CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday 14 April 2009

Jom main masak2 bersama Mak Buyung!

Dari hujung minggu lepas, mak buyung mengaplikasikan teknik memasak makanan2 yang tak pernah pun di masak sendiri sepanjang kat Malaysia *hidup di malaysia ialah heaven untuk orang2 Malas macam mak buyung, bukak purse-keluarkan duit-ngap ngap*. Mula2 mak buyung main masak2 untuk hidangan pada majlis perasmian pembukaan Masjid Fukuoka. Setiap negara (Indonesia, UAE, Malaysia) di tugaskan untuk menyediakan sedikit juadah untuk majlis perasmian tersebut dan warga Malaysia di tugaskan menyediakan kuih muih. Geng Ito masak bingka tepung a.k.a kuih bakar, geng Kashii buat kek manakala Kak Aisyah (takde geng ekekke) buat kuih kapal terbang.
*Ito, Kashii --> nama tempat kat sini*.




(front view Masjid Fukuoka)


Operasi memasak kuih bakar di mulakan oleh mak buyung lepas solat Isyak hari sabtu tu (balik dr shopping brg2 baby SN pon dah nak dekat maghrib). Berpandukan resepi yang di cilok dari myresepi, upacara mem'blender' bahan2 di lakukan dengan mata tertumpu pada skrin laptop tapi bukan tengok resepi...sebaliknya fokus pada game EPL Manchester United vs Sunderland. *terpaksa tengok kat lappy sebab takde tunjuk kat TV, hubby yang seronok dapat tengok game Arsenal vs Wigan kat TV*. Di iringi dengan OST bunyi-bunyian seperti Prengg preng *bunyi blender*, ketung ketung *bunyi loyang*, bedebuk *bunyi senduk jatuh atas lantai .. mak buyung kan clumsy* dan pam pum *bunyi pintu oven ditutup*....akhirnya terhasillah 2 bekas kuih bakar. cool

http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/masak22.jpg
(nama asal kuih bakar telah bertukar memandangkan rupanya yg tak seberapa) lol

Di sebabkan mak buyung adalah comot, incik hubby di beri tugasan untuk memotong kuih2 itu *ye lah, nak bagi orang makan..kena lah cantik2 sikit..baru leh menarik selera gitu*. Hasil akhir, dapatlah hampir 35 potongan *tu kira sekali dengan yang termasuk mulut mak buyung & incik hubby 2-3keping*...kitorang kena buat 20keping je sebenarnya tapi takpelah lebihkan sikit kan.




------------------------------------------------------------------------------------------

Dah siap menghanguskan kuih bakar, mak buyung wat pulak adunan sendiri untuk kek-marble-oat *sebab nak habiskan oat yang banyak sgt dalam almari*, bakar sekejap je pastu mak buyung dah ngantuk sangat *masa ni dah pukul 1.30pg*, mak buyung pon stop oven dan teruskan upacara membakar esok paginya. *tidak berapa pagi la sebab bangun lambat dah*. Oleh kerana upacara membakar kek di buat sambil mata menonton konsert ke-5 AF7 kat you-tube, maka adalah dengan itu mak buyung berjaya menghanguskan lagi masakannya. Tapi bila bagi kat kawan2 Malaysia makan, diorang cakap "oisyi desu (sedap)" *tak tahu lah ikhlas ke nak amik hati je*, jadi kesimpulan yang dapat di buat oleh diri sendiri ialah --> kek-marble-oat-hudoh tetap menjadi poooojaaaan lidah2 yang merasa...*sila lah merasa mual dengan statement peribadi berbau riak ini*


(hudoh tu sebab kulit kat tepi dia mcm pecah2 akibat overbaked) lol
** resepi kek marble oat sudah di upload di sini, selamat mencuba **
--------------------------------------------------------------------------------------------

Petang Ahad pulak mak buyung dan incik hubby mencomotkan dapur untuk mengerjahasilkan kuih ketayap. Incik hubby tiba2 mengidam *terjangkit pembawakan si boyot* nak makan kuih ni, so berganding bahu lah menghasilkannya *bahu incik hubby adalah tinggi sikit, jadi mak buyung kena berjengket kaki*. Incik hubby letak adunan dalam kuali dan mak buyung menggulung. Oleh kerana mak buyung adalah boyot, maka gulungan2 yang di hasilkan juga mengikut saiz mak buyung *sume bulat2 kembung2 buntal2*. 2-3 adunan last2 tu,incik hubby gulung sendiri...jadi hasilnya lebih lawa la *walaupun ek-eleh rasanya tetap sama lah abe*.


(kuih ketayap versi slim dan buntal) lol
------------------------------------------------------------------------------------------

Malam semalam pula incik hubby telah menjemput 3 orang kawan2 lab dia untuk datang dinner kat umah. Jemputan ni di buat sebab diorang selalu menyuarakan hasrat nak merasa masakan Malaysia. Walaupun ramai lagi sebenarnya kawan2 lab incik hubby tapi memandangkan kesiankan si isteri yang boyot ni, incik hubby ajak 3 orang je lah. Mak buyung ni pon memulakan operasi memasak nasi beriani + kerutuk ayam + salad (beli jer nih, tak masak pon) + puding epal untuk menjamu perut orang2 Jepang itu.

http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/kwnlababe1.jpg



Mula2 masuk rumah terus mulut diorang tak henti2 sebut "sugoi (cool) " sebab kagum dengan design dan furniture2 dalam rumah, pastu mulalah diorang suruh kitorang kenen2 diorang dengan sapa2 so that diorang leh sewa gak umah cenggini gak *ada sapa2 berminat dengan mamat ber3 nih?, mak buyung leh tulong rekemenkan*.

