CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 21 January 2010

Anak Setan (T_T) dan perihal keberkatan Ibu bapa

Sambil2 browse internet mencari wind energy journals untuk dibaca, I terbaca berita pasal si-tanggang di zaman moden ni kat MyMetro.

KUALA LUMPUR: Berpelajaran tinggi tapi tak mampu membuat pertimbangan wajar! Itulah sikap seorang pelajar jurusan perubatan yang baru pulang bercuti di tanah air apabila sanggup memukul bapa kandungnya sendiri selepas permintaannya untuk mendapatkan wang RM1 juta tidak dipenuhi.

Difahamkan, bapa berusia 50-an itu baru menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dan sedang berehat di rumahnya di Ampang di sini, manakala anaknya yang berusia 20-an yang kini menuntut di luar negara, pulang untuk bercuti sejak beberapa hari lalu.


Dalam kejadian jam 11.30 malam Ahad lalu, mangsa sedang menonton televisyen seorang diri di rumah sebelum tiba-tiba anaknya yang baru pulang terus memukul badannya menggunakan besi.


Malah, dalam laporannya kepada pihak polis, mangsa turut mendakwa jari tangan kanannya dihiris dengan pisau oleh anaknya selain turut cedera di kaki.


Mahasiswa terbabit ‘menyeksa’ bapanya dalam usaha memaksa orang tuanya itu menyerahkan wang berkenaan.

Menurut sumber polis, mangsa mendakwa kejadian berkenaan bukan kali pertama berlaku pada dirinya, malah sudah tiga kali sejak beberapa tahun lalu.


“Mangsa sudah tidak tahan dengan kelakuan anak lelakinya itu lalu melaporkan kejadian itu kepada polis.


“Susulan itu, polis menahan anak lelaki mangsa sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil,” katanya.


Menurutnya, polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian itu.


Difahamkan, mangsa bertugas sebagai pengarah di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) manakala isterinya turut menyandang jawatan pengarah jabatan di sebuah agensi kerajaan, mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup mereka.


Anak mangsa yang memukul dan meminta wang RM1 juta daripada mangsa sedang menghabiskan cuti pengajiannya dalam bidang perubatan di India.


Menurut sumber, anak mangsa sebelum ini sudah beberapa kali meminta wang daripada bapanya, namun tidak dilayan sehingga dia akhirnya ‘naik angin’ dan melepaskan geram dengan memukul bapanya kerana permintaan itu tidak ditunaikan.

“Bagaimanapun, polis masih menyiasat tujuan anak mangsa meminta wang RM1 juta daripada bapanya dan sehingga kini siasatan menyeluruh sedang dilakukan.


“Hasil siasatan awal mendapati anak mangsa mempunyai perwatakan baik dan polis masih berusaha mengenal pasti motif sebenar di sebalik permintaan wang dalam jumlah yang besar itu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.




http://www.pumpkinpulp.com/images/devil_child_banner.jpg
(pic credit : pumpkinplup)

Mungkin ada sebab di sebalik perbuatan budak tu yang sanggup mengugut dan mencederakan ayahnya tetapi apapun alasannya, si ayah tak berhak untuk menerima layanan sebegitu dari si anak. Kalaulah si anak tu sedar sebesar mana pengorbanan si ayah membesarkannya selama ni sampai leh belajar medik, tak mungkin dia sanggup bertindak di luar batasan pemikiran manusia normal macam ni.

Kat sini I nak share info tentang konteks kedudukan Ibubapa menurut al-Sunnah yang I ambil dari halaqah.net

Terdapat banyak hadis sahih yang menerangkan kedudukan ibubapa di dalam Islam dan tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka :-

1). Keredhaan Allah Terletak Pada Keredhaan Ibubapa.
2). Derhaka Kepada Ibubapa Termasuk Dosa Besar.
3). Ibu Lebih Utama Berbanding Ayah.
4). Kepentingan Menggembirakan Ibubapa.
5). Wajib Meminta Izin Ibubapa Sekalipun Dalam Urusan Agama.
6). Kehinaan Anak Yang Tidak Berbuat Baik Kepada Ibubapa Yang Lanjut Umur.
7). Tidak Boleh Membenci Dan Memutuskan Hubungan Dengan Ibubapa.
8). Doa Ibubapa Pasti Dikabulkan.
9). Anak Yang Berbuat Baik Kepada Ibubapanya Memiliki Darjat Yang Istimewa.
10). Dikabulkan Doa Anak Yang Berbuat Baik Kepada Ibubapa.
11). Ibubapa Memiliki Hak Terhadap Sebahagian Harta Anak.
12). Ibubapa Memiliki Hak Dalam Pemilihan Pasangan Hidup Anak.


