CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 20 April 2012

Paksaan mengaji itu perlu, setuju atau tak?

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Salam di hari Jumaat, penghulu segala hari..permulaan untuk minggu yang lebih produktif..Insya Allah. Dah baca surah Al-Kahf tak hari ni, kalau belum..sila baca dulu pastu baru baca blog.


Hari ini rasa terpanggil pulak nak mengimbau kenangan belajar mengaji masa zaman kecik2 dulu. Saja gatal nak sembang, manalah tahu kot-kot korang yang tengah baca ni pun ada pengalaman dan kisah yang sama macam I dulu2 kan...bolehlah join sengih sama2 sambil baca entry ni.


Dulu-dulu masa kecik2 kitorang adik beradik ada ustaz yang datang mengajar mengaji kat rumah tiap2 hari. Kitorang panggil ustaz tu Tok Guru Adam; a good looking and soft spoken guy in his 60's. Bukan setakat ngajar ngaji tapi siap ajar Sifat 20 dan Asma-Ul-Husna sekali. Tok Guru Adam datang rumah kitorang kat Kubang Kerian naik basikal, lepas tu masa turn adik beradik lain ngaji..I akan sibuk2 kayuh basikal tua dia yang tinggi tu *tak sampai nak duduk kat seat pun, kayuh je kat tepi*.

Kadang-kadang I ni nakal jugak , buat2 tidur bila dengar basikal Tok Guru Adam dah masuk dalam pagar rumah. Padahal sebelum tu elok je duk bergalak main lompat2 atas kerusi. Kesian Tok Guru Adam, penat2 kayuh basikal...dapat anak murid pemalas macam I ni adushaisyyy.

Sifat 20 - yg Pictures
+- Sifat 20. Sumber : sini -+


Bila hujung minggu balik kampung kat Tumpat, ingatkan boleh cuti mengaji. Tak ada maknanya derrr...kena mengaji dengan Arwah Moyang sendiri..kitorang panggil Mok Esoh. Dia memang tok guru mengaji kat Kg Jal Besar tu, siap ada pondok mengaji sendiri . So dia punya anak murid pun ramai lah. Tunggu turn nak mengaji kalah tunggu turn nak jumpa pegawai bank. So kitorang adik beradik selalu tipu cakap "dah nak balik KB ni mok, nok ngaji dulu deh"..padahalnya nak tengok panggung sabtu kat TV..ngeee. Mok Esoh ni pun garang weh tapi dengan cicit2 dia, OK je. Paling best pergi mengaji dengan Mok Esoh sebab kitorang selalu dapat makan Milo keras korek2 dalam tin kat dapur dia hehehe...I like ♥.


Bila Tok Guru Adam meninggal, arwah Ma dan abah hantar kitorang belajar mengaji dengan ustazah yang mengajar kat sekolah yang sama dengan Arwah Ma. Ustaz tu garang, memang siap dengan rotan je manjanggg kat tepi tangan dia.

Kitorang pergi mengaji kat rumah dia lepas maghrib naik basikal, masa tu basikal I paling kecik so I selalu kena tinggal kat belakang dengan Kak Nur & Abe De. Pein pun tinggal I sebab dia naik basikal dnegan Kak Nur. Tiap2 malam mesti nangis, dah lah I ni penakut; jalan nak pergi rumah ustaz pulak boleh tahan gelap..uwaaaa. Nasib baik bini ustaz ada jual aiskrim asam yang buat sendiri tu, perghhhh sedapnya. Kadang-kadang niat bukan nak pergi mengaji tapi niat nak pergi beli aiskrim banyak2...apa ke tak ikhlas niat ni?.

