CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 24 July 2009

10 perkara menjengkelkan dalam cerita Melayu

Memandangkan I ni peminat setia drama2 dan filem2 melayu, I terpanggil untuk menulis tentang adegan2 yang I rasa agak annoying menjengkelkan yang terdapat dalam cerita2 Melayu. Hopefully kalau ada penggiat drama & filem Malaysia terbaca entry ini, diorang akan tahu apa yang penonton2 tak suka ye tak?...ecececcece..*I ni komplen je tau,ingat senang ke nak produce drama or filem*


1) Babak : baru bangun dari tidur
Occay, I sangat2 hairan *lebih kepada jeles sebenarnya*, macamana pelakon wanita tu boleh bangun dari tidur dengan muka bermekap lengkap, berbedak siap blusher dan tak lupa eye shadow berkaler2 tertepek di muka tanpa setitik pun air liur basi di pipi lapar ..kan...kan..kan?.


2) 90% dari babak2 dalam drama atau filem Melayu ialah di meja makan minum isk3x.... Apakah ini menunjukkan rakyat Malaysia memang kuat makan ataupun cuma waktu makan je waktu yang sesuai untuk berbincang? ... *tak tahu ke tak elok bercakap masa makan* hehehe.


3) Babak : bos dalam ofis
"Awak tak nampak ke saya sibuk ni?", kata bos dengan garangnya. Tapi kan, keadaan meja & skrin komputer langsung tak menunjukkan bos tu sibuk. Meja kemas je.. nerd fail bersusun elok kat almari belakang meja. Skrin komputer cuma tunjuk wallpaper desktop je...ceh..kot ye pon, tunjuklah paparan Microsoft Project ke, nampak la ala2 buat kerja sikit kan kan kan?


4) Ayat2 yang di guna kan tu skema gila2 sampai teringat masa belajar BM time SPM dulu. Kalau lah di praktikkan betul2, sure leh dapat A1 nerd hehehe.

Contoh ayat :- "Kenapa awak sanggup mempermainkan perasaaan dan cinta suci saya selama ini?. Tidak cukupkah pengorbanan dan kesetiaan saya selama ini terhadap awak?. Mengapakah madu yang saya beri, racun yang awak beri sebagai balasan?."...ceh padahal kalau kat real life, tak sempat lah nak fikir ayat skema camni time gaduh kan..kan..kan?


5) Bagi menunjukkan kekayaan seseorang itu, setiap cerita mesti kena ada orang pangkat Dato, Datin, Tan Sri segala lah. Padahal ramai je orang2 kaya di luar sana yang tak berpangkat cenggitu malahan kadang2 orang2 yang takde gelaran ni lagi kaya dari the so-called dato tu..kan..kan..kan?


6) Kadang2 bunyi persekitaran ataupun soundtrack music lagi kuat dari suara pelakon2. Macamana nak menghayati cerita tu kalau bunyi2 tu dah menenggelamkan suara...potong stim btol..kan..kan..kan?


7) Annoying sangat bila mendengar pelakon yang cuba2 bercakap dalam loghat yang mereka kurang mahir cam loghat utara ataupun loghat qelate. tanduk Sila la practice betul2 sebelum nak guna loghat2 tu kan..jadi takder lah nampak canggung sangat..kan..kan...kan?


8) Rumah semua mewah yang amat walaupun kerja jadi salesgirl je. Interior design ala2 casa impian gitu..pastu rumah pulak kat kawasan elit je. encem Tak leh ke kalau berlakon kat rumah flat ataupun rumah teres biasa, real sikit...kan..kan..kan?


9) Babak : dalam bilik tidur
Sebelum tidur, si suami mesti pegang buku dan baca kat atas katil. I tak tahu lah family orang lain, tapi incik hubby I memang tak pernah baca buku atas katil sebelum tidur. ngantuk Banyak lagi benda lain leh wat contohnya surf internet ke...kan..kan...kan?


