CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 2 November 2010

Sistem pendidikan di nursery Jepun yang patut di buat di nursery Malaysia jugak

Every time I wrote about baby SN's nursery; I'll received comments from other moms saying that how they wish that the nursery in Malaysia should apply the same concept as nursery in Japan. Lately banyak sangat baca cerita2 kurang enak tentang nursery2 di Malaysia kan?. So, I rasa terpanggil nak share experiences yang I kutip dari nursery Baby SN di sini.

I nak share pendekatan yang di gunakan oleh Kinomi Nursery tempat baby SN berada dari pukul 9 pg - 6ptg setiap hari Isnin-Jumaat. Mana lah tahu, kalau2 ada di kalangan yang baca blog I ni merupakan pengusaha nursery di Malaysia; boleh jugak apply Japanese Education System ni kat Malaysia kan?.peluk

Macam yang I pernah share kat entry Montessari Education for infant is taught at Baby SN's nursery, Kinomi Hoikuen (nursery) menggunakan Montessori method sebagai asas kepada sistem pendidikan untuk anak2 berusia 0-6tahun ini.

Antara aktiviti yang di anjurkan oleh Kinomi Hoikuen yang I rasa patut di aplikasikan oleh nursery & kindergarten di Malaysia ialah :-

(1) Hari Sukan
*refer: Sports Day(Undokai) at Kinomi Hoikuen(nursery)*
• melalui aktiviti macam ni, ibu bapa secara tidak lansung boleh kenal dengan cikgu2 di nursery dapat beriadah:ngacir:
• budak2 seronok dapat hadiah, ibu bapa pulak boleh berkenalan dengan ibu bapa yang lain
• I rasa memang ada sesetengah nursery di Malaysia buat jugak aktiviti ni kan?. contohnya macam kat kindergarten my nieces *read HERE*

(2) Hari Terbuka untuk ibubapa
• buat satu hari terbuka di mana ibu bapa di beri kesempatan untuk melihat aktiviti anak mereka sewaktu di nursery
• macam kat Kinomi Hoikuen ni, ibubapa akan di jemput menghadiri hari terbuka yang di buat biasanya pada hari Sabtu. encem Kami di beri peluang untuk mengintai aktiviti anak dan tengok sendiri perkembangan anak di bawah jagaan cikgu2 di nursery.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVhQdAl8pNniaBBflxmN2N_h-mJ5Wvf__A4pOloglcb8zIxcK1jdgDcKN5BpHUs0kuCZSFfNExnroyIiD8Fo1PrqQSpGQx3dGBj3A9ZqWyeFmGp7ASTP6PuvlIwOsXYG_qJkaCUfHdaNTD/s1600/DSC_0078-1.JPG
=- parents tengah ngintai aktiviti anak2 di dalam kelas -=


(3) Ceramah untuk parents tentang sistem pendidikan anak2

• setakat ni I dah dua kali attend ceramah tentang Montessori Method organized by baby SN's nursery.
• Pihak nursery akan jemput pakar nerd dalam early child education; dan pakar itu akan beri ceramah untuk memberi lebih pengertian kepada ibu bapa tentang sistem pendidikan yang baik untuk anak2.
• Di adakan juga Q & A session untuk menjawab apa2 kemusykilan ibu bapa tentang anak2 mereka

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTt9QOP7zWnzPK-ITQPStazY4J61W73eNS0dzT_xCqIz9DSXXSEVosoN_7QGU7mi1A-1d7Gafqoqj5yxe3wGFR74jgz9dtLSUpxMJFttBtw014-H4DqPOaQGIebxLd-FbsnLdiP7YEpWvq/s1600/DSC_0090.JPG
=- Prof yang datang bagi ceramah tentang Montessori Method in Early Childhood Education -=


(4) Buku laporan harian

• setiap hari cikgu2 kat nursery akan mengisi buku laporan harian untuk anak2.
• Laporan itu akan catatkan macam2 perkara tentang anak kita. Contohnya : pukul berapa baby makan, suhu badan baby, apa aktiviti kegemaran dia di nursery hari ini, apa pencapaian terbaru baby di nursery, selera makan baby, dan sebagainya.

