CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 31 January 2013

Kasmei H&M GIVEAWAY


Mari-mari adik kakak makcik pakcik..mari duduk rapat-rapat..I nak bukak cerita super duper best ni.

Citer best apa korang tanya?

Cer bawak bersabar sikit, boleh? keh keh keh...



Al kisah nya nak cerita pasal Giveaway dari Kasmei H&M. Untuk yang tak tahu.. Kasmei Hijab ni merupakanb online shop yang menawarkan pelbagai produk untuk wanita dan kanak2. Di antara produk2 nya ialah :- 











Shantekkkk kan hijab2 kat Kasmei H&M ni. Yang bestnya, sekarang ni Kasmei Hijab sedang menganjurkan giveaway yang sangat senang nak join dan terbuka utk semua yang ada FB account.

Cara2 nya senang sangat :-


2) Share this giveaway photo at your FB with your own comment



Haaa cik kak, tunggu apa lagi tu? cepat2...like FB Kasmei H&M pastu share pic GA tu, then comment..senang giloss weh.

Meh kita meh kita pakat2 join. Mana tahu ada rezeki dapat hadiah2 best yang di tawarkan itu. 

Pssssttt : Cepat weh, GA end by 15th Feb 2013!.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Wednesday 23 January 2013

Super duper easy "Upside down pinneaple cake" recipe

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Sebagai seorang ibu beranak dua yang kuat makan, I mengaku yang I sangat2 suka makan kek tanpa memikirkan lemak terkumpul selepas mentekedarah kek2 itu. Sesuai dengan keterbatasan  waktu yang semakin menghadkan ruang masa yang banyak untuk diri sendiri (*perghhhhh, cikgu BM mesti bangga ada anak murid macam I*); I nak share resipi upside down pinneaple cake yang I copy paste dari Nigella Lawson.

Sumpah resipi ni senang yang amat, pastu hasilnya memang wallahhhhhh sedap gila. Sangat sesuai untuk orang macam I yang tak berapa rakin (a.k.a MALAS) dan tak berapa reti sangat bab2 baking ni. Cakap banyak tak guna, ayoh kita tengok resipi yang kengkonon senang sangat tu.

BAHAN-BAHAN :- 
  • 2 tablespoon gula castor
  • 6 slice(s) pineapple(s) (nenas dalam tin +  3 tbsp juice)
  • 11 Glace cherries (untuk hiasan)
  • 100 g tepung gandum
  • 1 teaspoon baking powder
  • ¼ teaspoon bicarbonate of soda
  • 100 g butter (soft)
  • 100 g gula castor 
  • 2 biji telur (medium)
CARA- CARA :-
  1. Preheat the oven to 200°C. 
  2. Sapu Butter kat dalam loyang.
  3. Tabur 2 tablespoons of sugar atas sapuan butter dalam loyang tadi, lepas tu susun pineapple slices dalam loyang.
  4. Kat tengah2 each pineapple ring tu letak kan ceri.
  5. Masukkan tepung + baking powder + bicarbonate of soda + butter + gula castor + telur dalam food processor dan pukul sampai adunan sebati. Masukkan jugak 3 tablespoons of pineapple juice dalam adunan tu.
  6. Curahkan adunan tu slow2 dalam loyang atas cherry-studded pineapple rings; lepas tu ratakan adunan.
  7. Bakar utk 30 minutes, lepas tu kikis tepi kek dan terbalikkan kek (upside-down) bila dah sejuk.
 Haaaa amacam, senang kan? Senang gila2. Nak tengok hasilnya tak?

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x




+- dah ada kesan potong dengan pisua kat tengah2 kek tu, baru teringat nak ambik gambar -+


Aaaaa, I tahu lah rupanya memang tak semenggah sangat, dah potong separuh baru teringat nak ambik gambar ngeee. But if u knew me long enough, u might already know by now that I am just trying to keep my signature that is to bake a USO : Unidentified Sweet Objects ..just like what I've made earlier on previously with my cheesecake, macaroons and churros  ekekekeke.