Walaupun I ni bukan anak yang baik sangat tetapi satu perkara yang I pegang dari dulu sampai sekarang ialah "percaya pada keberkatan ibu bapa". I yakin yang pilihan parents I itu yang terbaik dalam menentukan hidup I sebab tu I ikut saranan abah untuk pilih study dalam Aeronautical Engineering walaupun minat I lebih kepada Chemical Engineering masa nak pilih course untuk masuk U lepas matrix dulu. I percaya Allah akan memberkati usaha I kalau I ikut cakap abah tu. doa Alhamdulillah, berkat keyakinan I dengan pilihan abah, I berjaya berada pada tahap I sekarang.

"Ma berkene la ko budok ni"
That was exactly arwah ma's word when she saw my graduation picture that was taken with my guy friend. At that time, both of us is merely huha-huha "aku-mung" friends. Though deep in my heart I really like that guy, but I'm too shy to admit the feelings kenyit I had towards him.


KMM friend till USM : *♥ the first picture of us together ♥*

Two years after she said that, me and that guy (my friend then; my hubby now) were joint in a blissful wedding ceremony. Yup, sebab tu orang selalu cakap "mulut mak tu masin" and I do believe in that phrase. I memilih untuk memutuskan perhubungan dengan seseorang suatu ketika dahulu kerana memenuhi permintaan arwah ma. rindu I tak pernah menyesal dengan keputusan itu kerana Allah telah memberi ganjaran terbaik dengan menentukan jodoh I dengan hubby. Alhamdulillah, hubby ialah pasangan yang terbaik untuk I dan I percaya ini ialah berkat dari keikhlasan I mengikut kemahuan arwah ma.

Untuk orang2 bujang yang sedang membaca entry ini, kalau pilihan kamu tak di restu oleh keluarga, jangan gatal2 mulut nak jawab "ini hidup saya, mak & ayah tak berhak menentukan hidup saya!". SALAH tu, sebab ibubapa memang memiliki hak dalam pemilihan pasangan hidup anak--> refer: Ibubapa menurut al-Sunnah


Psssssstttt: I harap baby SN akan jadi anak yang patuh kepada mommy & daddy, anak soleh yang akan menjaga mommy & daddy bila kami dah tua nanti, doa amin.

27 words of wisdom & comments:

Farra Dhelina said...

dunia di akhr zaman.. nauzubiilahh..

ngeri baca artikel tu..ishhh

kew_chop said...

sensitip sikit baco kalo pasal family neh. baco bele2 berair air mato. teringat balik oghe TERgenang air mato depe solah aritu kat dapur. malu pulok bilo teringat, huhu.. shh shh jange oyak ko oghe lain deh.. hahaha padahal sokmo gini..

Naura said...

susah payah mak pak bela dari kocit,camni balasan anak2 kan..moga dijauhkan..

AyuArjuna BiGoshh said...

si tenggang zaman moden ramai dah ni...tak tahu mana silapnya...tapi insyaAllah kalau berpegang mana perkara seperti "anak derhana", "si tenggang", "ibu bapa ibarat quran buruk"..tak akan berlaku....nauzubillah

Atiqah said...

hmm terasa la..isk isk..BF tiqah bkn menntu plhn...aduh

Hamizah said...

betul tu, yatie..camna buruk pon mak ayah, dia tetap penentu keredaan Allah

Unknown said...

betul tu kak..alhamdulillah, setiap pilihan huda adalah berkat sokongan dan doa dari ibu abah huda..mudah2 an husna juga akan menjadi anak yg solehah :)

Hanz Jamaludin said...

sekarang ni banyak dah kita dengar kisah si-teggang ni kan....

Nuruljannah BadrulHisham said...

out from ur topic..you should read this kak...father of a genius kids..
http://www.scientific-child-prodigy.blogspot.com/

Zuraimah Ismail said...

interesting.....thanks for sharing...

transformed housewife said...

astagfirullahalazim. bakpola gitu sekali nyo wat ko ayoh dio. mitok2 la anok2 kito dok wat perangai lagu ni.

A'thiqah said...

huu,thanks for sharing k.ti, akhir zaman.. salah satu tanda bila ibubapa jd hamba pd anak2 sendiri, nauzubillah, mintak dijauhkan lah kan..

p/s: lo,cmni xleyla kawen ngan org p☆*÷# ek? kena cri org johor gak ke?sedey2..hihi..

