CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Sunday, 3 May 2009

Beautiful Girls Award

Kali ni mak buyung mengutip pula award dari ummi salsabila - Beautiful Girls Award



Syarat2 menerima award ini:
1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
2. Copy badge sebagai award anda
3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan

No 1 – syarat pertama itu sudah pasti.

No 2 – syarat ni pun udah di penuhi dengan jayanya.

No 3 – Berpeluh ketiak cari 7 sebab:

(i) Bangga sebab menjadi keutamaan untuk anak2 nanti lebih dari si lelaki

"Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu."-hadith Rasulullah s.a.w-

(ii) Bangga sebab di beri peluang mengandungkan bayi

"Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan." -hadith Rasulullah s.a.w-

(iii) Bangga sebab menjadi kekuatan buat si suami dalam mengharungi hidup

"Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.
w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun)." -hadith Rasulullah s.a.w-


(iv) Bangga sebab lebih di dahulukan dalam semua hal - ladies first concept menari

"Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. -hadith Rasulullah s.a.w-

(v) Bangga sebab di beri peluang melahirkan anak

"Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya." - hadith Rasulullah s.a.w-

(vi) Bangga sebab doa seorang perempuan lebih makbul, sebab tu orang cakap mulut mak masin kenyit

"Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".-hadith Rasulullah s.a.w-


(vii) Bangga sebab di beri peluang untuk menyusukan anak2 - insya Allah

"Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan." - hadith Rasulullah s.a.w


Oleh itu, mak buyung dengan rasa bahagianya ingin berkongsi awards ini dengan kawan2 pembaca blog ini yang rasa diri anda perempuan. Nak mak buyung copy satu-satu ker?*mak buyung copy dari link kat tepi blog list ni berdasarkan turutan entri terbaru anda*.

Saturday, 2 May 2009

Penghargaan Terindah a.k.a Award lagi

Macam biasa, hujung minggu ialah hari mengutip award. Mak buyung sangat2 menghargai ingatan dari rakan2 blogger sekalian yang sudi berkongsi award. Bertambah chomeyl lah blog ni nanti...tenkiu kawan2...lap yu.....love

1) Award dari abg sheikh & kak liza - fukuoka gak

1. Letakkan logo award ini di blog anda.
2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.

5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.


2) Award dari nurul - mommy to be




4) Award dari kak yong - nun di bumi Malaysia








I would like to spread all of these awards to my luvly friends who happen to pay a visit to my blog..... including the followers of this blog and also for those in my blog list. Please, my dear...feel free to take this award with honor and pride. Thanks to all my friends for the luvly awards. As a wise man was saying : "Gratitude is the best attitude". Muaaccchhhhhhh...mmmuuaaacccch...cium

Friday, 1 May 2009

Amalan2 Ketika Memboyot Mengandung

Bersempena hari jumaat yang mulia ini, entry kali ni mak buyung nak share informative post la sikit nerd*asyik2 entry berjalan2 jer, esok2 duk dalam pantang..rasakan lah bosan tak leh berjalan dah , padan muka mak buyung* sedih


1) Amalan Pemakanan berkhasiat

Ibu2 mengandung sedia maklum kandungan gizi pemakanan seimbang yang harus di ambil setiap hari mestilah terdiri daripada :

a) Protein
- membina, membaiki dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.

b)Karbohidrat
- memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.

c) Lemak
- memanaskan badan dan menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan seperti hati. Terdapat di dalam minyak haiwan, kuning telur, ikan dan sebagainya.

d) Vitamin
- menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam buah-buahan, sayuran.

e) Garam Galian
Di perlukan dalam jumlah yang sedikit oleh badan. Terdapat dalam sayuran hijau, kekacang dan makanan laut. *mak buyung tak suka makan sayuran hijau, jadi ganti dengan buah strawberi & brocolli yang lazat* kenyit

http://ccm.um.edu.my/umweb/fpp/GSB%20Website/website/ipik/images/macam/piramid%20makan.gif
(picture credit to this web)

Selain daripada itu, ibu2 yang boyot di sarankan memakan kek secret recipe, donut big apple, aiskrim Baskin Robbin, almont donut choco stick, udon, sushi eh sudah2...jangan tipu ibu2 mengandung yang lain tak baik ekekkekek takbole Sebenarnya, ibu2 mengandung di saran untuk makan buah kurma ketika mengandung dan bersalin.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” - sumber dari sini-

http://mtamim.files.wordpress.com/2007/09/kurma.jpg

Kurma membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam a.s yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa a.s.