• Melalui laporan ini, ibu bapa boleh track perkembangan anak dan juga senang untuk ingat balik momen2 indah senyumkenyit sepanjang proses tumbesaran anak.
• Ibu bapa pun perlu mengisi buku laporan harian itu dengan aktiviti anak2 di rumah, jadi cikgu2 juga akan tahu apa yang anak kita buat di rumah ~ 2 way communication yang penting.


(5) Sessi bercerita/Story telling
• I sangat2 kagum bila tengok cikgu2 di Kinomi Hoikuen boleh buat anak2 kecil berumur 1-2tahun terpaku mendengar mereka bercerita.



• Anak2 kecil itu begitu kusyuk dan jugak responsive tepuktangan pada cerita yang di sampaikan oleh cikgu.
• Klik video di bawah untuk tonton aktiviti story telling time di dalam kelas Baby SN


=- video story telling session dalam kelas Baby SN -=


(6) Sediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran

• Pastikan persekitaran di nursery sesuai untuk sesi pembelajaran anak2 kecil itu
• Contoh persekitaran yang sesuai :
(i) meja + kerusi rendah --> senang baby nak duduk; baby boleh makan dan minum sendiri


=- meja & kerusi yang rendah; memudahkan baby -=

(ii) rak yang rendah --> senang baby nak ambil dan kemas semula mainan/learning tools

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWSAGxkh4EX9DaOZrYQ-2K9JNdmIreMvS1kSGcoyJdpFO4IEx8JtlN7-2YeJy7TBEBval7LFPRsEEdZAtfSKPlgSBPMAcjQ04kWA8GQ68F0amoYGgNJVBOc33RXqeLZIuN6wNKxtSjvxZG/s1600/DSC_0086.JPG


=- kedudukan rak yang rendah memudahkan baby -=

(iii) persekitaran yang bersih --> e.g: Kinomi Hoikuen siap sediakan cecair pencuci tangan di pintu pagar nursery; kain lembab untuk lap tangan sebelum makan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXb2gUbSz908Tx5GUnDsp725QNZ4-XEpnioyrkWjZF6ZO0TnZiXZ6YvkLPKCTSnBztB0iSi0N4A29ymWbS8orCP5a6_CTYIf5qK6GB-IlQzog5VDikAmubtAOJQhPj4by-r028GaobcB0W/s1600/DSC_0017.JPG
=- lantai di lapik dengan plastik + tangan lap dengan kain lembap + pakai bib = bersedia untuk makan -=

(iv) persekitaran yang selamat --> e.g: pagar berkunci di waktu persekolahan untuk mengelakkan strangers; pemegang rendah pada tangga untuk anak2 pegang; tiada kaca/benda2 tajam di atas padang untuk anak2 bermain; toilet bowl rendah


=- left pic: pemegang yang rendah pada tangga; right pic: padang yang bersih -=


=- left pic: toilet bowl yang rendah; right pic: kanak2 sentiasa di awasi oleh cikgu -=

(v) bahagikan anak2 mengikut peringkat umur supaya baby tidak di buli/di ganggu oleh kanak2 yang lebih besar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1Xi0IB8NWL3c9mRcjJWbjQjmbAOEqsMhImrw-QUdCv6SBt7ynPIasvsWGwvsiJj0A53Q-_IBsdwkf9-u1EFTv2wEAK8xZi6TMkygW_anTSiT009orTCUDnSNy7HjAqhOkV4u1tKwM0Vcw/s1600/DSC_0060.JPG
=- baby SN dan rakan2 sebaya nya menggunakan Montessori learning tools di dalam kelas -=


