CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 16 April 2010

Tips mengelak bersalam dengan lelaki ajnabi

http://files.blog-city.com/files/aa/26968/p/f/salamb.gif

Pagi ni masa on the way ke kampus, I terserempak with a lady from Oman named Sousan yang tengah buat Master kat Kyushu University ni jugak. We sit next to each other on the train and borak2. She tell me story on few occasions where she has to deals with party invitation from his Japanese lab mate as well as on how she deals with keadaan bila orang nak hulur tangan bersalam dengan dia.


Born in Arabic society and brought up in the Western society at UK, dia memang tegas dengan pendirian nya dan outspoken dalam memberikan pendapat. Dia terus cakap direct to the face kat orang2 Jepun tu yang dia tak minum alkohol + tak suka bau alkohol + tak suka berada di kalangan orang2 yang minum alkohol. Mula2 orang Jepun tu macam tak dapat terima pendapat dia. So, this lady bagi contoh ada sesetengah orang yang tak selesa berada di kalangan orang yang merokok sebab tak merokok + tak suka dengan bau asap rokok, so that goes as well to her opinion of being around orang2 yang minum alkohol. Jadi, lab mate dia terima lah pendirian dia tu dan tak ajak lagi dia join mana2 party diorang.


http://herd.typepad.com/.a/6a00d83451e1dc69e201127970fc0b28a4-800wi
pic credit : from here


Lepas tu, Sousan cerita masa majlis penganugerahan sijil sempena tamat Japanese class baru2 ni..dia kena ambik sijil dari Head of Department universiti. Bila head of department tu hulur tangan untuk bersalam dengan dia, Sousan cuma ambil sijil tu dan tak sambut huluran tangan head of department tu. Walaupun dia rasa bersalah dah malukan head of dpartment tu, tapi Sousan tetap nak mempertahankan pendirian dia dengan tidak bersalaman dengan lelaki ajnabi. Last2, head of department tu yang minta maaf sebab hulur tangan nak bersalaman dengan dia.


Perghhhhh, masa I dengar cerita dia tu..serius I rasa kagum dengan keteguhan pendirian Sousan.
nerd Kalau I kat tempat dia, rasa nya I takkan mampu berbuat demikian. Pastu tiba2 I teringat pulak masa I tulis entry Aurat yang kadang2 kita terlepas pandang minggu lepas, Bibi Tulip & Izza MyGoldenPen ada mintak I share tips untuk mengelak bersalam dengan lelaki ajnabi termasuklah ipar duai + bapak saudara sabit + bapak saudara suami dan lain2.


Tips yang I nak bagi ni sesuai di aplikasi kan oleh orang yang tak kuat pendirian macam I ni. Kalau anda boleh bertindak macam Sousan yang I cerita kat atas tu, anda tak perlukan tips2 ini. Kalau anda memang jenis orang yang outspoken dan tegas dalam berbicara, boleh lah anda terus terang je dengan orang yang hulurkn tangan tu yang anda tidak akan bersalaman dengan lelaki bukan mahram. Tapi kalau anda jenis orang yang tak reti nak cakap tegas2 macam I ni, maybe these tips might help.


(1) Dukung anak atau pegang barang

~ tips dukung anak ni sesuai untuk ibu2 manakala yang bujang2 boleh lah pegang barang2 banyak kat tangan. Jadi, bila orang nampak tangan kita dah penuh dengan barang ataupun tengah mendukung anak dgn kedua-dua belah tangan, orang pun malas nak hulur tangan untuk bersalaman sebab nampak payah benar anda nak sambut salam dia nanti.



(2) Buat2 terjatuh barang yang di pegang
~ kalau orang tu dah nampak kita pegang barang tapi still hulurkan tangan untuk bersalam jugak, anda bolehlah buat2 terjatuh barang2 yang di pegang tu. Jadi secara automatik anda kena tunduk untuk kutip barang2 yang terjatuh tu, secara tak lansung orang tu pun tolong kutip barang anda yang terjatuh...dan terlupa lah dengan salam yang di hulurkan sebentar tadi.



