CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 5 June 2012

Tips untuk anak mengikut arahan sewaktu akitiviti pembelajaran (mengikut kaedah Montessori)

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Dah berkurun lama Aina tanya soalan "macamana nak menerapkan Montessori dalam diri anak?'. Rasanya soalan ni Aina tanya masa I publish entry Montessori activities for 3 years old which is about 4 months ago. Sorry ye Aina...dah tua2 ni nyanyuk sikit hehe.



So in today's entry I will share sikit2 tips how to deal with your toddlers during the learning activities and how to make sure that they understand your order based on the Montessori method. These tips are based on my own observations at SN's nursery as well as based on the book "Montessori play & learn book : A parent's guide to purposeful play from two to six" by Lesley Briton.

http://ecx.images-amazon.com/images/I/51E1P933WNL._SL500_AA300_.jpghttp://ecx.images-amazon.com/images/I/51AAWPGcf%2BL._SL500_AA300_.jpg 
+- Montessori play & learn book by Lesley Briton *best buku ni* -+

These are the things that parents should consider when your are dealing with your toddlers during the learning activities in order to make sure that they follow your order based on the Montessori method :-

(1) Children WANT TO LEARN
• All children have an inborn motivation to learn. It is worth making an effort to understand how best you can foster this, and how to develop positive attitudes to the things your child will be expected to learn.
• Children learn through active participation; by being involved in a practical way and by attempting to do something themselves by using their hands. 
• Jadi kalau nak anak ikut aktiviti pembelajaran tu, pastikan dia boleh take part dan aktiviti tu menarik untuk dia


 +- contoh aktiviti yang boleh menarik minat anak -+


+- bagi anak belajar apa yang dia suka, e.g SN suka animals; so we provide this 3D safari book for him to attract his interest into reading -+

(2) Show the actions SLOWLY
• When you show him how to do something, do it slowly to give him time to absorb it all, and repeat it several times if necessary to make sure he's got the hang of it.
• Parents kena ingat, all children learn at their own pace and time...jadi kena banyak2 bersabar masa proses pembelajaran berlansung.
• Sambil kita tunjuk macamana sesuatu aktiviti tu perlu di buat atau macamana suatu alat tu perlu di gunakan, anak2 akan improve language skills diorang berdasarkan arahan/kata2 yang keluar dari mulut parents. Secara tidak lansung vocabulary anak2 pun bertambah, jadi tunjuk ajar lah sesuatu aktiviti itu dengan perlahan2 dan dengan arahan yang jelas.

+- accompany the child while learning activity took place -+

(3) REPEATS an activity
• A child need to do things over and over again in order to perfect the actions. So, let him repeat the activity as many times as he likes as this is how he learns
• Parents tak boleh rasa bosan walaupun anak duk ulang2 je perbuatan yang sama sebab itu lah cara manusia belajar *practice makes perfect* kan?


+- mula2 mommy tunjuk dulu cara2 lipat towel; lepas tu dah pandai buat sendiri...muka gembira habis -+

(4) Provide REAL TOOLS
• Never give your child pretend tools, such as a toy dustpans and brush, or a knife that is blunt and wont really cut, because he will soon discover that he can't make them work, and will become frustrated and give up.
• Parents kena sediakan real tools, tapi mengikut saiz dan sesuai untuk kanak2 guna kan e.g gunting kanak2 dsb.


+- bersemangat bersihkan window panel sebab guna real cleaning tools e.g wiper, small towels, apron and etc -+

+- video SN yang bukan main bersemangat bersihkan window panel kat nursery sebab gunakan real tools *daddy cakap buruh percuma kat nursery ihikhik kui3x* -+


(5) Prepare the learning ENVIRONMENT
• In a Montessori classrooms, everything is child-sized. So, kalau nak apply Montessori kat rumah; sediakan ruang belajar khusus untuk anak mengikut saiz mereka. * I pernah share sikit2 kat dalam entry Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk anak2 belajar di rumah ~ aplikasi Montessori method.
• Tak semestinya sediakan meja & kerusi kecik, belajar sambil duduk atas lantai pun boleh tapi kalau ikut Montessori; kena ada tikar/carpet khas untuk proses pembelajaran. Maknanya anak akan tahu yang diorang main kat atas tikar tu je, tak lah sepah merata-rata.

