CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday 29 November 2010

They were such a lovely couple........and they live happily ever after ~~ NOT!!

Baru2 ini, my best friend told me that lecturer kesayangan I masa di USM dulu dah bercerai dengan isterinya. Agak terkejut sewaktu mendengar cerita penceraian itu sebab pasangan itu bolehlah di katakan 'pasangan sehati sejiwa sama cantik sama padan'. Lecturer I dan wife nya tu, sama2 belajar di luar negara dan bila balik Malaysia sama2 berkhidmat untuk USM. Lecturer I tu boleh di katakan agak handsome lah jugak, muka chinese look, kulit cerah dan sangat stylish orangnya. Isterinya pulak tinggi lampai, body macam model, senyuman manis dan sopan santun lemah lembut, memenuhi ciri2 perempuan melayu terakhir gitu.


"you two make such a lovely couple"
Itulah pujian yang selalu kami berikan setiap kali terserempak dengan pasangan ini. Bukanlah puji depan2 diorang, tapi belakang2 lah hehe. Setiap kali melihat pasangan ini berjalan beriringan di kampus, terus terbit rasa kekaguman sebab rasa macam baca novel ~ orang handsome kahwin dengan orang cantik~. Pemikiran masa tu tak matang lagi kan, segala2nya tentang rupa saja. Maklum sajalah, selalunya pasangan yang kami jumpa mesti berbeza dari segi paras rupa; "kalau wife cantik biasanya dapat husband tak handsome...kalau husband kacak pulak biasanya dapat wife yang rupa biasa2 saja"--> itu pemikiran I & kawan2 I masa umur awal 20-an dulu2 lah ngeeeeeee.


Punca penceraian memanglah tidak di ketahui tapi jauh di sudut hati I dan kwan2, terfikir2 jugak lah apa agaknya yang membuatkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah. Agak sedih jugak mendengar berita ini sebab mereka dah pun di kurniakan cahaya mata, kesian anak kecil yang tak mengerti apa2 tu kan.


Secara tidak lansung, perasaan risau turut terdetik di hati I. Usia perkahwinan hubby & I baru memasuki 2 tahun. Dalam tempoh ini, masih banyak yang kami perlu menyesuaikan diri dengan peel dan perangai masing2.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Everybody clearly understands the rules of "Men are from Mars and Women are from Venus"; tapi bukan semua orang mampu mengingatkan diri sendiri tentang perbezaan sifat lelaki dan perempuan. Bukan senang bagi dua orang yang berbeza jantina dan personaliti untuk hidup bersama melainkan ada sifat tolak ansur antar satu sama lain.

"Women Always Worry About The Things That Men Forget

Men Always Worry About The Things That Women Remember"


Itu status yang I cilok dari seorang kawan di wall FB nya. Masa membaca status tu, I tersenyum sorang2 dan setuju dengan kata2 itu. Kita orang perempuan ni kan, selalu komplen yang laki kita tak ingat tarikh birthday kita lah, tak ingat nak beli hadiah birthday kita lah, tak ingat nak celebrate birthday kita lah, lupa tarikh annivessary, lupa tarikh tunang, lupa tarikh declare, lupa tarikh 1st date, lupa macamana boleh jumpa dan banyakkkkkkkkkkkk lagi lah yang dia lupa. *apsal contoh bitrhday je sampai 4 ayat?....ngeeee, lu pikirlah sendiri :p*.


Orang lelaki pulak, dah tahu itu lah yang penting bagi isteri dia..boleh buat tak tahu lagi kan. Padahalnya, tiap2 tahun si isteri merajuk kan hal yang sama, tapi tetaplah tak ambil apa2 tindakan untuk mengelakkan perkara itu terjadi lagi. Tiap2 tahun ada je tarikh2 yang terlupa, padahal organizer kat handphone bukan main canggih..untuk set kan buat reminder isk3x.


