Selamat Tinggal Ibuku - Soutus Sofwa
Pertama kali I mendengar lagu "Selamat Tinggal Ibuku- Soutus Sofwa" ini ialah pada 11 tahun yang lalu sewaktu masih bersekolah dalam tingkatan 4 di SMIP. Dendangan nasyid ini di lagukan oleh seorang sahabat yang sedikit kurang sempurna anggota jari tapi cukup sempurna mata hati dan punya suara yang sungguh lunak. Sejak itu saban hari I akan mintak Azie nyanyikan nasyid ni time lepak2 kat kerusi batu sambil mencuri pandang pada pelajar2 Aspura yang sedang bermain takraw.
Seterusnya sewaktu menyertai Pertandingan Persembahan Aspuri, ahli dorm Siti Khadijah telah sepakat untuk membuat persembahan lakonan anak derhaka dan sebagai penutup kepada persembahan kami, nasyid ini di dendangkan tanpa iringan musik dan sorotan lampu spotlight menyuluh kepada Azie yang tanpa gagal melagukan nasyid ini sehingga mengundang air mata buat kebanyakan penonton. Juara persembahan malam itu milik dorm kami dan I tak nafikan dendangan syahdu dari Azie merupakan faktor terbesar yang menyumbang kepada kemenangan kami.
Itu cerita 11 tahun lampau, tapi kini bila mendengar lagu nasyid ini, hati I terasa semakin sayu malah bagai di robek2 kesedihan. Lagu ini mengingatkan I pada arwah ma.. mungkin kerana bait2 liriknya yang amat bermakna dan berkait rapat dengan perasaan I pada arwah ma.
Bila Mama Manja mewar-warkan tentang penganjuran contest ini, hati I berbelah bagi untuk join sebab I tahu bila I dah start mengarang tentang arwah ma, I akan di landa perasaan sayu dan membuatkan blog yang chomeyl ini menjadi gloomy. Forgive me for that kerana sampai saat ini, rindu I pada arwah ma tak pernah surut.
Doa restu ku utuskan untukmu ma
Semoga diri ma bahagia
Di akhirat yang kekal abadi
Psssttt: peritnya menaip entry ini tapi I tetap nak join contest ini untuk mengingatkan anda2 yang di luar sana yang masih punyai ibu di sisi, "sayangilah ibu anda semasa hayatnya". Jangan lupa untuk selalu mengungkapkan "I Love You" buat ibu anda..kerana itulah ucapan yang paling berharga buat seorang ibu.
14 words of wisdom & comments:
sedihnya.... semoga roh arwah ma kak yatie sentiasa dicucuri rahmat Allah...
sure kak yatie menang contest nih... gud luck eh!
ala.. sayunya hati ;-(
salam...
al-fatihah buat ma yatie
ok, lulus.. terima kasih sudi join contest MM
yati..nurul ni dah la emosional sejak ngandung ni..huaaaaarrggg..semoga ALLAH mencucuri rahmat pada arwah..amin
ash anas >> x sure lg menang. lgpon tujuan join contest ni sbnrnya nk mengingatkan org2 yg masih ada ibu utk lebih menghargai ibu semasa hayatnya :(
perfect love >> join sayu gak ye..
MM >> tenkiu organize contest ni
nurul >> jgn emosional sgt..effect baby pulak nanti..senyum2 selalu ye dear
Yatie,sedih baca entri ni T_T
wish u good luck
yatie, lagu tu mmg sayu je kan.smg arwah ma yatie tenang disana..
good luck dear!!
yati, thanks sbb entri sgt menginsafkan..alfatihah buat arwah ma yatie...
sedih baca entry yatie ni.. mmg sedih bila ibu tiada kan.. alfatihah untuk ma yatie...
sy tak tahu pun yatie dh takde mak. smg roh arwah ma yatie dicucuri rahmat dan berbahagia di alam sana..
Al fatihah...
memang syahdu lagu ni.. menyentuh hati..
gud luck mommy SN..
al-fatihah buat ibu yatie comeyl..
Post a Comment