CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Saturday, 22 August 2009

Kisah Cinta S ♥ N

N mundar mandir :tendang: di ruang tamu dengan telefon bimbit tergenggam erat di tangan. Rimas betul teman serumahnya melihat kelakuannya yang separa waras itu. Hati N gundah gulana bila mendapat perkhabaran terbaru daripada seorang lelaki yang di gelar "Si Segamat" oleh rakan serumahnya itu. Si-Segamat melamarnya!. Kalut dan serabut fikirannya :bye:memikirkan hal ini. "Si-Segamat" di kenali melalui friendster dan sejak itu mereka selalu berhubungan melalui YM..tetapi bagi N hubungan mereka tak lebih dari hubungan rakan sembang di alam maya. Tak terlintas lansung di fikirannya ingin melanjutkan hubungan mereka sehingga ke pringkat hubungan hati. Sementelah pula hati nya telah di curi oleh S.


S merupakan teman yang di kenali sejak usia 18tahun lagi. S di kenali sewaktu sama2 menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka dan seterusnya sama2 juga meyambung pengajian di USM Nibong Tebal. Hubungan mereka selama ini tak lebih dari kenalan senegeri, lansung tiada hubungan hati, siap ber'aku-mung' lagi. Cuma sejak dua menjak ini, hati N telah di diami oleh wajah2 macho S sedikit demi sedikit dan N menyedari perasaan ini berputik tatkala kedua-dua mereka di pisahkan jauh antara benua Asia & Eropah selepas masing2 melanjutkan pengajian di peringkat sarjana. Apalah dayanya, N cuma seorang perempuan yang chomeyl dan pemalu siul untuk mengakui isi hati nya yang sebenar terhadap S walaupun rakan2 rapat di sekelilingnya sudah lama sedia maklum perasaan terpendamnya itu. Sementelah pula, N memikirkan perasaan seorang teman baik nya yang juga menyukai S, maka terdetik di fikiran N untuk mengalah sahaja demi mengekalkan hubungan persahabatan itu.


Dorongan dan kata2 semangat dari rakan2 senegara yang sama2 menuntut dengannya di Germany & Spain menguatkan keyakinan N untuk meyakini bahawa perasaannya terhadap S ialah berbeza dengan apa yang pernah di alami sebelum ini. Rakan2 ini tak habis2 mengeluarkan fakta & hujah mereka banyakckp untuk membantu N mengatasi kes hati & perasaan cinta nya terhadap S.

Wye Kay : Saya pon lelaki, saya yakin SL pun suka kamu..cuma dia takut saja nak bagitau. Haissyyy...Si Lembap betul. *sahabat ini lah yang menganugerahkan gelaran SL kepada si teruna yang membawa maksud Si-Lembap tsk*.

Wani : Kalau memang jodoh kamu dengan SL, insya Allah semua akan di permudahkan sekelip mata oleh Allah, percaya lah.

Pei Lai : Kalau SL tak suka kamu, takkanlah dia sanggup call pukul 4 pagi semata-mata untuk wish Happy Birthday then cakap ada nak bagitau sesuatu, tapi sampai sekarang tak bagitahu. *hint ini lah yang sebenarnya menguatkan hati N bahawa S juga turut menyukainya*

Chiew : Owh, SL masih tak mengaku dia suka kamu ke?. *dan soalan ini di ulang2 setiap hari ihikhik hahahaha*.

Lamaran dari Si-Segamat membuatkan N nekad untuk mengetahui isi hati sebenar S terhadapnya. Seperti biasa, N akan online di dalam kelas *wifi memang terdapat di mana2 dalam bangunan kampus UPM, Spain*. Syarahan bok bek bok bek dari Prof Angel VelazquezSlide 1
--> tentang Fluid Thermal Micro-Electro-Mechanical Systems nerd tidak berapa menarik perhatiannya berbanding kepentingan ber'chatting' dengan S. Begitulah rutin harian mereka berdua di mana S di bumi Yogyakarta akan online selepas makan malam manakala N akan online di dalam kelas di waktu petang di Madrid.