Berbalik pada persoalan lovely couple tadi, jelaslah di sini bahawa pasangan sama cantik sama padan tak semestinya kekal bahagia. Dah banyak contoh orang kacak-orang cantik bercerai berai yang kita dah dengar sebelum ini kan. *dalam minda terus tergambar wajah Yusry & Erra Fazira ....haisy*.
Malah sebenarnya, cabaran lebih besar buat pasangan sama cantik sama padan kerana dalam diri masing2 tertanam rasa ego dan bangga dengan kurniaan wajah pinjaman sementara dari Allah. Dalam diri barangkali terdetik rasa bahawa dia punya 'market value' yang tinggi, kalau satu pergi..sepuluh datang tau!.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmwgQlCxEqc4EmbG7ama9ct3d32O3EAvyFwM9VjRo-OaBuEqjXhUdeJRRjxuNu-Zi913mZRdau1hBiijClKxPreinKJL4-5gD07N0UrFNJA98grLlPgWoJwCA499a1bL8xAFYTL770RR3X/s1600/magazine9e405814c7300f31d5c69b547e6ae8f5eb191b94.jpg



Untuk menyemai kasih berpanjangan antara suami isteri, I rasa buku The 5 Love Language by Dr. Gary Chapman ada tips yang boleh di amalkan. Malahan, blog SaifulIslam turut menyarankan The 5 Love Languages ini di amalkan pada anak2 juga.

  1. Words of Affirmation

    Hearing the words, “I love you,” are important—hearing the reasons behind that love sends your spirits skyward. --> "masa bercinta tiap2 kali nak letak phone cakap I LOVE YOU, lepas kahwin?..hohohoho"

  2. Quality Time

    Being there for this type of person is critical, but really being there. Distractions, postponed dates, or the failure to listen can be especially hurtful.--> "sorang duk sibuk main FB, sorang lagi pulak sibuk baca SkySports, hohohoho"

  3. Receiving Gifts

    A missed birthday, anniversary, or a hasty, thoughtless gift would be disastrous—so would the absence of everyday gestures.--> "tak semestinya bracelet COACH, tapi apa2 hadi"ah pun takpe..asalkan ada effort yang menunjukkan anda menghargai pasangan anda..ehem ehem ehem"

  4. Acts of Service

    Can vacuuming the floors really be an expression of love? Absolutely! Anything you do to ease the burden of responsibilities weighing on an “Acts of Service” person will speak volumes. --> "sama2 kemas rumah jadi rumahku syurgaku..barulah seronok nak melepak di rumah"

  5. Physical Touch

    Hugs, pats on the back, holding hands, and thoughtful touches on the arm, shoulder, or face—they can all be ways to show excitement, concern, care, and love. --> "kalau keluar jalan2 tu, kalau boleh pegang tangan je sentiasa..barulah feeling romantik tu berkekalan....ceeeewah"

# taken from 5lovelanguages.com #


" Once in a while, in the middle of an ordinary life, love gives us a fairy tale ".
But fairy tales wont occurs everyday, sebab tu teori yang mengatakan pasangan sama cantik sama padan kekal bahagia sampai hujung nyawa dah tak boleh pakai sekarang ni. Jadi, tugas dan tanggungjawab kita suami isteri lah untuk sentiasa sama2 menyemai cinta setiap hari supaya sentiasa rasa hidup di alam cinta penuh keberkatan. Paras rupa tidak menjamin kebahgaian seseorang. Cinta di awal perkahwinan juga bukanlah jaminan perkahwinan itu kekal berpanjangan.


Suami selaku insan yang mempunyai 9 akal haruslah bertindak rasional dalam mengharungi kehidupan berumahtannga di sisi si isteri yang mempunyai 9 emosi dan 1 rasional sahaja. Sabarlah wahai suami tatkala isteri merajuk, tenanglah wahai suami apabila isteri mu mengeluh, pujuklah isteri mu ketika dia sedang bersedih dan tenangkanlah hatinya yang sedang dalam kegusaran. *ini tidak, asal isteri buat perangai je..terus ugut nak tambah lagi sorang..haisyyyyy tak patut3x*


Cubalah menjadi isteri yang mendengar kata, ikutilah suruhan suami mu selagi ia tidak bertentangan dengan hukum agama, gembirakanlah hati suami mu dengan hal2 yang bisa membuatnya tersenyum, berbicaralah dengan nada manja supaya suami mu tertawan dan berhiaslah supaya suami mu memandangmu dengn penuh kasih setiap masa. *ini tidak, kat rumah bukan main comot bau ikan goreng lagi..bila nak keluar rumah je, wahhh mekap kalah Rozita Che Wan ..haisyyyy tak patut3x*.