(3) Buat2 jawab telefon

~ tips ini boleh juga di gunakan untuk menangani masalah ini. Walaupun telefon anda tak berbunyi pun masa tu, buat2 lah konon2 ada orang call dan telefon sedang dalam mode silent atau vibrate ehehehe. Jadi bila orang hulur tangan, anda buat2 macam ada vibration dari phone anda dan minta excuse untuk jawab phone tu konon2 macam itu panggilan penting dan emergency. Tapi, anda berdepan dengan dosa menipu la pulak kot kalau anda mengamalkan tips ini ihikhik kui3x.


(4) Buat2 sakit perut

~ Bila ada orang hulur tangan nak bersalam dengan anda, tiba2 je anda terasa senak di perut. Jadi cepat2 tangan yang sepatutnya di guna untuk menyambut huluran salam tu, di bawa ke perut dan siap buat muka berkerut2 menahan sakit. Lepas tu, minta excuse untuk konon2 pergi toilet
ihikhik ekekekeke.


(5) Berkepit dengan hubby macam pengantin baru
~ Tips yang ni pulak sesuai untuk yang dah kahwin, yang bujang jangan gatal nak buat jugak hohoho. Jadi anda bolehlah menyilangkan tangan di lengan hubby
*macam hari kahwin dulu2* untuk mengelakkan orang hulur tangan nak bersalam dengan anda. Secara taklansung, bila nampak kita dah melekat bertepek tepi hubby, lelaki ajnabi tu sendiri pun segan nak bersalam dengan kita sengihnampakgigi ngeeeee.


*contoh posisi menyilangkan tangan* (gedik nak tunjuk contoh ihikhik eheh)


(6) Bawak buah tangan pergi dan balik dari rumah tersebut
~Biasa orang ulur tangan masa kita mula2 datang atau dah nak balik dari tempat tu kan. Jadi kalau contohnya anda pergi ke rumah bapa saudara suami, anda bawaklah buah tangan. Secara tidak lansung, anda terus boleh menuju ke dapur ataupun terus menuju ke mak saudara hubby anda itu. Jadi, anda cuma perlu senyum dan cepat 2berlalu pergi sebab nak cepat2 letakkan buah tangan tu smpai tak sempat nak salam hohoho.


(7) Korek hidung (cubaan terakhir yang extreme)

~ Tips terakhir ni cuma boleh di lakukan oleh orang yang benar2 berani je
* I sendiri pun takkan buat tips nih* ekekekkeke. Ini ialah percubaan terakhir lah kalau2 anda dah apply kesemua tips2 di atas tapi masih juga tidak berjaya, maka di sarankan untuk mengaplikasi kan tips korek hidung ini. Insya Allah tiada siapa yang sudi nak bersalam dengan anda ihikhik muahahahaha.

http://i130.photobucket.com/albums/p254/hafizkoh/8145.gif https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZf9yIQuQvKvtz7i0454YN-xXeLTW7HHTrfvwpZ4ZI72q1Ls6mYgA2Z8xKPfgmlLHc7X0oSlQulJUyAD6sRhwh5thnDfr1B_7OhY_iiJIKAMFdHQxuLlgY8BVDXYmArFyQBGlw51PLrwME/s400/korek+hidung.bmp
*pic credit: from here and here*


Anggaplah tips2 yang I bagi ni sekadar cadangan tak bernas dari pihak I. Untuk yang nak tau lebih lanjut pasal hukum bersalam ni, boleh lah baca kat
sini dan sini. Perkongsian tips dari I ni sekadar pendapat peribadi I untuk cara2 menangani huluran salam dari lelaki ajnabi tanpa mengguris perasaan mereka. Kalau anda ada cadangan lain yang lebih bernas dan cerdik dari tips2 yang I bagi ni, jom lah share kat komen entry ni. nerd Sharing is caring...caring is loving ♥,kan Jonet kan kan sengihnampakgigi ngeeeeeee.


