CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 25 January 2010

Tips : Memastikan rumah anda selamat untuk bayi

Memasuki usia 8 bulan, baby SN dah semakin lasak dan semakin tak reti nak duduk diam. Memandangkan baby SN memilih untuk tidak merangkak dan terus ke proses berdiri dan berjalan, kami dah tak boleh tinggal dia sorang2 sebab pantang ada tempat berpaut je, baby SN akan berpegang dan berdiri. Setakat ni dah beberapa kali jugak lah kepala nya terhantuk meja dan dagu tersengguk di bucu meja. Untuk mengelakkan kejadian2 tidak di ingini berlaku, kami mengambil langkah berjaga-jaga dengan home-proof rumah kami dengan child-proofing products to avoid severe injuries to baby SN.


Untuk entry kali ni, I nak share beberapa home safety products yang murah dan mudah di dapati. Kalau kat sini I beli di kedai 100yen, kalau kat Malaysia..rasanya barang2 ni boleh di beli di Daiso Outlet *cawangan 100yen Japan di Malaysia*. I ada jugak terjumpa kat online shop leanalittleshop yang ada jual safety product untuk baby ni. Produk2 yang I share ni bukan nya I dapat komisen ke apa, tetapi sebab tiba2 teringat pulak kat janji I dengan Azzamoro kat komen entry Child Harness and refrigerator hari tu.


(1) Special Padded Spongy Cushion Edge-safety Cover

Memandangangkan baby SN belum boleh berdiri tegak dalam tempoh yang lama2, kadang2 bila letih dia akan terjatuh dan dagu akan terhantuk kat bucu meja. So, kami lekatkan special padded spongy cushion kat sepanjang penjuru ukur lilit meja tepi katil yang selalu dia berpegang tu. Jadi, bila dia terjatuh sebab berdiri lama2 pon, dan let say dagu tersengguk kat penjuru meja tu..taklah rasa sakit sangat ataupun luka. Selain tu, spongy padding ni boleh jugak di lilit tak kira kat meja 4-segi ke, bulat ke ataupun eh gasak lah meja bentuk apa pon sengihnampakgigi eheh.


*baby SN tengah perform strength test kat cushion cover nih eheh*

http://www.babypro.com/images/products/detail/EdgeCushionEC12Multicolor.jpg
*pic credit : babypro*


(2) Edge Safety cover

Selain tu, boleh jugak letak edge safety cover kat bucu2 meja kat ruang tamu ataupun perabot2 rumah yang lain. Bagi I produk ni memang agak membantu dalam mengelakkan baby terhantuk kepala masa merangkak ke. Boleh jadi jugak anak anda terjatuh masa tengah berlari2 kat sekeliling rumah, kaki pulak tersadung kat lipatan karpet *yang tebal tak hengat sampai tenggelam kaki anak gatai eheh*, kecederaan kritikal mungkin akan berlaku kalau dahi atau kepala nya terhantuk di bucu meja nak2 lagi kalau meja tu meja kaca huhuhuhu. Jadi I suggest untuk mak2 yang ada meja kaca kat ruang tamu tu untuk pasang edge safety cover ni dalam usaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda.




(3) Multi-purpose Safety latch

Safety lock ni pulak sesuai di gunakan kat pintu kabinet atau almari. Selain dapat mengelakkan jari kecil anak tersepit, ia juga berkesan untuk memastikan anak2 tak dapat nak tolong "kemas" pisau, parang, keris, periuk belanga, pinggan mangkuk, senduk, sudu garfu, stok makanan, sabun, stok pencuci2 dan sebagainya yang anda simpan kat dalam almari tu. Secara tidak langsung, alat ini juga mampu mengelakkan stok makanan anda di "pau" oleh kawan2 atau sedara mara yang datang berkunjung kat rumah sengihnampakgigi *sebab susah nak bukak almari eheh*.


http://static.which.net/media/images/guide-taster/baby-safety-equipment_header-179008.jpg