Pssssstt : masa kecik2 dulu Arwah Ma selalu gak buat kek ni, so masa buat kek ni hari tu..tiba2 memori tu singgah kembali. I miss her so much..Al-fatihah untuk Allahyarhamah Saadah.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Monday 21 January 2013

SN Jr is 3 month old already

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
SN Jr is already 3 months 4 days old today ..phewwww, cant believe how time flies these days. *ayat skema mak2* ngeee.

Macam masa Abg SN dulu, mommy rekodkan monthly progress and milestones, so to be fair utk SN Jr pun kena buat gitu jugak lah *selagi terdaya dan selagi rajin* ngeee. 

(1) Motor skills
• SN Jr’s neck strength is improving. Kalau dukung bagi berdiri, dah kurang lah head wobbling yang tergeleng-geleng kiri kanan tu. 
• There's a big possibility that he'll be a FOOTBALLER when he grow up sebab SN Jr ni suka sangat2 stretch out his legs and kick while lying on his bed.

 
 +- dagu berlapis2 -+

(2) Sleep
• His stomach can accommodate more milk now, so dah kurang lah reflux muntah lepas susu macam masa umur 1-2 bulan dulu. This also allow SN Jr to sleep for a stretch of six or seven hours at a time, which translates into a good night's sleep for mommy...yeay yippeeee.
• For his afternoon nap pulak, senang je nak tahu kalau di abetul2 ngantuk..SN Jr akan nangis macam kena dera....meraung beria-ria tanda mahu di dodoi. Cara dodoi nak bagi tidur ialah dukung dan tawaf keliling rumah, maka makin naik lah muscle kat lengan mommy. Takpelah, I took it as a form of exercise for me to keep fit and keep my slim figure pffftttt.

+- muka mamai -+

• For his bedtime pulak, SN jr tak suka tidur kat atas tilam dia kat tepi katil tapi akan tidur nyenyak bila mommy letak dia tengah2 between mommy and Abg SN. Tak sure samada tu tanda2 jeles berebut mommy ataupun he was just enjoy being cuddled by mommy and Abg SN.

 
+- sleep like a boss, tidur angkat tangan adalah posisi feveret -+


(3) Communication
• SN Jr’s hearing and vision are improving. Dah kenal suara mommy, bila mommy panggil "adik"..cepat2 toleh kepala cari mommy.  

+- dah boleh respon bila mommy panggil "adik" -+

•  Start to engage with us in hilarious new ways. Dah pandai gelak bila mommy agah..cair tengok senyuman manis dia *mak2 memang suka puji anak sendiri*.

+- ooo manisnya...manisnya senyumanmu ♪♫♪♫ -+

• Paling penting bila dia jaga dari tidur...nak sembang dengan mommy 24-7...aiyohhh kalau mommy tak tengok muka dia; mula lah start drama air mata syahdu. 

+- ingat chomeyl sangat lah buat muka cebik2 camtu mintak simpati mommy -+

• Playing with 'bubbles' is his favourite activity these days, nasib baik rambut mommy tak start gugur lagi. Habis basah2 bip sebab dia suka sangat buat buih...jenuh satu hari nak kena pakaikan 3-4 helai bips.

+- mula2 buat bubble sikit dulu -+

+- lepas tu main bubbles sampai menjejeh2 tepi bibir -+


(4) The senses
•As his vision and hearing is improving, he can focus on watching videos for a stretch of 15-20 minutes before he get bored. Abg SN pun rajin layan adik tengok video kat ipong dia.

+- layan video kat ipong Abg SN -+

• Enjoy thumb-sucking...tapi bukan thumb je, kalau boleh sepenumbuk jari2 tu dia nak hisap hahaha.

+- not only thumb-sucking but knuckle-sucking as well -+

Aaaaa gitulah ceritera SN Jr in his 3 months old. Current weight is 5.3kg; tak setembam Abg SN masa baby dulu tapi dagu dah berlapis2 jugak lah. Bila dukung pun, dah lenguh2 lengan mommy. Ada harapan lah mommy nak dapat muscle macam Posh Spice nanti ekekeke.

