CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 31 January 2012

KL - Osaka Kansai - Osaka Itami - Fukuoka

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Pejam celik pejam celik dah sampai penghujung Januari. Bersempena dengan penghujung Januari jugak, maka tamatlah tempoh internship I di Malaysia. Dengan sifat sedar diri bahawasanya panjang lagi perjuangan yang perlu di tempuh di Jepun, maka terpaksa lah dengan separuh rela hati I kembali ke bumi Fukuoka.


Kali ini dah serik nak naik AAX; maka naik MAS lah pula. Flight kitorang hari Sabtu (28th Jan) pukul 11.50 mlm. 

Alhamdulillah tiada sebarang komplen yang nak di buat cuma agak lama menunggu untuk nak check in sebab 3 je kaunter bukak untuk semua international flight. Budak yang jaga queue line tu cakap, MAS dah buang ramai pekerja so kaunter pun bukak sikit je..*Wallahu'alam*. Nasib baik gak kitorang pergi awal kat airport selepas berkali-kali di gesa oleh Kak Nur and my BIL eheh.

+- beratur untuk check-in dengan luggage2 gedabak -+


Pemergian kali ini di temani pula oleh my youngest sister Awin yang baru habis SPM. Incik hubby terpaksa berpisah lagi buat sementara waktu dengan isteri & anak tersayang; demi mengejar segulung sijil yang harap2nya bakal merubah hidup kami di masa hadapan *Insya Allah*. 

Nasib baik SN dah faham yang daddy has to go to work while mommy still has to go to school. So whenever people ask him "where's daddy?"; he'll answer "Daddy go to work at Johor".

+- SN berkepit dengan daddy sebelum masuk departure hall -+


Flight from KL - Osaka Kansai went smoothly. In-flight service MAS of course is superb as always. Cuma yang tak best ialah I agak kurang sihat i.e. batuk &  selsema. Thus tak berapa lalu nak makan food yang sedap tu dan tak berapa bertenaga untuk jaga SN kat atas flight.  Cik Lin dia pulak duduk kat seat lain, so nak tak nak mommy terpaksa melayan kerenah SN walaupun kepala dah ting tong. 

 
 +- Cik Lin happy duduk sorang2 kat tengah tu -+


Thanks to the in-flight entertainment dapatlah mommy rehat while SN layan movie The Lion King. Makan pun dia pandai2 suap sendiri sebab mommy dah terjelepuk pening kepala sambil standby air sickness bag kat tangan.

+- pandai2 adjust sendiri screen -+

 
+- makan sandwich dulu -+

 +- layan movie pulak -+


As expected, whenever I travels masa tak sihat maka I akan tinggalkan kenangan kat atas flight berupa air sickness bag yang berisi hasil muntahan *bukan setakat muntah hijau tapi macam2 macam2 kaler ada* mrgreen  huhuhu. Dari Osaka Kansai we have to travel by Airport Limousine Bus to Osaka Itami for our next flight to Fukuoka via ANA. 
 
 +- tunggu flight Osaka Itami - Fukuoka by ANA -+


Alhamdulillah, we arrived safely at Fukuoka Airport on Sunday (29th Jan) at 1p.m selepas melalui perjalanan selama lebih kurang 10 jam --> 6 jam (flight KL-Kansai) + 1 jam15 mins (bus Kansai-Itami) + 1 jam 15 minit (flight Itami-Fukuoka) = 10 jam (campur tolak masa menunggu di airport jugak). Again, I tinggalkan lagi satu air sickness bag muntah berisi hasil makanan tak tercerna masa kat atas flight Osaka Itami- Fukuoka. 


Sampai2 rumah, terus pengsan keletihan. Nasib baik cik jiran yang baik hati dah tolong sediakan lunch untuk kami. Lepas makan2 dan mandi, kena keluar semula untuk beli barang2 rumah & groceries untuk penuhkan semula peti ais yang kosong selama 2bulan ni. 


