Sana sini kat Malaysia kecoh orang duk bercakap pasal radiasi dari loji nuklear Fukushima akan tersebar ke Malaysia jugak. Macam biasa kat Malaysia ni, berita berita yang tak patut di gempar kan di besar-besarkan dan berita yang penting tidak di beri perhatian. Kalau beberapa hari sebelum ini, keluarga dan kawan2 menghubungi kami berkenaan gempa; sehari dua ini pula keluarga dan kawan2 sibuk bertanya tentang kesan radiasi pula.
Untuk kesekian kali nya, ingin saya menyatakan yang kehidupan kami di Fukuoka sekarang ini berjalan seperti biasa. Setiap hari kami ke universiti seperti kebiasaannya, dan hujung minggu juga kami lalui dengan aktiviti bersiar-siar seperti biasa. Kalau betul lah kesan radiasi itu sudah kritikal, sudah tentunya kami di bumi Jepun ini dahulu yang akan terjejas; kenapa pulak orang2 di Malaysia yang melebih-lebih pulak risau tentang kesan radiasi berbanding kami sendiri di Jepun ini?.
Mengikut pandangan saya kerajaan Jepun telah melakukan pelbagai usaha untuk mengawal radiasi dari tersebar. Malahan, kelmarin
kerajaan jepun menyatakan bahawa keadaan sekarang adalah terkawal dan tidak merbahaya serta langkah berjaga-jaga perlulah diambil supaya sentiasa bersedia dalam apa jua situasi.
Setakat ni arahan daripada Perdana Menteri Jepun adalah supaya semua rakyat mendengar berita dengan tenang, dan bertindak dengan tenang. Berkenaan radioaktif, apa yang patut di beri perhatian buat masa ini di kawasan berdekatan Fukushima (sekitar 30km) ialah :-
1) stay safe at home,
2) kurangkan aktiviti luar,
3) keluar dgn memakai mask, topi etc,
4) basuh tangan dan muka; salin pakaian selepas keluar rumah.
5) read quran and make doa - sumber: AMIR
Saya juga membaca luahan beberapa sahabat di kawasan Tokyo dan Sendai yang serba salah samada mahu pulang ke Malaysia atau terus tinggal di sini. Sahabat2 itu bukan tidak mahu pulang tetapi ada beberapa perkara yang perlu di pertimbangkan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia :-
(1) untuk pulang perlu buat re-entry permit; sedangkan di imigresen sekarang ini sudah sesak dengan orang yang turut sama2 mahu mendapatkan re-entry permit.
(2) tiket juga dah SOLD-OUT untuk jangka masa terdekat ini
(3) merasa tidak wajar untuk meninggalkan saudara2 di Jepun ini kerna berasa bersikap 'selfish'; meninggalkan saudara2 yang masih belum mendapat hidayah - sumber: SINI
Oleh itu, saya memohon pemahaman dan pengertian yang tinggi dari keluarga dan kenalan di Malaysia untuk tidak terlalu mendesak dan menyesakkan fikiran orang2 Malaysia di Jepun dengan pertanyaan yang kadang-kadang secara tidak sengaja telah menyakitkan hati seperti yang di kongi oleh seorang sahabat di catatan ini (Klik SINI untuk baca).
Alhamdulillah Kerajaan Malaysia juga sedia membiaya rakyat atau penuntut Malaysia di Jepun yang mahu pulang ke tanah air ekoran bencana gempa bumi dan tsunami terburuk yang melanda negara itu Jumaat lalu. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, mereka yang mahu berbuat demikian boleh melaporkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.

"Kita sudah memaklumkan kepada semua rakyat Malaysia di sana sekiranya mahu pulang, mereka boleh lapor diri di kedutaan kita di Tokyo dan pihak kedutaan akan mengatur pengangkutan termasuk membiaya tambang balik menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS)," katanya.
Jadi beri lah peluang untuk rakyat Malaysia di kawasan terjejas gempa dan tsunami itu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka kerana cuma mereka yang tahu apa yang terbaik untuk di lakukan. Apa yang orang2 di Malaysia boleh lakukan ialah untuk tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan bersama.
+- gambar kiri : selepas gempa 11 Mac 2011 -+
+- gambar kanan : kerja2 pembaikan hampir selesai 15 Mac 2011 -+
Di sini juga ingin saya kongsikan pandangan daripada Pakar nuklear UKM, Prof Datuk Dr Sukiman Sarmani yang bertajuk Iktibar dari Fukushima. Pandangan ini saya petik daripada SINI.
Loji Nuklear Fukushima I yang terdiri dari 6 buah boiling water reactor dirancang pada zaman 1950an. Reaktor itu adalah generasi 1 dan dibina dengan spesifikasi Gempa 8.2 Ritcher dan tsunami 6.5 m. Perancangan itu tepat pada waktu itu. Masalah utama ialah tsunami 10 m apabila generator emergency untuk mendingin reaktor dan stor bahanapi terpakai tergendala untuk beberapa jam.
Loji yang lebih baru di sebelahnya Fukushima II ada 4 reaktor tidak terkesan. Reaktor jenis sama di Todai tidak terkesan kerana tinggi dari paras laut dan tidak di landa tsunami.
Bagi rakyat Malaysia tidak perlu khuatir kerana kedudukan geografi yang jauh dan keadaan cuaca yang akan mengalihkan saki baki sisa radioaktif jika ada ke laut. Sis yang mungkin sampai jika ada ialah Caesium-137, Strontiuum-90. pada kandungan yang sangat kecil.
Debu radioaktif yang tinggi hanya mencemari daerah 3km dari loji untuk tempoh yang pendek, beberapa hari kerana bahan radioaktif mempunyai hayat pendek dari beberapa saat ke beberapa jam.
