CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 10 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa bukan cerita typical untuk filem Malaysia

Setiap kali hubby & I menonton drama/filem Melayu *ye kami tetap tengok cerita Melayu walaupun tinggal di Jepun*; we will have the feelings that the plot is more or less the same. Kalaupun plotnya berbeza, kebanyakan cerita Melayu akan mempunyai pengisian yang hampir sama.

Contohnya, :-
1) Kalau drama Melayu tu latar belakang nya di kampung, mesti ada babak orang miskin selalu di tindas dan di hina. lepas tu anak dara kena rogol, yang anak bujang pulak asyik main daun terup kat ladang getah. Mesti akan ada geng jahat yang di upah untuk belasah dan bunuh orang. I tak pasti samada memang kejadian ni berlaku atau tak kat kampung, tapi kalau TV asyik tunjukkan cerita2 negatif macam ni, bukankah semakin ramai yang akan terpengaruh dan meniru adegan2 dalam TV tu nanti?

2) Kalau drama Melayu tu latar belakangnya di bandar, anak orang kaya mesti playboy lepas tu dapat awek pulak yang seksi nak mampus. Lifestyle pulak asyik2 ke club, tonggang arak, menghabiskan duit mak bapak. Bisnes juta2, kereta mewah, rumah besar, dan perbualan di rumah cuma akan berlaku di meja makan sahaja. Bukankah orang2 tua tak bagi bercakap masa makan, degil betol!.

3) Sekarang ni pulak kita asyik di sogokkan dengan cerita2 seram dan cerita2 hantu sampai budak2 dan mak budak macam I ni pun dah takut nak ke toilet sorang2 malam2. Masa kat toilet pulak, siap dongak kepala tengok ke atas sebab kepala otak asyik duk imagine ada hantu yang tengah mengangkang kat atas kepala isk3x.

4) Kalau cerita komedi pulak, balik2 lawak bodoh yang menghina rupa paras fizikal orang contohnya jongang, jendul, gagap, lembap, dan sebagainya lah. Ini secara tidak lansung menunjuk contoh yang tidak baik kepada masyarakat terutamanya budak2 yang tak reti menilai yang mana baik dan buruk, so diorang tiru je lah perbuatan menghina orang sesuka hati itu.

Banyak lagi sebenarnya contoh2 lain tentang perkara2 menjengkelkan dalam cerita Melayu yang typical; tapi semua tu I dah pernah kupas dengan lebih mendalam kat entry 10 perkara menjengkelkan dalam cerita Melayu. Apasal tiba2 I nak bebel2 pasal cerita Melayu ni?.


Ciri2 yang I sebutkan kat atas tu di tujukan untuk cerita2 Melayu tipikal. Ada juga cerita2 Melayu yang bagus macam cerita2 keluaran JS pictures dari Jinggo dan Sheila Rusly; ataupun drama bersiri Hani yang membuka mata orang tentang orang2 cacat penglihatan di Malaysia; mahupun cerita Nur Kasih yang mencipta fenomena dan mengajar penonton tentang erti cinta mengikut landasan yang lebih indah.


Hari ini pulak, 10 MAC 2011; ialah hari bersejarah untuk industri perifleman negara dimana filem Hikayat merong Mahawangsa keluaran KRU Studios; arahan Yusry Abdul Halim akan menjengah ke pawagam2 seleuruh Malaysia. Seriously, if I am in Malaysia right now I akan join Eliza gi panggung untuk tengok filem ni.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6nPRsEWyt08Fv50LvSjp_on3h_MiRUMoXbP4ZdUfdZliEk4911uQiSO388Ehcan4IuL_On0CP78X-cZuEeY-HybNGXQNm0_nUDkQQcsDpu-uUUENVjPjsYA6BIv5pFLQNqsXa161MBol8/s1600/Fullscreen+capture+3102011+111046+AM.bmp.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijRq9u_445O9nrHnqB5BRRZ1rKulGcsZLsQereXDvzax8BBZN-Me_PWEd0fhhqdrkumQAUUtZpbffkvyOtUS7TW1hkGTfkDNYVqgAX1tv_UAcdNCLC7e91VTPBNoCYDo5HWE-9hIyT7K68/s1600/Fullscreen+capture+3102011+111034+AM.bmp.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQb_x3zurG2IFTN3mjI3yZXxk73cLossB3BPNXY75EpkfCGJA2YTsqlus10jFZlfeXunl-qlZvOhObrtMbX0A80ILhBOFGqgz0NROugyRwvvCpvhFnpRDqKuuAk2pT_l7PMX7GfU4cECKS/s1600/Fullscreen+capture+3102011+111017+AM.bmp.jpg