Masa kat Malaysia hari tu I duk cakap yang I rindu dengan cuaca sejuk kat Fukuoka.Now that I'm actually here in Fukuoka, I must admit that I rindu dengan bestnya cuaca di Malaysia yang tak perlu nak pakai berlapis-lapis; tak payah susah payah sapu lotion seluruh badan lepas mandi; tak payah nak pakai stokin tebal dalam rumah dan tak perlu nak on heater 24-7. *sigh, manusia memang tak pernah bersyukur dengan apa yang diorang ada*.

Also, I have to adapt myself again to the solat time during this winter yang sangat pendek waktu untuk zohor-asar-maghrib-isyak tu. 

 +- (left pic) : Cik Lin & SN masa shopping grocery di Mr Max -+
+- (right pic) : prayer time in Fukuoka -+


Anyway, I would like to say sorry to those kat Malaysia yang I dah cakap nak jumpa hari tu tapi tak sempat jugak nak jumpa masa I balik Malaysia. Ye lah, walaupun I balik 2 bulan tapi hubby kan kerja nun jauh di Johor sedangkan I pulak internship kat PJ. Thus my weekends during those 2 months stay in Malaysia di manfaatkan sepenuhnya untuk family time sahaja. 
Insya Allah kalau tak ada aral, I kena habiskan study by this October. Jom korang pakat ramai2 doakan I dapat habiskan my study on time and balik Malaysia for good this October, Insya Allah.

"Ya Allah, Kau permudahkan lah urusan Yatie Chomeyl dan Kau bantulah Yatie Chomeyl  untuk mencapai cita-citanya..Ameen".

Psssstttt: masih lagi selsema, hari ni pergi lab pun pakai mask huhuhu.


Thursday, 19 January 2012

Berangan Fashionista di Reflection 2012

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Have you heard about a special bazaar and fashion show event known as Reflection 2012; organized by Ammara boutique - the insiders?. It was held last SUNDAY 15th January 2012 at BLACKBOX, SOLARIS DUTAMAS from 10am to 7pm. 


I have some other plans for that day thus I didn't tell hubby in advanced that I really wanted to go to this bazaar. Mula2 I pick up my handbag yang I hantar cleaning kat Segambut; then hubby tanya nak pergi mana pulak?. So I slowly jawab nak pergi Reflection 2012 tapi I tak tahu jalan; I cuma tahu tempat tu dekat Jalan Duta je. Then hubby cakap kat Jalan Duta tu komplek kerajaan lah, mana ada fashion event. So, I assume hubby malas layan permintaan I tu dan takkan bawak I pergi situ maka duduklah diam2 dalam kereta dan pandang kat luar tingkap dengan hati yang kecewa.


Being my husband; he is totally aware of the consequences that will occur if I didn't get what I want, i.e. I'll be sulking for the whole day. Thus I guess that thought strike his head and that's when he decided to drove towards Solaris *with the help from TomTom apps* . Yeayyy all of the sudden he could clearly see that; his wife become excited and her face is glowing. That is priceless man, to see your wife smiling from ear to ear *priceless la sangat, padahal tak larat nak melayan bini tu merajuk sepanjang hari*.

+- gambar hiasan :- suami kesayangan di samping isteri yang suka meletup macam meriam -+ 


I wanted to join the fashion show but the ticket were sold out already. They have VVIP guests like Hana Tajima, Vivy yusof  FashionValet.net, farrah adeeba Najjah Boutique Officialpage; also they have special performance by Heliza Helmi and The Fabulous Cats. The fashion show was MC-ed by Maria Elena.

Since I tak dapat masuk fashion show, I ronda2 kat area bazaar je.The entrance fee of RM5 to enter the bazaar will go to charity (rumah amal belaian kasih ). They have a bazaar with more than 16 booths (THE OLD BLOSSOM BOX, AMMARAHIJABI, CALAQISYA, PASTELINA, SHOPSPUTNIKSWTHRT, RINA SALLEH COLLECTION, NILAM, ABIYA MUSLIMAH, YASALMA , AL-HUMAIRA CONTEMPORARY, SUGARSCARF, SHAWLBYVSNOW, LOLLYSTA and others). Best tahap gaban untuk cuci mata dan keringkan wallet hubby mrgreen...oopppsss.
 +- dapat badge ni bila masuk kat area bazaar -+