Pssstt : blog ni nampaknya update pasal cerita anak2 je lah these days sebab Hard disk masih rosak dan gambar jalan2 semua kat dalam hard disk tu...adoyaiiiii.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Wednesday 16 January 2013

(WW 39) : Gaya mengaji 10 markah

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Dulu I pernah cerita kat dalam entry  Paksaan mengaji itu perlu, setuju atau tak? macamana garangnya I masa ngajar Abg SN mengaji Quran. Tapi tu almost setahun yang lalu.....sekarang ni, rotan pun dia tak berapa takut dah. *sebab mommy x rotan paha dia pun, mommy rotan lantai je*.

Ini gaya terbaru Abg SN masa mengaji Quran....haiyoooohhhh saja bikin panas mommy punya hati.

1 : baring
2 : renung
3 : tonggeng
4 : baru baca




Psssttt : agaknya kalau mengaji dengan orang lain, kurang sikit ragam nya kot.


~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Thursday 10 January 2013

Dah kurus ke lepas guna Tanamera Postal Care Set?

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Ohoo hooooi*eceh, dah macam M.Daud Kilau plak* dah 10 hari masuk tahun baru, baru terhegeh-hegeh nak up entry pertama untuk tahun 2013. I need to get my mojo in blogging again, tapi tu lah...right now masa memang sangat2 limited for me to sit down in front of the laptop to write blog post everyday like I used to do. I guess selain faktor masa dan malas, lagi satu faktor kurangnya entry kat blog ni sekarang is because hard disk yang I simpan gambar tu dah kaput!.

Serius tension tahap gaban bila tiap kali I plugged in external HDD tu nanti keluar pop-up message "You Need to Format the Disk in Drive". Dah macam2 cara I guna to fix it but no avail. I guess last option is to just send it to the expert and let them fix it. Bila takde gambar, semangat nak berblogging pun merudum la sebab idea biasanya datang dari gambar2 tu. So, hari ni mari kita borak pasal entry review je lah; boleh gitu?

About 3 months ago, I promised nak review pasal Tanamera Postal Care Set; konon-kononnya untuk kawan2 blogger yang tengah preggy jugak masa tu. Alih2 sekarang ni diorang dah selamat beranak pinak pun..review tu tak naik2 lagi hahaha. Semalam pulak kawan matrix I pulak tanya pasal set ni, maka baru lah teringat janji2 palsu yang telah I taburkan dulu belum di tepati eheh.

Basically Tanamera set ni ada 11 products. Penggunaan product pulak ada yang dah boleh guna before giving birth and after giving birth. 

(A) PRE AND POSTNATAL PRODUCTS
    
1) Cold Pressed Virgin Coconut Oil 
- bagus untuk kurangkan stretch mark. Lagi bagus kalau rajin sapu awal2, so tak de lah merekah sangat dan garis2 hitam kat perut tu tak obvious sangat.
- masa dah rasa contraction tu, sapu jugak kat perineum area untuk melicinkan proses bersalin *yang ni memang I buat few hours sebelum bersalin...Alhamdulillah memang agak membantu*. Lagi elok kalau bawak masuk kat labor room dan apply masa nak betul2 bersalin tu.
- boleh jugak di minum 2-3 tsp tapi I tak minum pun.



2) Brown Formulation Soap - bau herba dan elok di gunakan untuk menyental daki2 kat celah2 paha tu.

3) Herbal Massage Oil - bau best, tak ada bau yang tak best macam minyak2 urut lain. Lagi best bila ada orang yang urutkan haha

4)  Lavender Floral Water - masa preggy hari tu, kulit muka I kering sangat. So, I selalu sembur floral water ni kat muka; kuranglah sikit gatal2 kat muka.

(B) POSTNATAL PRODUCTS

1) Feminine Herbal Wash - yang ni macam feminine wash yang lain la fungsi dia, cuma kena rendam dulu dalam air panas sebelum apply. Tapi ada banyak, so boleh simpan dama botol dan spray everytime pergi toilet. 

2) Herbal Bath - yang ni pun kena rendam dalam air panas dulu, lepas tu mandi macam biasa. Bagus untuk buang angin2 kat dalam badan.

3)  Boreh Body Scrub - scrub ni guna 2x seminggu je. Memang fresh sangat rasa lepas sental satu badan guna scrub ni. Lagi elok kalau mandi masa baby tengah tdiur nyenyak, boleh sental lama2 sikit.

