CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 21 August 2009

Menghitung hari

Sejak dua menjak ni, dalam kepala dan minda I penuh dengan tarikh2 je. Boleh di katakan sekarang ni I tengah menghitung hari untuk beberapa perkara yang agak penting dalam hidup I. Perkara2 menghitung hari rindu yang bakal berlaku dalam bulan Ogos ni ialah :-

(1) Menghitung hari untuk menyambut Ulangtahun pertama perkahwinan love

Sedar tak sedar, esok 22hb Ogos 2009 genaplah setahun usia perkahwinan kami. :inlove: Alhamdulillah, kami telah di kurniakan cahayamata pada awal usia perkahwinan yang baru setahun jagung *kenapa tak epal ke, anggur ke, pisang ke..eh2x, jangan mengarut*. Erm....ulangtahun pertama bersamaan jugak dengan 1 Ramadhan 1430H..mungkinkah sambutan akan di tangguhkan?. Sama2 kita tunggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuu.......ngeeeeeeee sengihnampakgigi.

Daisypath - Personal picture


2) Menghitung hari untuk melepaskan Baby SN berdua dengan Daddy. peace

Masih ingat entry I yang ini (klik) tentang Daddy & Baby's day out..is it possible?. Walaupun pada mulanya hubby dah setuju untuk pergi bertiga, tapi di sebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat di elakkan telah berlaku maka akhirnya I terpaksa berlapang dada dan menguatkan hati untuk membenarkan cuma hubby & baby SN saja ke Tokyo untuk urusan pendaftaran kelahiran baby SN tersebut. I tak dapat bayangkan perasaan I pada hari Selasa 25hb Ogos 2009 ini, mesti tak senang duduk :sweaty: kat rumah memikirkan berjayakah hubby & baby SN travel tanpa mommy?. Sama2 lah kita doa kan semoga di permudahkan segalanya ..amin.



3) Menghitung hari untuk menduduki admission exam :males:

Bagi yang dah agak lama mengenali I, pasti sudah sedia maklum dengan dilema I dalam persoalan keperluan, kemahuan & kebingungan (klik sini) untuk menyambung study. Setelah berfikir panjang sejengkal *tak panjang sangatlah sebab sejengkal je siul*, dan setelah perbincangan dan persetujuan dari hubby, I decided to sit for the admission exam nerdto pursue my PhD at Kyushu University. Insya Allah kalau lulus exam ni, dapatlah I sambung study which means baby SN kena tinggal kat nursery la *sob..sob*. Otak dah agak berkarat sebab lama tak pegang buku ilmiah dan urat2 pun dha banyak putus & kendur lepas melahirkan kui3x. Admission exam ini akan berlansung pada hari Isnin 31hb ogos 2009 ni. Wish me luck doa ye kawan2 semua.



4) Menghitung hari untuk pulang bercuti ke Malaysia menari

Yeaaa......:woooh: yang ni yang paling tak sabar. Kami akan pulang bercuti hampir sebulan di Malaysia dan berlepas pada Selasa 1hb September 2009 dengan menaiki MAS. Flight MH51 berlepas dari Osaka jam 11.10pg dan di jangka tiba di KLIA jam 6.50ptg *buka puasa kat KLIA la jawabnye, I nak belasah Happy Meal McD hahahhaha...dah ngidam sangat dah ni*. Lepas tu, amik flight MH1426 pulak pukul 10.35malam dari KLIA ke Kota Bharu dan di jangka kan kul 11.30malam 1hb September 2009, kami akan dapat mengirup bayu tanah tumpah kelahiran kami :love: ..cecececeh. Insya Allah, semoga selamat perjalanan pergi & balik kami sekeluarga *tok sabarnyo nok kekoh kuih butir nako & kekoh2 chaaar*.




(mask saiz baby khas untuk Nazhan...chomeyl kan mask ni? angkatkening *wink wink*)


Psssttt: sebenarnya dpt blk Msia sebulan sbb hubby nak kena kutip data utk research dia & I pon kena sit for TOEFL. Rasa cuak jugak nak balik malaysia dengan keadaan virus H1N1 yang semakin berleluasa ni, harap2nya di lindungi dari perkara2 yang tak di ingini, amin.


34 words of wisdom & comments:

mama tisya said...

wah byk tul menghitung ari ye..smoga ari2 yg ditunggu itu berjln ngan lancar...and happy 1st anniversary in advance ..smoga berbahagia hingga akhir hayat

Guest said...

semoga semuanya berjalan dengan lancar...nanti kalau ada kesempatan bolehla jumpa...:)

murni said...

la tok jadi umoh oghe ko. baru dok plan nok masok gapo mari nih. huhu, takpola ade rezeki kito jumpo deh. sedaknyo nok kelik bercuti. tulong make nekbak ko oghe deh.

atiqah said...

good luck kak yatie...welcome home

Aimy comel said...

auntie.....ibu cakap kan...kalau..kalau la aimy x de harapan menang nak dapat yutaka (ke yukata) tu kan...ibu tanya klu utk aimy umo 6-12mos brp rm (ibu ckp sila convertkan yen kpd RM...ibu cume tere convert AED pada RM saje)

**Perfect Love** said...

selamat menghitung hari kak yatie.. ;-)

azzamoro said...

kan best if u balik mesia nnti kite leh hang out. nak tengok baby sn..:)