 +- child-sized table and chair at SN's nursery -+

 
 +- child-sized drawing easel, chair and desk at home -+

 
+- carpet kecil yang di guna kat nursery, lepas dah siap guna gulung dan simpan semula kat rak -+


(6) Don't FORCE
• It is never a good idea to force a child to do something against his will.
• Seeloknya, sediakan banyak2 learning tools lepas tu biar anak pilih sendiri yang mana satu yang dia nak main/belajar..jangan nak paksa dia belajar ABC kalau masa tu dia rasa nak belajar 123; cenggitulah lebih kurang.

+- sediakan banyak pilihan dan letak di rak yang rendah bagi anak senang nak ambil sendiri tools yang dia nak guna *I guna rak kasut dan rak stationery je utk letak learning tools SN kat rumah, mommy yg cheapskate....biasalah* -+

Itulah serba sedikit tips yang I boleh share hasil dari pembacaan I dalam buku tu dan hasil pemerhatian cara didikan cikgu2 kat nursery SN. Bukannya nak berlagak hebat sangat siap boleh bagi tips bagai, tapi ini berdasarkan dari apa yang I baca dan perhatikan setakat SN berusia 3 tahun ni la. Kalau parents lain ada idea lain nak tambah, jangan malu jangan segan nak tinggalkan komen ye. 

Harap-harapnya tips yang I share ni dah menjawab lah soalan Aina; semoga berjaya nak menerapkan Montessori method pada Sofiy. Mungkin pendekatan paling utama yang Aina patut apply kat Sofiy ialah Show the actions SLOWLY dan REPEATS an activity. Good luck Aina!. 

 +- SN @ 3 years old; playing/learning with his wooden alphabet board -+

Oh ya, kalau ada kawan2 yang berminat nak cari Montessori toys boleh lah jenguk kat blog Smart Intelligent Toys. Kat situ ada banyak educational toys yang sesuai untuk anak2 peringkat umur 0-6 tahun, plus most of it is made of wood which means that it is durable dan tak mudah rosak. Kalau rajin, boleh jugak sediakan educational toys sendiri macam yang I pernah share kat dalam entry SN's Montessori activities at home dan Montessori activities for 3 years old.


Yang penting kita kena banyak bersabar masa deal dengan anak2 ni especially in toddlers age sebab diorang tengah banyak kerenah dan banyak akal. Kalau ikutkan I ni memang taklah penyabar sangat *ke tak sabar lansung eh?*, tapi bila tengok cara cikgu2 SN kat nursery deal dengan budak2 tu buat I rasa malu dengan diri sendiri. Sabar betul cikgu2 tu mendidik anak I, mommy dia ni pulak asyik nak jadi singa je bila mendidik anak huhuhhuhu.

Psssttt : Selalunya mommy SN ni insaf kejap je lah pastu masa naik angin lupa balik ihikhik kui3x.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Monday, 4 June 2012

Wal padang pasirun di Jepun : Tottori Sand Dunes

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Yosh, akhirnya sampai lah ke cerita ceriti untuk destinasi terakhir siri jalan2 Kyoto-Osaka-Akasaki-Tottori masa cuti Golden Week 2012. Jalan2nya 3 hari je; tapi ambil masa sebulan untuk update full story...dasyat betul kadar 'kerajinan' diri ini ihikhik hehehe.