(gambar hiasan semata2 ekekeke)


10) Untuk babak masa makan, makanan & lauk pauk mesti 5-6jenis sampai penuh meja walaupun untuk 2 orang makan je. Tapi bila perhatikan betul2, kat dalam pinggan pelakon tu cuma ada nasi putih dengan lauk sikit je. ..uiks, produser kedekut ke tak bagi sentuh lauk2 tu? siul kui..kui..kui.


Bukan semua cerita melayu ada perkara2 annoying macam ni sebab dah banyak penggiat drama & filem Melayu yang berfikiran luas dan teliti dalam menghasilkan karya mereka. contohnya macam cerita2 Afdlin Shauki, Yasmin Ahmad, Mamat Khalid. Ini cuma sebahagian perkara2 yang I perasan dan rasa mengganggu sewaktu menonton cerita2 melayu...apapun, I tetap enjoy tengok cerita2 tu sebab dapat memenuhi masa terluang I dan dalam masa yang sama menjadikan I orang yang kritis untuk mengkritik hehehe.


Psssssttt: Doakan yang terbaik untuk kesihatan Yasmin Ahmad, pengarah filem & iklan yang selalu berfikir out of the box walaupun karyanya kadangkala kontroversi.

Pssssssttt lagi : Have you watched blogger boy?. I rasa blogger2 tegar sekalian akan enjoy watching blogger boy tu kan? hehehe.

21 words of wisdom & comments:

nurulzia said...

mmg watak yg sgt typical kan yati?nurul xtgk sgt blogger boy tu..slow skit la cite dia..hehehe

Hanz Jamaludin said...

ku suka entrymu ini..sangat2 bersetuju apa yang telah disenaraikan..tapi kalu me nak tambah babak2 stereotype boleh X? tak kira nk list jugak kat sini:-

11. Bab orang termenung berejam-rejam...lokasi jer berbeza2

12. Bab naik kereta, pastu dalam keta, tunjuk jalan & sampailah si pelakon ke destinasi..semua ini tanpa dialog slalunyer..

13. Bab flashback time crita tu nak abis, habis kluar segala scene dari mula crita nak tunjuk penonton..ingat karangan kena buat sinopsis, rupanyer filem pun ader sinopsis di akhir rancangan..

itu sajer dapat teringat..

Btw, me smalam baru tertengok blogger boys..not bad! And, marilah kita berdoa supaya Yasmin Ahmad cepat sembuh...

kew_chop said...

sokong2..

cik osh said...

babak guna tepon : lepas habis dail terus helo. hahahah!!

yatie chomeyl said...

nurul >> aah slow skt cite dia tp tak annoying la hehe

hanz >> btul2x..leh tambah lagi, takder hal

kew_chop >> bagus2, sokonglah drama tempatan kui3x

woghih >> jolor doh..tokdey bunyi gapo2 lg dah helo hahaha

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie..teringat arwah pak Rejab Had (dia kartunis) dia komplen drama melayu, rumah besar, bak nak rak..pembantu rumah berlari2 bukakan pintu..dah kaya mesti ada pintu auto..keh.keh..
Tapi akak suka tgk cerita melayu, mula bosan dengan cerita inggeris yang penuh dengan propaganda.(cerita korea pun best gak)..

mygoldpen said...

hahaha..setuju2 esp yg no 8 tuh..tgk la spaQ n gadis cuci nyer rumah..keje kt spa n cuci keta leh duduk umah gitu..

Atiqah said...

kak yatie..tiqah tgh bljr tulis skrip ni..kalo de rezeki leh proceed jd script writer..pastu leh ubh jln cite yg kak yatie bosan nk tgk tu..haha..insyaAllah doakan ek..minat sgt dgn Yasmin Ahmad..her works are truly inspired me..hope beliau cepat sembuh..by the way..leh jd literature student ni..pndai kritik..hahaha

xeea said...

satu lagi, asal watak sengal2 sikit dan kampung2, mcm tukang kebun ke, driver ke, orang gaji ke, mesti nak digambarkan sebagai orang jawa. ape, koman sangat ke org jawa ni?

ai selaku anak jawa sejati, rasa sgt2 annoyed, ok. rentikanlah buat watak stereotaip gitu.

cik osh said...

asal pakwe makwe gaduh je, mesti time ujan. lari2 tengah ujan.

boipren mesti standard guno keto jaguar, ferari, gapo2 la hok mahal. kancil supo hok ore guno loni dop main..hahahaha!!