*pic credit : google*



(4) Electrical socket cover


Kita sedia maklum dengan sifat ingin tahu yang membuak2 dalam diri bayi dan kanak-kanak. Sifat ingin tahu ini memang bagus tetapi kadangkala ia boleh membawa kepada kemalangan yang tidak terduga. Contohnya bila anak anda yang di dorong sifat ingin tahu tadi memasukkan jari kecilnya ke dalam lubang di soket elektrik semata-mata ingin mengetahui "muat tak jari saya masuk dalam ni?". Aiseh, cuba bayangkan kalau jari anak anda basah sebab baru lepas di masukkan dalam mulut ke, baru lepas main air ke...adus aiyoyo..naya2x. Jadi I rasa electrical socket cover ni bagus untuk mengelakkan anak mengalami kejutan eletrik bila tiba2 dia gatal jari nak try test aliran arus elektrik pada soket di rumah anda hohoho.


http://s3.amazonaws.com/tc-photos/12572/product/standard/4902.jpg



(5) Anti-slam door @ Door Stopper

Pernahkah kau merasa hati mu hampa..eh bukan silap2x...pernahkah anda merasa sakitnya bila jari tersepit di pintu. Damn! Terus rasa nak sumpah seranah @#$sh**%&ta**&_&@^fu**%!^#hampeh*#$^&* :bye:hampagsas*$%^&()*** macam2 kata2 nista lah rasa nak di tujukan kat pintu tu kan. Pastu siap marah kat pintu, "apasal kau kepit tangan aku?. dasar pintu tak guna!". Nak lagi kronik, siap tendang2 pintu tu tanda lepas geram sengihnampakgigi ngeeeeeeeeeeeeee. Jangan tipulah,mesti pernah kan buat gini? gatai eheh. Jadi untuk mengelakkan anak anda terikut-ikut perangai tak berapa baik ni, dan yang paling penting ialah untuk melindungi jari kecil anak anda dari tersepit pada pintu, adalah di sarankan untuk guna anti-slam door @ door stopper ini pada pintu2 di rumah anda.

Door Stopper Eva Foam - stops doors slamming

*pic source : google*

Ini antara produk2 yang I rasa penting untuk memastikan keselamatan anak2 kecil sewaktu berada di rumah. Kata orang "malang tak berbau" *sebab malang tak kentut pon... sengihnampakgigi eheh* tetapi sebagai ibubapa adalah menjadi tanggungjawab kita bagi mengidu kemalangan itu terlebih dahulu. Lagipun berapa sangatlah harga produk2 ini bila di bandingkan dengan keselamatan anak2 kita kan?. peace Semoga dengan perkongsian produk2 ini, boleh mengelakkan dari berlakunya kecelakaan2 dan kemalangan2 di dalam rumah untuk anak2 kita.


Pssstttt : Tips tentang home-proofing child safety boleh di baca lebih lanjut di family doctor (klik sini) dan baby home safety(klik sini). Untuk list cawangan2 Daiso Outlet di Malaysia --> Daiso (klik sini)

27 words of wisdom & comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

kak, same la baby kite... haha... anas pun terus berdiri n dah cekap bertatih, then skrg br nk bljr merangkak... huhu...

nieda said...

thanx for the info..sangat membantu.anak makin membesar makin byk akal. tgk baju baby SN sama mcm Humaira tgh pakai sekarang.hehe

Eray Majid said...

yatie, bestnye info nie..since rayna pun dh nk start melasak sure kene home-proof kan umah kiteorg :)

** Perfect Love ** said...

bagus info ;-) skrg ni keselamatan anak mmg kena jg. dlm rumah pun mcm2 leh jadi kan..

kew_chop said...

aritu oghe ado letak edge safety cover kat bucu meja tv tapi zayyan dok korek2 cabut pah so so. pahtu tok letok pah sudoh. gam dio tok kuat sgt kali gak. nok keno beli hok mahal sikit.

Naura said...

camtu rupanya kunci lemari tuh..nak cari la.kat tesco ada jual kut..bagus gak ek!bukan untuk keselamatan anak jer,sedara mara yg mai pun takleh nak buka..huhu..

@e_da said...

bagusla produk2 tu yatie... berguna kan.. kdg2 tak perasan anak2 ni .. lg2 pulak kalau leh semua nak di masukkan mulut kan.. risau tajam ke apa...

AyuArjuna BiGoshh said...

first time dengar pasal span tu...hmmm...boleh cuba nih...

Hamizah said...

bagusnya info ni..tq

Ummu Ammar said...

Yatie..

Good info..tp kena tunggu ada baby dulu la..hero akak berdua tu dah pandai bawa diri..

