CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 9 February 2010

Nuffnang Charity Project – Baby Ammar

Apa perasaan korang melihat anak sekecil usia 2 tahun menghidapi Patent Ductus Arteriosus (PDA) di mana terdapat lubang pada jantungnya sehingga mendatangkan kemudharatan pada dirinya. Bayangkanlah nak makan pun, baby Ammar kena guna tiub yang di sambung pada perutnya.

Sedih, sayu, pilu semua nya bercampur baur bila I baca pasal penderitaan adik Ammar di blog mummy nya*klik sini* dan juga di homepage Nuffnang*klik sini*.


*the 'iklan' about helping adik Ammar by Nuffnang*


Anda semua boleh mebantu untuk meringankan beban yang di tanggung oleh adik Ammar dengan cara menderma dengan ikhlas berapa pun jumlah wang untuk membiayai bayaran deposit pembedahan adik Ammar sebanyak RM 12 000 *fuuuuuuuuuhhh, banyak tu*.

Ataupun kalau rasa tak boleh nak membantu dari segi material, anda juga boleh memberi sokongan dengan cara yang paling mudah.


(1) untuk Nuffnangers

- log in ke akaun Nuffnang anda
- masuk ke section blog manager
- klik arrow kat bahagian ADS PREFERENCE

- tukar ke SHOW CHARITY ADS
- SIAP!.

[adik+ammar.jpg]


Bila anda buat begini, secara automatik iklan2 Nuffnang di blog anda akan di hiasi dengan kempen untuk mengutip sumbangan bagi membantu adik Ammar. Memanglah bila orang klik iklan tu tak akan generate duit macam iklan2 lain, tapi di sebaliknya ada ganjaran yang lebih besar menanti anda di alam SANA kelak, insya Allah.....amin.


(2) untuk bloggers lain yang bukan Nuffnangers
- boleh letakkan logo "blogger we care" pada sidebar blog anda untuk mewar-warkan lagi tentang masalah adik Ammar ni kepada bollger2 yang lain.



Semoga usaha kecil kita membantu insan yang memerlukan ini. Derma yang ikhlas, walaupun cuma RM1 pasti membawa impak yang besar buat adik Ammar. Mari lah sama2 beramal sambil2 memblog.


4 words of wisdom & comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

dah berakhir kan semalam kempen ni sebab dah cukup duit.semoga lil ammar cepat sembuh!

Ain said...

syukur la kalau betul dana untuk ammar dah mencukupi.....

kita doakan pembedahan nanti berjaya.....

salam kenal...

Ummi Salsabila said...

thanks for sharing.Alhmdulillah jika betul dananye sudah cukup.

ummuabdullahsyaakir said...

Alhamdulillah kalau dana baby Ammar dah cukup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...