+- aiskrim asam boi...lazat weh. Sumber: sini -+


Lepas tu kitorang pindah ke Meru, so arwah Ma pulak ambil alih tugas ajar mengaji. Tapi yang tak best ngaji dengan arwah Ma ialah sebab Arwah Ma garang oii...cubit sana sini peha sampai merah. Sambil ngaji sambil sedu sedan nangis, tapi tak boleh berhenti ngaji nanti kena cubit lagi. Maka mengajilah simanja kededk ini dalam esak tangis syahdu. Konon lepas tu taknak kawan dengan Arwah Ma dah, tapi bila malam..gedik jugak suruh Arwah Ma hulur tangan nak pegang masa tidur *dasar budak penakut*.


Bila I dah masuk Form 1, kitorang pindah duduk kat Bukit Mertajam. Kali ni dapat Ustaz hensem dan muda, jiran sebelah rumah. Muka ustaz yang ajar mengaji tu ala2 Nazrey Raihan dan muka adik dia pulak ala2 Amran Raihan, dah la masa tu kumpulan Raihan tengah top gila. Masa tu Kak Nur dah masuk SMSAH dan Abe De pulak tinggal kat Qelate dengan arwah nenek. So yang di hantar ngaji cuma I, Pein, dan Epik. Dah la I sorang anak dara sunti, rumah ustaz muda tu pulak rumah orang2 bujang..malu I tau. Kitorang tak panggil ustaz pun, pangggil dia Abang Man je.

Abang tak abang...muda tak muda..hensem tak hensem; dia punya garang aiyoo kalah Arwah Ma. Siap standby rotan nak sebat, tapi I pernah kena sekali je. Slow je kena kat peha sebab tak ingat hukum mat lin *tengok, betapa berkesannya rotan..sampai sekarang ingat lagi apa kesalahan bacaan walaupun dah lebih 17 tahun berlalu*. Eleh, tapi garang garang pun bila I pergi hantar lauk yang Arwah Ma masak, sorang2 sengih senyum sampai ke telinga...siap terima kasih dan lambai2 dari tingkap lagi..nyampah mak! ihikhik.

Fail:29raihan.jpg

+- camnilah rupa ustaz tu lebih kurang *Amran 2 dari kiri, Nazrey 2 dari kanan*. Sumber : sini -+


Ingatkan bila dah khatam Quran, 2-3x dah tak payah mengaji dengan Tok Guru lagi. So gatal gedik bajet urban, mintak abah hantar kelas muzik ke kelas piano entah masa cuti sekolah Form 4 nak naik Form 5 tu. Aaaaa memang abah hantar kat kelas muzik iaitu kelas berlagu; kelas tarannum Al-Quran dengan sepupu abah kat Pasir Mas. Masa ni dah ada lesen, prengg prenggg vrommmmm pergi mengaji pakai baju kurung tapi merempit scrambler *siap kena pheeewit dengan mamat2 rempit di kampung euuwww*.


Macamana sebenarnya boleh timbul idea nak cerita pasal kisah dipaksa mengaji masa kecik ni ialah sebab I pun sekarang ni memang sedang dalam fasa memaksa SN mengaji. Mula-mula dulu senang tak payah paksa-paksa; dia sendiri nak mengaji. Tapi sekarang ini kena guna kaedah paksaan dah. Maka mengaji lah si kecik itu dalam sedu sedan sebab baru lepas kena cubit kat peha dengan mommy. Gasak ko lah anak nak nangis pun, mommy ko ni dulu pun kena gitu jugak. Esok2 ko ada anak, ko cubit pulak anak ko kalau dia malas mengaji ihikhik hehehe.

+- (Video) : SN recites Al-Ikhlas & Al-Fatihah @2 years 10 months old -+


Tapi yang sebenarnya, thanks to paksaan2 dari Arwah Ma & Abah serta rotan dari tok2 guru yang garang itu lah mommy SN boleh mengaji. Rasa terperanjat juga bila tengok ada kawan2 yang seusia I masa sekolah menengah dulu tak boleh baca Al-Quran. So pendapat peribadi I, memang perlu kita paksa dulu anak2 mengaji ni..nanti bila diorang dah besar; diorang sendiri akan faham pentingnya tahu membaca Al-Quran. Apa pendapat u olls?. Share sikit, nak jugak tahu I sorang je ke mak singa or ada geng mak singa lain when it comes to mengaji ni hehe.