(7) Peranan cikgu

• Dalam diri cikgu2 di nursery sendiri perlu ada rasa kasih dan sayang yang mendalam terhadap anak2 kecil ini. I pernah cerita kat dalam entry Love Knows No Borders ♥ (T_T) ♥; betapa mendalamnya kasih dan sayang cikgu2 nya terhadap baby SN


=- memberi bimbingan semangat dan tunjuk ajar tanpa jemu love -=

• Jangan terlalu banyak memberi ARAHAN kepada kanak2, takbole sebaliknya tunjukkan apa yang mereka perlu buat ~ guide perlahan2 dan ulang banyak2 kali. --> Kajian menunjukkan yang kanak2 akan lebih memberi perhatian kepada PERBUATAN dan kurang memberi perhatian kepada PERKATAAN.
• Beri kebebasan untuk kanak2 explore tapi dalam masa yang sama, sentiasa perhatikan keselamatan kanak2.


=- keselamatan di utamakan tanpa menghalang usaha exploration baby -=

• Pastikan bilangan cikgu adalah mencukupi untuk murid yang ada. Contohnya kalau di sini, ada kuota untuk cikgu contohnya untuk seorang cikgu menjaga 3-4 orang baby. Kalau tak cukup cikgu, mereka tidak boleh ambil baby lagi di nursery itu; dengan cara ini anak2 lebih senang di beri perhatian.


=- bilangan cikgu mestilah mencukupi untuk mengawal kanak2 -=

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnNjk09K_zsd-Iso7CZv8Lsfm0o80rzsWXtLhzkIl85Xq6iBgW77wCeUWNWDW05lgsdTjBld0AAhV6qKgPVGLqbOSmcLyhyF_AFAbxBK2Wr9-9qjsahOs79muU2RUXN68Z80_P9LXt4Ppl/s1600/DSC_0011.JPG
=- 2 orang peace cikgu untuk 6 orang babies -=


(8) Sediakan learning tools instead of toys
• Lebih baik kalau pihak nursery menyediakan education/learning tools daripada sekadar menyediakan permainan untuk kanak2.
• Pastikan mencukupi untuk semua kanak2 dan dapat menarik minat kanak2. --> e.g: kertas + crayon untuk menulis; shape recognition blocks and etc

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKymQx-J4QQE4KO8m-MFirMGPyk7T678vA_ANwbZpdFuNb5B6jl2o9L5jnYExzFhk4zwVKGkMGuA3eDXxrfTjQEORxFAsNb0A0tfRQw8ru5C14jfoEe5d1VkpebfuW7zeo7deJK08L8xRh/s1600/DSC_0063.JPG
=- masing2 kusyuk dengan learning tools pilihan hati sendiri -=


OK, I rasa setakat ni itulah antara sebahagian TIPS yang I dapat korek dari Baby SN's nursery untuk di kongsikan dengan pengusaha2 nursery di Malaysia. Eh, kalau takde pengusaha nursery yang baca tips2 I bagi ni, korang selaku parents sila print out tips ni dan bagi pada cikgu2 di nursery anak2 korang hehe

I bukan perasan macam entry ni bagus dan informative sangat sampai nak suruh korang print out segala bagai; tapi I rasa ada beberapa point pada entry ni yang boleh di amalkan oleh nursery2 di Malaysia. Lagipun korang jugak yang cakap, "kan best kalau nursery kat Malaysia macam nursery kat Jepun". Haaaaaaaa...untuk menyempurnakan harapan besar di dalam hati kita semua, mulakanlah langkah pertama dengan cara berkongsi pengetahuan ini di nursery tempat anak2 anda di hantar. Harap2nya lepas ni takde lah lagi kita dengar kes2 yang tidak di ingini yang berlaku pada anak2 di bawah jagaan nursery.


