CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 29 August 2011

Solat Sunat Aidliftri

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Eewah, semua tengah sibuk kemas rumah cantik-cantik dan mak-mak pulak sibuk kat dapur. Anak dara sibuk iron baju termasuk baju adik-adik dan abang-abang; budak-budak pulak sibuk main bunga api dan mercun.


Semangat semuanya nak nampak cantik, berpakaian bersih untuk ke masjid bagi Solat Sunat Aidilfitri. Jangan lupa nak niat i'tikaf sekali masa kat masjid. Bagi kami kat perantauan ini, mesti akan rasa terlebih sayu sikit masa takbir raya itu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3LCxqhUU2aHuV0qrqhYXL9Qlu62gNtJrAhE6RwgNiI3UI1OGqAkLCtojaC3SD2Inzo_Hji2KvNkl3i55-i0WKZmQQI3Iib04tZaHR06NHO7vb5M7rrdYPe-drAK6rcA-B5dCUl1p-l9k/s1600/solat+sunat+raya+2.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoKmYDPSj-1QrDmPkqKvE3HfXK98AHHnMYCjAbO7ThjdgY8vI21Y6HcGwZUMyM-Ziy5ey5zJVLIJxKaHHqYFhMUOg9U1UdHQpDarNB8eVKWTkleHsfaN_y9VxiGwmSOfC3PtZRCjg610g/s1600/solat+sunat+raya.jpg




Selamat bergembira bersama keluarga dan teman-teman. Ingat ye, jaga adab dan jaga aurat walaupun tengah asyik beraya *peringatan untuk diri sendiri*. Ingat juga, dalam kemeriahan kita berhari raya, saudara-saudara Islam kita di Somalia sedang mengalami krisis kebuluran. Mari membantu mereka dengan berkongsi rezeki yang di perolehi pada Hari Raya ini.


~ Thanks for reading this (^-*) ~


Solat SunatTASBIH di malam raya


http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Mesti semua tengah sibuk sediakan juadah hari raya kan?. Tak tau lah samada ada yang masih sudi berlegar-legar di dunia maya ini lagi ke tak. Most probably orang-orang yang beraya di perantauan je lah kot yang tengah kebosanan dan masih sudi memeriahkan arena blogsphere.


Suasana hening dan sunyi menjelang raya mengingatkan pada kenangan malam raya sewaktu Arwah Ma masih ada. Dalam kesibukan menyediakan juadah untuk hari raya, Arwah Ma tak pernah gagal untuk memastikan kami sekeluarga ke masjid pada malam hari raya untuk sama-sama bertakbir dan untuk menunaikan solat sunat tasbih secara berjemaah.

Abah akan pastikan semua anak-anak bersiap awal pada malam raya supaya dapat ke masjid dan siapa yang siapa paling lambat akan dapat 'tazkirah' percuma di muka pintu masa abah nak kunci pintu rumah *biasanya I lah yang paling lambat siap*.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8SgoYsEoFj1dbJh_0iwYYaU7kdsZw8Yu0pbgrhmWgSzSsj5kR4OGGuurKixZtrRYVhB3KepvYlzo9j3_HDFSC3FGajNzUpwOBz84yeBX8u7nqOUETpCyocI4xMOl23GDErpDkYH2wpBk/s1600/IMG_0607.JPG
+- SN pun dah ready nak solat sunat tasbih -+


Sembahyang sunat tasbih adalah sembahyang sebagaimana yang telah diajarkan Nabi saw kepada bapa saudaranya iaitu Saidina Abbas ibnu Abdul Mutalib. Baginda menganjurkan kepada mereka yang hendak melakukan sembahyang tasbih ini, jika mampu lakukanlah setiap malam, jika tidak mampu sekali seminggu, sekali sebulan ,sekali setahun, setidak-tidaknya sekali seumur hidup.

Ia dinamakan sembahyang tasbih kerana didalam sembahyang ini dibaca sebanyak 300 tasbih iaitu 75 kali setiap satu rakaat.


Cara-cara mengerjakan sembahyang Tasbih

Terdapat dua cara untuk mengerjakan sembahyang Tasbih ini

1). 4 rakaat 1 salam
Kalau dikerjakan pada siang hari sembahyang sunat Tasbih ini hendaklah dikerjakan empat rakaat satu malam.

2). 2 rakaat 2 salam
Kalau dikerjakan pada malam hari, maka hendaklah ia dikerjakan sebanyak empat rakaat dua salam.