N mulai dengan borak2 biasa, bertanya khabar dan akhirnya memberani kan diri untuk menebak isi hati S terhadapnya. YM menjadi saksi bakal tercipta nya pengakuan hati S terhadap N.

Berikut ialah text perbualan sebenar antara S dan N melalui YM :-


N: nak tanya pendapat sket, ada orang ajak N kawen

S: owh yaaa...so terimoo ke dop?
S:
ngan sapo?klu tak keberatan nok oyak laa

N: erm..S x kenal kot, N pon x pernah jupo dio
N:
kenal dale fs,chatting,tepon gitu jah

S: owh yaa, rakan cyber laa ni
S:
so .. what's ur answerr?

N: what do u think? ;)

S: erkss...it depend on tuan punyaa diri laa
S:
S kan org luar.. klu just nok beri pendapt bley laaa
S: N dah lamo ke kenal ngan dioo
S:
klu dah lame n rasee sesuaii kenapa tak?
S:
klu S nak sekat pun...S bukan nyer sape2 *sumpah masa ni N rasa nak hempuk2 :damn: je S*.


N: kenal dio thn lepas baru, tok pnah jupo
N:
lamo dh dio oyat suko ko N, cuma N tok pernah jwb

S: erm klu gtu..kena pikir baik2 dlu laa

N: tp kalu S x bui N terima..N tolok la :D

S: ahakss
S:
sebenarnyaa gni N..S pun benarnya sukoo kat N..
S:
sebenarnya S nok tanye N time birthday aritu, tp tertunda2 sampai lonii

S:
klu cakap dale phone, mace gentle sikit tapi tak tercakap pulop maso tu, takut N pengsan tokleh celebrate bday :p

N: oooo...ni la sbnrnya bende yang S nk tny time bday tu? :P

S: so if di izinkan, S nok jdkan N lebih dr seorang kawn n maybe isteri jika ditakdikan laaa

N: <-- nok="" pengsan="" span="">


N
menutup mukanya dengan kedua telapak tangan, pipinya merona merah dan terasa panas membahang dengan pengakuan ikhlas dari S itu. Terasa mau sahaja dia berguling2 menyanyi lagu hindustan di dalam kelas MEMS itu. Hari itu 18hb Disember 2007, hampir sebulan selepas hari lahir N yang ke 25tahun, S akhirnya mengakui perasaan nya terhadap N. Hati nya meronta2 mahu terbang pulang ke Malaysia secepat mungkin untuk menyampaikan perkhabaran gembira ini buat ibu nya yang telah lama dapat menelah isi hati S terhadap puteri nya apabila si ibu melihat sendiri kekerapan S menghubungi N sewaktu N pulang bercuti musim panas 2007 selama sebulan tempoh hari. *pagi2 msg kejut sahur, petang2 msg tny masak apa utk berbuka, malam2 pulak msg tanya watpe, pertengahan malam msg kejutkan qiamullail.. encem begitulah rutin setiap hari selama sebulan*.


The rest is history. Sungguh sampai sekarang N tak mengerti betapa payahnya bagi seorang lelaki seperti S untuk mengakui isi hati nya yang terpendam terhadap N hampir setahun lebih. Apa pun, hubungan ini mendapat green light dari keluarga kedua belah pihak memandangkan ibu bapa N pon telah mengenali S sewaktu S datang beraya ke rumahnya tahun lalu. *raya pertama S dah datang bertandang ke rumah N walaupun dah malam, tak nyempat2 nak tunggu raya ke2 adus kui3x*. Rupa-rupanya sewaktu itu memang S telah mempunyai perasaan terhadap N cuma perasaan itu di pendamkan sehinggalah S meyakini bahawa N turut menyukainya.



