CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday 18 January 2012

Sensei Jepun ku datang Malaysia


 Hola peeeps,

I have a very hectic schedule for the last few weeks until the end of this month. There's so many places to go, so many works to be done and so little time left for me...aiyarkkkk. Then I realized that I've been abandoning this blog of mine, cerita bertimbun2..lagi lama peram lagi malas nak update sebab dah ingat2 lupa. So hopefully lepas ni semangat nak update blog kembali menyala-nyala *we'll see*. :p


One of the main reason why I couldn't find enough time to update this blog is because my PhD Supervisor and one lady officer from East Asia Environmental Strategist Training Program were here in Malaysia to check on my work here in Malaysia during these 2 months and also to visit some agencies in Malaysia. I kena arrange all the meetings, locations and time for the meeting as well as suggesting hotel to them for the last few weeks. 


They arrived to Malaysia last Sunday night. So I went to KLIA with hubby and SN to fetch them and hantar diorang untuk check-in kat hotel. Then, bawak diorang try Malaysian Food kat Restoran Rebung milik Sheikh Muszaphar & Chef Ismail kat Bangsar tu; di belanja oleh Sensei kesayangan *terus jadi sensei kesayangan sebab di belanja makan kat tempat mahal eheh*.

+- ketibaan kat KLIA -+


Pagi2 hari Isnin dah kena meredah jem kat Federal Highway, jemput diorang kat hotel dan bawak ke tempat internship di PJ. Dah lah I ni buta jalan,so ikut je signboard semata-mata; nasib baik tak sesat. Bawak diorang jumpa dengan person-in-charge for my internship here; discuss serba sedikit sampai lunch hour. 

 +- explanation & discussion at the internship's office -+


Lepas tu mak blur tak tahu nak bawak makan kat mana. Then I decided to bring them to MidValley and let them decide nak makan apa. But then parking full nak mampus, pusing 2x tak jumpa parking. End up bawak diorang pergi Citta Mall yang senang nak parking; then makan kat Chilli's. Kali ini makan2 di belanja oleh SV training program kesayangan pulak.....burppp Alhamdulillah.

+- ewah sensei siap buat peace sign lagi, mentang2 makan sedap -+


Lepas lucnh, balik rumah kejap mandi tukar baju lepas tu bergegas pergi PJ Hilton balik untuk next meeting dengan a company yang berminat dengan projek Sensei kesayangan. Even though the communication is in English; I terpaksa jadi orang tengah merangkap translator tak bertauliah sebab Sensei kurang faham the accent of Indian-Malaysian and diorang pulak kurang faham jugak pronunciation Japanese-English ekekekke.

+- sambung meeting kat hotel pulak -+


Pukul 7pg hari Selasa, I dah terpacak kat lobby hotel sebab nak bawak diorang pergi meeting appoitnment kat Green Tech Corp di Bangi pulak. Meeting turut di selang seli dnegan santapan kuih muih lazat dan mee bandung. Malangnya sensei tak nak makan mee bandung dan cuma menjamah kuih je sebab dia cakap awal lagi untuk lunch, maka terpaksa I sedut balik air liur yang meleleh dan buat2 macam kenyang jugak makan kuih walaupun perut berkeroncong minta di isi dengan mee bandung.

 +- nampak tak kat luar pintu kaca tu ada banyak foods waiting untuk di makan, camne I nak focus pada meeting ni u olls... huhuhu -+


Walaupun dah lunch hour, kitorang proceed jugak to the next meeting kat Green Energy Technology Innovation Park depan UKM tu. Tengah2 mentari tegak berdiri atas kepala tu, dengar explaination pasal solar system and applications kat taman tu. 

 




Peluh menitik berbaldi2 dalam baju; padan muka diri sendiri nak sangat pakai baju kurung konon2 nak tunjuk kat sensei baju kebangsaan melayu Malaysia..maka rasakanlah penangan berbaju kurung di tengah2 panas terik huhuuuh.

 +- buat2 sengih walaupun peluh menitik2 -+


Nasib baik meeting lepas tu is conducted kat meeting room SERI, UKM tu..lega mak. Alhamdulillah, I can say that the meeting went quiet well and we are hoping for future collaboration ..Insya Allah.

+- Q & A sessions -+


Then researchers from SERI UKM ni bawak kitorang makan2 kat Restoran Abdullah Chan sebab diorang nak bagi sensei rasa halal chinese food kat Malaysia as well as minum jus kedondong yang superbly delicious. 

  
+- sweets from Japan untuk UKM researchers -+


Lepas tu I bawak diorang pusing2 kejap kat Putrajaya for sight seeing. Mula-mula diorang request nak pergi Buddhist Temple tapi I tak tahu kat mana kat area KL, so tak dapatlah nak bawak diorag. If kat Kelate I tahu lah sebab dekat je dengan rumah I, the largest sleeeping Buddha tu. Kalau kat KL ni ampun mak tak tahu noks. Maka I bawak diorang tengok Masjid Putrajaya je lah, yang tu je yang I tahu pun hahahhaha.

