CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday 22 March 2011

Projek Amal On'na noko for Japan Earthquake Victims


Kita semua sudah sedia maklum yang Jepun telah dilanda gempa bumi terburuk pada 11 Mac, dan merupakan bencana terburuk di negara itu sejak tahun 1900. Bencana itu telah mengorbankan ribuan nyawa, manakala masih ramai lagi mangsa yang belum ditemui.


Berikutan kejadian gempa bumi yang disahkan berskala 9.0 scala richter, tsunami yang dianggarkan 8-10m tinggi telah melanda beberapa daerah di perairan timur tengah Jepun(NEAR THE EAST COAST OF HONSHU, JAPAN).

Dibawah merupakan senarai daerah yang terkena tempias;

  • 130 km (80 miles) E of Sendai, Honshu, Japan

  • 178 km (110 miles) E of Yamagata, Honshu, Japan

  • 178 km (110 miles) ENE of Fukushima, Honshu, Japan

  • 373 km (231 miles) NE of TOKYO, Japan


Atas dasar kesedaran dan kemanusiaan, Jiji dan Yatie Chomeyl akan bergabung dalam usaha Projek Amal On'na noko for Japan Earthquake Victims .


On'na noko-Jiji


On'na noko -YatieChomeyl


On'na noko - Your very own On'na Noko!!

NOTE: KALAU TAK DAPAT VIEW ON'NA NOKO sila click sini utk update FLASH PLAYER LATEST VERSION: http://get.adobe.com/flashplayer/


Bantu kami mengumpul sebanyak mungkin dana untuk membantu mangsa gempa bumi di Jepun. Hasil kutipan derma ini akan disalurkan ke tabung yang di sediakan oleh Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) di Jepun dan juga ke tabung di Fukuoka Masjid di bawah kelolaan Kyushu Muslim Association . Diharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa gempa bumi.
Kepada mereka yang ingin menderma :-

1) Anda bolehlah membeli On'na noko berharga RM10

2) Setiap hasil pembelian On'na noko, RM8 akan di dermakan ke tabung tersebut. (RM8 = 200 yen) dan nama anda akan dipaparkan di On’na Noko Friendlist kami!
*** wang RM2 selebihnya tu ialah kos untuk menghasilkan on'na noko kerana setiap On'na noko yang ditempah mengikut warna dan nama yang telah dipilih, perlu di edit file FLA nya , dan di export semula. ***


3) Sila email butiran kepada rumadatme_g@yahoo.com untuk pesanan.

  • Nama:

  • Blog URL:


p/s: HTML code akan di email kepada pembeli untuk dipaparkan pada blogpost atau sidebar. Setiap On’na Noko bersize 220px 400px.




4) Bagi yang tidak berminat untuk membeli on'na noko itu, anda juga boleh terus menderma untuk rakan Malaysia yang terjejas gempa bumi di Jepun dan masyarakat yang memerlukan bantuan untuk wilayah Sendai dan sekitarnya. Bantuan dana dapat dikirimkan ke:
Maybank Islamic : 162263191402
Cimb Islamic : 12120002359203
Nama : Shazwan Abd Shukor
No. Tel : 012-2161649
Email : euphorbia_tirucalli@yahoo.com.my
Alumni of International Muslim Students (AIMS)
5) Semua duit yang dikumpul akan diserahkan kepada Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) di Jepun dan juga ke tabung di Fukuoka Masjid di bawah kelolaan Kyushu Muslim association

Marilah kita sama-sama bergabung tenaga di bawah payung blogger untuk berkerjasama bagi menghulur bantuan kepada rakyat negeri Jepun dengan segera.

Setiap belian On'na noko itu juga, akan turut mengajak blogger yang lain untuk sama-sama menderma kerana tertarik dengan On'na noko yang anda paparkan di blog anda. Projek ini akan berlansung sehingga December 2011. Hasil kutipan akan disalurkan setiap bulan kepada mangsa gempa bumi di Jepun.