Owh, dan I juga nak menjawab soalan Isabelle pasal persoalan mahram sementara kat dalam komen entry Aurat yang kadang2 kita terlepas pandang tu. → Mahram sementara ini ialah yang ada hubungan kekelurgaan di sebabkan perkahwinan kita conohnya ipar dan bapa saudara suami. Oleh itu hanyalah diharamkan berkahwin dengan ipar selagi ada perkahwinan, kalau di takdirkan suatu hari nanti anda dah becerai dengan suami, anda boleh menikahi mereka. Maka sebab itu lah, batas aurat dan pergaulan tetap sama seperti di hadapan lelaki2 bukan muhrim yang lain.


One more thing is, untuk menjawab persoalan yang di utarakan oleh Xeea pasal aurat dengan mertua pula dalam entry Aurat yang kadang2 kita terlepas pandang tu jugak → Menantu perempuan dengan bapa mertua adalah mahram di mana mereka berdua tidak boleh kahwin. Jika anda bercerai dengan suami anda sekalipun, anda tidak boleh menikahi mertua anda sampai bila2 pun. Oleh itu aurat menantu dengan mertua sama sahaja dengan anak kandung. Ini bermakna menantu boleh membuka auratya di hadapan mertua dan bersalaman dengan mertuanya.


Psssssttt
: I bukan Ustazah tau, I cuma share ni sebagai peringatan kepada diri I sendiri je. Karang nanti ada pulak yang minta I tunjuk sijil tauliah pulak..huhuuhu. Semoga dengan sedikit perkongsian ini, hidup kita semakin berkat....amin.

27 words of wisdom & comments:

Unknown said...

tips yg korek idung tu kalo ade yg berani buat, mmg i tabik giler2 punyelah.. heheheheh..
thanks for sharing... takpe takdok tauliah pung, takdok org cek kat blog... hehehehe..

transformed housewife said...

mmg bagusnya Sousan tu. Knur pun ada buat tips2 hok Ti bui sakni. hehe. tapi biasanyo kalu anok beranok kito ramai tahu doh tok hulur tgn. kalu hulur pun kan kito lapik dgn kain. ado tengok tok2 sedaro wat lagu tu.

aNgAh_aLiFaH said...

kalau part jaga aurat tu x melibatkan org lain kan. kita tutup la aurat yang kita patut tutup. tp kalau part salam ni, melibatkan perasaan org lain jugak.

angah rase, kalau untuk org yg mula2 jmpa atau mula2 kenal yg hulur tgn, kena salam jugak supaya kita tak malukan dia. lepas2 tu kalau dia hulur tgn jugak, kita dibolehkan untuk tegur secara baik.

angah pun skang dlm dilema, sbb baru kawen. slalu je menghadapi situasi camni. huhuhu.

syayassir said...

salam yatie..
hehehe...
tips2 yang bernas... :P
memang biasa kan mengalami perkara-perkara begini.
untuk saya, bila ada orang bukan muslim yang hulur tangan nak bersalam, saya lebih suka minta maaf dan beritahu yang saya tidak bersalam dengan lelaki. biar berterus terang supaya mereka faham dan secara tak langsung mereka tahu yang wanita muslim tidak bersalam dengan lelaki. jadi, bila dia jumpa wanita muslim yang lain, dia akan ingat tentang tu...

dan, kalau lelaki muslim pula yang hulur tangan, saya akan senyum dan tundukkan kepala tanda hormat. sekurang-kurangnya, dia tak berkecil hati dan bersangka buruk yang kita ni sombong.

hehe.. panjang pulak.. :P

safinah said...

suke tips yg korek idung tu...heeeee... agak2 kalo firstday nak masuk kampeni baru then xnak salam ngan bos laki.. camne ek keadaannye?? :p syok ni.. bole buat eksperimen :p

Ina said...

hihihi klaka la tips2 tu. bagusnya kan org berpendirian begitu. tp pernah juga dgr pendpt org yg arif dia kata dibolehkan utk salam utk jaga maruah pihak yg lagi satu. yelakan kdg2 kalau terlalu tegas especially dgn org non-muslim yg xtau hukum hakam ada yg lgsg xleh terima. takut mengundang negativity n pndangan serong plak kt islam. dlm kes sousan tu bagusla seb baik nihonjin2 tu leh terima siap leh mntak maaf lagi. apa2pun pndai2 la masing2 kan. hukum tetap hukum :D

ps: my sis in law masa grad bli sarung tgn so that masa nk amik scroll xrisau nk kena salam :D

ddfirdaus said...

