth less than India and China, said Shuhei Abe, portfolio manager of the Select SPARX Japan Funds

(2) Japan Aims to Create Jobs Through Green Technology, Saito Says
-
- Japan plans to create “millions” of jobs by promoting energy-saving products and other environment friendly technologies.

(3)
Toyota ranks 1st green company
- Toyota Motor Corp retained its No. 1 ranking in a recent consumer survey about the most eco-friendly companies in Japan, mainly because of its active marketing of hybrid vehicles.

(4)
Renewable energy trade fair at Japan Renewable Energy Week 2011
-
The world’s largest trade fair in the renewable energy sector opened in Tokyo on Wednesday with a total of 1,680 companies from 29 countries and regions displaying their cutting-edge technologies. The exhibition is being hosted by Reed Exhibitions Japan Ltd., an international trade fair organizer.

(5) Japan is the top countries for the
competitiveness in green technology (15 Sept 2010).
-
It is the first time that IMD (The Swiss International Lausanne Management Institute) rates competitiveness in green technology and a total of 58 countries and regions were reviewed. The comparison perfect score is 10 points. The top three countries are Germany (7.33 points), Japan (7.30 points) and Austria (7.29 points).

(6) Japan leads the green way
(02/07/2008)
-
"Japan currently is one of the world leaders in environmental technology," said Daniel Cheng, Deputy Chairman of the Federation of Hong Kong Industries and mission leader of the Green Manufacturing and Clean Production segment of the Japan mission

(7)
Japan: Land of Green Gizmos- April 28, 2007
- An environmentally friendly bio-gasoline went on sale at 50 gas stations in Tokyo on Friday. The Japanese plan to offer the fuel at another 50 stations over the next year and to expand to the whole nation after that. It's an experiment that might not work in many countries, but in Japan, green is definitely in fashion.The Japanese have embraced green technology -- in their cars and in their homes.

(8) The Green Innovation Policy in Japan and Efforts of MEXT

(9) Green Technology in Northern Japan - January 03, 2010
-
Green Technology, also referred to as environment-related business, is viewed by many in Japan as the most promising sector for future growth during the current economic downturn. On April 20, 2009, the Japan Ministry of Environment (MOE) announced a new policy called "Green Economy and Societal Transformation."

KESIMPULAN dari berita2 : Jepun ialah salah satu negara yang maju di dalam bidang Green Technology.


Saya menyedari yang ilmu saya belum cukup untuk memahami dengan lebih mendalam apakah yang ada di sebalik punca saintifik yang mengakibatkan bencana ini berlaku di Jepun.

Walau bagaimanapun, sebagai orang Islam; saya yakin ada sesuatu yang ingin Allah 'sampaikan' untuk semua. Tidak kira maju bagaimana pun usaha "green technology" yang telah kita lakukan, kuasa Allah mengatasi segala-galanya.


Semoga kita semua berjaya mencari hikmah di sebalik bencana yang menimpa ini dan tidak melakukan tindakan2 kurang bijak dengan menambahkan garam pada luka yang di alami oleh rakyat Jepun buat masa ini.



Yang benar,
- pelajar PhD tahun 2 yang sedang menimba ilmu berkenaan Green Technology di Renewable Energy Dynamics Laboratory, Jepun -

20 words of wisdom & comments:

Unknown said...

betul tu, better diam dari bercakap sesuatu yg mungkin akan menimbulkan ketidak enakkan pada org lain :)

Hamizah said...

dia xcayo ko tuhan ko?

Nadiah Sidek said...

setuju sgt. diam lebih baik dpd tunjuk pandai

AKUOKU said...

dia first lady malaysia ooo.... pastinya dia juga first lady yg terpandai di negara 1 malaysia ni....

take care yatie..

Unknown said...

Assalam....alahai..ku yg kurang cerdik x brani nak komen..diam lbh baik dr berkata2..huhuhu

Suzie said...

sorry to say but i hate RM.bimbo!

kak ina kl said...

erhmmm sabar ajerlah

nieda said...

setuju kalau kurang arif diam lagi baik...

Mama Iman said...

Bila ada orang bercakap, maka orang lain pun mahu memberikan peluang kepada orang itu bercakap supaya orang lain tahu apa yang orang itu fikirkan. CUma, apabila berkata-kata, biarkan ilmu yang cukup mendahului kerana bila hanya sekadar berkata-kata, maka, apa yang dikatakan itu mungkin menyebabkan orang lain berkata-kata dengan kata-kata itu. Apapun yatie, betul la lebih baik diam jika tidak pasti dan tidak tahu. Jaga diri ye... :D

Hanis Kamis said...

terkesima i dgr statement dia, tp dari nada dia ckp tu pun, mmg main belasah and teragak2 je jwapan dia..

hehe..agaknye, nk tunjuk " aku pun terer la pasal climate change,green technology nie.."
..isk...ngumpat lak..

Anonymous said...

mmmm...dia ni kalau bercakap...first lady? ishhh malas lah nak luahkan apa yg saya rasa hehe...korang faham kot...

Anita, Mummy Adzryl said...

LIKE!!! well said, yatie! ;)

D.M.B.L. said...

Well said.

Rasa pelik juga akhir2 ini Msia asyik jadi tumpuan media. kebetulan?

Apapun, kenyataan tersebut tidak mewakili keseluruhan pendapat seluruh warga Msia.

transformed housewife said...

Fathini pong pehe doh sikit2 bilo knur royak pasal gempo bumi & tsunami.

Oyis said...

mmg malu la ckp seolahnya msia aje yg tau psl green technology ni. kalo rakyat kita nak recycle sampah pon brp per cent aje yg buat, jgn sebut la psl green technology dgn japan or negara2 maju lain....

yatie chomeyl said...

Huda >> rg ckp, dia pun nak cakap ye dak?

k/hamizah >> tok tahu lah kito, gapo la dale palo dio tu huhu

nadiah >> yup, meh kita diam secara berjemaah hehe

yatie chomeyl said...

AKU OKU >> tu lah kak, ilmu dia tinggi wooo

Miela >> yup, yatie pun x brp pandai sbb tu duk diam2 je la ni hehe

suzie >> i feel u babe!

yatie chomeyl said...

kak Ina >> sabarlah sabariah ehehe

nieda >> yup, mmg org2 tua dha pesan..diam adalah pintar

mama iman >> saya pun x berapa tahu, tu yg saya diam2 je nih hehe

yatie chomeyl said...

hanis kamis >> oopppsss termengumpat pulop kui3x

notaibu77 >> faham3x ngeeeee

anita >> thanks darling ;)

yatie chomeyl said...

DMBI >> kebetulan yang tidak membanggakan lansung

k/nur >> she must be worried about me kan?

oyis >> tu la, jauh langit denge bumi tarad green tech msia kalu nok banding dgn jepung ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...