Psssssttt : Next entry I akan share macamana I apply education system di nursery dan menyediakan persekitaran yang conducive untuk anak2 belajar dan bermain dengan selamat di rumah pula....kenyit Anyone interested?


39 words of wisdom & comments:

@e_da said...

good entry la yatie.. comel lak toilet bowl rendah untuk budak2 tu kan.. baby SN mesti cepat pandai ni.. bagus nursery tu.. mmg patut malasia tiru cara jepun..

Unknown said...

betul tu kak, kita bayar mahal patut dapat servis yg bagusla kan berbaloi dgn apa yg dibayar kat school tu..oh2..cute tgk toilet yg rendah tu :)

Unknown said...

kt Malaysia ada jugak toilet rendah tu.. dekat certain2 supermarket ada... cute gile.. rasanya kt private school pun ada jugak toilet camtu... Set kerusi meja tu kt Ekea ada x rasanya? nak g beli lah... smart je tgk...

nieda said...

mmg bagus dan tip top. hopefully one day kt mesia blh jadi mcm ni

kew_chop said...

syukur sgtkan anak2 kita diberi peluang penjagaan camni. harap2 kat mesia pun leh wat camni. kowaii bila fikir balik nanti nak hantar anak2 kat nursery.. huhu..

Min Aina Ila Aina said...

Tak dapat nak aplikasikan kat nursery, dapat aplikasi kat rumah sendiri pun jadilah. Mana nak cari kerusi meja kecik tu ye.

reitak said...

this is so cool, but not all places ada facilities cam ni kat mesia...is this all the same in all nurseries in Japan?

mahal tak nursery kat situ?

Unknown said...

erhmm mmg best kalu ada nursery kt msia yg camni. kita as parent pun tak rsau hantar anak2 ke nursery.

cam my kids nyer nursery, 2 org cikgu control almost 30 org bdak from 3 month sampai la darjah 6.. adusss. mmg kalu ikutkan nk cr nursery lain..tp alhamdulillah cikgu yg jaga my kids ni baik.. particular gak la. tp mmg tak menang tgn la dier buat keje 2 org jer..

boleh tak tau, bper dorang charge tuk sorang BB nursery kt jepun ni..

isabelle said...

kat msia ni lorat skit.
tapi i rasa mmg best kalo diorg dpt buat mcm kat jepun tu. best giler

Nadiah Sidek said...

yg ke-4 tu paling bagus utk diaplikasikan

Zaila Mohamad said...

sero supo loni jugok nak ata anak2 g Jepung

memelah, nursery sini nak utung jah belako. Kalu ikotkan hati Zaila sero supo nak bereti jah jaga anak2 sediri, buke apo..meme dok harap manolah kalu ata anak2 ko nursery loni, serba serbi nak kito hok pesan pahtu nak kena call tanya kabar sokmo (kalu anak xsihatlah), kalu dop gak, nya wak pakat senyap jah..pahtu soa lagi oghe nak maroh, ngasuh ada 3 orang nak jaga berapa puluh budok, oghe hok sore kalu jaga anak sediri pon buleh tension, demo nya wak lagu manolah deh, mesti suruh jah anak2 tido sebab anak2 Zaila kalu kelik dumoh nak buleh ko tido punyalah susoh sebab banyak tido doh di nursery..huhuhuuu

terkomen banyak lak, tapi doh cdok choice, terpaksalah hantar jugop..kan bagus kalu semua nursery di Malaysia ni buat lagu ni;0

Sidratul Muntaha said...

nursery tak bertauliah mgm byk kat malaysia tie
tpi yg betl2 daftar n practice n yg jaga sume2 ade early childhood degree or dip
mmg ade tpi mahal.
klu nursery cokia jadikan umah tu bkn nursery namanya
tu daycare
cam kat uia nih
mmg style kat jepun
kat gombak ni cam raudah pun ade
depan2 umah ayu yg sorang ank smpai 300 ringgit sebulan pun sama
dgn uniform
dgn kad kedatangan
dgn ari sukan
kelas mengaji
makanya ade timetable
dgn ari ibu bapa (parent kena dtg tuk cikgu repot progress)
mcm2 la agi
cam ayu
mmg tgh tggu giliran kat uia ni sbb dia ajo ank mengaji n 3 language sekali
melayu,arab dan english
turn tak dpt
nak masuk kelas dia pun kena interview
mcm ayu ckp tdi jugaklah..
nak ank terjaga,kuar duit lebih sikit takper.

