CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday 3 April 2012

Menjenguk bunga di Mt. Aburayama Citizens’ Forest

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
First of all I would like to say thanks to those yang sudi komen kat entry semalam. Seriously, you guys are fabulous and full of positive thoughts. Paling I suka ialah komen dari Nur, betul kata Nur : segalanya bergantung pada niat..."nawaitu sou ma ghodin..."; eh puasa lambat lagi daaa ihikhik eheh.



Anyway, mari kita tinggalkan persoalan riak dalam berblog dan bergerak maju ke hadapan dengan entry terbaru *ayat poyo tak leh blah*. macam biasa bila dah masuk spring ni, aktiviti travel & living kat blog Yatie Chomeyl akan semakin rancak. Maklum saja, cuaca yang baik dan langit yang cerah membuatkan aktiviti berjalan-jalan Creep menghauskan tapak kasut menjadi begitu menyeronokkan.


Hari sabtu lepas, SN's family ke Mt. Aburayama Citizens’ Forest yang terletak di 855-4 Meotoiwa, Hibaru, Minami-ku, Fukuoka-shi, Fukuoka. dekat je dengan rumah kitorang, dalam 20 minit dah sampai. Lepas dah lunch, Eating  baru kitorang gerak dari rumah. Perut kenyang baru syok nak jalan2, kalau lapar nanti mommy nya meragam *anak dengan daddy relax je, mommy yang over merengek2 kalau lapar*.

 +- left pic : pink ume (plum blossoms) flower and white sakura (cherry blossoms)-+
+- right pic : daddy & SN yang sporting melayan kerenah mommy -+


Aburayama is a mountain forest sanctuary for hundreds of species of plants and animals, including homo sapiens. Overlooking Fukuoka City form the south, the Citizen's Forest has a number of attractions for the visitor: a barbecue area, a world tree garden with 3,000 trees from 46 countries, observation decks, grass skiing, a rope-way obstacle course, hiking trails, a nature center, wildlife observation cottages, campgrounds, a "beetle forest," and a field for picnics or play. - Source: mytravelguide -



Nawaitu utama of course lah nak posing dengan sakura yang tengah berkembang cantik. Entrance fee is free tapi kena bayar parking 300yen. Lepas tu menapaklah naik bukit. SN pulak baru je bangun dari afternoon nap, maka terus mengada-ngada tak nak jalan. Jadi mommylah yang kena terbongkok-bongkok tolak stroller sambil panjat bukit, dah la pakai skirt #bajet-ayu jelir...haisyy.

 +- left pic : terkial-kial tolak stroller. right pic : sengih bila nampak kamera di halakan -+


Apa lagi yang boleh di katakan bila melihat keindahan alam ciptaan Allah di musim spring ini selain ungkapan "Masya Allah...Masya Allah...Masya Allah."...sangat-sangat cantik, terbuai-buai perasaan. 

+- sakura di sepanjang jalan..♥♥♥♥♥ -+


"Break open a cherry tree and there are no flowers, but the spring breeze brings forth myriad blossoms".~Ikkyu Sojun
What a strange thing! To be alive beneath cherry blossoms.” ~ Kobayashi Issa, Poems
 
 
 


Selain cherry blossoms a.k.a sakura, ada juga poppy, yellow daffodil dan nanohana yang menghiasi taman ini. 

+- poppy -+ 

+- daddy & SN with poppy flowers -+

+- mommy & SN with daffodils -+

+- nanohana (vegetable flowers) -+


Bunga kesukaan I selain sakura pun ada iaitu Japanese Pieris Blossoms. Bunga putih yang terletak tinggi atas pokok, sangat cantik dan suci di pandang mata. Sekali imbas nampak macam bunga kat kawasan perkuburan, bunga kemboja eh ke bunga melur Very Happy *confuse*.



Eh eh eh, tiba-tiba terselit jugak bunga kertas dan bunga raya kat taman ni. Tapi bukan diletak kat luar macam pokok2 Japan yang lain tapi di letak kat dalam tropical house yang di kawal suhunya untuk memastikan bunga-bunga ini dapat hidup segar seperti di kawasan asalnya i.e. tanah tumpah darahku Malaysia!.

 +- jakun macam tak pernah tengok bougainvilla -+


Tiba-tiba patriotik terlebih, padahal masa kat Malaysia harammmm tak pernah nak posing dengan bunga kertas & bunga raya pun bila dah besar2 ni kan. Masa kecik2 je suka selit bunga raya kat telinga, pastu posing dan paksa abah ambik gambar. *Rupanya sejak kecik dah ada gene gedik posing depan kamera siul ngeeee.

