CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 17 March 2011

Pengalaman rakyat Malaysia di Jepun sewaktu gempa bumi 11 Mac 2011

Sudah hampir seminggu bencana gempa bumi yang mengakibatkan tsunami melanda bumi Jepun pada 11 Mac 2011. Selama seminggu ini jugalah, blog ini cuba untuk menyampaikan cerita-cerita terbaru untuk makluman dan pengetahuan khusus kepada keluarga di Malaysia dan untuk rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan di sini.

Alhamdulillah, saya dan keluarga tidak terlibat lansung di dalam kejadian gempa itu. Saya faham kerisauan dan kegusaran hati keluarga, kerana itu sedaya upaya saya cuba untuk sentiasa menyampaikan perkembangan terkini rakyat Malaysia di kawasan gempa. Untuk menjawab satu persatu soalan dan pertanyaan dari keluarga dan rakan2 dengan penerangan terperinci ialah agak sukar. Oleh kerana itu lah, dalam seminggu ini blog ini akan hanya di penuhi dengan cerita2 gempa khusus untuk menjawab segala persoalan dan kebimbangan di hati keluarga dan juga rakan2.


Untuk
entry hari ini, saya akan berkongsi cerita2 pengalaman rakyat Malaysia yang terlibat secara lansung sewaktu gempa bumi petang Jumaat yang lalu. Pengalaman mereka ini saya perolehi di blog mereka. Kalau ada rakan2 lain di Jepun yang ingin berkongsi pengalaman mereka untuk di muatkan di dalam entry ini, anda bolehlah meninggalkan komen di bahagian entry ini. Insya Allah saya akan muatkan pengalaman anda itu di dalam entry ini.


(1) Mazni Azis, Tsukuba - master student yang sedang mengikuti pengajian Tsunami. Sewaktu kejadian, beliau sedang megikuti kelas "Crust and Upper Mantle Structure".

"Dalam pukul 2.46 ptg(waktu jepun) rasa gegar..owh earthquake. Then sensei teruskan bagi penerangan. Gegaran tadi makin lama makin kuat so masing2 berpandangan dan mula masuk bawah meja. Barang2 kat tepi dinding dah mula jatuh. Gegaran makin kuat dan seperti tak nak berenti..Masa ni aku mengucap jer..Dah rasa macam siling nk jatuh...Alhamdulillah , gegaran tadi berhenti juga. Aku tak ingat berapa lama kami duduk bawah meja tu.
Tiba2 rasa goyang lagi..Kuat juga so semua lari keluar dari bangunan tu. Kami merasa beberapa kali gegaran yang kuat aftershocks (gempa susulan) lebih dari M6". - pengalaman penuh, baca di SINI

+- video Mazni Azis sewaktu kejadian. Video di rakamkan classmate beliau. Mazni memakai jaket kelabu dan tudung berwarna purple; duduk di meja paling hadapan -+


(2) Ida - Zama City, Kanagawa Prefecture, Japan

"
Tempat kami jauh dr pusat gempa/tsunami tu. Walaupun begitu gegaran tu tetap la rasa. Masa tu tgh buat roll cake tengah kacau2 tepung. Tiba2 rasa bergegar, ingatkan gegar sikit je. Tapi lama pulak dan semakin kuat. Selama hampir 6tahun dok sini tak pernah rasa sekuat itu. Terus saya ambik anak2 saya bawak lari keluar. Tanpa pakai jaket..sempat sarung kasut je. Kesian anak2 sejuk. Apa pun xsempat ambik..yg ingat time tu nk bawak anak2 lari je.Dua2 saya dukung..dr mana dpt kekuatan tu pun xtau..dhla terhuyung hayang sbb bergegar. Dan saya nangis masa tu sbb takut...ingat Allah je masa tu". - 11 Mac 2011, pengalaman penuh, baca di SINI

"
Kesan dari gempa bumi yg melanda skrg ni :
-makanan kat supermarket byk habis..rak2 semua kosong
-catuan elektrik sdg dilakukan.
-petrol mmg byk habis.nasib baik kami cepat isi minyak kereta haritu.org kat stesen minyak tu kata..minyak ada..tapi lambat boleh sampai.
-train byk tak jln.hubby saya pun xleh gi keje smlm sbb train kat rumah kami xjln.
-hidup dlm ketakutan.sejak gempa hari jumaat tu mmg tiap2 hari dok rasa gegar2 ni.Tgh tido pagi tadi pun rasa.". - 12 Mac 2011, pengalaman penuh, baca di SINI