Hehe..best betul la tips2 Yatie ni..buleh I praktis nanti..For me, mungkin Japanese ni spesis yang hormat adat dan agama orang.. I pun ada pengalaman camtu. Esp mereka sangat concern sangat pasal makan time kita ada ngn depa..

Jangan jadi mcm sum of 'orang kita' yang kita kenal di M'sia lain tapi di oversea lain..sanggup toast dengan 'air itu' konon2 hormat budaya orang..selamat je dia kasik i orange juice untuk konon2 toast..kalau sampai soh i ikut diorang mmg le i marah..hehe

Hormat budaya orang dan gadaikan agama dan maruah sendiri tu dua benda yang berbeza..just my humble opinion.. I pun tak ustazah cume pernah jadi cikgu english ganti kelas agama darjah 1..My student panggil teacher ustazah..hehe..

i_sofia said...

haha. lawak la tips last tu.. i slalu jugak menghadapi situasi mcm ni, esp bila2 boss2 mat saleh datang office. i learn from my one lady boss here. she really strict. bila boss2 laki ni hulur tangan, dia akan cepat2 menolak (gaya mcm org nk semawa kita makan, tp kita tolak tu.. ), n say sorry. slalu nyer, bila boss i dah tolak, derang xkan hulur la kat i (selamat la kan xyah susah2 pkir tip apa nk pakai). slalu nyer, bg yg menghormati, derang akan tanya kita balik kenapa kita menolak utk bersalam tu, n tu lah masanya utk kita menerangkan sedetailnya.. :).

isabelle said...

ingat nak komen psl gambar berkepit dgn laki tu, sekali nmpk tips yg paling menarik la...korek idung.
heeee..harus org tu xnak pgg tgn kita lps kita baru je korek idung kan?

Atiqah said...

Alhamdulillah thanks kak yatie..Alhamdulillah dlm family tiqah dh lme dididik dgn tntg aurat sesama ahli keluarga yg ajnabi..so far x de mslh la..cuma psni nk msuk keje, kene betul2 take care psl bnda ni...pe pun thanks a lot for the funny tips..hehe

ibuaiman said...

i tergelak terbahak-bahak bila baca tips korek hidung tu....mmg kelakar gile...

pengalaman saya dan suami pula mmg dari awal-awal lagi kami tak salam dengan kakak/abang ipar dan pakcik/makcik sabit, dan diorang faham walaupun ada juga yang bukan lar alim sangat...alhamdulillah saya tiada masalah ini.Even bila balik kampung suami pun kalau ada adik ipar lelaki/abang ipar pun saya akan pakai tudung. Biras-biras saya tak pakai pun tapi saya belum ada kekuatan nak tegur diorang, lemahnya iman saya...huhu...

Zaila Mohamad said...

alahai yang korek hidung hok tok tahan tu..
zaila kalu kat sini senang sebab pernah sekali one India man came to me & nak salam then zaila buat macam tangan "no, no" so diorang faham kan, tapi kalu dok oversea susoh jugok kam sebab diorang tak tahu hukum agama Islam macamana..kena pakai glove sokmo r macam tu
errr..kalu pakai glove dakpo kam salam nga ore Jepun??

Ummi Salsabila said...

bagusnya sousan tuh.teguh betul pendirian ni.dulu ms keje adalah alami prob ni.tak tahu nam wat cmne.srba slh kan..

anyway,good tips.yg xthn tu tip korek hidung? hahaha.lawakla u ni!

