CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday, 31 October 2012

(WW 37) : SNs are our most precious jewel

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
“Every father should remember that one day his son will follow his example instead of his advice.”

 +- hopefully SN's Daddy can set good examples to his children -+

"Grown means nothing to a mother. A child is a child. They get bigger, older, but grown?. In a mother's heart each will always be her baby".
 
 +- Abg SN and SN Jr will always be mommy's little boy forever -+


Psssssttt : cepatnya masa berlalu, SN Jr dah pun masuk 2 minggu.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Monday, 29 October 2012

Cukur rambut SN Jr & memberi nama SN Jr

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Hari ini SN Jr dah pun nak masuk 2 minggu. Masa SN Jr umur 7 hari hari tu, kitorang sempat lah melaksanakan tuntutan sempena hari ke-7 iaitu mencukur rambut dan memberi nama yang baik.

(1) Memberikan nama yang baik

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu". Riwayat Abu Daud. ~
sumber SINI.

+- SN Jr tengah bersedia nak di beri nama oleh Daddy -+

Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin diwaktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih". ~
sumber SINI.

+- Assalamualaikum, nama saya.....-+

We decided to name him "SHAHMI NAZRAN" yang membawa maksud : Shahmi= Mulia, berani, bijak dan Nazran = Persembahan untuk Allah. Semoga nama ini serasi untuk SN Jr dan semoga maksud yang baik ini akan betul2 menjadikan SN Jr seorang anak yang mulia, berani dan bijak...Insya Allah...Ameen.

(2) Bercukur rambut

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain. Macam Abg SN dulu pun Daddy yang cukur sendiri, so kali ini pun daddy jugak lah yang cukur rambut SN Jr.

+- SN Jr buat muka cuak sebelum di botakkan -+

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

(a) Hikmah kesihatan.
Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

+- tengah berfikir macamana lah rupa dia lepas di botakkan nanti -+

(b) Hikmah kemasyarakatan.
Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata:

Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak". Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud. ~sumber SINI.

+- genggam erat jari mommy -+

Lama jugak proses nak membotakkan kepala SN Jr. Nasib baik dia tak meragam sangat sepanjang proses mencukur rambut tu. Daddy guna pisau pencukur Gilette tu je. Alhamdulillah putera temenggung mommy ni dah pun botak licin, harap2nya dah hilanglah segala kotoran2 yang melekat kat kepala dan rambut dia masa kat dalam perut mommy tu.

+- SN Jr : saya dah botak, hensem macam Abg saya tak? hehe -+

Pssssttt : rambut Abg SN pun kena potong pendek jugak, nasib baik tak di botakkan sekali by daddy.

~ Thanks for reading this (^-*) ~

 

Wednesday, 24 October 2012

(WW 36) : SN Jr = Penyokong cilik The Red Warrior

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Tak sia2 I bersalin awal 5 hari dari due date, dapat layan tengok final Piala Malaysia 2012 antara ATM dengan Kelate yang sungguh2 hebat dan mendebarkan. For those yang tak tengok, nah I tepek video.


Ini nak share gambar penyokong cilik The Red Warrior yang baru berusia 5 hari masa game tu berlansung. Tak dapat pakaikan jersey, pakai bedung merah pun boleyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.



Pssssttt :  kesian SN Jr tak dapat tidur nyenyak malam tu, mommy asyik menjerit je kat tepi dia kui3x.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Friday, 19 October 2012

Yeayyy...sempat tengok final Piala Malaysia dengan baby :)

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
 Yeeehaaa yippeeee...yo yo ooo je kan cakap takde tanda2 bersalin lagi ke apa hari Isnin tu...tup tup hari Selasa malam pukul 3 pagi dah start2 sakit contraction. Tapi sebab baby ke-2 so I buat2 cool je, setakat rasa contraction every 1 hour tu I duk diam2 je dalam bilik. Bila contraction dah every 30 minutes, baru bersiap2 pakai baju untuk ke hospital..itu pun lepas solat subuh baru get ready.

Then, tak ada gerak ke hospital lagi, siap breakfast roti coklat, makan kurma and minum air zam-zam dulu. Bila dah rasa contraction every 15 minutes baru bertolak dari rumah ke hospital. Sampai hospital around pukul 8 pagi, check contraction guna CTG scan tu tak ada lah pulak. Tapi bila Dr check bukaan dah 3cm camtu.