(3) Kak As - Yamagata

"Alhamdulillah buat masa ni kami di Yamagata masih selamat dan masih dalam keadaan berjaga2. Pagi ni baru ada line internet sejak terputus semalam. Termasuk line telefon dan internet 3g yang tenggelam timbul. Ada 2 rakan tersangkut di Hitachi sejak semalam menunggu highway dibuka. Pagi ni masih ada gegaran2 kecil dan masih dalam mood berjaga2. Mohon doakan kami semua di Jepun selamat dari sebarang bencana yang lebih teruk. Amin... terima kasih tak terhingga atas keperihatinan rakan2 yang mengenali atau tidak. Mohon doa dari kalian kami semua dilindungi. InsyaAllah".- 12 Mac 2011, pengalaman penuh, baca di SINI

"Kesan selepas bencana sangat terasa di sini. Stesyen minyak banyak kehabisan dan tutup. Semalam je berkilo meter orang beratur nak dapatkan minyak. Bekalan makanan juga semakin berkurangan. Boleh dikatakan hampir semua rak makanan kering di pasaraya kehabisan stok. Beberapa tempat di pantai timur Jepun juga bercatu bekalan elektrik.
Antara yang paling merisaukan sekarang adalah letupan loji nuklear di Fukushima yang kira2 120km dari tempat kami. Sangat dikhuatiri dengan kesan radiasi yang disebarkan. Dalam tempoh 3 hari ni rumah kami dijadikan tempat berkumpul orang M'sia di sini. Alhamdulillah dapat juga adakan solat hajat dan bacaan Yasin pimpinan bapa sorang adik di sini yang kebetulan bercuti. Buat masa ni kami tak boleh bergerak keluar dari tempat ni. Minyak kereta tak mencukupi, dan beberapa jalan masih ditutup terutama highway". - pengalaman penuh, baca di SINI


(4) Hanis - pelajar PhD tahun 2, Tohoku University, Sendai. Beliau telah selamat pulang ke Malaysia pada hari Selasa, 15 Mac 2011

" Sewaktu kejadian kami di dalam subway yang tiba-tiba berhenti mengejut dan kami dengar pemumuman (Ooki jishin-gempa besar). Gerabak bergoncang kiri kanan dengan kuat dan sangat lama, saya pegang tangan cinta erat2. Sangat berdebar dan cemas. Masih ada gempa susulan tiang bergoyang dan rasa sangat pening, saya muntah 2 kali.
Semua public transport dihentikan. Hanya ada bas dan teksi sahaja. Itupun queue yang sangat panjang sebab semua orang panik nak balik atau pergi ke destinasi lain. Trafik sangat teruk dan kami terpaksa mengharung jem 5 jam lamanya. Hotel semua penuh, lantas kami ambil keputusan untuk ke kedutaan Malaysia. Setelah sampai ada 2 orang staff bertugas di bilik operasi, tapi dalam bangunan sangat sejuk kerana centralised air-cond hanya waktu office hour. Tak ada bilik penginapan hanya ada set sofa dan surau.
Terus ke surau solat dan masa tu memang saya nangis puas2 pujuk hati ni. Memang penat dan down sangat. Apapun bersyukur sangat2 kerana selamat. Tak putus berdoa agar keadaan semakin baik dan juga keselamatan kawan2 sendai yang lain
". - 12 Mac 2011; pengalaman penuh, baca di SINI



"Hari ni agak kelam kabut, menanti kawan kami dari Sendai. Ab+Akmal+Gen, Iryd+baby dan Su. Mereka berusaha datang ke Tokyo. Menurut rakan di sendai, hari kedua selepas gempa Embassy indonesia pergi beramai2 berusaha mencari dan mengeluarkan semua rakyat mereka dari sendai. Menurut mereka juga embassy malaysia pergi hantar makanan.
Kemudian embassy bagitahu pada rakan di sendai, kalau nak keluar dari sendai sila inform dan mereka akan pergi ambil. Ab dan aAmal tetap nekad dan tak nak tunggu lebih lama dan mereka tolong ambil passport kami dan terus ke Tokyo menaiki kereta. Mereka hanya mahu keluar dari sendai secepat mungkin. Malangnya pertol dicatu dan jalan jem teruk. Mereka berhenti di Yamagata dan menaiki special bas service ke Tokyo.
Alhamdulillah mereka selamat sampai. Kami jumpa di stesen shibuya berpelukan dan menangis. Syukur mereka selamat. Pengalaman mereka lebih teruk jika nak dibandingkan dengan kami. Kami telah membeli tiket balik ke Malaysia. Alhamdulillah kami tak sabar untuk pulang
". 14 Mac 2011; pengalaman penuh baca di SINI