(si baju hitam : Hiro-san, si baju hijau: Otsuki-san , si baju merah: Hayashi-san, si baju coklat: incik hubby-san) mrgreen


Sambil menikmati hidangan dan menambah 2-3 senduk nasi dan lauk, banyak la diorang tanya2 pasal Malaysia dan pasal kitorang berdua. Siap diorang tanya : "kenapa kena pakai tudung?", "Bila 1st time incik hubby dapat tengok rambutku?", "Ada apa di sebalik tudung?" *soalan ni memang tak bulih blah, ingat orang botak ke?* "Macamana kitorang bercinta jarak jauh dulu2?", "Macamana incik hubby propose through internet" dan bla2x.. Diorang siap suruh tunjuk gambar2 kahwin kitorang, gambar2 honeymoon dan suruh kitorang explain pasal tradisi perkahwinan kat Malaysia.


(cubaan incik hubby untuk mengalih perhatian diorang dari terus menambah makanan) mrgreen


Semua benda yang kitorang explain akan di sambut dengan kata2.."sugoiiiii"....penuh perasaan sungguh orang2 Jepang nih. Diorang cakap untung jadi rakyat Malaysia sebab gi kenduri kahwen cuma bawak hadiah je dah leh makan free, kalau diorang g wedding party kawan2, diorang kena bagi duit kat pasangan pengantin dalam 30000yen (RM1077) sebagai hadiah...*tiba2 rasa nak wat re-wedding party kat sini, leh kutip duit...bling2 keluar gambar duit kat mata* twisted




Psssttt: agaknye pembawakan mengandungkan baby boy, hidangan masakan yang mak buyung hasilkan lately semakin hudoh dan tak berseni *walaupun rasa ialah tetap di taraf oisyi (perasan!)*...sengaja nak salahkan baby SN, kesian baby SN tak pasal2 jadi kambing hitam untuk mommy..isk3x



VOTE FOR ME!! just by clicking on this image!
Photobucket

12 words of wisdom & comments:

Nani~~{@ said...

Salam Yatiey..

Sangat rajin mama baby SN ni berperang di dapur..nampak yummy all d food..tertelan2 air liur saya=)

nak request recipe kek marble oat boleh? senang x nak buat?

U suka sape dlm AF?..samala kita tgk youtube aje..

umi nuha said...

kan baguih kalu cikpuan kite ni rajen msk2 masa kat europe tu...kenyang perut hamba...ekekeke

cik osh said...

hiro-san tu cute ah! kirim salam deh! ekekekekke

yatie chomeyl said...

nani >> leh je klu nak recipe marble oat tu..quite senang gak nk wat sbb campak2 je sume benda :) xde suka sapa2 lagi kat AF, xde yg menarik minat lg hik3x

umi nuha >> ala masa kat europe pon dh rajin masok cumo xdop oven jah nk bakar2 :p

woghih >> nok ore rekemen ko? ;)

A'thiqah said...

kakti~ ckp ngan hayashi tu~ saya SINGLE lagi~ ;p pastu marble cake tu~ pujian IKHLAS tau!! rase mcm nk lagik je~~ hehe

Unknown said...

salam yatie chomeyl,
wah, sedap nampak masakan nyer.. nampak huduh sket jer.. tp kalo rasa sedap, ruper dah takde makna... hihi

kliza said...

kuih bakar 2 oisyii.. kami dh abihkn 15 keping 2.. Psstt.. minat la kat hiro-san 2.. hehe

xeea said...

rajinnya mak buyung ni masak2.
terlior tengok kuih bakar tu.
chedapppp.

-->>>> N.A.M said...

terpakse suh rekemen kat hiro-san..sbb mak buyong leh tolong...wakakaka...

bestnye men masak2...

ummuabdullahsyaakir said...

hehe..luculaa Yatie nih,tergelak saya sorang2 sbb teringat masa saya mengandung Abdullah dlu,semua orng yg tgk sya akn kata "oii mak buyung":)

Tengok kuih bakar n kek tu nmpak mcm sedap,rupa pun ok je-ikhlas dari lubuk hati:)

yatie chomeyl said...

t-qah >> nanti kti suruh abg solah bgtau kat Hayashi tu..baik budak ni tp die ckp lmbt lg die nak kawen . kek tu klu nk lagi..bulih je,sng campak2 je sume bhn hik3x

kak yong >> mak buyung ni rupalistik sket, kalu tgk hudon mcm x mo makan (padahal bedal gak sampai habis)

k.liza >> nasib baik geng Ito wat lebih, dh spare utk geng2 membungkus testing dulu heheheh
pssstt nk ngadu kat abg zaki, k.liza minat kat hiro :p

xeaa >> terliu2 nih jangkit pembawakan mak buyung ke? ;)

ajim >> nak hiro-san kena dtg stay kat jepang ni lah..leh kita bjiran ;)

ummuabudullahsyaakir >> time2 camni mmg org panggil mak buyung jer, syok jugak sesekali dpt gelaran cenggini :)

AKUOKU said...

kim salam kat hayashi tu. nak jadi adik angkat boleh tak?.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...