Most of the thing sold at the bazaar were interesting and I did bought something from SHOPSPUTNIKSWTHRT (skirt) and RINA SALLEH COLLECTION (dress) *worth buying, siap ada discount lagi..me loike!*. Boleh pulak I tak ambik gambar dengan Rina Salleh padahal the gorgeous lady herself yang duk layan I pilih2 baju tu. Also I nampak Maria Elena kat booth Pastelina tapi segan nak posing dengan dia and then terus rasa menyesal tak sudah sampai ke hari ini. 

Nasib baik sempat posing sedas dengan Ami yang sungguh sweet; Ami siap cakap "tinggi nyaaaa" kat I, thanks to my shoe sebab buat I jadi tinggi macam gergasi. Dengan gediknya jugak, I siap tweet pic ni kat Ami Schaheera.

 +- yours truly with Ami Schaheera from SHOPSPUTNIKSWTHRT.-+


There are times when I couldnt stop myself from feeling quite uncomfortable just becoz I was only wearing a simple pleated purple blouse with black tapered pant; and tudung AL-HUMAIRA to the event while everyone else dressed out beautifully. Somehow it made me feel like I don't belong there. But then I realize that everyone was observing at each others clothes and so I think maybe because we look at each other as an inspiration..senang cerita to tiru the gaya lah mrgreen ehehe.


So throughout the event, banyak persoalan yang berada di minda. Banyak tanda tanya dan juga kata kerja such as "wah ramainya perempuan cantik yang bertudung di Malaysia ni"; "perghhhh...cantiknya skirt dia"; "I wonder kat mana dia beli palazzo pants tu?".....dan paling best ialah feeling bilamana I terfikir yang "eh, kalau gitu aku pun geng fashionista jugak lah hari ni". #berangantaklehblah. 


Tak sempat nak berangan fashionista lama2 kat situ sebab hubby & SN tengah tunggu I kat luar. Then I bumped into one of this blog reader. Oleen approached me and told me that she reads my blog. Mula2 I macam gelabah ni tak tahu nak cakap apa, then suddenly borak2 macam dah kenal lama sengihnampakgigi hahaha. Thanks Oleen sebab tegur I and thanks sebab sudi posing dengan I yang selekeh ni.


 +- yours truly with Oleen -+


Overall, I am very happy that hubby bawak I pergi bazaar tu and bagi duit poket RM100 *yang konon2 nya I cakap nak pinjam je dengan hubby tapi sampai ke sudah I buat2 tak ingat, dengan harapan supaya hubby halalkan saja* mrgreen.


Also, special thanks to SN sebab sanggup bersabar dan tunggu mommy siap shopping walaupun perut dia dah kelaparan. Sebelum berpisah terimalah gambar senyuman sememeh dari SN untuk semua, di seri kan juga dengan paha drumstick nya yang gebu #celuptepung-goreng-garing2-sedapnye.




Psssttt : Suka bila dapat tengok perempuan2 cantik bergaya sopan, terus berangan nak pakai cantik2 dan stylo macam diorang jugak.
## Other pictures of the event : here
## Others sharing on the event : 
(5) Adriani


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Wednesday, 18 January 2012

Sensei Jepun ku datang Malaysia


 Hola peeeps,

I have a very hectic schedule for the last few weeks until the end of this month. There's so many places to go, so many works to be done and so little time left for me...aiyarkkkk. Then I realized that I've been abandoning this blog of mine, cerita bertimbun2..lagi lama peram lagi malas nak update sebab dah ingat2 lupa. So hopefully lepas ni semangat nak update blog kembali menyala-nyala *we'll see*. :p


One of the main reason why I couldn't find enough time to update this blog is because my PhD Supervisor and one lady officer from East Asia Environmental Strategist Training Program were here in Malaysia to check on my work here in Malaysia during these 2 months and also to visit some agencies in Malaysia. I kena arrange all the meetings, locations and time for the meeting as well as suggesting hotel to them for the last few weeks. 