+- on the way to Tottori -+

Destinasi terakhir kami ialah ke Tottori Sand Dunes. This sand dunes are unique sand dunes located near Tottori City in Tottori Prefecture, Honshu Island in Japan. They are the only large dune system (over 30 km²) in Japan.

+- Tottori Sand Dunes Geopark Center -+

 +- sama tak facial expression kitorang dengan patung tu? -+

+- batu tu tulis "Tottori Sand Dunes" ~ agaknya lah ihikhik  eheh -+

+- baby comel tengah merangkak atas pasir -+


Siapa sangka ada padang pasir kat Jepun ni kan?. Terus feeling macam kat Tanah Arab gitu...walaupun tak lah seluas padang pasir Sahara tapi agak luas lah jugak; termengah2 jugak lah mak buyong ni nak panjat naik bukit padang pasir tu. Of course lah terkedek-kedek kan as the dunes stretch along the coast east of Tottori City for 16 kilometers and extend up to 2 kilometers away from the coast.

+- indahnya ciptaan Allah -+

+- sesekali Daddy pun nak posing ala model jugak -+


SN yang paling enjoy kat sini sebab mommy & daddy biarkan je dia nak main pasir dan lari2 kat situ. Mommy & daddy busy take turn untuk posing, alih2 bila kitorang pusing belakang tengok2 SN dah tak ada dekat dengan kitorang. 


 +- SN malas layan mommy posing, dia sibuk nak main pasir -+ 

+- mommy & daddy busy posing sampai tak sedar SN dah takde dekat2 dgn kitorang -+

Rupa-rupanya dia dah lari jauuuuuuhhh gila dari kami. Lari pecut sorang2 sampai kan orang2 yang lalu kat tepi dia tengok dengan pandangan pelik sebab toddler lari sorang2 without supervision. Then daddy lah yang kena kejar dia, memang jauh gila dah dia. Mommy yang terkedek-kedek ni kena tinggal je lah kat belakang.

 +- sikit punya jauh dah diorang tinggalkan mommy kat belakang ni -+

Masa mendaki bukit tu sorang2; I macam dah nak give up dah; serius semput. Rasa nak menangis pun ye jugak...nak buat2 meraung kat situ so that ada orang yang kesian tolong angkut hantarkan I naik ke puncak bukit padang pasir tu ihikhik  hehe.

+- sikit punya curam hill tu, dah la jalan atas pasir...semput mak -+


But when you reach the top, you can enjoy a boundless view of sea and sand, a truly spectacular sight. Masya Allah, very superb view..berbaloi2 lah penat lelah mendaki. Since we were there in the evening; ramai lah yang duduk bersantai kat tepi tebing bukit tu menikmati pemandangan matahari terbenam. 
+- daddy & SN duduk kat tebing -+
  
+- bila dah sampai ke puncak, terus duduk berehat -+

The highest dunes reach around 90 meters above sea level and can reach 40 degree slopes. At times one can see 40-meter-deep basins, 50-meter-tall hills, picturesque patterns formed by the winds called wind ripples, and sand sliding down the surface of the hills like an avalanche. The magnificent beauty is constantly changing and never stops. 

 +- SN's family on top of the sand dunes hill -+


Technically, its not a desert but the temperature of the sand can easily soar above 50C on sunny summer days.  Nasib baik masa kitorang pergi tu masih lagi spring season dan kitorang sampai tu pun dah petang, so tak lah panas sangat tapi tetaplah I feeling2 macam panas sangat; siap bertopi + berspek bagai. Sanggup paksa hubby berhenti kat kedai dulu beli topi..feeling puteri lilin sangat siul.

+- nampak itu pancaran sinar mentari? orang kat depan tu siap berpayung bagai -+

 
+- feeling puteri lilin sangat, siap berspek dan bertopi -+


The Tottori Sand Dunes attract some two million visitors each year, mostly from within Japan and East Asia. You can also enjoy a tour on the back of a camel or in a horse-drawn carriage, or try paragliding and sandboarding after you have enjoyed the views of the dunes. Tapi hari yang kitorang pergi tu, tak de nampak pulak camel & horse carriage kat situ. Agaknya sebab dah lewat petang kot. Nampak gaya kena pergi Egypt jugak lah kalau nak naik camel.