(5)
Syahril Ghani - A Malaysian student at Tohoku University, Sendai.
--> Caught in the wake of the 8.9 magnitude earthquake and the tsunami, he documents the happenings around him through the lens of his iPhone and shared it in Scenes of Sendai

"
6 hari di Katahira-cho Shogakkou evacuation center banyak mengajar kami sikap sejati penduduk tempatan Jepun. Kami pulang dgn hiba. Terima kasih". - 16 Mac 2011. Pengalaman penuh dan gambar2, baca di SINI


"I was in car heading back from the prefecture office with two of my friends, Afizul and Syahiran. We felt sudden shakings and we thought there was something wrong with our car. The ground started shaking violently and at that time we realized that it was an earthquake. We started praying and got out from the car with our heads covered." - Fathan Akmal, Pengalaman penuh dan gambar2, baca di SINI


" It was Friday, about a quarter before 3 pm; and i have a paper deadline.In another minute or so,i felt a sudden movement of my screen's desktop. Oh no,earthquake.I thought it was just the normal earthquake,i did not panic. Within seconds,the earthquake was at its full blast.I dunked under my desk. This is the first time that i have to dunk and cover;"turtle time", a term some of us used when earthquake occured. The first thing that came across on my mind was,i will not see my baby and husband anymore. Luckily i survived the tremor."- Illani. Pengalaman penuh dan gambar2, baca di SINI


"While my wife was in her office/lab,i was in an electrical store,Labi,in the middle of Natori,the worst tsunami hit area. My baby and i was browsing the tv section. The window panes in the electrical store was shaking and about to fall on both of us,when the store's assistant pushed both of us under a table. In the nick of time,the window pane falls in pieces just less than a meter from us. After the trembling and shaking ended,my baby and i jumped into our car and sped towards my wife's office to check on her,as the phone line no longer available. I am glad we survived." - Noorazali, Pengalaman penuh dan gambar2, baca di SINI


"I was at home when the earthquake hit. Everything was shaking and i suddenly thought of Christchurch. When my books and files started falling from my desk and shelves, I sent my family, what i thought of as, a last message. The lights flickered and then suddenly the power went off. When the earthquake finally stopped I tried contacting my family and friends but there was no line. I was scared but my neighbours helped me and I was soon reunited with my friends." - Marissa, Pengalaman penuh dan gambar2, baca di SINI


## Cerita pengalaman sewaktu gempa boleh juga di baca di Yana Sahri, ようこそ、我がブログへ, Pijie, dan Hairul ###



Saya yakin dan pasti, tatkala membaca pengalaman mereka ini akan terdetik rasa simpati yang tinggi buat mangsa gempa bumi. Apakah mungkin Fizz Fairuz masih lagi mahu berlawak tentang Ultraman kalau beliau membaca pengalaman2 rakyat Malaysia di Jepun ini?. Saya tidak ada jawapan untuk soalan itu, yang pasti pengalaman mereka ini telah banyak memberi pengajaran berguna buat saya.


Mari sama-sama kita bermuhasabah diri. Sedikit petikan muhasabah yang saya petik dari laman Aspiring Malaysian Rijal
(Amir Kreatif) untuk renungan bersama, moga2 ada yang bisa kita pelajari dari semua yang berlaku ini. Insya Allah.


8 words of wisdom & comments:

isabelle said...

cuak dan sedih...
x terbayang kalo i yg alami

Hamizah said...

ya Allah selamatkanlah Jepun..

transformed housewife said...

dulu sokmo keno wat earth quake drill maso kat Hamilton jugok. Tapi Knur pun tok leh bygkan kalu betul2 jd ghano. Mesti panik.

Affieza said...

Mcm2 pglmn diaorg tp syukur semuanya selamat...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

akak da pernah rasa goncangan ketika tsunami melanda, masa tu duduk di apartment. Rasa takut sangat walau sekejap, Masih ingat meja akak beralih. Bila balik turki, suami sempat bawak kawasan gempa bumi di sana. Rumah yang tinggal separuh dsb.Apalah perasaan mereka yang mengalami sampai berminit2 lamanya. Ya ALLAH selamatkanlah hamba2mu ini dari malapetaka. Aminn ya rabanaalamin..

Unknown said...

terima kasih atas semua link & perkongsian ini Tie

yatie chomeyl said...

isabelle >> tu lah, cuak kan bila baca. tu blum kita experience lg tu

k/hamizah >> amin

k/nur >> tu la, kalu btol2 jadi meme x ingat doh latihe2 tu sumo

yatie chomeyl said...

Affieza >> tu la, alhamdulillah diorg selamat

kak NB > amin.terima kaish utk doa tu kak :)

k/yong >> u r most welcome k/yong :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...