4) Firming Herbal Blend Paste - yang ni param, sapu kat perut. Masa apply kat perut memang rasa panas sikti lah, then cepat2 barut perut guna bengkung yang ada dalam set Tanamera ni jugak. Biasanya I pakai bengkung lepas mandi dan sebelum breakfast.

5) Abdominal Wrap - bengkung Tanamera ni tali dia panjang sikit so ambik masa yang lama sikit lah nak membarut perut tu. Tarik tali tu kemas2 tapi janganlah ketat sangat sampai nak berjalan pun tak leh hehe.




6) Calming Herbal Blend Paste - yang ni pilis, guna seminggu 2x je..tak yah nak tepek kat dahi hari2. Yang ni pun rasa panas sikit masa mula2 apply, memang membantu untuk keluarkan angin kat kepala.

7) Herbal Tea - A breastfeeding friendly warming tea that does not contain any caffeine to help new mothers recover after childbirth. Tapi I tak minum pun sebab I tak suka sangat minum teh..so tak leh nak review pasal tea ni lah.


Overall review untuk Tanamera ni, best lah guna sebab tak payah nak makan jamu ke apa..so tak risau baby kena jaundis ke apa *tapi SN Jr kena jaundis gak sebab nurse cakap kalau mommy darah O, baby memang senang kena jaundis*. Cuma yang tak best nya set Tanamera ni sebab ada 14 packets je for each products tu, so maximum boleh guna untuk 30 days gitu je lah. Tapi I guess, 14 sachets tu pun dah cukup untuk membantu mengembalikan kesegaran lepas bersalin. 

Kalau tanya samada membantu ke tak untuk menguruskan badan, honestly I tak tahu jawapannya semata2 sebab Tanamera set ataupun termausk sekali dengan cara pemakanan lepas bersalin. I memang tak makan lansung makanan bergoreng dan makanan yang bersantan masa dalam pantang. Hari2 makan lauk bakar ataupun rebus je...memang menguatkan hati sampai 40 hari *eh tapi ada jugak lah sehari dua I curi2 makan ayam percik sebab terliur sangat tengok ayam tu duk terhidang kat atas meja eheh*.

Lagi satu, I memang pakai bengkung almost 24 hours. Pagi lepas mandi, I pakai param dan bengkung Tanamera tu. Sebelah malam pulak I sapu Losyen Halia Limau Nipis Yusmira dan barut perut guna bengkung moden. Yang ni memang I pakai sampai pagi dengan penuh ketabahan, walaupun panas menggelegak lepas apply losyen tu I sabarrrrrr je; janji dapat cepat2 kempiskan perut. 




Pung pang pung pang review macam2, gambar diri sendiri yang konon2 dah kembali macam sebelum preggy ni lansung tak pernah tepek lagi kan?. Berat sebelum melahirkan SN Jr is 57kg...dan berat semasa is 46 kg. 

Nak tengok samada berkesan ke tak Tanamera set ni untuk I?.

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x


Eceh, poyo sangat I kan..siap tulis berapa hari tu. Tapi I tulis tu sebab nak tunjuk bukanlah boleh kurus serta merta lepas bersalin tu. Yang penting kena usaha lebih sikit lah kalau nak kembali ke perut sebelum preggy. I mengaku I ni bukannya pantang sangat bab makan masa dalam pantang, but I did wear the abdominal wrap religiously. Even sekarang pun kalau I makan banyak dan nampak perut I buncit sikit, I cepat2 apply losyen halia yusmira dan pakai bengkung. 

Again, I tak boleh nak kata Tanamera Postal Care Set ni saja yang membantu I kembali kuruskan badan tapi makanan lepas pantang + bengkung moden + losyen Yusmira + breastfeeding dah banyak membantu. Sekianlah review seadanya sesuka hati dan seikhlasnya dari I..semoga membantu untuk ibu2 lain yang tengah berkira2 nak guna set apa lepas bersalin nanti.

Pssstttt: Alhamdulillah, tak payah beli korset mahal beribu2 tu untuk kempiskan perut semula...cukup dengan bengkung moden RM200 dan losyen RM20 hehe.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...