Anonymous said...

hehe..saya pun sokong..

bab makeup tu tgh pakai telekung pun lipstick eyeshadow bagai..

yatie chomeyl said...

kak NB >> btul tu,kena maid buka kn pintu mcm tuan takleh bukak pintu sendiri hehe yatie pon ttp suka tgk cerita melayu :)

mygoldenpen >> tu la kan,org yg kije besar2 pon x tentu lg leh duk umah camtu

atiqah >> nti tulis script jgn letak adegan2 camni tau, potong stim nak tgk citer hehe

xeea >> hentikan..hentikan!! waa mcm berkempen plak kui3x

woghih >> btul2x, padahal ramai jah g dating naik mutor honda 50 jame lo ni tp dale cito sumo kayo nok mapuh keto ngeeeeee

fazahra >> tu la pasal, tak luntur agaknya mekap lepas amik wudhuk.

Ina said...

i sokong! kdg2 jalan citer dh menarik tp disebabkan benda2 mcm ni la xsampai sekerat jalan dh rasa xleh nk teruskan tgk. bab mekap tula sgt la xmsk akal. mmg pemalas kot ek produser n pelakon2 tu nk belakon betul2. lagi satu kan bila ada dialog kena potong cakap orang. panjang betul pause nyer 'tapi.....'. dah bape saat baru ada orang smbung hehe

Unknown said...

yatie,
satu lagi yg tak tahan..
belakon jd budak kg.. tp kuku jari nya pjg mengalahkan hantu... hahahahh,,.. tak sesuayyyyy...
tp kdg2 layan juga drama melayu.. terutama yg family & komedi...

yatie chomeyl said...

Ina >> macam I pulak I tetap layan tengok sampai habis hehehe..marah2 sayang jer I nih kui3x

k.yong >> aah btul2, kuku tu ala2 gi manicure & pedicure kat salon.

iTTeW saYe... said...

muhahahahha.. dh branak pun.. ttp pangai sama cam dedulu.. wak2 anak yg dara.. ahakss.. ske beno dia kasi kumen2.. ala-ala bernaS.. adei.. makcik. awka mmg patut jdk Dj.. xpun.. ambek aleh.. tmpt fara fauzana lam meloDi.. ahakss.. uiks.. anda tygk dimanakah skang ni cite melayu?? utube?? tmpt besa dh tara...

Ummi Salsabila said...

hahaha.setuju2..kiteorg pun sll kutuk2 gtu.tunjuk kaye2 je..konon je.

suke tgk blogger boy? u tgk gak ek?

yatie chomeyl said...

lisa >> status x mengubah diri I nih kui3x...klu bulih ganti fafau, i likeeeee...ngeeeee..i guna akaun jiwang somi I la utk nengok kui3x

US >> i tgk cite melayu je tiap2 hari. nama je duk jepun tp tv jepun x pernah bukak, hari2 donlod cite melayu je ngeeeee

ummuabdullahsyaakir said...

Haah,Yatiey mmg betul,sush nk jumpa cerita/drama melayu yg betul2 mngesan jwa..skrg ni bykk drama melayu yg asyik tunjuk tokh koprat,cintan cintun,aksi buruk org melayu(rempit,drif,bohsia..tah ape2 lagi)

kdg2 rsa kecewa bila tgk -_-

mazni_azis said...

apapun layannn

yatie chomeyl said...

Ummu AS >> yatie ni komen gak..kecewa gak..tp bantai tengok gak ngeeee

angah >> btol2x..apa pon layannn gak hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...