Nurse pulak siap suggest suruh pergi makan dulu masa 4-5 cm bukaan tu sebab dia takut nanti tak ada tenaga nak meneran tapi I could feel that dah tak lama nak deliver sebab masa tu dah rasa contractions every 5 minutes. Bila dah tak tahan rasa nak terberak, kelam kabut nurse tolak I masuk labor room. Barang2 kat labor room pun tak sempat nak prepare lagi, I memang dah tak pedulik...memang bila2 masa je boleh teran dah ni hahaha.

Nasib baik Dr pakar, midwife and nurse sempat masuk labor room dan get ready. Tiba2 je bukaan dah 10cm so Dr cakap bila2 rasa nak terberak teran je. Dr cakap kena tutup mulut masa push, push kuat2 dan curi2 ambil nafas. Gosh, I memang dah lupa terus teknik pernafasan tu...masa tu rasa nak give up je tapi tak boleh sandarkan kepala; kena rapatkan dagu ke dada sambil teran. Dr terus encouraged untuk pegang kaki kuat, jangan angkat p*ngg*ng dan push satu nafas. 

Alhamdulillah lepas 3x push, Baby SN Jr selamat di lahirkan secara normal pada jam 10.15 pagi 17th October 2012 bersamaan 1 Zulhijjah 1433H *kiranya dalam masa 2 jam dari waktu I sampai kat hospital, cepat kan?*.  


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah sebab sakit contraction yang teruk dan kerap tu sekejap sangat2. Ye lah, kalau ikutkan sakit contraction every 3-5 minutes tu cuma 1 jam je lepas tu baby SN Jr pun dah selamat di lahirkan. Nurse and Dr pun terkejut sebab sekejap snagat, diorang cakap selalunya kalau 3cm tu orang lain siap boleh balik rumah or jalan2 dulu tapi I ni from 3cm to 10cm opening tu amik masa 1 jam je. Kalau gi jalan2, tak pasal2 baby SN Jr lahir kat shopping mall hahahaha.

Yang penting masa sakit tu, memang kena ada orang untuk selalu ingatkan kita untuk megucap + baca selawat banyak2 + doa nabi Yunus. So, memang masa sakit tu I amalkan baca itu lah, walapun sakit tak tertahan tapi I try tak nak jerit sebab nanti buat letih diri sendiri je kalau jerit. Sakit yang paling sakit sebenarnya masa nak bagi bahu baby lepas lah, bila bahu dah lepas....terus rasa pluppp pluppp plupppp...lega sangat2 dalam perut. 



Baby SN Jr looks alike Abg SN masa kecik2 dulu, sama jugak bibir seksi muncung tu sebagai trademark diorang ni anak mommy hahaha. Abg SN mula2 excited lah sebab adik dah keluar, tapi sekarang ni tanda2 jeles dah nampak jugak. 

Yang peningnya bila dua2 merengek dalma masa yang sama, tapi bila behaved pun masa yang sama jugak. Macam petang semalam, baby menangis merengek2 nak susu while Abg SN pulak menangis merengek2 sebab dah terkencing atas katil...aodyaiii pening kepala mommy. 

Baby SN Jr ni suka berjaga malam dan tidur siang so mommy bleh lah update blog sebab dia tengah tidur dan Abg SN pulak tengah main game kat ipong. Segala param pilis tapel I tak pakai lagi sebab ikut instruction cakap kena start hari ke-5, so perut adalah masih tak kempis lagi huhuhuhu.


Anyway, I'm so happy and feel blessed with our new bundle of joy ni. Alhamdulillah, tercapai hasrat nak tengok final Piala Malaysia dengan Baby SN Jr. Nama penuh Baby SN Jr cuma akan di umumkan on the 7th day nanti..hari ni umur dia baru 3 hari..so tunggu lah untuk next entry for those yang tertanya2 nama penuh Baby SN Jr tu ye hehhe.

Psssstt : thanks untuk wishes dan doa dari kalian kat blog, FB, twitter and instagram. I really appreciate it. Sayang korang semua ketat2.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Monday, 15 October 2012

Not yet..not just yet

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Hi u ollsss..ye, mak buyong ni masih di sini dengan perut buncit. Tak ada tanda2 nak bersalin ke apa lagi walaupun hari ni dah masuk 39th weeks 1 day *6 days to go!*. Kiranya bila2 masa saja lah. Hari ni pergi check up pun midwife cakap perut dah terik benar dan kepala baby pun memang dah kat bawah, getting ready for the labor process. Tapi tu lah, I lansung tak rasa any contractions or bengkak kaki or blood spot or whatsoever tanda2 bersalin yang lain. So, I couldn't predict bila lah baby SN Jr nak keluar ye.


