CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 13 January 2012

3-5 pagi waktu berjaga2 masa Cuti CNY

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Rasanya satu Malaysia dah tahu pasal kejadian rompakan yang berlaku malam kelamrin di kediaman Wardina. Hari ini I nak share nukilan & luahan hati Wardina tentang kejadian itu dan juga video. Sama2 kita ambil pengajaran daripada perkogsian ikhlas Wardina ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trauma! by Wardina Safiyyah OfficialPage (Thursday, 12 January 2012 at 20:18)

Mereka merompak "perasaan selamat" saya

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! 


Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. 


Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?


Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.


Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. 


Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah”Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.


Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.


Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.


Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.


Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.


 Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.


 Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.


Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.


Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

 "Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”    
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)


Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.


Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.


Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,
Wardina



 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Innalillah, semoga keluarga Wardina tabah menghadapi ujian getir ini dan semoga anak2 beliau di berikan kekuatan semangat untuk melupakan kejadian ngeri itu. Sedikit nasihat yang di kongsi oleh Wardina untuk semua :-
1) Tolong hati-hati sekarang musim pencuri masuk rumah nak CNY ni especially pukul 3-5 pg.
2) Terfikir- Pencuri ni mesti anak seseorang..dimana silapnya? Apa terjadi sampai disbesarkan seorang PEROMPAK.Moga kita besarkan anak2 soleh
3) JOM jadi jiran prihatin, nampak sesuatu atau dengar perkara mencurigakan jom kita call police. Jangan ignore.
4) PLEASE store in ur nearest Police Balai number in your hp. Please make that call if u see anything..
 
P/s : "Ya Alah, Permudahkanlah usaha untuk menjalankan hukum-Mu di atas muka bumi ini agar dapat di laksanakan secepat mungkin dan Kau jauhkanlah kami dari kejahatan makhluk2 durjana, Ameen".

16 words of wisdom & comments:

Zaila Mohamad said...

aku menangis bila baca luahan hati Wardina ni..sesungguhnya setiap yang berlaku ni ada hikmahnya..

moga Wardina & anak-anak diberikan kekuatan untuk melupakan trauma yang melanda..

moga Allah melindungi kita juga..

Unknown said...

sebak bila baca..semoga wardina sekeluarga cepat melupakan trauma ni..

Hanis MY said...

sedihnya... takut baco... yatiey pun take care deyh...

Ijah EmoTemo said...

ya allah takut sgt klu terjadi dkt kita ni :(

minta2 dijauhkan dari semua ini :(

kesian sgt bila baca luahan wardina yg siap ckp anak dia trauma :(

Eliss said...

sedihnya membacanya. ya Allah. kalo lah kita ditempat dia, macam mana yer.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kowaii bila pikiq benda ni
moga kiter di lindugi IA

e.l.i.z.@ said...

semua perasaan ado bilo baco isi hati wardina ni..mulia, baik n semua lah! sib baik la CNY ni eli x kelik kelate tp takut jugok dih huhuhu

Ezna Khalili said...

Menyeramkan....tapi luahan hati Wardina terasa di dalam hati....berhati-hatilah kita di mana2 sahaja yer....

transformed housewife said...

sie ko anok2 dio trauma.

biru firus said...

assalamualaikum...

sedikit sebanyak saya dapat rasakan apa yg wardina rasakan...kerana mac2010 , rumah saya juga dimasuki "mereka".. tendang pintu bilik ayah saya smpi pecah... sejak dari ari tu, sehingga sekarang 2012.. btul kate wardina...mereka merampas perasaan selamat saya... setiap mlm di rumah, kadang2 terdetik... terlalu sensitif dgn sebarang bunyi... adakalanya jika cuti saya xtido atau bile hati rase kacau, saya tidur dgn lampu terbuka smpi pagi, baca Quran , pasang surah2 AlQuran sampai pagi... semoga semuanya berada di bawah lindungan Allah...

cikpuanhady said...

memang mengalir airmata baca luahan wardina ni. semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari perkara sebegini..

isabelle said...

x terbayang kalo perompak tu bertindak smpi mencederakan mangsa kan? tak kira le wardina ke, kita ke..nauzubillah.

yatie chomeyl said...

zaila : Insya Allah harap2nya gitulah..Ameen

Azni : kan, I pun sebak bil abaca

Hanis : meme takut, ore pun jd trauma jugop...kunci pintu sokmo lo ni

yatie chomeyl said...

Ijah : kalau kita pun metsi trauma kan?

eliss : tu la, mesti kita dah nangis tak leh stop dah

lady ayu : tottemo kowaiii

yatie chomeyl said...

eliza : tu la, nk tinggal rumoh pun takut..dok dlm rumoh pun tkut jugop

ummi dania : aah, sama2 lah kita hati2

kak nur : ore tuo pun takut, ni kan pulok budok2

yatie chomeyl said...

biru firus : takutnya...mesti smp sekarang pun ada rasa trauma tu lagi kan wpon peristiwa tu dh setahun

cikpuan hady : insya Allah, ameen

isabelle : yup, nasib baik x di apa2kan..nauzubillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...