CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 6 September 2012

Ceritera Raya 2012 di Qelate

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Yosh, mari sambung Ceritera Raya 2012 SN's family kat Qelate pulak. 
(1) Raya ke-2
Destinasi pertama ialah beraya dengan Abah I *kitorang lupa pulak nak snap gambar ramai2 dengan abah..isk3x*. Lepas tu kitorang konvoi 3 kereta with my siblings ke rumah my aunt & uncle sebelum singgah kat rumah nenek (sebelah abah).Mak buyong memang makan je non-stop, semua makanan mak buyong makan without hesitation dan dengan bersungguh2.Masa makan tu memang tak peduli lah berapa pun berat nak naik, yang penting segala yang mengidam masa kat Jepun hari tu dapat makan mrgreen eheh.

+- sila fokus kat mak buyong baju/tudung biru yang tengah beria makan -+

+- menyandar kebuyongan kekenyangan kat rumah nenek di Wakaf Bharu -+

Lepas asar, buat sesi photoshoot pulak kat halaman rumah keluarga kat Tumpat. Seronok tak yah cerita lah, dah lama tak dapat berkumpul lengkap macam ni. Untuk raya ke-2 ni I cuma pakai baju raya tahun 2011 je, tudung je tudung baru dari Aidijuma. Nasib baik tahun lepas beli saiz besar, muat lagi nak sarung despite I'm in my 31st week of pregnancy dah masa tu cuma kain je tak leh zip sepenuhnya, lantaklah..bukan ada orang nampak pun gatai .

+- pandai tak mak buyong posing tak nampak perut buncit? *rahsianya, tonggengkan p*ngg*ng ke belakang mrgreen eheh* -+

+- Anak, Menantu, Cucu, Cucu Menantu dan Cicit Arwah Hj Md Said & Hjh Safiah Deraman -+

+- Anak, Menantu dan Cucu Hj Rosly & Arwah Hjh Sa'adah -+


(2) Raya ke-3
Hari raya ke-3 melepak kat rumah Tumpat je tapi pun dah best sebab ada acara makan kek beramai-ramai yang I tempah khas dengan Jeri dari Bakelicious. I tempah 2 biji kek, satu untuk family I kat rumah Tumpat dan satu lagi untuk family hubby kat rumah Kota Bharu. Tahun ni I tempah peach layered cake dan strawberry layered cake; topping pulak letak edible image gambar family. Kecoh lah masing2 tak nak potong bahagian badan dan muka sendiri; tapi last2 semua pun licin kena ngap mrgreen ngeeeee.
 
+- shantekkk kan kek raya titewww *auw gedik taip cenggini* -+
Sumpah sedap kek Bakelicious ni, memang puas hati kalau tempah. Semua orang puji kek tak muak..sekali hadap je dah habis licin. Kalau tak percaya, tengok gambar candid mak buyong yang beria makan kek tu. Sekali bila perasan hubby snap gambar, terus tukar pose pout mouth bajet seksis jelir muahahaha.

+- kantoi kena snap dgn paparazzi masa tengah mentekedarah kek -+

Yang tak best sikit ialah my eldest sister Kak Nur dah kena gerak balik KL on aya ke-3 tu. Tak puas lagi nak beraya dan main dengan tiga anak dara dia. Baru kejap je Cik Ti dapat pegang Baby Husna dah nak kena gerak balik KL...sigh.  

+- latest addition in our big family, Kak Nur's daughter named Husna (2 months old) -+


(3) Raya ke-4
Balik ke rumah parents hubby kat KB pulak. SILs pakat2 masak untuk simple open house sebab diorang ajak kawan2 diorang datang beraya. Mak buyong cuma tolong prepare kuah spagetti carbonara dengan bolognese je. MIL pulak masak nasi minyak. SIL's prepared desserts e.g triffle and puding karamel. Lepas semua dah siap2, baru teringat yang tak ambil gambar ramai2 lagi padahal masa tu dah ada kawan Cik Amah yang datang beraya. So terpaksa lah buat sesi photoshoot kat dapur je.