 +- muka terpisat2 menahan kepanasan -+


Selesai posing kat Putrajaya terus pecut balik hotel sebab diornag nak check-out pukul 7. Dah lah tu nak kena hantar diorang gi KLIA untuk flight balik ke Jepun malam tu jugak. Overall diorang cuma stay 2 days 3 nights je kat Malaysia. Nasib baik sempat sampai airport on time walaupun boleh tahan lama jugak lah tersekat dalam traffic jam. Aiyayaiiii...I hate KL traffic!.


Gitu lah panjang nya cerita kisah kedatangan Sensei ke Malaysia. Kejap sangat diorang datang, so memang tak seepat nak bawak jalan2 for sight seeing pun.Based on my observation, nampaknya diorang enjoy je Malaysian food cuma diorang tak nak try Durian walaupun dah banyak kali I offer. Agaknya sebab diorang tak tahan dengan bau durian. Isk3x, rugi2...hilang satu nikmat dunia bila tak makan durian; kan? eheh.


Psssstttt : orang Malaysia pun ramai jugak yang tak suka makan durian kan?.


 

17 words of wisdom & comments:

Sidratul Muntaha said...

agak2 bila kita nak bersua muka nih?

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

i suke jer.. antu deriyan

Eliss said...

part makan paling best :p

Cool said...

sakit preot aku gelak baca ko bawak dia pi masjid putrajaya biila orang nak pegi buddha temple.

Wa said...

wah...bz nyaaaaaa...hehe...
tak makan duria ok lagi,tapi durian mkan , tempoyak tak makan, yg pelik lagi , durian tak makan tapi tempoyak makan...:)

ddfirdaus said...

Cik ti, dah lama x baca blog u ni..dah balik msia for good ke? nanti eh rajin2 i baca semua sekali gus mcm dah buat 2 3 kali kat blog u ni..

gamaknye suke kot sensei tu klau g batu cave sbb my fren ni pon g kl nk g batu cave sbb baca wsite blog konon2 main attraction la selain masjid negara masjid besi pjaya ke hapa tu..n dataran merdeka+bangunan abdul samat..semua tpt2 panas terik tu yg x tahan..KLCC n pavi pun ala2 wajib klau rombongan cik kiah shopping.

gud itinerary yg boleh i cilok (dengan izin cik yati la) kalau ada kwn2 nk visit kl lg. Mati akai gak cek nk plan visit diorang..

arigato gozaimas..

transformed housewife said...

keno bawok ko Batu Caves la kot. BUke ore Jepun jah tok sey make durian. Abe Ariff pon tok make.

*∽ IZAN ∽* said...

sampai jugak derang ke Mesia.
sampai sudah tak berani makan durian yekk ekekkeke. Dasar jepun ahahahha

Nanak said...

i pon tak suka mkn durian tp hubby adalah hantu durian..ehehe... yatie balik jepun lagi ka?

Oyis said...

yatie, program yatie mcm mana ada kena wat internship eh? balas kot email pon x pe (kalo ada masa). ore curious

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

issyyy rugi betui sensei x mau try rasa derian ekkk...but almost nihonjin x suka makan derian maybe sebab bau kot.....adeh terlioq plak citer bab derian ni ngeee

atoyissan said...

abdullah chan setapp kan..kalau teringin nk mkn dim sum suka gi sana..

Unknown said...

wah,,, mesra Tie melayan sensei... xdapt temple masjid Putrajaya pun boleh.. ;)

yatie chomeyl said...

Ayu : entahnya, bila nak date ni?

mrs K : i pun suka sgt deriyan ;)

eliss : betol3x hahahhaa

yatie chomeyl said...

Jiji : dah tu aku kan buta jalan...mana lah aku tahu kat mana buddhist temple hahahhaha

wa : mmg bz btol, nila diorg bali..terus qadha tidur hahaha

dbalkis : i balik kejap je, ken abalik japan semula pasni. tu la i nak bawak gi batu caves tapi tu hindu temple, plus x tau jalan...last2 pergi masjid je la i tahu hahahhaha

yatie chomeyl said...

nanak : i balik sana lagi next week :)

oyis : ni special program hok ore amik environment class tu, keno attend internship. kalu utk tesis PhD; takyoh internship pong

lady ayu : tu la; hilang satu nikmat dunia bila x mkn durian hahaha

yatie chomeyl said...

atoyis : aah sedap2, pastu mknan di apun murah jugak..mmg best ;)

kak yong : kesian jugak tak dpt bwk ke tmpt yg dia nak; tp dah ti ni buta jalan..gitulah jadinya hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...