Sejujurnya, setiap hari ada sahaja yang kita akan belajar dalam kehidupan ini. Proses menyelami hati budi suami/isteri kita juga merupakan never ending learning subject. Semoga hubby & I akan menjadi best student dalam sessi mengenali hati masing2....dan semoga kasih kami berkekalan, insya Allah.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgueY9DgdYS9PtLMHssjfAVNtikwV-Ffz_VibOX1C0x6qFeVTe6o4AeJN9-0xlsA7XGRqTsh9-Wf-nKuugfmAZZlF52SIYiQfFeVpDY5Wm20BH-4Ik2ycTBaKN_S8aAxFpaP6r7TCmamVdy/s1600/motivator99c9423d620bf44480d670390a1d34f0ea1925a7.jpg


"Wahai orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan." (Surah al-Imran ayat 200)


Psssssttt: apsal masa mengarang kat blog, berjela2 idea datang mencurah2. Tapi bila nak tulis paper/report/abstract/research proposal je; kat Introduction pun dah stuck berhari2x..isk3x..tak patut3x.


Yang benar,

~pasangan sama comot sama gedix~

23 words of wisdom & comments:

Atiqah said...

terbaik..
perkahwinan yg kecundang mgkn juga disbbkn preparation yg x mantap, preparation dr segi rohani, akal, jasmani..oh jgn igt jasmani psl tenaga batin dan zahir je..jasmani kat sni preparation nk bntu isteri kat dapur etc..huhu..
semakin nk menempuh alam perkahwinan semakin rsau sbnrnya mampukah kita berthn? mampukah kita membina baitul muslim spt yg disarankan oleh Rasulullah dan ditunjukkan secara lgsg dr kisah hidup baginda memiliki keluarga yg diredhai Allah? jom muhasabah dan prepare diri utk bntu psgn bina baitul muslim dan baitul dakwah..

i_sofia said...

i kenal mereka berdua tu jugak.. tp tak tahu la pulak yg mereka dah bercerai.. hmmm.. :'(
semoga hubungan kita & pasangan kita akan sentiasa diberkati & berkekalan sampai ke syurga..
p/s: amboi, hint hadiah birthday x abih2 lagi???

cikpuanhady said...

betol..betol..betol..walaupun jodoh itu ditangan Allah, namun kita yang harus menjayakannya..

Izan Ishak said...

k.izan pun sama, usia perkahwinan masih di tahun2 awal yg perlukan banyak lagi persefahaman suami isteri. masih banyak lagi benda kena belajar nak tambat hati suami..

**jodoh pertemuan ajal maut semua di tgn Allah...tp sbg hambaNya kita kena sentisa usaha utk kekalkan nya kan~

Unknown said...

tie,
org kata slepes 5 tahun, di kria telah melepasi tahap kritikal.. namun tak benar perumpamaan itu...

sebelum kahwin, kita dok prepare diri bagai nak rak.. tp realitinya tdk semanis impian... ;)

yg penting perlu 2-2 pihak merendah diri, menerima seadanya pasangan.. & tdk hanya mencari2 kelemahan..
berteori sebelum kahwin sgt lah ideal.. hakikatnya, seorang sahabat kakyong yg teramatlah idea dlm teori perkahwinan & rumah tangga.. bila kahwin, bertahan 4 bulan ajer..

kenapa? kena tanya iman lah.. apa yg kita nak dr perkahwinan.. matlamat perkahwinan itu sendiri & semangat juang dlm diri.. sbb dlm byk hal, isteri adalah pihak yg perlu byk berkorban jiwa raga & fizikal... ;)

isabelle said...

yg kawin dah lama,kalo bcerai pun kita pelik..sbb kita igt dah lama, makin serasi.
yg baru kawin lak, kalo bercerai, kita pelik sebab baru sgt kawin...patutnya sakan bercinta lg.
so, puncanya mcm2 lah kan?moga2 kita dijauhi lah semua tu

Nanak said...

walawei!..gambar iringan adalah terbaik.hehee..
marilah kita sama2 mjaga kurukunan rumah tangga kita =)

Ummi Shira (AshAnas) said...

uhuhuhu, mmg xpatut, xpatut... hehe...

hasbend shira, no ic shira pun lupa, haha... padahal no ic shira sgt2 la mudah utk di ingat...

risau kan nak jaga perkahwinan ni... shira takut sangat tau...