+- ramai jugak visitors lain hari tu -+


In case you guys are wondering, volcanic ash from Mt. Daisen settled on the sand of the Sendai-gawa River, and the ocean winds that blew from the rough Sea of Japan formed the dunes over a period of almost 100,000 years. Masa turun bukit tu, mak buyung ni dah rasa tak larat sangat nak jalan sampaikan SN terpaksa pimpin tangan mommy dan daddy pulak tolak mommy dari belakang. 


+- SN pimpin tangan mommy turun bukit -+


Sebelum bertolak balik, sempat jugak singgah beli sourvenir sikit2 sebagai kenang-kenangan berkunjung ke Tottori Sand Dunes ni. Alhamdulillah, berpeluang jugak kami sekeluarga untuk menjejak kaki ke padang pasirun di Jepun ni. 

+- souvenirs -+ 

Source : here

Psssttt :  Harap2 di beri kesempatan menjejak kaki kat Mekah & Madinah pulak suatu hari nanti senyumkenyit...Insya Allah, Ameen.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Friday, 1 June 2012

Hikmah dari ujian sakit

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Since Ahad 2 minggu lepas, I was down with bad flu and heavy coughing. It was pretty bad on the first few days. Selesema tersumbat hidung dengan mukus2 hijau tu, lepas tu batuk berkahak. Batuk non-stop sampai tekak rasa kering. Mula nya sekadar batuk dan selsema biasa, berjangkit dari SN yang batuk dan selsema.

Tapi bila SN dah semakin sembuh, keadaan I jugak yang makin melarat. Sampai satu tahap, I muntah keluar air liur je sebab batuk tak berhenti. Setiap kali batuk tu siap datang dengan package terkucil sekali; toksah tanya lah berapa banyak pantyliner yang dah terpaksa di gunakan dalam sehari..huhuhuhu.

Kemuncak kepada batuk dan selsema berpanjangan ini, I hilang suara. Suara lagi 'rock' dan manja dari Ella, setiap kali nak bercakap rasa pedih sangat. Tidur malam pun tak lena, in fact there are few nights yang I lansung tak boleh tidur sepanjang malam sebabnya setiap kali baring; batuk pun menjadi-jadi. Bila batuk je, terus rasa nak terkucil dan termuntah. Penyudahnya lepas Subuh baru boleh lelapkan mata.Since I'm pregnant, Dr tak bagi apa2 ubat. Paling tak pun, Dr cuma suruh rehat banyak2.

lots-of-coughing-these-last-few-weeks.jpg
 +- picture source : Luisescobar blog -+


For the record, sepanjang minggu lepas dan minggu ini I cuti banyak hari dari lab. Minggu lepas cuma pergi lab hari Rabu je kalau tak silap. Minggu ni pulak, start hari Rabu je baru mampu pergi lab. Itu pun hari Rabu tu, terpaksa mintak hubby datang jemput sebab sakit kepala pulak menyerang. Dasyat betul penangan ujian sakit batuk + selsema + sakit kepala kali ini.


Tapi Alhamdulillah, ujian sakit selama 2 minggu ini buat I terfikir akan beberapa nikmat yang I take for granted selama ini. Antaranya ialah :

(1) Nikmat suara
• Masa batuk sampai tak ada suara tu , baru rasa besarnya nikmat boleh bersuara selama ini, Baru terfikir salah silap yang selama ini kadang-kadang tak sedar bercakap meninggikan suara dengan hubby. Lepas tu terfikir pulak kekhilafan diri yang suka cakap dengan nada tinggi dengan anak bujang ku itu. Bila Allah tarik sikit nikmat boleh bersuara tu; baru lah menggelabah dan menyesal kesilapan lalu. Terus bertekad dalam hati yang lepas dah sihat, tak nak dah meninggi suara dengan hubby dan tak nak dah marah2 SN *semoga istiqamah lah hendaknya*.