Bag hospital pun baru je semalam I packing itupun packing sebab rasa macam I cant control my bladder at all anymore. Believe it or not, masa jalan2 kat mall I boleh terlepas kenchhh masa tengah queue nak bayar barang2 baby. Nasib baik la tak banyak sangat so I buat2 rilek dan bayar je dulu baru gerak gi toilet...hahahhaa ... very the tak senonoh kan?. What to do bukan salah I, salah bladder tu yang tak bagi signal to me in the first place....pffftttttt main keluar je suka hati huhuuhu.
 
 +- photo credit : here -+

So far rasanya memang dah complete lah barang2 baby oh except kena beli teat baru untuk botol susu baby. Ye lah, nak kena ajar minum EBM dari botol susu awal2 gak nanti susah nak tinggal macam Abg SN dulu2, so have to start early untuk latih Baby SN Jr minum EBM from bottle. 


Untuk confinement kali ni, I beli set bersalin Tanamera Postatal Care Set sebab bila I baca review ramai cakap yang kebarangkalian baby nak dapat kuning kurang sikit bila guna set ni. Plus it is made 100% from natural products *as they claimed it*. TANAMERA postnatal care set is retailed at RM360 in West Malaysia and RM380 in East Malaysia, including postage.

+- Each Tanamera Postnatal Care Set has 11 products to help new mothers recover and rejuvenate, in the shortest time possible -+


Yang bestnya product ni siap ada bagi buku untuk usage chart, so I think it is very convenient for the moms to use it during confinement days. So far, even before delivery pun dah boleh guna VCO untuk reduce stretch mark dan floral water tu sembur kat muka untuk kesegaran wajah. Yang lain2 I tak guna lagi, tunggu dah bersalin baru guna. Untuk review penuh, tunggu je lah lepas bersalin nanti ye hehe.



Lagi satu I ada beli kat online shop Gugu Swaddle Pod i.e. bedung bayi moden untuk baby. Tahu2 lah baby kan suka gerak2 dan terkejut kalau tak bedung kemas2 masa tidur, so I decided to buy 2 sets of this Gugu Swaddle Pod lepas terpengaruh baca review kat blog Ceera. Nanti kalau I dah guna bedung tu on my baby, I bagi review kat blog ni pulak ye Insya Allah.

Oh and one last thing before I sign off my bebelan untuk today's entry is I hope that I can deliver Baby SN Jr earlier than my EDD which is on 21st October 2012. Sebabnya....errrr sebabnya....errr sebabnya ada peristiwa penting that will take place on 20th October tu *sehari sebelum due date*. Apakah peristiwa penting itu? Meh kita exercise jari dan scroll down mouse tu.

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x


Yes my friend, Final Piala Malaysia 2012 akan berlansung sehari sebelum expected due date for baby SN Jr. That's why I kalau boleh nak sangat2 baby SN Jr keluar sebelum final match tu. Buatnya bbay SN Jr nak keluar masa I tengah layan bola, kan dah rugi tak dapat tengok kemenangan team Kelate *eceh, confident habis yang The Red Warrior akan menang hahahaha*. 

Lagipun I risau la, karang tengah2 midwife suruh teran baby, I tetap sibuk2 nak bukak online streaming untuk tengok game tu....tak ke haru dan kelam kabut di buatnya kat dalam labour room tu nanti..wakkakakaka.

Psssssttt : Sila bagi tips nak mempercepatkan proses kelahiran Baby SN Jr ni. Sambil2 tu I nak jalan banyak2 dulu kat luar rumah, konon2nya nak bagi senang meneran nanti eheh.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Wednesday, 10 October 2012

(WW 35) : 11 days to go!!

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
 Jantung makin berdebar-debar...semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah..Ameen.
 
 

 

Pssssttt : urinary frequency is like every 30 minutes huhuhuuhuhhu..penat ulang alik ke toilet.
 
~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Friday, 5 October 2012

Buta hati

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Sedikit perkongsian bersama di hari Jumaat yang mulia, biar buta mata jangan buta hati ye tak?.


Perggghh setepek2 kena atas batang hidung I sendiri...semoga ada masa dan ruang untuk kita terus memperbaiki diri dari hari ke hari, Ameen.

Jazakallah Khairan Kathira.

JazakAllah Khayr (جزاك اللهُ خيراً‎) = "May God reward you with goodness."