♥MAMASYAZA♥ said...

akak ni yg dah 12 tahun kawin pun, en. abah tak penah nak ingat tarikh birthday akak, menyampah

ddfirdaus said...

semoga kita semua kekal bahagia dengan pasangan masing2..amin

transformed housewife said...

knur raso mace tahu jah lecturer mano u referred to. ajal, maut, jodoh di tgn Allah tapi kita juga yg kena berusaha memelihara hubungan suami isteri.

Ina said...

itulah kan xtau lah apa nasib kita di hari2 akan datang. moga baik2 saja and kita berbahagia selalu disampaing orang tersayang hingga akhir hayat, amin :)

reitak said...

betul betul...but we still have to put in an effort to make it a successful partnership ;p

wah wah, gambo mmg menariks ;)

MyKhalish Journey said...

sy sokong.. wpun dah bercinta sakan then dah berkahwin tp kena lgk usaha utk mentenkan kebahagiaan & kasih sayang. xleh memjg sm jer... do sumthing to cheer & spice ur marriage. hehehehe...

munira said...

yatie..tak tahan dengan perumpamaan 'cintu itu ibarat kentut!' hahahahahaha!

kita sama-sm lah berdoa agar rumahtangga yang kita bina aman.amin!

ummuabdullahsyaakir said...

Salam yatie...setiap org lain2 dugaannya...ujian yg Allah bgi pun tak sama antar psngn.Lagipun kt tak boleh meramal bahagia tu kekal berpanjngn atau tak..yg penting tak putus doa moga Allah tetap kekalkan hati pasngn kita smpai akhir hayat..


Suka tgk pic kat atas...so sweet walau kata2nya buat saya tergelak..ekeke

yatie chomeyl said...

Atiqah >> wah,what a deep thought by u..i like ;)

i_sofia >> oh, u kenal gak eh lecturer I tu?

has >> btol3x...memang kena sentiasa usah aberterusan di riingi doa kan :)

yatie chomeyl said...

k.izan >> sama2 la kita usaha ..insya Allah selamat r/tangga kita

k.yong >> tu la, org kat akalau dh lepas 5hn..should be ok, upanya x jugak kan

isabelle >> yup, seriusly tahun pun x leh ukur kebhgiaan r/tangga.moga kita di jauhi dr ujian r/tangga yg berat

yatie chomeyl said...

Nanak >> gmbr iringan nk bg mood lebih eheh

Shira >> muahahaha, no IC tu ok lagi..ni kdg2 no phone isteri pun x ingat ohohoho

mama syaza >> sabar jer lah kan kak...apakata akak set reminder dlm phone hubby akak utk tn depan punye bday ;)

yatie chomeyl said...

dbalkis >> insya Allah..amin

k.nur >> kenal jugop eh?

ina >> insya Allah...harap2 gitu lah kan

yatie chomeyl said...

reitak >> gmbr tu nk bg mood sikit kat org yg tgh baca eheh

mykahlish >> ya btol, baru lah ada mcm2 perisa dlm r/tangga kan ;)

munira >> tu pepatah baru, cinta ibarat kentut..ehehehe

yatie chomeyl said...

Ummu AS >> btul tu, jian tiap2 org berbeza2 kan..yg pntg kena selalu doa dna redha gdn takdir.

glad that u like the pics ;)

nadnye said...

yg last mmg tak patut.. tak patut.. hahaha sama la nak menulis di blog panjang jea nak menulis kertas kerja takde idea..

by the way.. satu perkara yang penting dalam perkahwinan.. berbahgia selalu, maksudnya bila susah senang bersama bukan bergembira selalu, bila keadaan gembira jea bole bersama dan bila ada masalah nak tidak mahu bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...