They arrived to Malaysia last Sunday night. So I went to KLIA with hubby and SN to fetch them and hantar diorang untuk check-in kat hotel. Then, bawak diorang try Malaysian Food kat Restoran Rebung milik Sheikh Muszaphar & Chef Ismail kat Bangsar tu; di belanja oleh Sensei kesayangan *terus jadi sensei kesayangan sebab di belanja makan kat tempat mahal eheh*.

+- ketibaan kat KLIA -+


Pagi2 hari Isnin dah kena meredah jem kat Federal Highway, jemput diorang kat hotel dan bawak ke tempat internship di PJ. Dah lah I ni buta jalan,so ikut je signboard semata-mata; nasib baik tak sesat. Bawak diorang jumpa dengan person-in-charge for my internship here; discuss serba sedikit sampai lunch hour. 

 +- explanation & discussion at the internship's office -+


Lepas tu mak blur tak tahu nak bawak makan kat mana. Then I decided to bring them to MidValley and let them decide nak makan apa. But then parking full nak mampus, pusing 2x tak jumpa parking. End up bawak diorang pergi Citta Mall yang senang nak parking; then makan kat Chilli's. Kali ini makan2 di belanja oleh SV training program kesayangan pulak.....burppp Alhamdulillah.

+- ewah sensei siap buat peace sign lagi, mentang2 makan sedap -+


Lepas lucnh, balik rumah kejap mandi tukar baju lepas tu bergegas pergi PJ Hilton balik untuk next meeting dengan a company yang berminat dengan projek Sensei kesayangan. Even though the communication is in English; I terpaksa jadi orang tengah merangkap translator tak bertauliah sebab Sensei kurang faham the accent of Indian-Malaysian and diorang pulak kurang faham jugak pronunciation Japanese-English ekekekke.

+- sambung meeting kat hotel pulak -+


Pukul 7pg hari Selasa, I dah terpacak kat lobby hotel sebab nak bawak diorang pergi meeting appoitnment kat Green Tech Corp di Bangi pulak. Meeting turut di selang seli dnegan santapan kuih muih lazat dan mee bandung. Malangnya sensei tak nak makan mee bandung dan cuma menjamah kuih je sebab dia cakap awal lagi untuk lunch, maka terpaksa I sedut balik air liur yang meleleh dan buat2 macam kenyang jugak makan kuih walaupun perut berkeroncong minta di isi dengan mee bandung.

 +- nampak tak kat luar pintu kaca tu ada banyak foods waiting untuk di makan, camne I nak focus pada meeting ni u olls... huhuhu -+


Walaupun dah lunch hour, kitorang proceed jugak to the next meeting kat Green Energy Technology Innovation Park depan UKM tu. Tengah2 mentari tegak berdiri atas kepala tu, dengar explaination pasal solar system and applications kat taman tu. 

 




Peluh menitik berbaldi2 dalam baju; padan muka diri sendiri nak sangat pakai baju kurung konon2 nak tunjuk kat sensei baju kebangsaan melayu Malaysia..maka rasakanlah penangan berbaju kurung di tengah2 panas terik huhuuuh.

 +- buat2 sengih walaupun peluh menitik2 -+


Nasib baik meeting lepas tu is conducted kat meeting room SERI, UKM tu..lega mak. Alhamdulillah, I can say that the meeting went quiet well and we are hoping for future collaboration ..Insya Allah.

+- Q & A sessions -+


Then researchers from SERI UKM ni bawak kitorang makan2 kat Restoran Abdullah Chan sebab diorang nak bagi sensei rasa halal chinese food kat Malaysia as well as minum jus kedondong yang superbly delicious. 

  
+- sweets from Japan untuk UKM researchers -+


Lepas tu I bawak diorang pusing2 kejap kat Putrajaya for sight seeing. Mula-mula diorang request nak pergi Buddhist Temple tapi I tak tahu kat mana kat area KL, so tak dapatlah nak bawak diorag. If kat Kelate I tahu lah sebab dekat je dengan rumah I, the largest sleeeping Buddha tu. Kalau kat KL ni ampun mak tak tahu noks. Maka I bawak diorang tengok Masjid Putrajaya je lah, yang tu je yang I tahu pun hahahhaha.