+- sang suami yang buat muka tak ikhlas di paksa posing dengan hibiscus oleh sang isteri -+


Sebenarnya taman ni luas sangat nearly 175 acres were developed into a park featuring Aburayama Citizens’ Forest, Aburayama Farm, and a Youth Outdoor Learning Center; the park also has a campsite, a Wild Bird Forest, and a grass ski area!. Tapi kitorang pusing-pusing dekat area bunga-bunga ni je dan last pose ialah di sisi watermill sebelum balik.




Alhamdulillah,  di panjangkan umur untuk menikmati lagi keindahan spring tahun ini. Kena posing banyak-banyak dengan bunga2 kat Jepun ni tahun ni, lepas ni tak tahu lah panjang umur dan ada peluang lagi ke tak nak merasai spring season yang cukup indah di Jepun ni. 

Semoga korang yang baca entry hari ni pun terbuai-buai juga dengan pemandangan indah ini rindu.

Psssttt : muka kembang jadi makin kembang bila pakai spek hitam #bajet-stylo jelir. Tapi kalau tak pakai, nanti banyak gambar terpejam mata pulak.

 
~ Thanks for reading this (^-*) ~ 

 

18 words of wisdom & comments:

Mama Zharfan said...

semua pics sgt cun!!
me windu spring @notts

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hamboiiii senyum sampai telinga la uols...kawaii desu ne wootz wootz
sini baru ume...sakura baru nak berputih dah hari ni angin kuat luruh la jawabnyer

Teratak Hami said...

Akak kalau nampak sakura, terus terdengar2 lagu "sakura, sakura .."

Memang cantik waktu haru kan & cuaca pun best jek.

Nadiah Sidek said...

kite pun baru je upload gambar bunga di blog :). sana sejuk tak? sini panas dah..macam dah summer

Asmara said...

SubhanaAllah.. mmg cantik bunga2 yg berwarna warni nikan! spring mmg indah suasananya, syukur dpt merasainya. :D
* akk suka baca blog yatie dr dulu penuh dgn informasi. teruskan berblogging. hehe..

NzA said...

wah daddy dh kembali ke sana ye..mesti si mummynya hepi sgt2....cantik sgt pic tu...gmbar bunga2 mekar....

transformed housewife said...

SOlah sporting kalu suruh posing. Kalu Abe Ariff sokmo Knur keno ambik gambar candid.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

aduh rindu nak pergi 4 seasons country masa musim bunga, tetapi akak lebih tertarik dengan stroller nazhan, stroller yang air asia suruh bayar RM700 tukan? Dapat balik tak duit tu? ha ha

useryna said...

waaa..jelesnya..nak jugak tgk sakura..bila ntah nak sampai jepun ni..isk3..~

yatie chomeyl said...

Mama Zharfan : meh jln2 kat sini pulak ;)

lady ayu : oo lmbt jugak sana eh. sini dh full bloom minggu ni

yatie chomeyl said...

teratak hami : yup, haru & aki mmg season yg plg best ;)

nadiah : sini sejuk lagi..setill bawah 15..tp OK lah dr bawah 5 macam masa winter kan uhuhu

yatie chomeyl said...

Kak As : thanks sbb suka baca blog Yatie, tiba2 gedik nak rasa terharu *boleh gitu?* eheh

Kak Nza : aah dh sekat sebulan daddy dtg sini..mmg happy la mommy & SN ;)

yatie chomeyl said...

Kak Nur : solah meme berehi ambik gambar hahaha

kak NB : entah tahun bila lah diorang nak bayar....saya rasa sampai saya kiamat pun xkan dapat la refund tu huhuhu

yatie chomeyl said...

useryna : meh lah meh la ..hr tu dh dekat dh dgn korea tu

adianiez AIDA said...

cantik!!! untung SN dok sana :)

safinah said...

wahhhh.. cantik nyerrr bunge2 tu.. x saba nak tgk dgn mata sendiri minggu depan.. harap2 dapat tgk cherry blossom ^_^

e.l.i.z.@ said...

loni musim spring lagi keh? sakura ado lg dop? ko gugur doh?
saim eli kato, sakura tubik 1st week of april jah..jolo ko?

yatie chomeyl said...

adianiez : Alhamdulillah, ada rezeki nak duk sini kejap :)

safinah : dpt x tgk sakura hari tu?

e;iza : ho, meme pong loni xdop doh sakura kecuali kalu gi kat tmpt2 terlebih sejuk mace hokkaido la kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...