Cara-cara melaksanakannya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUJ6XnwjjMO7JGJqEr34xjAOUrw0yYn-MXcKaCDyOuoAz3BAD2uCwJC6pw2sImFnf9stUqmIG_cXdR6yY4ozzfFgIyEtMkq01whmz0qA9TTIJ_Etx-bvdLhfJ57RB8RvUHbUzLB4XNbWs/s1600/SOLAT+TASBIH.jpg

4. Peraturan membaca tasbih-tasbih sebanyak 300 kali (75 kali setiap rakaat) ialah seperti berikut:

(A) 4 Rakaat 2 Salam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTb-iCLC5Z0oFoyGdtuVqRbV0OI0T0wG-hR4bla4jegxFT-Z-NRM9HXJmfQOyVJNhyPopp86oocUIO_ICzGkhklrOcBFugwwtG5hNEKt82AbkkomFz6gQxMCJbtIRbkHWzLG_zJFflKEk/s1600/SOLAT+TASBIH+1.jpg

(B) 4 Rakaat 1 Salam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIX51_of36QmRcwrsX2nOUCtRSnMa9up2DznslzqUowMSwyRWA7kG9eaZocfHUSja-Xud9sNUF_hxPow3zIwSbMK4DOiZ47HRYV2qLSU7KQAebL3TmAYVPIDdoVSKtQ9auzFX4H00Cb6k/s1600/SOLAT+TASBIH+2.jpg

5. Sesudah tahiyat akhir, berilah salam

6. Andainya terlupa membaca tasbih disatu-satu tempat, maka boleh digantikan di tempat berikutnya,agar tetap tasbihnya itu berjumlah 300.


KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TASBIH

Berdasarkan hadis rasullulah saw yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas ra sembahyang sunat tasbih ini dapat menghapuskan sepuluh macam dosa bertepatan dengan tempat membaca tasbih disetiap rakaat sembahyang tasbih ini :

1. Dosa yang awal
2. Dosa yang akhir
3. Dosa yang lama
4. Dosa yang baru
5. Dosa yang tidak sengaja
6. Dosa yang sengaja
7. Dosa yang kecil
8. Dosa yang besar
9. Dosa yang tersembunyi
10. Dosa yang terang-terangan


Untuk yang tak pernah lagi buat solat sunat tasbih, apa kata mula lakukannya pada malam raya tahun ini. Jom sama-sama mensyukuri nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita dengan mengerjakan solat sunat Tasbih.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKJM3Jo6VNUTTaNNn4Oc3PkwI3dUmUjDhz_e3Uh5vSAaD3jOlLuPKeKHEtM9ZKQyWS0EXPCrH55iv3VffYM80bSOLDPurTB7_tp2ItFbnyjaQg21JfLWAmsao7j3yur0QZR7S0lxvHGrM/s1600/IMG_0738.JPG
+- lepas dah siap solat, nak berguling bergolek pun tak apa lah wahai anak -+

Sumber: SINI dan SINI

~ Thanks for reading this (^-*) ~

(Video): Ucapan Raya dari SN ♥ Zahiril Adzim

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Macam dah tak ada orang je kat dunia maya ini, FB pun agak slow dengan status. Refresh dekat patploh kali baru lah ada satu dua status update. (T_T)


Terbayang jugak apa lah yang family kat Kelantan tengah buat sekarang ini. Kalau I ada dengan diorang sekarang, dah sah lah I tengah busy jadi tukang buat biskut raya dan tukang buat kek raya. Tahun ini gamaknya diorang makan biskut raya 'tunjuk' je lah tu, padan muka mrgreen *ayat pujuk hati sendiri*.


Di kesempatan yang masih bersisa ini, kami sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya dan pohon kemaafan dari semua yang pernah mengunjungi blog ini. Maklumlah dalam patah kata yang di taip di blog ni, mesti ada yang telah menyentuh hati sesiapa, jadi maafkanlah diri ini yang pernah menyakiti hati kalian.



Di sini juga I nak share video ucapan "Selamat Hari Raya" dari SN. Agak susah nak record video ini sebab nak kena ajar dia cakap Melayu. Maklumlah SN kan cuma tahu cakap jepun + english + kelantan. So, ambil masa sikit nak ajar skrip tu kat dia, but in the end...resultnya memang agak membanggakan.





Juga I nak share video ucapan Hari Raya dari salah seorang pelakon kegemaran I iaitu Zahiril Adzim (Daim dalam cerita Juvana).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...