Pihak berkuasa juga sedang mengambil langkah untuk dilaksanakan jika ada keperluan.
Wassalam.
Untuk bacaan lanjut mengenal nuklear di Malaysia, boleh di baca di Krisis Nuklear Jepun : Pasca Tragedi Gempa Bumi dan Tsunami; juga hasil pandangan Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani, Pakar Penyelidik Tenaga Atom & Nuklear, Program Sains Nuklear, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kalau ada yang tidak berapa nak percaya dengan apa yang saya kongsikan ini, boleh lah berhubung terus dengan beliau di Email:sukiman@ukm.my
Psssssttt : kalau nak maklumat cepat, pantas dan sahih dengan keadaan di Jepun, boleh tanyakan di FB AMIR. saya pasti jawapan yang di berikan lebih sahih dari apa yang di laporkan di berita2 di Malaysia. Wallahualam.
25 words of wisdom & comments:
terima kasih kak yatie..
hmm, betul yatie...
tak perlu nak dirisaukan pada perkara2 yang belum disahkan merbahaya untuk rakyat malaysia ni... yang penting, berdoa untuk kesejahteraan kita dan mereka di kawasan terjejas sana...
ramai sgt yg takut... kalau duduk dekat kawasan reaktor tu wajib la rasa mcm tu.. ni jauh 6000 km, tiupan angin lak skang ni ke timur laut... info sahih tak nak carik cuma tau nak sebar sms je... sian, takut tak tentu pasal.
Buat ma... harap keadaan kat sana kembali pulih n kami kat sini sentiasa dakan yg terbaik.
soratkabar ni memang jenis nak lariskan berita jer dan periuk nasi dia.
cepat gila dia buat baik pulih jalan tu, terkagum.bila laa hiway LPT nak siap sepenuhnya ni..heran aku...
nice info..Lama dah xbeli newspaper, lebih baik baca blog & surf sumber yg sahih dalam internet daripada duk baca cerita yang belum tentu sahih..
salam kenal..follow u.
insyaAllah xperlu risau kan :) tk care kak yatie!
berita malaysia nie yang lebih..baik suratkhabar, radio, tv semuanya bagi berita yang agak kritikal
takde pun yang write sesuatu yang baik dari kejadian tsunami & gempa bumi di jepun
frankly, sumber saya ttg kisah tsunami & gempa dijepun adalah blog yatie and fb yatie =). thank you so much for sharing.
kesian pulak baca psl spekulasi bukan2 tu.
jenuh korg nak melayan
glad to hear that you and family are safe.
Dah agak dah media malaysia ni memang suka sangat nak melebih2..now internet lagi cepat laa..takyah beli suratkhabar on dah boleh tahu berita terkini.
setiap pagi bukak blog yati nak tahu keadaan semasa...maleh nak bace surat khabar...benyak benar cite yg negetif...
Good job Yatie! Tahniah! teruskan usaha memaklumkan informasi2 sebegini. Alhamdulillah semoga usaha murni Yatie banyak memberi ilmu pengetahuan dan kebaikan buat semua yang membaca. InsyaAllah. Tq dear! :)
hebat org jepun... semoga mereka di beri hidayah.. mereka ni lebih sabar & kuat iman dr org Islam yg bertunggak Allah yg satu..
respek dgn sikap mereka yg tdk berebut.. sgt berhemah..
kagum nyer.. cepat betul hiway/jalan tu siap.. kalo kat mesia, hmmm.. berbulan tak siap...
agaknya ini lah hikmahnya yg Allah nak kita tengok, kenapa Jepun yg terpilih...
suratkhabar kat msia meme tok paka apah. nasib baikla ado FB dgn blog. bulih tahu cerito hok sebenar.
good information ucu
@Atiqah sama2 kasih
@syayassir yup, org2 kat sini pun tak risau mcm org2 kat msia
@R28est tu la pasal, jauh gile kan. insya ALlah, doa2kan lah ye
tie..
mmg bengang la tiap kali buka tv..
mcmlah yg tgk tv tu sume bodoh bangak.
sakti ati bila tgk,dahlah sumber tak sahih..
kemain lagi siarkan yg bukan2..
sepatutnya,bykkan bantuan.
ni tak,entah ape2 dia siarkan.
seb baek la aku tak uta internet n ade kwb blogging nih.
sekurang2nya takdelah bwh tempurung..
aih..
mudahan sume selamat.
tak boleh percaya satu pihak jer.nsb baik ada news dr u and semua kat sana.
cepatnya keadaan pulih semula.kagum! mmg mcm ultraman,xpernah putus asa!
eliss >> mmg cepat kan, kalau kat tmpt kita tak tahu lah brp tahun br siap kot
qemaishak >> thanks sbb sudi singgah baca n follow blog ni :)
huda >> insya Allah. harap2 Allah lindungi kita semua
eray >> tu la, tak mo cerita yg positif2 kan
i_sofia > thanks sudi buat blog ni jd sumber, tiba2 terharu pulak rasa eheh
isabelle >> tu la pasal, x terjawab kdg2 tu
farah >> tu la, surat khabar dah x berap efisyien skrg ni kan
zara >> wah terharu rasa ni setiap pai dtg bukak blog ni :)
asmara >> terima kasih kak as :)
k.yong >> mmg cpt diorg bgn, sbb tu bangsa diorg maju
k/nur >> tu la, FB & blog cepatdan pantas
angah >> arigatou ne
ayu >> tu la kan, nsb baik zmn skrg ni internet lg berkuasa dr sokabar
US >> aah kena kaji byk2 sumber dulu..baru boleh decide yg mana boleh pakai and yg mana boleh ignore je kan
Post a Comment