Salam hari jumaat untuk semua kawan-kawan yang sudi menjenguk blog ini. Hari ini bermula dengan indah bila mendapat e-mail yang menyatakan kutipan untuk pembinaan Hiroshima masjid telah hampir mencapai sasarannya. Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas limpah rahmatNya.
For more than 15 years,
Muslim in Hiroshima through HICC have been dreaming of building a
Masjid. For now, they are renting a house for Yen 55,000 to establish a
temporary Masjid and Islamic Center. Appeal For Hiroshima Masjid telah di lancarkan untuk tujuan mengutip dana bagi membeli sebuah bangunan 5 tingkat di Higashi
Hiroshima City untuk di jadikan sebagai Masjid Hiroshima.
Apa yang lebih menggembirakan ialah keprihatinan rakyat Malaysia yang turut sama-sama merebut peluang untuk melabur dalam saham akhirat ini. Sumbangan dari para dermawan di Malaysia telah banyak membantu untuk merealisasikan usaha bagi menubuhkan Masjid Hiroshima ini.
Ini berita gembira untuk umat Islam khusunya buat mereka di Hiroshima. Semoga syiar Islam akan bersinar lebih terang di negara matahari terbit ini. Lepas ini, kawan-kawan di Hiroshima boleh lah mengadakan lebih banyak aktiviti sesama muslim macam yang di jalankan di Fukuoka Islamic Center macam yang pernah I cerita sebelum ini ( E.g.: solat raya, qiyamullail, yukata wearing dan grand iftar). Semoga rakan-rakan di Hiroshima juga dapat merasai nikmat untuk beribadat di Masjid macam orang Islam di Fukuoka ini secepat mungkin, Insya Allah.
## Updated version : As of 6th October 2011; an amount of 7 million yen (RM 280 000) more is needed to establish Hiroshima Masjid. Untuk kawan-kawan yang membaca blog ini, jom kita pakat-pakat menderma untuk pembinaan Masjid ini. [Akaun CIMB : 13020090963520]
Pssssttt : untungnya orang Islam di Malaysia sebab ada banyak masjid, cara untuk mensyukuri nikmat itu ialah dengan sama-sama mengimarahkan masjid. Orang Islam di negara lain kena berusaha keras untuk kumpul dana bina masjid; orang Islam di Malaysa celik mata dah dapat tengok masjid.
Semenjak dua menjak kebelakangan ni, ada beberapa perasaan yang terdetik dalam hati I. Perasaan-perasaan itu timbul bila berdepan dengan situasi seperti :-
Situasi 1: bersama gadis awal 20-an
Weekend 2 minggu yang lepas ada event anjuran Malaysians di Fukuoka ni. Memandangkan anak-anak dara tu tak ada means of transportation untuk ke tapak event, I volunteer untuk jemput diorang. Sepanjang perjalanan kat dalam kereta tu, diorang borak-borak pasal artis Jepun dan artis Korea.
Topik pasal artis J-Pop & K-Pop hangat di bincangkan tapi I sikit pun tak boleh nak menyampuk sebab I tak kenal lansung nama-nama artis yang diorang sebutkan tu. Last-last I mencelah perbualan tu dan cakap : "akak tak kenal sorang pun yang korang cakap tu. tapi artis2 sekarang tak leh lawan kehebatan KRU dulu2. Konsert diorang dulu boleh buat jelajah seluruh Malaysia, beratus ribu orang datang".
Dasar perempuan ketinggalan zaman, move on la weh zaman kegemilangan KRU sebagai penyanyi ialah 10 tahun yang lepas kot...dasar peminat fanatik KRU.
Situasi 2 : wall Facebook Kadang-kadang timbul perasaan agak annoyed bila terpandang status suami isteri yang tinggal serumah tapi nak juga hantar msg kat wall FB masing2 selang 10 minit kottttt. Mula2 rasa sweetnya tapi lepas tu rasa serabut mata melihat status dengan ayat berbunyi contohnya macam ni : - "abang, sayang dah masak ni..meh la makan". - lepas 10 minit status lain pulak "abang, sedap tak baby masak hari ni?" - lepas 10 minit laki dia pulak reply "sedapnya bucuk masak sambal petai, makan sampai kentut bau petai"
I tahu itu fesbuk diorang, lantak diorang lah nak tulis apa pun..apasal I nak sibuk2 annoyed pulak kan?. Dalam hati terdetik persoalan boleh tak kalau korang just send message je instead of paparkan kat wall, or boleh tak kalau SMS je instead of asyik nak tunjukkan kemesraan ke semua kenalan FB korang *monolog dalam hati I saja*.
Yeah I know, I'm not that sweet and not that romantic to appreciate their loving status. Dasar perempuan kesepian yang berjauhan dengan suami; lepas tu sibuk2 nak komen status FB orang lain.