Pssssttt : sekarang ini dah banyak orang share tips mengajar anak kecil mengaji, so ibubapa jom ajar anak mengaji Al-Quran jugak...jangan ajar ABC,123 je. Esok2 bila kita dah takde, bacaan Al-Quran dari diorang itulah yang bole di sedekahkan kat kita dalam kubur..bukannya bacaan 123 dan twinkle twinkle littel star bagai tu *ingatan untuk diri sendiri ni*.

Pssssttt lagi : padan muka uolls kena baca kenangan panjang lebar, padahal inti nya nak tanya "korang pun paksa jugak tak anak mengaji Al-Quran?"...penuh kertas A4 kalau tulis ni ihikhik.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

28 words of wisdom & comments:

Unknown said...

saya tak tau sebab tinggal di johor ke apa..tapi kalau di johor.. pegi belajar mengaji tu macam trend.. sbb sekolah agama johor pun agak strict (dulu la.. sekarang tak tau) lepas balik sekolah agama terus kena pegi mengaji.. balik ngaji baru boleh main..

takde rasa kena paksa ke apa sbb meriah kat tempat belajar ngaji tu..ramai kawan..hehe..

kesian budak2 yang tinggal kat bandar..tak dapat nak jumpa budaya macam ni kan..

Irfa said...

TERBAIK PUNYA ENTRI ;)

saya pun ajar anak ngaji sendiri.sebelum ni hantar kat uztazah dalam taman tu tp sebab takde sapa nak hantar ke umah ustazah..saya mmg tak benarkan anak2 kuar rumah sendiri.so kenalah ajar sendiri..aduh.cepat betul panas.kalau x nanges tak sah

zara zaman said...

Sangat-sangat setuju...dalam memberi didikkan duniawi jgn dilupa didikkan ukhrawi. Bukan setakat mengaji je...klu boleh bab solat pon kene dilatih dari awal... biar la buat permulaan x betul, rakaat pon main ikut suke dia... insyallah mereka akan belajar dari masa ke semasa. Semoga membesar akan menjadi seorang hamba dan anak yg soleh.

Practice make perfect

Ibu Yusuf Maryam said...

Salam Yatie..

Seronok ibu Yusuf baca catatan kenangan Yatie belajar al qoran. Kak zefa tak ada pengalaman tu semua sebab sampai katam ngaji dgn mak sahaja.. cuma bab tajwid belajar di kelas KAFA..

Apapun, paksaan itu perlu jika anak2 tak mahu. Garang? Subjektif.. haha.. sebab ibu Yusf ni sgt lah garang orangnya..

Sekadar berkongsi rasa, sangat2 bahagia melihat anak2 pandai mengaji, lebih2 lagi atas ddidikan sendiri.. :D

Sidratul Muntaha said...

klu naman doktor falsafah..
ank expalin sem2 smpai satu muka a4.a3.
tpikan..
poster viva ko bape muka je?!
ahahaha
jgn mare..
sila rujuk poster viva ko...
ahahaha

Min Aina Ila Aina said...

Bak kata mama darwisya la, bab mengaji ni ada aje makhluk 'itu' yg bisik supaya anak malas. yg lagi risau mak nye pun kena bisik jugak spy malas ajar anak ngaji.

Cayalah SN dah boleh baca surah masa umur belum 3 tahun lagi.Sofiy dah nak 3 tahun, tapi Bismillah pun belum lepas lagi nak ikut. dia tau 'milla..him' je.Kalau ngaji Alif Ba Ta tak perlu paksa cuma kena suruh dulu la.