Psssstt : “Jumu’ah Mubarak!” to all of you...may this Friday brings barakah in your life..Ameen
 
~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Wednesday, 3 October 2012

Movie : What to Expect When You Are Expecting

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Few of my friends has been wondering have I delivered my baby sebab I semakin menyepi dari dunia blogging. To answer this question; "NOT YET!, I'm still carrying my baby and he is in his 37th weeks ++ right now". Lack of updates in my blog is due to the reason that I have much more important things to do right now that took most of my free time and also due to my growing belly, I can't be sitting in front of the computer for too long..baby akan tendang2 perut.

Tapi dalam pada konon2 tak boleh duduk depan komputer lama2, sempat jugak I men-download movie What to Expect When You're Expecting dan melayan movie best ni. Dah kata mak buyong kan, mesti lah mengidam nak tengok movie ni..eh, boleh ke mengidam nak tengok movie? Ngeeeee.

What to Expect When You're Expecting is a 2012 American romantic comedy film directed by Kirk Jones from a screenplay by Shauna Cross and Heather Hach and based on the book of the same name. 

It stars an ensemble cast of Cameron Diaz, Jennifer Lopez, Elizabeth Banks, Chace Crawford, Brooklyn Decker, Anna Kendrick, Matthew Morrison, Dennis Quaid, Chris Rock and Rodrigo Santoro. The film was released on May 25, 2012 *dah lama pun released, mak buyong ni je yang baru nak tengok*.


The story follows five couples who "suffer the many joys of the childbirth process". Ramsey and Skyler are married, Gary is Ramsey's son (Gary and Wendy are married). Skyler's cousin is Rosie (who is involved with Marco). Gary was on Jules' weight loss program who met with the dancer Evan whom she is having a baby with. And finally to tie it all in, Wendy's photographer is Holly (married to Alex) who recommends Skyler to use her for photos later on.

Kiranya ada 4 watak pregnant woman dan cerita yang berbeza untuk setiap dari mereka. JLo tak boleh pregnant, so dia nak adopt anak angkat tapi husband dia macam tak ready lagi nak jaga anak. 

Brooklyn Decker pulak hot mama yang preggy kan twins tapi tetap stylo mylo siap boleh pakai heels & wedges lagi in her 7th months of pregnancy. 

Cameron Diaz jadi pakar dalam program turunkan berat badan tapi dia sendiri pun stress tengok badan dia yang membuncit masa preggy hahahaha. 

Anna Kendrick pulak preggy kejap je pastu keguguran. 

Yang paling best ialah watak yang dilakonkan oleh Elizabeth Banks tu. Dia ni pemilik butik breastfeeding, konon2nya semua ilmu pasal pregnancy dah ada kat kepala dia la. Tapi bila preggy, dia lah yang paling teruk walaupun dah ikut semua teori yang di abaca sebelum ni. Masa nak bersalin, dia siap bawak birth-plan pergi hospital dan konon2nya tak nak ambik epidural, tapi bila dah sakit sangat...dia siap tampar husband dia semata-mata nak epidural hahahha. Walaupun plan nak bersalin normal, tapi terpaksa jugak c-sect. Kiranya semua watak2 perempuan2 dalam cerita ini ada kena mengena lah dengan expecting woman dan moms out there.




So, I nak suggest lah pada mak2 buyong dan mak2 yang belum tengok movie ni boleh lah melayan untuk pilih watak mana yang paling related dengan diri kita ni. As for me, masa 1st pregnancy dulu I memang rasa macam hot mama sangat *perasan habis*; lansung tak letih dan penat walaupun dah masuk 39th weeks; dah lah tu asyik nak melawa je..tengah2 malam sebelum masuk tidur pun mekap siap bubuh eye-shadow sampai laki pun takut tengok wakakakka. In fact, masa dah contraction every 5 minutes tu pun sempat posing untuk photography masuk newspaper Jepun lagi *refer full story here*.

Untuk 2nd pregnancy ni pulak, ya ampun letihnya mengalahkan orang yang kerja buat bangunan..kalau boleh rasa nak baring je all day tanpa buat apa2 huhuuhuh. Kesian Abg SN selalu jadi mangsa keletihan mommy, asyik kena marah je dia. I have to always remind myself to cool down takut Abg SN rasa mommy dah tak sayang dia sebab asyik marah2, tapi tu lah bila dah penat....emosi pun tak terkawal isk3x...I'm such a bad mommy huhuhu.

Psssstt : 18days to go before the due date, haiyohhhhhh baju baby pun baru je siap basuh last week *tu pun recycle baju2 Abg SN dulu je* huhuhu.


~ Thanks for reading this (^-*) ~
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...