+- Anak, Menantu dan cucu Adnan & Umi -+
The picture turn out to be quite good despite the location cuma kat dapur je kan. Cuma nya si Upin Ipin (SN & Zharif) tak nak tengok kamera, dua2 tengah busy main game kat ipong. Aiyohhh budak2 zaman sekarang, kalau ambik  ipong tu karang meraung pulak..lagi buruk gambar. Sudahnya kitorang biarkan je lah asalkan diorang happy.

Abg SN & Zharif ni kan sebaya, diorang beza 7 minggu je. Memang sebijik macam Upin Ipin...kejap baik kejap gaduh, kejap berebut ipad/ipong, lari sana sini dan paling best...habis togel daun2 pokok Tok Umi kena cabut dengan diorang. Bila tanya siapa yang buat, masing2 buat muka tak bersalah dan mengaku yang diorang cabut daun2 pokok Tok Umi tu; nasib baik lah Tok Umi tak marah. Kalau buat kat pokok bunga mommy.....harus dah kena jentik dah jari tu *eh, cop cop..mommy bukan pernah ada pokok bunga pun jelir*.
+- muka tak bersalah sambil tangan tak lepas dari tarik daun kat pokok2 Tok Umi -+

Sebelah petang nya kitorang gerak semula ke rumah Tumpat sebab malam tu ada buat majlis sembahyang hajat sempena kandungan mak buyong yang dah mencecah 31 weeks dan kandungan Fiza wife Pein yang dah mencecah 28 weeks.

 So, I guess ini lah ceritera raya untuk tahun 2012 ni. Alhamdulillah dapat peluang beraya dengan keluarga setelah 2-3 tahun beraya di perantauan. Yang paling seronok ialah SN lah sebab dapat main sepuas hati dengan sepupu2 dia and sepupu2 mommy-daddy yang kecik2. Dia pun dah pandai cakap Melayu, so memang seronok la diorang melayan dia berbual. Lagi best bila Abg SN dah faham pasal duit. Tiap kali dapat duit raya, dia akan bagi mommy simpan .. lepas tu bila mommy tanya nak buat beli apa; dia akan jawab nak beli "LAP-PAD" --> i.e LAPtop dan iPAD gatai muahahahaha.

 
+- kenangan Abg SN beraya meriah di sisi sanak saudara -+

Psssssttt : Hamek kau, dah lama tak update...sekali update terus panjang berjela2 jelirngeeee.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

16 words of wisdom & comments:

Zaila Mohamad said...

best raya..Tumpat mano tu? silap hb sekampung ngan husband aku..hehe

Sidratul Muntaha said...

bestnya raye..
hohoh..
thun ni haku beraya kat phg...
blk meru takde rasa ape2 sbb seme dh start kije

Unknown said...

laa..u balik beraya kat malaysia ke.. rugi la kitorang tak tau.. kalau tak boleh gader gader gediks..

Unknown said...

meriah kak :) best tgk all pic :)

Shaofie said...

Selamat Hari Raya Kak!!!

zietyrahman said...

Waa..selamat hari raya...

Nadiah Sidek said...

mak buyung melantak je kerjanya. hehe..

aNgAh_aLiFaH said...

yatie berjaya pujuk solah pakai baju pink ye? hehehe....

selamat hari raya utk yatie sekeluarga.. jaga diri dan perut buyong ye.. back for good ke ni?

Affieza said...

Seriously cantik kek tu...hihi

Ezna Khalili said...

wahhhh yr hubby leh pakai pink!!!

Cikrosecute said...

Follow sini...

yatie chomeyl said...

zaila : x rasonyo, aku kat chabe 4 tuk mek ngoh hehe

ayu : oo lama ye beraya kat pahang?

yatie chomeyl said...

Rai : i balik dekat2 nak raya, tu yg xsmpt nk inform sape2

Huda : memang meriah :)

yatie chomeyl said...

Shaofie & Zietyrahman : slmt hr raya :)

nadiah : itu sudah tentu! eheh

yatie chomeyl said...

Angah : tu pun jenuh nak pujuk huhuuhuh

Affieza : cantek kan? ;)

yatie chomeyl said...

Ezna : lepas berkali2 di pujuk..baru dia nak pakai hehe

Che rosliza : thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...