Farah said...

anak setan ade berhutang ngan along kot!mmg tak guna akal lansung.dah la belaja tinggi2.

ddfirdaus said...

hai yatie..so suwet gamba time convo tu..teringat zaman mude remaja...mmg setuju dengan pendapat u..i pun acuan parents sampai dah kawen baru le buat keputusan sendiri..alhamdulillah, jalan ini berkat so far...tu pon masih dok kenen2 ngan mak tanye itu dan ini, saya rasa secure dengan nasihat parents..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

apa pun yang dilakukan oleh emak dan ayah kita, walau terlalu menghiris hati, maafkan mereka kerana akak percaya..tuhan menilai kita melalui hubungan kita dengan ibu dan bapa kita..

Drama Mama said...

sedih dan terharu baca apa yang u tulis ni yatie. betul la, i memang suteju, pilihan mak bapak adalah yang terbaik, kalau diorang tak bagi tu adalah sebabnya. they know their child best, kan?

sedih jugak bila tengok anak2 dah berkeluarga, dah tak ingat mak bapak. i hope i won't be like that, and i hope irfan won't be like that too.

Nadiah Sidek said...

lepas 1...1..pastu keluar lagi kisah si tanggang moden ni. macam 1 wabak pulak. mudah2an takde la dalam ahli keluarga kita semua yang jadi macam si tanggang..

Anonymous said...

tu la i dok ngadu kat blog i pasal "a child's rights". kalo mak bapak tu betul, anak insyaAllah betul. tp kena la gak caranye betul.

e.l.i.z.@ said...

eh kisah mano pulok ni?
adakah sama nge hop anok tinggal ayoh dio tepi jale sebab bini dio suruh?

p/s: harap anok kito x jd gini..nauzubillah

isabelle said...

very the bahagia..and they live happily ever after...
*applause*
*applause*

apokono la haku nie, mcm mereng semacam jer.

Zaila Mohamad said...

Of late ni, sokmo banyak kes anak2 buang mak bapak kan..nau'zubillahiminzaliklah mitok jauhlah dari kita ya, moga anak2 kita semua menjadi orang2 yang soleh mahupun solehah!!

Anonymous said...

setuju sangat2...
memang perlu sangat keberkatan ibu bapa tu..
masa bawa jumpa dengan exxxxx, mak tak setuju..
jadi, putuskan.
bawak balik si dia nih, mak, ayah, nenek, mak2, pak2 sedara semua suka.. kira ok la tuh.. :P

yatie chomeyl said...

farra >> tu lah, nauzubillah dr jadi kat kita kan

murni >> hik3x, takpo..solah pehe mugo bini dio pong 2x5 jugop ngeeee

naurah >> betul2x, hrp2 x jd dlm family kita kan

ayu arjuna >> rs nak sekeh2 je dahi si anak tu kan

atiqah >> klu camtu, usah abg BF tiqah jd menantu pilihan *wink*

yatie chomeyl said...

hamizah >> tu lah kak, kdg2 kita lupa jasa ayah..

huda >> insya Allah husna akan jd anak solehah yg akan jaga huda nanti :)

hanz >> yup, mcm tiap2 hari ada kes gini huhu

nurul >> thanks 4 sharing that ;)

CT >> u r most wel-chomeyl ;)

yatie chomeyl said...

k. nur >> insya Allah, mitok di jauhkan lah

atiqah >> kalau mak tqah setuju baru leh..kalau dia x setuju xleh ngeeeee

farah >> btoi2x, mcm ada mslh besar je dak tu

dbalkis >> tu lah, bila kita tny opinion diorg terus rs yakin nk wta apa2 kan

yatie chomeyl said...

kak NB >> btul tu kak :)

drama mama >> insya Allah, irfan akan jd anak soleh yg sentiasa menghormati parents dia ..amin :)

nadiah >> btul2x, wabak anak derhaka yg semakin menular

mama miya >> yg pntg kerjasama dua2 belah pihak kan..br x jd hal2 gini

yatie chomeyl said...

eliza >> buke, hok ni kisoh pau pitis ayoh dio RM 1juto hohohooh

isabelle >> amin ehehe

zaila >> insya ALlah anok2 kito jurus2 belako

sya >> btoi3x, bila org tua restu..hidup kita pun insya Allah berkat duni akahirat ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...