Kita mungkin tidak mampu untuk menderma RM2.4 juta seperti yang di lakukan oleh Elaine Low. Kita mungkin tidak mampu untuk mereka bentuk gelang dan menjualnya seperti yang di lakukan oleh Lady Gaga.

Tetapi inilah sebahagian usaha kecil yang boleh kita lakukan untuk sama2 membantu mereka yang memerlukan. Segala derma yang dikumpul diharap dapat membantu serba sedikit meringankan beban yang ditanggung.

Pssssttt : tunggu apa lagi tu, cepat2 gi tempah on'na noko pilihan hati anda, boleh customize order nak warna apa idaman kalbu eheh

18 words of wisdom & comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

masih tak dpt tgk gmbr on'na noko tu...

Ummi Salsabila said...

comelnya onna noko tuh..

Cool said...

yosh@!~

Min Aina Ila Aina said...

Usaha yang mulia..mula-mula ingat onanoko tu..pad, sebab ada jenama pad tu, dulu pakai masa zaman sekolah.hehe. Terus teringat macam mana agaknya wanita mangsa tragedi yang 'uzur', dengan takde kemudahan, dengan kurangnya air.

Yatie dan Jiji..maaf ye saya cuma nak bagi pandangan. Suami saya kerja di syarikat Jepun dan kami ada kenalan yang memang sangat sensitif dengan bendera Jepun atas sebab2 penjajahan dahulu. Apa kata onna-noko tu ada dua-dua bendera Malaysia dan Jepun? Maaf ya, tak berniat nak membangkitkan isu sensitif atau membesarkan isu remeh, cuma memberi pandangan shj.

yatie chomeyl said...

shira >> tak nampak eh?

US >> chomeyl kan?

jiji >> wink wink ;)

aina >> thans utk cdgn bernas tu, nti i bgtau kat jiji :)

Min Aina Ila Aina said...

Saya buka guna Google Chrome pun tak nampak onna nokonya.

Cool said...

Aina: Good Idea!! insyallah On'na Noko version 2.0.

Cool said...

Cuba dwld flash player@!~

isabelle said...

tingat sanitary pads yg brand onanoko tu...hehehe

Cool said...

muahahaha ada ehhh???

transformed housewife said...

usaha yg bagus! insyaallah Knur pun akan derma sikit setakat hok mampu.

atoyissan said...

onna noko tu haper yer yatie..naper browser atoyis tak blh view pong

Farah said...

You have such a good heart :)

Unknown said...

membaca dgn semangat.. comel cik on'na noko ni.. apa maksud on'na noko?

ingin nak mbantu.. tp kakyong skrg ni pun berjimat cermat dlm segala segi.. sbb nak bayar loan rumah..

semoga ramai yg tampil mbantu.. Amin

yatie chomeyl said...

aina >> cuba update FLASH PLAYER LATEST VERSION --> http://get.adobe.com/flashplayer/

isabelle >> ade eh? I tak tahu pon eheh

k/nur >> harap2nya gitu lah

yatie chomeyl said...

atoyis >> cuba update FLASH PLAYER LATEST VERSION --> http://get.adobe.com/flashplayer/

petite cherie >> thanks dear :)

k/yong >> kalau k/yong sudi promote pun kira membantu jugak ni :)

aNgAh_aLiFaH said...

yatie, angah maseh tak dpt tgk ona noko tu. dok tunggu streamyx kat umah ni ok, tp xleh jgak tgk. tatau nape.

tapi xpe, tupperware ada buat fund utk tsunami jepun jugak tau.

dgn setiap pembelian 190, dpt cabutan undi utk adiah bernilai 10. setiap 10 hengget tu la akan masuk dlm fund utk jepun tu.

baru start dlm mggu ni. mmg byk sambutan... :D

Unknown said...

Ona noko bukan jenama pad ker?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...