Dysu said...

amboi2...yg atuk x tahan tu korek idung, sakit peurt, jatuh barang bagai...wakaka

Unknown said...

hehe kelakar gak tip koreng idung tu..tp cam huda if ade guy yg tibe2 nk salam, huda cakap sori.. :)

mygoldpen said...

haha..klakar la tips2 ni esp yg last sekali tu..maybe leh ganti ngan bersin..wat2 terbersin n tutup mulut ngn tgn mse bersin tu..org pun mesti x selera nk salam pastu..

lieza said...

kagum ngan Sousan.,Tegas pendirian dia..Thanks for sharing..Hehehe

maya amir said...

heheh..i sukelaa your tips especially tang korek idung tu..heheh.. cool:)

p/s : salam perkenalan:)

Ummi Hanie said...

salam kak yati .. nice tips !

betol tu..xsemua org leh kuat pndirian sampai lagu tu...

tp akk perasan tak kalau tgk drama2 indon,cara salamnye mcm kita buat tunjuk sembah kat raja2 tuh...that's interesting gak.cuma kt Malaysia ni org2 xbrape reti/biasa lg buat mcm tu...

yatie chomeyl said...

k.laila >> mano lah tahu tibo2 JAKIM gi mitok sijil tauliah pulop dr I..huuhu

k.nur >> tu la, meme jenis tegas pendirian la dio

angah alifah >> klu dlm dilema, slmbt mencuba tips2 ini hik3x

sya >> erm bagus gak cara sya tu. at least lepas u diorg dh faham kan ;)

safinah >>cuba lah korek idung dpn bos tu ekekekeke

yatie chomeyl said...

Dandelion >> good idea kan,pakai sarung tgn. ;)

dbalkis >> mcm best la pulak gelaran teacher ustazah tu hehe

i_sofia >> len kali u kena selalu duk sebelah bos u tu la ;)

isabelle >> tu la pasal, konpom x de org nak slam dgn kita dah eheh

atiqah >> u r most welcome ;)

yatie chomeyl said...

ibu aiman >> erm, xpe mintak2 satu hi nanti diorg dpt hidayah nak pakai tudung jugak bila depan ipar duai. :)

zaila >> x tau jugop klu pakai glove kiro buleh sale ke dop...keno menuntut ilmu lagi ni

US >> korek hidung tu perubaan terakhir dah tu hehe

atuk >> lorr, x caya ke? uba lah buat hik3x

yatie chomeyl said...

huda >> cam tu lg senang kan, dior teus faham :)

mygoldepen >> aah la, erbersin pun OK gak ;)

lieza >> u r most welcome ;)

maya >> salam kenal jugak ;)

Ummi Hanie >> aah perasna gak, tp amtu jd stail mcm hindu pula erk..ke tak ?

mentari said...

just nak share..ader 1 lagi cara kalau taknak shake hand..bila org tu hulur tangan, tangan kanan kita letak kat dada kiri kita n tunduk skit tanda hormat.Cara ni diterima semasa membuat penyampaian sijil secara rasmi..selamat mencuba..

Unknown said...

teringat masa koje dulu.. selalu kalo bos2 (mostly non-muslim) nak salam, kakyong akan letak tgn kat belakang & tunduk sket sambil senyum (tanpa nampak gigi).. tanda hormat..

& kejadian camni selalu jd bila kita g seminar.. so senyum & letakkan tgn dibelakang,.. buatlah dgn sopan, mostly yg non-muslim akan faham..

mila.ibunajihah said...

sy penah nmpak gamba Enchek Ahmadinejad tunduk bagai japanese bila ada perempuan (kenamaan) hulur tangan nk salam nge dia, klu vice versa ok gk kot.Masa sy jumpa customer ada gak yg mcm nk salam, sy akan sengeh lebar n angkat tangan sket awal2 lg mcm say hi gitu so dia paham kita takkan salam nge dia, tp yelah kat mesia ni klu mmg mlaysian biasa mmg paham.

Farha IbuCergas said...

Hahahh adoi. part korek hidung tu mmg extreme. erk...tp tak sanggup nak buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...