Mama Hanim said...

terbaik tuh.. klu compare dgn tpt sndri? alahai...

err..kelate banjir dh nung.. ambo rindu nk main air di tambatan diraja..kui3..

nadnye said...

jom ke japang.. hehehe..

Alahai, rasanya mungkin ada di Msia tetapi kosnya tinggi tapi tak pernah jumpa lagi..hmm

Unknown said...

nak repeat balik ayat tuan rumah:

"kan best kalau nursery kat Malaysia macam nursery kat Jepun"

huhuhu

Fid said...

ahdik YC
tetiba akak rasa nak pergi Jepun SEMULA..hahaha

sebenarnya kat Malaysia pun SEPATUTNya ada semua tu tapi TAK SEMUA..ke tak de yang ikut

buku rekod harian tu akak ada jumpa nursery yg mmg buat tapi suasana nursery plak ala ala tak selesa....

akak mmg dilema bab nursery nih

boleh tak pakat doakan akak dimurahkan rezeki boleh buka nursery indah gini..aminnnn

CT said...

bgsnya nursery camni..kalaulah msia ada cmni kan bgs...

mrs. hisham said...

yatie,tak sabar tunggu next entry...

Atiqah said...

wow..very informative..tiqah keje kat taski..tp nk wat cmne dh sistem dan silibus dorg cmtu..sbg pekerja sambilan, tiqah kena ikut je la..tp de jgkla selit2 story telling time...

useryna said...

waaa..bagusnya..bertuahnya baby SN dpt penjagaan camtu..kat Malaysia ada jgk yg apüly psl hari sukan, buku rekod tu. cam CIC ok jugak..

transformed housewife said...

kat Msia banyok buke nursery tapi pusat jagaan harian kanok2. pasal tok ikut kuota tu meme sokmola jupo. nasib baik tempat Knur hantar budok2 ni dio tok ambik ramai sgt budok2 kecik. tapinyo bayar pun mahala- RM400 sore!

Hamizah said...

canggihnya..
makanan bw sdiri ko?

Eliss said...

memang best kalo ianya dpt direalisasikan disini!

Unknown said...

yatie,
sayu hati baca entry ni... sayu sbb anak2 akak tak dapat masuk nursery sebegini... huhuhu...
**tetiba komen yg pelik... gomenne...**

yatie chomeyl said...

@eda >> harap2 baby SN cpt lah dpt belajar macam2 :)

huda >> btol3x, byrn patut setanding dgn servis

adD >> i rasa ada kat I.KEA, try la cari..mesti your child seronok nanti

nieda >> insya Allah..mari kita sama2 usaha

yatie chomeyl said...

murni >> btol3x, nasib baik dpt pelue tgk sistem negaro jepung nih\

min aina ila aina >> btol gak tu, at least buat kat umah kita sendiri kan

reitak >> this usually applies to government nursery in Japan. pasal bayaran pulak bergantung pada gaji parents. macam kami ni, sbb both student..so, FREE je hntr baby gi nursery ;)

cikpuanhady said...

wahhh..bestnyer nursery kat sana..kat sini dok tahu pulok kawe..agagaga

yatie chomeyl said...

kambing bujang >> wah, 2 cikgu utk 30 budak? *pitammmmm* ~ pasal byran tu; depend pd gaji parents..dan city hall yg tetapkan bayaran. kami free je sbb bothh mommy & daddy kan student :)

isabelle >> hopefully in the near future kan

nadiah >> btol2x, jd kita boleh ttp monitor perkembangan anak2

yatie chomeyl said...