Dilema saya, masa umur lingkungan 3 thn ni, macam mana gaya mengajar yg sepatutnya ye? nak kena tegas ke, boleh bagi chance dia main-main lagi ke, kalau salah nak keja marah ke, sebab mak saya ngajar ngaji memang garang, tapi kalau buat kat Sofiy macam tu (garang, tegas dan serius) dia jadi sentap pastu suara dah macam kaset rosak, hiba semacam je. risau pulak kot dia jadi lagi tak berminat nak mengaji.

Apa pendapat mommie SN?

Asmara said...

haruslah paksa, sama k rai. org Johor(yg sekolah kat johor) kalau tak pandai ngaji dan baca jawi mmg bukan org johor la. hehe.. sbb ptg atau pegi mmg wajib pegi sekolah agama, masa kecik belajar ngaji dgn abah selain sek agama, garang siap rotan atau talipinggang. hukhuk.. tp Alhamdulillah sek. rendah kami adik beradik semua dah katam Quran. lepas maghrib smntara tunggu isyak baca quran ramai2, dulu gilir2 masuk bilik abah cek tajwid semua. maghrib dan isyak setiap hari mmg wajib berjemaah satu family. zmn skrg mak ayah kerja lewat ptg, mudah2an terus ada kekuatan dan semangat utk paksa ank2 belajar agama dgn lebih baik lg. InsyaAllah..

Zaila Mohamad said...

aku masa kecik ngaji ngan ayah je pastu dah masuk darjah 6 ngaji dekat masjid nga tok imam nama arwah POk JIm..

sempat sekali khatam ngan dia pastu banyak kali khatam sendiri..

haziq, alhamdulillah sejak sekolah memang dah start hafal surah2 lazim pastu aku disiplinkan diri time lepas solar maghrib ajar dia..cuma husna je baru mengenal huruf tapi kalau nak suruh baca surah tu boleh dah sikit2

husna tu kalau marah sket mulalah berjujuran airmata..tu belum piat lagi tu..haisyyy dugaan sungguh ngajar anak2 sediri

Hanis MY said...

bagusla pakso2 pun ngaji jugok... tok ngamuk ulok dio. ore pun tokleh imejin gano nati tapi memey keno pakso la deyh.. panda doh SN ngaji berkat mommy dia ajar...

Norliha Samad said...

Anak2 akak skg belajar dgn guru yang ngajar akak masa kecik dulu akak panggil mak mon, skg anak panggil tok mon, alhamdulillah sihat lagi orangnya...

love live good life said...

setuju sbb dulu i pn kena paksa jugak sbb kalo x paksa asik cari excuse cth mcm ngantuklah, nak buat homeworklah..tp lama2 br tau betapa pentingnya megaji tu and rasa thankful sbb mak abah antar gi ngaji.

Affieza said...

Satu pendekatan yg berkesan ni sbb mmg benda2 mcm ni kena terapkan sjk diaorg kecil lg...

mazni_azis said...

comel SN..bijak pulak tu..mmg kena paksa kalau bab ngaji rasanya...angah dulu pun kena paksa kalau tidak adaa jer alasan nk lari...huhuhu

Wan Anie said...

suka baca entry ni, memang mengimbau kenangan masa belajar mengaji dulu, memang kena paksa jugak dengan ayah, tok guru ngaji pulak garang, takut! sekali kena marah sembunyi bawah pokok asam jawa, sekali ayah tahu... paw... tu dia :)

Alhamdulillah belajar dengan arwah tok guru ni lar saya pandai mengaji dan tajwid sampai sekarang.

Unknown said...

wahhh.. hebat SN!
insaf mak.... kena paksa.. mmg betul pun....