NORHAYATI BERAHIM said...

yatie..happy aniversary..ur very lucky.baru setahun kahwin dah dapat babykan..akak? dah lah kahwin lambat dapat anak pun lambat..ha.ha..selamat pulang ke tanah air, selamat menjalani peperiksaan..dapat tak dapat belakang kirakan..selagi muda ni belajarlah apa sahaja..asal mengembirakan dan tidak menjadi beban..

ummisalsabila said...

happy anniversary dear..mmg menghitung hari btul yer...mcm2 plan.hrp sumenyer bjaln lncar.blk msia mehlah jln2 kl.le kite gather2.hehe

nadiah sidek said...

nak ikuuuuttttt! sponsor la tiket utk kami *wink*. tiket flight dr osaka ke m'sia brp RM? US ni mahal...udah le tu perjalanan mkn masa 2 hari. ms nk ke sini dulu bertolak dr KL tgh mlm hari ahad smpainya pg selasa (ikut waktu m'sia). huhu...penaaaaattt sgt!

ummuabdullahsyaakir said...

Emm yatie,byk nya hari yg nak dihitung..semuanya yg mmbahagiakn^_^ (tmasuklah part nak exam tu hehe)

Ok first: Selmt mnymabut ulngthaun yea..moga kalin bahagia hngga akhr hayat..suka sgt..aniverseri kali ni betiga yea.

2nd:Emm tabahkn hati berpisah sekejap dgn baby SN ye..ku faham macamna perasaan tu nnt..huhu

3rd:All da best utk exam nnt..eem tak sngka Yatie nak ambik phd yea..mommy yg mantap ni..moga baby SN ikut jejak mommy n daddy nye-berjaya dlm ilmu

4th:Seronknya nk balik Msia...eem rindu dgn tanah tumpah air ku...huhu.
Nak kirm brg blh?ekeke

ummuabdullahsyaakir said...

ops satu lagi,Utk Yatie sefamily...Selamt Mnyambut Ramdhan.Beza waktu jepun dgn Msia brpa lma?Klu d Mesir,lmbt 5jam klu summer..tapi klu winter lmbt 6jam

mamasyaza said...

banyaknya menghitung hari...dear yati..semoga selamat baby SN ke tokyo ngan abahnya...semoga berjaya dlm apa jua exam yg bakal dihadapi...yg penting dpt balik msia mkn mcD....semoga happy selalu

nani said...

Salam Yatiey,

tgh menghitung hari ye..all d best for all those days k!:)
Moga baby SN tak meragam bila outing ngan daddy.
N good luck for ur exam tau!

part balik Msia tu..mmg menjeleskan sungguh! BTW, enjoy ur holiday..baby SN first travel blik Msia kan..n jgn lupa pakai mask k!:)

HAPPY 1st ANNI yatiey n hubby..moga bahagia milik kalian selamanya. Happy sokmo ngan baby SN comell

ayurosni said...

kak yati, kirim mask baby blh?

huda said...

comey sgt mask tu :)

yatie chomeyl said...

mama tisya >> tenkiu2x..insya Allah harap2 lancar lah semua nya

yatie chomeyl said...

angah >> ucu turun KL 11-13hb. suh arr imah wat buke puasa sama2 12hb 9 tu...jom lah, leh jumpa

yatie chomeyl said...

murni >> aah, tok jadi..ado hal x dpt di elakkan. nti ore tlg make ko murni hehe

yatie chomeyl said...

atiqah >> tenkiu 2x

yatie chomeyl said...

aimy comel >> bgtau kat ibu, contact aunty kat ym or emel dasar_chomeyl@yahoo.com ;)

yatie chomeyl said...

**perfect love** >> tenkiu2x

yatie chomeyl said...

azza >> tu la, insya Allah klu ada jodoh..mesti leh jumpa nanti :)

yatie chomeyl said...

kak NB >> alhamdulillah, rezeki di awal perkahwinan :) tenkiu kak, doa kan yatie tau

yatie chomeyl said...

US >> insya Allah..ada peluang nti leh jumpa :)

yatie chomeyl said...

nadiah >> meh2x ikut..hihihi..kebetulan ada tiket murah..tu yg kami balik tu..lgpon 10 jam je perjalanan :)

yatie chomeyl said...

ummu AS >> tenkiu utk semua ucapan tuh :)

yatie chomeyl said...

mama syaza >> mekaseh kak..jgn lupa doa kn yatie tau :)

yatie chomeyl said...

nani >> jgn jeles..nti u balik , i plak jeles hehe

yatie chomeyl said...

ayu >> btul2 nk kirim ko? klu nok, akak gi beli

yatie chomeyl said...

huda >> comey kan..mcm2 design ada

ayurosni said...

nak la.nk pkaikan kat insyirah.cni xde plak jmp.satu paket tu ada bape mask?harga?dlm RM

ayurosni said...

jap2...xmyusahkan kak ti ko?ke xmuat beg plok

myhasla said...

salam yatie chomeyl.... hehehe ketinggalan lar akak ni! baru hari ni baca entry ni! anyway wishing you....

1. Happy 1st Anniversary to both of you. Semoga rumahtangga sentiasa dirahmati Allah & berbahagia selalu.
2. Good Luck for your exam.
3. Welcome Home and enjoy your holiday.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...