CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 9 August 2012

Resepi AKOK Kedut Fukuoka

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
AKOK bukannya berasal dari perkataan AKAK yang di-bahasa-kelantan-kan...tetapi AKOK ialah sejenis kuih tradidional Kelantan yang sangat lazat especially kalau di makan sewaktu panas2..perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *hamek ko, sikit punya panjang expression bagi nak menggambarkan keenakan luar biasa kuih AKOK ni*.

Biasalahkan di bulan2 puasa ini ramai yang suka update gambar2 makanan kat FB. Selalunya mak buyong boleh tahan lagi keinginan terliur bila tengok gambar2 makanan tu, tapi bila ada orang letak gambar kuih AKOK ni..ya ampun, rasa tak menahan tahap mengidam tu...macam duk terbayang-bayang je kuih2 AKOK yang famous kat Qelate nuh.

Kat kepala ni dah terimbau kenangan makan AKOK yang di jual kat gerai2 AKOK di tepi2 jalan kat Kelantan masa bulan puasa. Antara gerai2 AKOK kegemaran kami sekeluarga ialah gerai akok kat tepi Jalan Chabang 4-Pengakalan Kubur, gerai tepi jalan kat Palekbang, gerai Akok Salor dan jugak kedai akok bungo kat Wakaf Bharu

 +- akok di bakar dengan arang, memang lemak berkrim dan bau nya harum semerbak dari jauh lagi -+


Selepas berhari-hari menahan keinginan nak makan AKOK, akhirnya mak buyong memberanikan diri nak buat sendiri AKOK dan bakar guna oven je. Resepi di ambil dari MyResipi, so I copy-paste letak kat sini sebagai rujukan diri sendiri di masa hadapan.

Bahan-bahan ( 36 biji )

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara-cara

  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Since I tak ada acuan bahulu, I guna acuan muffin I yang besar gedabak tu je. 


Alhamdulillah, percubaan pertama untuk orang yang tak pandai masak macam I ni menjadi. Masa tengok je rupa AKOK kedut Fukuoka I ni, terus happy sampai menjerit2 kegembiraan. Happy mengalahkan dapat duit berkepuk-kepuk hahaha.



Jadi, untuk yang mengidam nak makan AKOK tapi tak dapat balik beli kat Qelate, boleh lah try resepi ini. Di jamin sedap, lemak berkrim dan menjadi macam yang di jual kat gerai2 tepi jalan kat Qelate nuh.

Pssssttt : makin pekat pati santan tu, makin lemak AKOK tu nanti. I guna santan dalam tin je, kurang pekat dan kurang lemak, tapi tetap sedap.

 

20 words of wisdom & comments:

Eliss said...

memang betul2 berkedut akok demo.. boleh buat meniago di jepung ni :)

Eliss said...

wehhh..teringin akok fukuoka, lagu mano ni????

mama tisya said...

dapnye akok...mujor ore dok jepung pn buleh wat sdiri

lavenderlover said...

hari tu pi kelantan (sblm pose) mkn akok sblm blik..mkn panas2 mmg la yummy!!! hehe

Unknown said...

huda reti mkn akok sbb penah duduk paka dulu kan..ade gak org jual tepi jalan berasap2 otw nak ke dungun tu..huda nak try buat la kak, nnti nak try :)

@e_da said...

yatie bila tgh camni.. bila teringin kita usahakan juga nak buat kan... janji dpt lepas idaman tekak.. heheh

Unknown said...

i pun suka akok (bajet anak jati klate kan..habis semua menu klate suka..haha)

tiap kali balik klate mesti hari2 pegi beli akok panas2 kat pasar jelawat..raya nanti balik klate.. nak satay ikan, akok, laksam, nasi berlauk..wah wah wah..kalau tak gemuk tak tau la nak kata apa lagi.. haha..

Asmara said...

sedap kuih ni. jrg sgt dpt mkn, tp kalau adik balik trganu atau kami jln ke pantai timur mmg kirim dan beli. hehe.. tak pernah buat sendiri.

Affieza said...

Nampak menarik akok versi Fukuoka ni...hehe

Teratak Hami said...

Sebelum ni tak pernah makan/ keinginan nak makan sebab ghupanya tak menarik. Lepas ni mesti carik !!! Bapak akak org Kelantan tapi tak pernah pulak dia dok ajar kami makan kuih ni.

transformed housewife said...

tok dey lg knur nok wat sediri sini. terliur pulok tgk Tie wat.

Ezna Khalili said...

nampak sedap!!! alehai yatie leh le share cara nak buat jala mas...tersuka pulak!!! :)

Oyis said...

eh nmpok senang jah resepi dio, x sangko mugo selamo ni x amik pot pon. tp still malas nk buat hehe

yatie chomeyl said...

Eliss : alaaaa akok kelate sedap berganda2 ;agi dari akok fukuoka nih hahahha

mama tisya : terpakso buat sendiri mugo xdop org jual tu gop

yatie chomeyl said...

lavender love : memang makan masa panas2 tu nikmat tak terkata :D

Huda : try la huda, senang je nk wat dia :)

yatie chomeyl said...

@eda : btol tu, mengidam punya pasal...terpaksa la buat sendiri

Rai : u org kelate jugak ke? *confused*

yatie chomeyl said...

Kak As : yatie pun 1st time buat sendiri hahahha

Affieza : tp yg akok ori kat kelate lagi menarik

yatie chomeyl said...

teratak hami : laa ye ke? rugi tu kak..sedap gila kuih ni...serius kena makan

kak nur : buleh la kito pakat2 buat rayo ni hahaha

yatie chomeyl said...

Ezna : jala mas xpernah try buat lagi...yati pun xreti buat hahahha

Oyis : meme sene jah, ore pun kes ngide la buat ni..kalu x, meme x buat la hahaha

Ahlami said...

Salam, nak tanya. If guna santan dalam tin yang 400ml tu kan, si kira guna separuh je la eh utk 200ml if pati santan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...