*Eji, Asul, Awin & I - 2008*
(1) PeinAdik bawah I si Pein tu tak lama lagi pun bakal bergelar ayah since his wife dah pregnant. Padahal rasa macam baru je I balik Malaysia bulan 2 hari tu untuk wedding dia kan,
*refer: Selamat menikoh wahai adikku; Pein's wedding ceremony*. Alih2 bila I balik kali ni..dah pregnant pon wife dia, si Fiza tu
hehehe. I dengan Pein memang agak rapat bila dah besar ni walaupun masa kecik2 dulu pantang duk dekat asyik nak bergaduh je huhu. We shared lots of things together nak2 lagi after arwah ma passed away ni.
*Kak Nur, Pein & I masa kecik2 - bam2 kan I masa kecik? ehehe*
(2) EpikYang adik no 5 pulak si Epik tu sekarang ni Epik tengah cuti sem, so konon2 dia wat part time job lah as an assistant to my hubby untuk kutip data for hubby's studies kat sepanjang Sg Pahang tu. Dapatlah dia duit seposen dua untuk tambah2 duit belanja bila sem dah buka nanti. The good thing about Epit ni ialah dia akan buat apa yang di suruh
*walaupun harus berkali2 disuruh*. So, kalau I suruh sapu rumah or I suruh dia jaga baby SN masa I gi kerja...dia dah boleh di harap lah
*walaupun lepas I balik tu, terus dia tidur sebab katanya letih gila jaga baby* hahahaha.
*Epik & baby SN* (3) EjiAdik yang no 6 pulak, Eji dah ada girlfriend yang sama2 belajar dengan dia gak kat KPTM Bangi sekarang ni. Eceh, semalam bila girlfriend dia demam; EJi datang jumpa I sebab nak ambik kereta nak bawak girlfriend gi klinik
..hohoho. Eji ni memang dari kecik sampai besar ialah adik yang paling senang di jaga dan paling baik dalam sibling I. Dia yang paling dengar cakap dan setakat ni tak pernah timbulkan masalah pada keluarga. Kesian gak bila dengar dia cerita yang budak2 kat rumah sewa dia dok perli Eji bila Eji ajak diorang solat sama2 huhuhu..sekeh kang baru tahu budak2 tu, orang ajak ke arah kebaikan pun nak perli2 orang.
*asul & eji - back in 2004 * I kagum sangat bila tengok kematangan Eji ni yang dah lalui bermacam2 dalam hidup dia. Baru2 ni Eji ada cerita yang ada orang tuduh dia masuk dalam rumah sewa girlfriend dia. He stood up on his own, confront dengan orang yang tuduh tu dan suruh kemukan bukti kalau betul2 dia buat perkara tu. It turns out that rupanya ada budak perempuan lain yang bawak 'jantan' dia masuk rumah, tapi orang tuduh adik I pulak yang bersalah. Baru lah pakcik yang suka suki buat tuduhan tu terpisat2 mintak maaf
dengan Eji. Lagi satu Eji ni walaupun baru umur 20thn, dah buat macam2 kerja as a part time job untuk cari duit lebih buat belanja sebab seboleh2nya tak nak susahkan abah, abg2 dan kakak2 dia huhuhu..
*terharu sangat tengok dia beria kerja masa cuti sem hari tu*. Jauh beza dengan I yang selalu mintak duit je dengan arwah ma masa I study dulu huhu.
(4) AsulAdik no 4 ni tahun ni will sit for his SPM. Dalam adik beradik I, Asul ni di kira yang paling pandai dalam study setakat ni sebab dia pegang rekod bersih straight A's in UPSR dan PMR.
Hopefully he'll make it to score straight A's in his SPM pulak. I harap kalau result dia gempak untuk SPM nanti, I nak dia apply study kat Kyushu University gak since sekarang ni Kyushu University offer undergraduate studies in Engineering that is perform in English language. So dah tak perlu spent masa 2 tahun untuk belajar bahasa jepun kalau nak belajar kat Jepun. Kadang2 I kesian tengok Asul sebab nampak sangat dia sunyi lately since abang2 semua dah tak stay kat Qelate; tambah2 pulak Asul ni paling rapat dengan Eji.
(5) AwinAdik bongsu I ni pulak tengah dalam fasa anak dara sunti 16 tahun. Aiseh, kadang2 risau tengok cara pakaian dia yang agak 'kurang manis' di mata I huhu. Tapi bila ingat2 balik I zaman muda2 remaja dulu camtu gak, yang terlarang itu lah godaan
huhuhu. Kalau dulu I selalu kena tegur dengan abah dan arwah ma dalam bab berpakaian, Awin sekarang ni takde orang nak tegur dan marah dia. Lepas arwah ma meninggal, abah dah jadi tak garang macam dulu maybe sebab abah risau kalau abah marah, Awin akan nangis teringat kat arwah ma. So, yang boleh marah dan bebel kat Awin sekarang ni cuma kakak2 dan abang2 jer lah tapi kakak2 dan abang2 pun duk jauh, takde siapalah nak tegur dia. Budak kecik ni pun dah pandai berblog sekarang
(*blog Awin*) and I realize that she always expressed her deepest feelings through her writings..which is good in a way that dia tak pendam benda tu lama2 dalam hati.
*awin & asul - back in 2004* Looking back to the latest progress, buat I terbayang2 masa kecik yang kami dah lalui bersama2 and how great arwah ma dah didik kami sampai jadi macam sekarang. Maksud I bukan saja dari segi pendidikan duniawi, tapi arwah ma dah terapkan nilai hormat kepada kakak2 & abang2. Though sometimes we fight and we argued, most of the time adik2 akan tetap mengalah pada yang lebih tua. Nak2 lagi bila arwah ma dah takde ni, we have to rely on each other so much than before.
*aidilfitri 2005-kak nur takde dalam gambar sebab kak nur beraya kat NZ*
*Eji, Asul & Pein - Kuantan 2010* I rasa rahsia di sebalik semua ni ialah arwah ma tak bagi guna "aku-kau" kalau bercakap sesama kami. Walaupun beza umur cuma setahun, we still have to addressed our older sibling as 'kak' or 'abe'. Cuma bila masing2 dah besar ni, baru lah berani guna "aku-mung" bila sembang. I harap sampai bila2 pun hubungan kami adik beradik akan rapat. Tak nak lah jadi dah tua nanti dan masing2 dah ada family sendiri, masa tu bergaduh berebut harta pusaka yang tak seberapa ke pulak..nauzubillah. Semoga Allah mengekalkan kasih sayang dan keharmonian
dalam hubungan kami adik beradik..amin.
Psssssttt : agak2 baby SN dah bersedia ke nak ada adik gak? ehehe