Dari trailer filem ni pun kita dah boleh nampak yang :-
☺ Set penggambaran --> SUPERB!
☺ Aksi/stunts --> THRILLING!
☺ Costume pelakon --> MARVELOUS!
☺ Jalan cerita --> EPIC and INTERESTING!
☺ Kualiti filem --> 5 STAR!
☺ Pemilihan pelakon --> TOP-NOTCH!
☺ Pengarah --> HANDSOME! gatai *eh, tak..yang ni tak terdapat dalam trailer*

http://www.hikayatmerongmahawangsa.com/contents/gallery/gallery/14.jpg
+- hero dan heroin filem ni Merong Mahawangsa (Stephen Rahman Hughes) dan Embok (Ummi Nazeera) di samping Kesum (Dato' Rahim Razali) -+

http://www.hikayatmerongmahawangsa.com/contents/gallery/gallery/15.jpg
+- Kamawas lakonan mantap Khir Rahman *bukan adik beradik dengan Stephen Rahman* -+


The Chipmunk Triumvirate…!
+- 3 chipmunks : Mercus (Gavin Stenhouse), Embi (Jehan) dan Merong (Stephen Rahman). di cilok dari blog Gavin, yang juga merupakan boipren Sharifah Amani -+



http://www.hikayatmerongmahawangsa.com/contents/gallery/gallery/3.jpg
+- incik director yang encem tetapi dah sunburn sebab asyik shooting tengah panas terik -+


So, kalau korang rasa korang dah muak dan bosan dengan cerita2 Melayu yang typical dan membosankan, boleh lah segera bergegas ke pangung2 berdekatan dan bawak satu keluarga menonton filem epik terhebat untuk tahun ini. Ajak jugak jiran sebelah rumah untuk sama2 tengok filem ni kat panggung. Kalau kat kampung, ajak satu kampung pergi tengok cerita ni beramai, lepastu bila balik kampung discuss pasal topik sejarah dalam filem ni, baru lah anak2 dapat A1 dalam subjek Sejarah!.

Yang bujang, jangan gatal nak pergi berdua jer dengan boipren ataupun gerpren, tanduk lebih elok kalau pergi beramai2 dengan rakan sekuliah atau rakan sekelas; ala2 buat lawatan sambil belajar (subjek sejarah) ke panggung untuk menonton cerita ini. "The more the merrier"; bak kata orang kampung ku.jelir


# gambar2 semua di cilok dari web rasmi filem Hikayat Merong Mahawangsa

Pssssttt : intro sikit punya panjang mebebel macam2, padahalnya nak promo suruh korang ramai2 gi tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa di panggung2 je sebenarnya, jelir saiko je lebih ekekekeke.

17 words of wisdom & comments:

umi nuha said...

adakah ini kenyataan yg ikhlas toulouse mulus...atau semata2 kerana pengarahnyer yg 'tut'....??

p/s: nok g tgk gak aa citer ni, leh buat rekod filem melayu pertama tgk di pawagam..eheh

Eliss said...

macam berminat nak tengok.tapi bab pengarah yang hensem tak boleh blah :p hehehe

♥MAMASYAZA♥ said...

satu lagi drama melayu yg best n tgk hot masa kini - trilogi cinta, yatie tgk tak?