zaila >. maghi2x, hantar duk sini dgn ore hehe

ayu >> harap2 anak ayu dpt la ye di hntr kat nursery UIA nanti :)

mama hanim >> meme ru...sero supo nok kelik maing banjir hr ni jugop

nadnye >> harap2 menteri pendidikan baca entry ni; leh apply kat nursery2 di Msia jugak kan?

yatie chomeyl said...

zety zin >> hehhe, repat jgnx repeat ;)

ahkak fid >> jom kita joint venture, bukak nursery sama2 nanti ;)

CT >> harap2nya ada lah nanti ye

mrs hisham >> tunggguuuuuuuuuuuu ngeee

yatie chomeyl said...

Atiqah >> xpe, apply sikit2.hopefully nanti sistem tu leh berubah :)

useryna >> CIC tu ap dear?

k.nur >> wooooooo, mahal nyoss. klu gini, nok buko nursery retep ah

yatie chomeyl said...

k.hamizah >> makane pong dio sedio, cumo keno oyat lah gapo yg dopleh make tu

eliss >> insya Allah, meh kita pakat2 usaha + doa

k.laila >> takpo2x, nti yatie kelik Msia ..yatie bukok nursery gini retep ;)

Min Aina Ila Aina said...

Yatie, buka nursery kat Bangi tau...Shah Alam boleh kasi Kak Fid.hehe.

Unknown said...

yatie,
terharu tgk cikgu yg sangat bersemangat tu...
kalo cikgu dah camtu.. sure la kita pun confident nak tinggalkan anak2.. bertambah lagi dgn suasan yg sgt2 selesa.. bersih.. selamat..

yatie chomeyl said...

min aina ila aina >> ehehe, insya Allah :)

handout >> sama2

k.yong >> btol tu, buat kita rasa kena buat lebih baik utk anak kita

Hanis Kamis said...

best..best giler mcm nursery camni..bukan nak je best, mama dgn abah pun nak join...hihihi..

nanti, yatie citer pasal safety precaution kat nursery lak, pasal kebersihan...banda2 simple yang selalu nursery malaysia abaikan..huhu..sedih, tp no choice kat sini...

yatie chomeyl said...

hanis kamis >> insya Allah, nanti i share pasal topic cleanliness pulak ye

Anonymous said...

HI, new readers here =)

nak share pengalaman saya keje dekat satu nursery.
Saya kene jaga babies, tau tak yang sorang cikgu (penjaga) kene handle 5 orang baby. Bila ada 6 orang, baru la kene tambah sorang lagi penjaga.

tapi masalah disitu, bayangkan nak menguruskan bayi berusia seawal 2 bulan sampailah paling besar 7 bulan (bawah jagaan saya). Memang tak sempat/menang tangan.

Dah tu, cikgu dibebankan dengan tugas-tugas lain yang pada hemat saya, tak sepadan dengan bayaran/gaji yang dibayar.

Kadang-kadang pengusaha taska ni, cuma fikir nak kaut keuntungan, tanpa fikir kebajikan pekerja dan anak-anak di taska tu sendiri.

Bila beban kerja bertambah, macam mana cikgu-cikgu nak fokus pada perkembangan anak-anak tu?

Btw, sangat gembira bila baca tentang sistem pendidikan di jepun ni, hopefully, pada pengusaha-pengusaha taska, lebih beri perhatian pada perkara yang kecil-kecil ni sebelum pandang perkara yang lebih besar.

Skarang kan dah ditekankan konsep KAIZEN =)

*eh, terpanjang pulak, sorry =)*

Anonymous said...

bagusnya nursery kat Jepun yea..tp kalo dah gini punya seleasa & teratur, bayar lebih pon tak der hal punya....hiihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...