Benar seperti apa yang Wani pernah katakan, kalau memang jodoh mereka kuat semuanya di permudahkan oleh Allah. Genap 3 bulan selepas pengakuan itu di buat, N dan S di tunangkan oleh keluarga mereka walaupun kedua2 mereka tidak berada di rumah sewaktu majlis tersebut..majlis pertunangan pun cuma di ikuti melalui panggilan telefon dan chatting sahaja *sungguh2 percintaan cyber*. Sebulan selepas S dan N menamatkan pengajian masing2 iaitu 8 bulan selepas pengakuan luahan hati tersebut di buat, mereka berdua telah di satukan melalui ikatan perkahwinan yang sah dan di nikahkan sendiri oleh ayahanda N. N sah menjadi isteri S pada tanggal 22hb Ogos 2008 dengan sekali lafaz sahaja oleh S...*bravo.. tepuktangan tepuk tepuk*. Cepat sangat lafaz nikah itu sampai N langsung tak sempat nak dengar *nasib baik ada video*. Tahu2 N dengar "sah..sah...sah"...isk3x, dah jadik bini orang daaaaaa..senyumkenyit


*kualiti audio kurang memuaskan, memandangkan di rakam oleh jurukamera amatur
** sila kuatkan volume di tahap maximum kalau teringin untuk mendengar dengan lebih jelas


S
sepatutnya berterima kasih pada Si Segamat kerana membantu secara tidak lansung untuk mempercepatkan sesi luahan hati nya itu. Agaknya kalau Si Segamat tidak menyatakan hasrat untuk melamar N, S masih memendam perasaannya pada N. Di pihak N pula, dia amat2 menghargai usaha rakan2 terdekatnya dalam meyakinkan hati N untuk menerima huluran cinta S walaupun pada mulanya N masih ragu2 untuk menerima S demi menjaga hubungan persahabatan N dengan teman baiknya yang turut menyukai S itu.Sudah tertulis jodoh S dan N, love maka berjodohanlah mereka dan semoga kekallah hubungan ini ke akhir hayat mereka..insya Allah, amin Ya Rabb.


Hari ini, tanggal 22hb Ogos 2009.... genaplah setahun usia perkahwinan S  N :inlove: dan kehidupan rumahtangga mereka semakin bahagia dengan kehadiran Baby SN. Semoga tiada yang akan mengganggu kebahagiaan ini dan semoga kehidupan keluarga ini sentiasa di bawah lindungan-Nya. doa


Psssttt: Sengaja buh gelaran S dan N untuk nama sendiri , tapi nama kawan2 buh nama sebenar heheheheh gatai ..khianat sungguh.







24 words of wisdom & comments:

nadiah sidek said...

hehe..cik abg yatie pemalu ye orgnya? tp tu la kan..kalau dh jodoh tu mmg tak ke mana. happy 1st anniversary!

murni said...

waaa romantiknye.. semoga bahagia deh..

ummisalsabila said...

yatie.sukela ur love story..sgt2 sweet ok..:) klako pun ade.he3.mmg cinta cyber plus cinta di antara benua ni.sorng kat asia n sorng kat eropah.dah jodoh xkemane kan.mcm pepatah dulu.asam di drt,ikan di laut...pastu pe? sila smbung yer..huhu

happy anniversay..smg berkekalan slmnyer..:)

mamatisya said...

happy 1st anniversary..smoga berkekalan hingga akhir hayat

ummuabdullahsyaakir said...