 +- muka terpisat2 menahan kepanasan -+


Selesai posing kat Putrajaya terus pecut balik hotel sebab diornag nak check-out pukul 7. Dah lah tu nak kena hantar diorang gi KLIA untuk flight balik ke Jepun malam tu jugak. Overall diorang cuma stay 2 days 3 nights je kat Malaysia. Nasib baik sempat sampai airport on time walaupun boleh tahan lama jugak lah tersekat dalam traffic jam. Aiyayaiiii...I hate KL traffic!.


Gitu lah panjang nya cerita kisah kedatangan Sensei ke Malaysia. Kejap sangat diorang datang, so memang tak seepat nak bawak jalan2 for sight seeing pun.Based on my observation, nampaknya diorang enjoy je Malaysian food cuma diorang tak nak try Durian walaupun dah banyak kali I offer. Agaknya sebab diorang tak tahan dengan bau durian. Isk3x, rugi2...hilang satu nikmat dunia bila tak makan durian; kan? eheh.


Psssstttt : orang Malaysia pun ramai jugak yang tak suka makan durian kan?.


 

Friday, 13 January 2012

3-5 pagi waktu berjaga2 masa Cuti CNY

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Rasanya satu Malaysia dah tahu pasal kejadian rompakan yang berlaku malam kelamrin di kediaman Wardina. Hari ini I nak share nukilan & luahan hati Wardina tentang kejadian itu dan juga video. Sama2 kita ambil pengajaran daripada perkogsian ikhlas Wardina ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trauma! by Wardina Safiyyah OfficialPage (Thursday, 12 January 2012 at 20:18)

Mereka merompak "perasaan selamat" saya

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! 


Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. 


Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?


Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.


Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. 


Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah”Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.


Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.


Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.


Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.


Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.


 Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.


 Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.


Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.


Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

 "Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”    
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)


Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.


Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.


Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,
Wardina



 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Innalillah, semoga keluarga Wardina tabah menghadapi ujian getir ini dan semoga anak2 beliau di berikan kekuatan semangat untuk melupakan kejadian ngeri itu. Sedikit nasihat yang di kongsi oleh Wardina untuk semua :-
1) Tolong hati-hati sekarang musim pencuri masuk rumah nak CNY ni especially pukul 3-5 pg.
2) Terfikir- Pencuri ni mesti anak seseorang..dimana silapnya? Apa terjadi sampai disbesarkan seorang PEROMPAK.Moga kita besarkan anak2 soleh
3) JOM jadi jiran prihatin, nampak sesuatu atau dengar perkara mencurigakan jom kita call police. Jangan ignore.
4) PLEASE store in ur nearest Police Balai number in your hp. Please make that call if u see anything..
 
P/s : "Ya Alah, Permudahkanlah usaha untuk menjalankan hukum-Mu di atas muka bumi ini agar dapat di laksanakan secepat mungkin dan Kau jauhkanlah kami dari kejahatan makhluk2 durjana, Ameen".

Wednesday, 11 January 2012

(WW 11) : Clearance sale for KIKO and PONEY

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Hey guys, it's time to fill your kids wardrobe with new clothes as KIKO and PONEY are having a warehouse clearance sale this month. Jom shopping!

(1) Kiko Warehouse Clearance
Items : Kiko Apparels
Date : 12-15 January 2012
Time : 10am to 5pm
Phone No. : +603 8068 8888
Venue : KIKO Garments Sdn Bhd, No 1 Jalan Industri PBP 13, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, Puchong
Terms: Visa & Mastercard is accepted for minimum purchase of RM50



(2) Poney Stock Clearance (Up to 70% Off)
Items : Poney Kids Apparels
Date : 6-15 January 2012
Time : 10am to 10pm
Phone no. :+603 8943 8380)'
Venue : Lower Ground,South City Plaza
 
 

Pssssttt : Incik hubby yang jauh di Johor tu, mesti semput dada bila baca entry ini mrgreen  muahahahha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...