Mama Hanim said...

ambo pun rasa nok tgk jugok tu.. ada panggung bru buko dekat rumoh..huhu..

Coffee Mama said...

Macam menarik kan bila tengok trailer filem ni! Barula semangat sket nak tengok filem melayu kat pawagam :-) Yang bab pengarah tu memang setuju la, kegilaan zaman muda remaja..hikhikhik

nieda said...

memang ternanti2kan filem ni, akan langgan di astro first. susah sikit nk pergi panggung.

syayassir said...

tengah duk berkira2, nak gi panggung, atau tunggu kat astro first je... kesian pulak baby kat dalam perut ni dengar bunyi berdentum2 dalam panggung tu.. (alasan... :P)

e.l.i.z.@ said...

hahahha tu ah..intro panje berjelo, rogol la, arok la, daun terup la hahahha ngelast² nk promo HMM :P

tak sabar ni awok wehhh..haini lasum sy xleh wak kijo..duk tingat ko merong ni la..duk count down jak tadi lg ni hehhehhe

esok br leh fokus ko thesis n exam hahha terus sungguh la dih

kalu awok ado sini, wojib doh sy belanjo awok tgk HMM ;-)

Sidratul Muntaha said...

ahah\motip sebanarnya aku thu ko nak tgk citer boypren kesayangan ko ni weih!
ahahahhaha..
btw,merong mahawangsa ni not exactly melayu la..
kan asal usul sejarah melayu ni ade campur indo china..
same case goes to panji semerang..
hopefully la..boypren ko ni ade budget lagi buat panji semerang..
merong mahwangsa ni citer pasal asal usul sultan kedah rasanya.
tu sbb mcm ala2 siam pun ade la aku nengok.
hak yg kat kelantan yg raja perempuan femes citer dongeng tu sape yer tie?
yg bagi raja siam minum air rendaman kaki dia sebab cuba rogol dia lepas dpt tawan takhta dia.
cannot recall la..

e.l.i.z.@ said...

xigt nok oyak..dlm HMM ni pun ado gok sikit part rogol tu hahhaha kamawas rogol embuk

transformed housewife said...

agok doh mesti ado entri pasal HMM ni. Knur nok gi tengok dgn sain ofis mg depe kot. knur ado wat entri pasal OST dio. hehe

http://nuradyanirosly.blogspot.com/2011/03/memories-remain-vs-sedetik-lebih.html

Min Aina Ila Aina said...

Semalam cadang nak pegi, tapi tak boleh bolos time kerja la..Hujung minggu ada si kecik rasa2 buat rugi duit je. Tunggu astro first kot.

Idayu said...

suka..suka..tumpang bangga:)

yatie chomeyl said...

umi nuha >> mnestilah kenytaan tulus ikhlas

eliss >> mmg kenytaan pun pengarah hensem itu ekekeke

mama syaza >> x tgk, kat tvberapa kak? nti nk download lah kalau ada org share kat tenet

yatie chomeyl said...

mama hanim >> tgk jgn x tgk

cofee mama >> smp skrg pun kegioaan lg wpon x segila dulu2 eheh

nieda >> aah kan dgn anak kecik susah sikit nk g cinema

yatie chomeyl said...

sya >> takpe, as long as u tgk :)

eliza >> jolo doh, klu sy di msia wojib eh sy pakso awk belanjo sy hahahaha

ayu >> tahu pon ko eheh *btw, aku xsure bab sejarah sbb aku dpt A2 je sejarah masa SPM..so aku x expert sgt eheh*

yatie chomeyl said...

k/nur >> tahu2, baco doh entri tu :)

aina >> aah kan, payah pulak nk g cinema dgn si kecik tu ye dak?

idayu >> tu lah kan, bangga kembang kempis hidung :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...