Yatie..seronk baca kisah ni.hehe lucu,suspen smua ada...boleh tahan juga pemalu hubby yatie ni...kena berkias2 dulu baru nak bagtau..hehe

Apapun yg pnting jodoh tu Allah dah tetapkan..walau jauh tapi tetap jodoh juga.Yg pnting sama2 sama2 suka ^_^

Happy 1st aniversary utk yatie n hubby

Moga bhagia hgga akhr hayat^_^

Aliff Imran said...

giler sempoi mu bercinter..hhahaha..cik somi mu pemalu.cik somi ku daku tolak 5-6x pung still nk suh kiter jadi dier nyer gaks..hahah..bnasib jadi kawin gak..
tp tu la..masa dpt tau dier suker kiter n kiter xbertepuk sbela kaki.rasa cam bleh terbang jer time tu kan..hahaha...

beb..HAPPY ANNIVERSARY!!!!!

Farah said...

ekekeke kenangan terindah tu..hmm nasib kite sama la yati kawin ngan si Lembab gak ahhaha..jenuh bagi hint..happy anniversarry..semoga berbahagia selamanya :D

atiqah said...

wah kira bagus la at last die confess..stgh laki tu lbh rela pmpn confess tp die dok pendam lg..mcm BF tiqah..alih2 tiqah yg confess dlu..haha

mama emma® said...

pening masa baca cite chenta nie.. huhu sbb x paham awalan nama tu...

Jiey Mien said...

ganah cito dio..
mokcik yatiey pesey ko s n n deh, oyak hepi annibeseri!!

mamasyaza said...

dear yati...happy 1st anniversary...semoga berbahagia hingga keanak cucu...kelakar baca citer ko ni dik....

kakyong said...

amboi amboi.. suspend gak kan kalo dlm keadaan camtu..
akhirnya bersama juger.. hehehe.. hepi 1st anniversary yati & solah.. semoga dikurniakan anak2 yg ramai sebagai penyeri kebahagian kalian... ;)

nani said...

HAPPY 1st ANNI dear Yatiey n hubby..bahagia sokmo ye!

suka sgt ur love story..org lelaki ni mmg susah sikit nak meluahkan secara zahir terus terangkan:) Tapi, akhirnya kena jugak..sbb kalau tak, melepas la jawabnya..banyak jasa si segamat tu kan..hihi

yela, kalau dah jodoh pasti dipermudahkan laluan kita..n tak kemana pun walau kalian jauh beribu batu

mamamanja said...

hepi eniberseri...

menarik kisahnya

ayurosni said...

hepi 1st anniversary

izan said...

hepi anniversary!
bestnyer citer cinta yatie n hubby!

yatie chomeyl said...

tenkiu utk semua wish....tenkiu utk semua doa kalian. semoga hbgn kalian pon berpanjangan :)

iEfa said...

congratssss yatiee...wahhhh sungguh tk sangka reliti ader cemni gak :D semoge bahgia ke akhir hayat...

**Perfect Love** said...

waaaa malu tp mahu!
Happy anniversary ye kak...sy doakan moga bahagia berpanjangan...
dpt baby ramai2 lagi ok

umi nuha said...

umi nuha (bukan nama sebenar) yang telah diltkkan nama sebenarnye dlm entry ni pun nak ngucapkan happy anniversary gak...kesian prof velazquez tu ngajar MEMS sungguh2 hari tu, pdhal sorang pun dak mesia xdgr ape yg die ajar...anyway, moga berbahagia hingga membawa ke syurga....


apela citer si segamat tu agaknyer yer..ehek

Guest said...

Selamat Ulangtahun yang Pertama Ucu...cepat jer masa berlalu..ingatkan SL adalah singkatan nama solah rupanya si lembab...hehehe...kesian solah dapat gelaran SL..Tu la sapa srh lambat sgt cakap...kan ucu kan..

Guest said...

lawak betul solah ni lps akad nikah senyum + tersengih dah la cakap laju...nampak sgt tak sabo nk kawen...:)

Guest said...

lawak betul solah ni lps akad nikah senyum + tersengih dah la cakap laju...nampak sgt tak sabo nk kawen...:)

ddfirdaus said...

waaa.baru baca kisah cinte cik ti ni..tergelak sendiri pun ada..semoga bahagia ke anak cucu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...