I started watching AF since
AF1 lagi but my craziness and obsession towards AF ignited its sparks during its 2nd season which apparently I believe was the most hottest season in the AF history ever. During AF2, I was on the 2nd year of my undergraduate studies in USM. Contoh2 kegilaan melampau @ tak masuk akal yang I buat sepanjang musim
AF2 :-
(1) Reserved seat at the TV RoomMasa tu kan duk hostel, faham2 jer lah kena share tengok TV kat bilik TV. Setiap aras ada bilik TV sendiri tapi cuma 2nd floor je yang ada decoder ASTRO jadi semua pun berebut nak tengok AF kat situ. Kerusi sofa untuk duduk cuma ada 3 rows je..aiseh. What I do is --> bila balik je dari kelas sebelah petang, I akan bawak buku berkepuk2 untuk letak kat atas kerusi2 di row belakang sekali bilik TV. Kira nya dapatlah I cop tempat tu untuk geng2 I sekali. Pastu I cepat2 balik bilik untuk mandi dan semayang maghrib dan dengan sepantas kilatnya bergegas ke bilik TV semula untuk jaga seat2 yang I cop tadi

muahahahaha.
Masa ni makan + minum + 'konon2' buat assignment + 'konon2' study notes --> semua nya di buat di atas kerusi cop di dalam bilik TV sambil tunggu diari AF dan juga konsert mingguan AF bermula ngeeeee. Sila bayangkan kegigihan I setiap hari dari Isnin sampailah ke Sabtu untuk cop tempat di bilik TV. Trust me, nothing can come my way at that time..and when I mean nothing, I absolutely mean nothing! termasuklah I sanggup 'gaduh2 manja' kalau ada orang alih buku2 yang I letak untuk cop seat I tuh hohohoho.
*ala2 gini la situasi I masa tu; pic source:google* (2) Top-up credit phone RM60 setiap mingguAs a student that amount of money is not small, malah kalau di tambah semua sekali dah jadi RM600 that I've spent for voting mostly ADAM and occasionally ZAHID or sometimes FARAH breep breep. Untuk konsert final pulak, kebetulan masa tu cuti semester..so layan kat rumah. I pau handphone arwah mama untuk vote ADAM

ekekeke.
(3) Beli VCD konsertBila hari Isnin je, I akan pergi ke kedai VCD kat pekan Parit Buntar untuk beli VCD konsert minggu sebelum itu. Padahal dah tengok LIVE, pastu tengok ulangan..tapi still jugak gedix pi beli VCD pulak hohoho. Tu belum I cerita berapa puluh juta kali duk ulang tayang pasang kat TV sampai setiap patah perkataan yang Aznil cakap, setiap pergerakan step tarian diorang dan setiap patah lirik lagu tu I mampu hafal

ngeeeee...dasyat2x.
(4) Beli merchandise AFI juga dengan penuh bersemanga wajanya beli t-shirt yang ada gambar bola-bola AF tu la hehe. Pastu dengan bersemangat jugak akan pakai t-shirt tu tiap2 minggu masa tengok konsert
*walaupun cuma tengok depan TV kat rumah je* 
hahahaha, sakai betul. Pastu kalau pakai kat hostel pulak, kembang kempis hidung sebab berlagak ada t-shirt AF, macamlah orang lain heran sangat dengan t-shirt I tu ahaks.
Bila musim AF3 bermula, bilik TV kat blok I dah takder decoder ASTRO. Jadi kawan2 seangkatan dengan I yang sama2 gilakan AF akan keluar ke kedai2 mamak dekat2 area kampus untuk tengok kat sana. Tapi I tak suka tengok kat kedai mamak sebab bising, nanti I takleh nak fokus dan dengar suara diorang nyanyi
*beria nak fokus dengar, bajet2 I ni pengkritik tetap tapi yang tak berbayar
eheh*. What I do is --> I balik rumah my aunt yang masa tu stay kat Kulim. I sanggup rempit dengan mutor selama 40minit dari Parit Buntar- Kulim, melalui jalan ladang kelapa sawit yang cuma di lalui oleh lori2 je, siap lalu kawasan tanah perkuburan Islam dan jugak tapak jirat hohoho.
*rempit tahap macam ni bila lalu kawasan kubur tu hik3x, pic source: here*I ingatkan bila I dah sambung study kat Germany, kegilaan I towards AF akan pudar. Tetapi I dah kelam kabut gelabah bila I dapat tahu yang
AF5 dah nak start..jenuh I fikir macamana I nak tengok ni. Nasib baik I jumpa satu website torrent untuk men-download diari dan konsert mingguan. I sanggup bersengkang mata tunggu setiap hari untuk diari & konsert di upload

ngeeee. Masa ni jugak bila call arwah mama, mesti kitorang discuss pasal performance dak2
AF5 dan siapa yang arwah mama minat.Tapi sebab I takde kat rumah, dia pun dah tak AFUNDI siapa2 la eheh.
Furthermore, I ingat bila I dah kahwin..kegilaan I terhadap AF akan terus berkubur. Owh, tidak..sekali lagi I silap. Masa
AF7 tahun lepas I sanggup refresh beratus2 kali kat youtube untuk tunggu kalau2 ada orang dah upload diari dan konsert. Sanggup jugak tidur lewat malam semata2 nak habiskan tengok konsert walaupun masa tu tengah sarat mengandungkan baby SN

hik3x. Tu belum lagi I cerita how many hours that I've spent reading through blogs *
especially klubbkidd's* and other source of entertainment news to sibuk2 cari cerita pasal budak2 AF tu uhuk3x.
As for now,
AF8 dah pun bermula I rasa KeGILAan itu masih kekal dalam jiwa I sebab tiap2 malam after dinner, I akan jenguk you tube untuk tengok diari dan kadang2 abaikan baby SN and his daddy semata2 sebab kusyuk layan diari hohoho. Nasib baik takleh AFUNDI dari sini, kalau tak......

ngeeeeeeeeeeeeeee. Setakat ni I suka tengok Ain kalau yang pompuan dan yang laki pulak of course lah I suka tengok Shahir
*ahli kumpulan nasyid Saujana* sebab dia paling syiok di pandang mata ceeewahhhh...tapi I ni kan suka tak tetap pendirian, lepas ni mesti I suka yang lain pulak eheh.