(2) Nikmat bernafas
• Dah kata tersumbat hidung kan, haruslah sistem pernafasan pun macam terganggu sikit. Hembus macamana pun tetap lah hidung tersumbat, tonyoh2 vicks/balm dalam lubang hidung pun tak berkesan. Masa ni baru terfikir, nikmatnya boleh bernafas dengan sempurna selama ini.



A Colorful Cartoon of a Man with a Cold Breathing Nasal Spray - Royalty Free Clipart PictureRoyalty-Free (RF) Clip Art Illustration of a Cartoon Nauseous Man Breathing Into A Paper Bag by Ron Leishman

+- picture source: picturesof and clipartof -+

(3) Nikmat tidur
• Masa sakit teruk tu, walaupun mengantuk sangat tapi tetap tak boleh tidur lena sebab baru je nak tidur, batuk non-stop. Kalau baring, batuk makin menjadi-jadi. Sebab tak boleh tidur, kepala otak pun berfikir nikmat tidur yang selama ini di sia-siakan. Kadang-kadang sengaja tidur lewat sebab main game kat ipong padahal kalau tidur awal; boleh bangun awal untuk qiamullail. Masa dah sakit, baru lah sedar nikmat tidur secukupnya yang di abaikan selama ini dan barulah terhegeh-hegeh nak bangun qiamullail.

(4) Nikmat sihat
• Sepanjang tak sihat tu dan tak dapat ke lab, baru lah kepala terbayangkan kerja-kerja yang masih menimbun untuk di siapkan.  Lepas tu baru la terfikir pesanan untuk menggunakan "masa sihat sebelum sakit" dan "masa lapang sebelum sibuk" dengan sebaiknya.


(5) Nikmat kasih sayang
• Sepanjang 2 minggu ini, hubby dan SN memang melayan I macam permaisuri. Walaupun mengantuk, hubby tetap sanggup bangun tengah2 malam untuk buatkan air asam jawa. SN pulak tolong picit kepala dan sapukan vicks kat badan mommy. Bukan nak kata selama ini tak sedar kasih sayang diorang terhadap I, tapi masa I sakit hari tu memang nampak sangat betapa diorang berdua betul-betul berada di sisi I di waktu susah dan senang..sob sob sob..terharu sangat.

+- thanks hubby & SN for being with me through thick and thin -+


Terima kasih ya Allah di atas sedikit ujian sakit itu. Alhamdulillah, hari ini walaupun sakit kepala masih lagi bersisa sikit2; tapi sekurang-kurangnya batuk dan selsema dah berlalu pergi. Dah boleh kembali ke lab, dan sambung siapkan kerja2 terbengkalai sikit2. Dalam sakit2 tu blog tetap berupdate macam biasa sebab kebanyakan entry ialah scheduled post yang I prepare masa weekend.


Niat I tulis entry ini bukannya nak mengada-ngada mengadu sakit yang sedikit sedangkan ramai lagi orang yang di uji dengan ujian kesakitan yang lebih berat. Niat entry ini di tulis ialah untuk mengingatkan diri ini yang selalu lupa dan sering alpa. Bukan apa, bila I tulis kat blog, secara tidak lansung I akan ulang2 baca banyak-banyak kali. Insya Allah kalau sesekali I "terlupa" dengan hikmah kesakitan; I boleh buka balik entry ini untuk sedarkan diri yang lalai ini.


"Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

JazakAllah Khayr (جزاك اللهُ خيراً‎) = "May God reward you with goodness."

Pssssttt : “Jumu’ah Mubarak!” to all of you...may this Friday brings barakah in your life..Ameen

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...