2) Vitamin2 yang di sarankan

a) Folic acid
Di sarankan untuk ibu2 dari saat mula2 mengandung sampailah ke postpartum nanti. Folic acid bergna untuk perkembangan sel darah merah *nanti tak lah jadi macam Mahsuri, darah putih lagi banyak...eh, darah putih membuktikan kejujuran occay peace* . Kandungan folic acid yang mencukupi boleh mengurangkan risiko bayi mendapat kecacatan tiub saraf contohnya spina bifida.

b) Obimin
Obimin ni sebenarnya multivitamin dan terdiri daripada Vitamin A, B1, B2, B6, B12, C; Calcium, Folic acid, Ferus dan Iodin *gi lah bukak balik buku sains zaman sekolah untuk check khasiat2 vitamin ni weh, takkan mak buyung nak tulis semua kat sini kot..dah jadi buku teks sains plak kang* gataiIn short, kalau makan obimin, lengkap lah vitamin2 yang diperlukan oleh tubuh badan yang mongel sihat itu.

c) Fish oil supplement (DHA & EPA).
Berdasarkan kajian oleh Archives of Disease in Childhood (Fetal and Neonatal Edition), diorang menyarankan fish oil supplements di berikan kepada ibu2 mengandung untuk meransang koordinasi tangan dan mata bagi bayi *nak suruh baby cepat pick-up la ni*. Tapi kena hati2 sebab ada 2 jenis fish oil supplements.

Fish oil supllement dari hati ikan *cth; cod liver oil* mengandungi kandungan retinol dari vitamin A dan harus di elakkan semasa mengandung. Manakala fish oils yang tidak berasaskan daripada hati ikan mengandungi banyak DHA (docosahexaenoic acid), iaitu asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan mata dan otak bayi. Walaubagaimanapun,tak payahlah weh korang beria2 amik tiap2 hari *semata2 nak suruh anak jadi genius*. nerd


http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/miscellanous.jpg
(awal2 pregnant dulu rajinlah makan supplement, towards the end nih, makan folic acid jer)


## Paling penting sebenarnya amalkan pemakanan seimbang...tak perlu beria sangat amik vitamin2 ni dah. Lebihkan sayur dan buah2 *sibuk nasihat orang, sedangkan diri sendiri tak makan sayur jelir *##



3) Surah Bacaan ketika Mengandung

  • Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati dan kuat ingatan
  • Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
  • Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
  • Surah Hujarat - Untuk memperbanyakan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepad maksiat
  • Surah At Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  • Surah An Nahl - Untuk melahir anak yang berdisiplin
http://i138.photobucket.com/albums/q248/zedkhalilah/al-quran.png
(picture credit to this web)



4) Doa-doa (seeloknya suami pun amalkan jugak doa2 nih)

a) Doa di baca setiap hari :
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".


b) Doa memudahkan bersalin
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah An-Nahl : ayat 78)


c) Doa ketika menanti saat hampir bersalin
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri (Surah Al-Anbiya : Ayat 87)

@Nota untuk ibu2 hamil yang lain@ : Mak buyung ada video amalan2 ibu mengandung & audio bacaan doa2 untuk ibu mengandung dari Ustazah Nor Bahyah, kalau nak, leh inform kat mak buyung...sharing is caring kan? peace *ibu2 tak hamil dan merancang nak hamil lagi pon leh gak kalau nak*.




Pssssstttt: Mak buyung bukan nak tunjuk pandai *sibuk2 share info padahal orang tak mintak pon* garupale, tapi entry ni lebih kepada ingatan untuk diri mak buyung sendiri berdasarkan tips2 yang mak buyung dapat dari ibu2 lain dan compilation thru my own readings. Senang nak refer untuk next baby ekekkekekek. gatai Ada ibu2 lain nak tambah apa2 tips lagi?







VOTE FOR ME!! just by clicking on this image!
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...