Bertuahnya baby SN sbb ada mama dan papa yg betul2 prihatin akan keselamatannya..

Nani~~{@ said...

thanks for sharing yatiey chomel:)

Nadiah Sidek said...

baru terfikir nak tulis lebih kurang pasal entry ni..dah yatie tulis dah ;). kalau nak nazhan duk diam, kena ikat dia la..haha. kita geng la nazhan..aunty masa kecik2 dulu pun tak merangkak ;)

ddfirdaus said...

saya pun banyak beli barang2 pelik kat daiso..mmg syok dan murah..dalam 1000yen dapat beli mcm2..

Pasal barang2 ni semua, mmg rasa nak beli untuk safety anak..tapi dah setahun dah si kecik tu..tak beli2 pun..hehe

Unknown said...

mmg time ni kite kene monitor lebih kt diorg ni..tgh aktif dan semangat nak cuba bende baru..tang hantuk2 tu yg risau :)

Anonymous said...

jgn lupa. safety gate kat dapur, especially bila budak dah mula into toddlerhood.

we all pernah tetibe terbau2 gas..rupanye miya entah bila dah masuk dapur & pulas tombol gas. tak sedar anak tu dah cukup tinggi nak capai tombol tu.

Farah said...

rasa2 kat daiso ade jual tak semua ni??

Nurul Izza said...

YC: kat US pon ada benda2 mcm ni..ms g kelas perenting dulu diorg siap tunjuk lagi..

yatie chomeyl said...

ashanas >> ooo, baby kita jenis langkau step erk? hik3x

nieda >> tu la, baju ni hadiah dr aunty hubby utk baby SN hehe

eray >> btul2x, x smpt nk kejar nanti..baik bersedia awal2

perfect love >> yup, that's true. dlm rumah pon mcm2 leh jd kalau x berhati2

murni >> hik3x, nsb baik nazhan x kutis2x lagi...klu dop, keno g beli lg kat 100yen eheh

yatie chomeyl said...

naurah >> ya betul...selamat stok makanan dlm lemari ngeeeee

@eda >> aah tu lah, leka sikit je tisu pon dia makan hohoho\

ayu arjuna >> cuba jgn x cuba :)

hamizah >> ur welcome ;)

UA >> dlm duk hati2 tu pon ada je lebam sana sini kat badan dia .. baby boy lasak btul kan kak?

yatie chomeyl said...

nani >> u r wel-chomeyl ;)

nadiah >> oo geng dgn baby SN ye hik3x. bes tu safiyyah merangkak x?

dbalkis >> tu la, klu g Daiso mmg rasa semua nak hangkut beli ..hik3x

huda >> tu la pasal, baby SN selalu wat eksperimen hantukkepala kat lantai adoiii

yatie chomeyl said...

mama miya >> aah , tu nanti bila baby SN dh leh jln kene pasang gak la tu. terer miya nk tlg u masak eheh

farah >> i'm pretty sure Daiso kat Msia ada jual jugak produk2 ni ;)

izza >> tu la, kat mana2 pon ada kan..tg pntg kesanggupan parents nak home-proof rumah utk keselamatan baby :)

Dj Epoi said...

Salam....

HArikoatoooooooooo....

Salam sungguh Gua tak mai tinggalkan komen kat negara Matahari terbit nih...

Apa khabar orang disana...

Kali ini Gua tertarik ngn tips2 dan barangan keselamatan untuk kanak2..

Kat Malaysia ini adalah juga....menda semua tuh...tetapi very dificult nak carik kat mana huhu....

Bila dicari tak jumpa....
Bila tak cari.....dia muncul hehehhehe

Anonymous said...

ha ah lah kan.. memang perlu benda2 ni.. takde lah risau sangat sepanjang anak main2 dalam rumah...

Ummi Salsabila said...

br baca.bagus entry nih.tq for sharing.nnt nak carila.aufa mmg rajin main semua benda alah tu skang.

yatie chomeyl said...

Dj epoi >> cari jangan tak cari eheh

sya >> betul2x, at least kita berusaha utk menyelamatkan diorang

US >> anak tgh nk membesar mmg camtu lah, x larat nak supervised diorang kan

鯛魚燒Star said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ddfirdaus said...

Yatie,
tengok ni ada orang comment spam..cegah cepat sebelum merebak..memang mengada ini orang. saya pun dah kene banyak pada my past posts..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...