Nanak said...

mcm biasa, i mmg suka baca entry2 u :) i want to say thank you sbb banyak yg i belajar dr blog u ni terutama cara nak ajar anak baca abc..123..etcs.
.my Fredo pandai baca abc n 123 masa 22m..
tapi yg i geram tu ada bbrp moms yg mcm tak pcaya dan ingat i saja buat cerita..uhuhuhu..dorang cakap, kesian anak kecil dah kena paksa belajar..
video pula tak sempat nak upload..hp kena curik last month..uhuhuhu
pedulik la kan..
eh, membebel pula..

p/s
my Fredo pun suka bila i baca bible utk dia :)

yatie chomeyl said...

Rai : sebab I selalu pindah2 negeri sekolah masa kecik2 dulu *ikut abah* tu yg xleh nk register sek agama ke apa mcm org lain. that's why kena hantar ngaji kat ustaz kat tempat kitorg stay tu je la

Irfa : kan...tgn pun cpt je nk cubit eheh

yatie chomeyl said...

Zara zaman : aah bab solat pun ken apaksa dulu kecik2 ni, harapnya esok2 bila besar datang kemahuan dari diri diorg sendiri :)

K/Zefa : betul, bila anak pandai ngaji..rasa bahagia sgt dan berbaloi lah jadi mak singa hehe

yatie chomeyl said...

Sidratul Muntaha : poster viva aku pun pnjg lebar nokss hehehe

Min Aina Ila Aina : aah kan, btl gak tu. kalau belajar ABc xyah paksa2, kalau belajar ngaji je...banyakkk dia punya alasan. setan lah duk meghasut tu ye

yatie chomeyl said...

K/Asmara : mudah-mudahan Insya Allah....ameen

Zaila : anok tino stended lah, supo kito maso kecik2 dulu lah hahahahha

yatie chomeyl said...

Hanis : dio xberani ngamuk kalu mommy doh bertukar jadi singo hahahhaha

K/norliha : alhamdulillah, moga panjang umu dan sihat2 senias ala Tok Mon untuk terus ajar anak2 mengaji :)

yatie chomeyl said...

FIZA : yup, mula2 paksa dulu..nanti ia dtg sendiri dlm diri kan?

Affieza : pendekatan mak singa nama dia hahhaha

yatie chomeyl said...

Angah : sebab bijak tu la banyak alasan kalau nak ngelak ngaji...tu yg kena kutil tu hik3x

Wan ANie : wah, mesti teringat smp sekarang kenangan kena pawww dengan ayah tu hehe

yatie chomeyl said...

K/laila : mari kito pakat2 jd mok singo hahahha

Nanak :auwwww, terharu bila u ckp suka baca entry2 I *blushing*. i'm pretty sure Fredo pun rasa tennag bila u bacakan bible utk dia :) keep up the good work Mommy fredo, abaikan org2 tu, diorg xtau apa yg kita nak utk anak kita..only mum knows the best for their kid

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

teringat dulu if habis mengaji sure beli sakon *tahu x apa benda tue???* ngan eskrim mesia ngeee....mmg wajib paksa mengaji bekalan di akhirat nnt.

Siti_btp said...

Bab mengaji sebenarnya mak ayah kena belajar lagi sekali.
Ingatkan dah pandai dah mengajar anak2 tapi bila baca al-fatihah depan Ustazah kantoi tajuwid..

Alamak! lamanya tak makan ais krim Malaysia teringat ais krim kacang hijau..

Terima kasih entri ini sama2 kita mengingati

e.l.i.z.@ said...

adoi laaa lucu laaaa..tobak ehhh..tu tayang eskrim asam tu, lamo kam terliur kam hihih

kiut la SN tu..siap oyak "banyok nyo" hahah doh sungguh pun, wi quran besar nimo ko dio hihihi

yatie chomeyl said...

lady ayu : is it kelapa kering yg rasa masin manis tu? klu tu I panggil sagon, sedap kan ;)

siti_btp : yup, sambil2 ngajar anak, smbil2 mak bapak pun belajar balik semula

eliza : ho la, siap ngepek oyat banyok..lps tu keno kutil..baru reti nok baco wpon banyok hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...