Situasi 3: entry di blog I have my own personality disorder when writing entries in my blog. Sometimes I feel like I should just write about every single things that I've done but sometimes my concious mind would advice me that I should write something that is worth it and 'useful' to read. Bila I bloghopping kat blog orang lain; I akan rasa tak selesa bila tuan blog tu update blog for the sake of updating sahaja especially when they only update pasal : - kasut yang baru beli, - handbag baru beli, - sayur yang baru beli kat pasar malam tadi, - berapa das kentut yang baru di lepaskan kat toilet and etc.
I tahu itu blog diorang dan menjadi hak diorang untuk tulis apa yang diorang suka. Memandangkan ini blog I, maka I pun berhak untuk mengomel apa yang I rasa menyesakkan dada, fair and square lah gitu kan?. Dasar perempuan bajet bagus, macamlah isi perut blog dia tu bermanfaat sangat *monolog dalaman pompuan bajet bagus*
Situasi 4: lihat pinggangku, rampingkan? Sekarang ini terlalu banyak blog yang mempromosikan korset *u-know-what* yang kata nya sungguh berkesan untuk menguruskan badan dengan syarat korang bayarlah harga beribu-ribu untuk dapat korset itu. I have nothing against their effort untuk kuruskan badan tapi I kadang-kadang rasa tak senang bila : - dulu masa gemuk pakai baju longgar, bila dah kurus terus pakai baju & seluar ketat melekat ikut body nak bagi nampak dah kurus
Mungkin I yang kolot, kalau pakai baju besar...macamana nak nampak bentuk badan yang kononnya dah kurus tu ye dak?. Dasar perempuan kolot.
Situasi 5 : membeli pakaian Dulu-dulu kalau berkenan pakaian, main beli je tak fikir panjang. Sekarang ni nak kena fikir "laki I suka ke tak kalau I pakai baju ni", "laki I luluskan ke tak I pakai baju ni?"; "baju ni macam gegirl sangat, macam tak sesuai je dengan status sebagai isteri & mommy"; "nak pakai shawl style belit2 selit2 tapi karang bila dukung anak, dia tarik pulak".
Ya ampun,banyak betul consideration nak kena fikir sebelum beli pakaian baru. Cuba tengok Rozita Che Wan tu, confident je pakai gaun ala barbie doll pink walaupun umur dah 4 series. *tak agak2, compare kan diri dengan RCW*.
+- Yatie Chomeyl VS Rozita Che Wan -+
Situasi 6 : pakaian adik This is probably the most irritating behavior that I have these days i.e. to comment on every single pieces of clothes wore by my little sister. Bila adik I upload je gambar terbaru dia kat FB, the first thing I did is to comment on : "kecik nya baju tu"; "ketatnya seluar tu"; "singkat je nya t-shirt tu, tonggeng sikit nampak bontot"; "rapatnya ambik gambar dengan budak laki tu, boipren ke?" and etc.
Gosh, I sound so mak-mak kan?. Serba serbi tak kena, semua benda nak tegur especially since she's my only little sister. Ever since my mom passed away I somehow took the responsibility to be her mother. Tapi bila I tengok balik komen2 I kat gambar2 FB adik I tu, I pun rasa "eh, arwah Ma dulu pun tak sound aku sampai macam ni sekali".
Kesimpulan yang dapat di buat dari situasi2 di atas ini ialah makcik dah tua nak oi; dah tak sporting. Benda - benda kecil pun makcik sibuk2 nak complaint. Perkara yang remeh temeh nampak serabut dan annoying di pandangan mata tua makcik ni. Tua tak tua sangatlah, 21hb Nov 2011 (gedik nak bold kan nak suruh orang ingat birthday makcik )usia makcik bakal menginjak 29 tahun; tahun depan dah 3 series....sah; makcik dah tua!.
Pssssttt : kalau sedar diri dah tua, sila sedar diri jugak usia semakin pendek..jangan asyik duk mencari salah orang saja. Banyakkan lah beramal ibadat weh makcik *monolog dalaman seorang makcik*.
• A wife + mommy + student who is now living in the Ultraman's hometown;
••trying real hard to survive in her Permanent Head Damage studies. ○○○
••• She self-proclaimed herself as Yatie Chomeyl in order to sound & look cute. ○○○
••• Loves ♥ traveling + early childhood education + culture + entertainment + shopping!. ○○○
••• Her studies has bring her to lot of places in Europe and Japan; so the theme of her blog goes : "Spaghetti kuah percik, Sushi cicah budu".○○○
••• Enjoy her ramblings!.
This blog is intended to provide a semi-permanent point in time snapshot and manifestation of the various memories running around my brain that require long term synthesis. I'm not here to brag on but to keep the memories alive.
Feel free to browse through it and read the contents written here BUT feel free also to notify me if you want to use my writings or my pictures at some other places (copyright reserved).